Thursday, December 20, 2012

My Second Baby Is An XY

So out of an overwhelming curiousity, we did our gender scan yesterday. 

Sebelum pergi tu dah plan nak buat 4D scan sebenarnya, dah call tanya harga semua. And it is way cheaper than other clinics I know, the best part is it is located very near to our place. So this is the details of the clinic:


KLINIK SOFEA 
Address: NO. 36, GROUND FLOOR, 
JALAN PJU 7/3 
BANDAR PUCHONG UTAMA 
47100 SELANGOR
Phone: 03-8061 9628 
(Belakang Carrefour, opposite to 99 Speedmart)

Harga 4D ultrasound:
RM80 (with CD)
RM70 (without CD)

Murah kan??? Dahlah boleh walk-in je, tak perlu nak buat appointment, doktor perempuan dan klinik ini dibuka sehingga jam 12 malam. Bagus betul. Sangat menepati keinginanku.

Masuk-masuk, bagi IC for registration, timbang berat badan (sekarang dah 64kg eh kenapa aku bagitahu ni?), then tunggu tak sampai 5 minit dah dipanggil nama. Masuk bilik bersama Suami dan anak bujang, berdebar. Masa baring tu, skrin diletakkan kat atas hujung kaki tu, so sambil baring pun boleh nampak dengan jelas. Untuk scan jantina, dia buat scan 2D dulu. Scan 4D tu untuk tengok muka dengan lebih jelas, boleh kira berapa batang jari semua tu la. Bila keluar je imej ultrasound 2D tu, Ammar Yusuf terus tunjuk dan jerit, "Babyyyyy!!!" HAHA. Amazed sekejap, sebab selama ni memanglah kalau nampak iklan baby (even budak-budak besar yang bukan baby pun) dia akan cakap baby. Tapi ini cuma imej ultrasound je, 2D pula tu, just nampak kepala sampai kaki jelah. Kelakar je.

Tapi walaupun 2D, imejnya bagi aku sangat jelas, sebab right after keluar je gambar baby kat skrin, aku dah terus nampak jantina dia HAHA tak perlu tunggu doktor tunjuk pun! It's kinda obvious I must say, maybe disebabkan kedudukan bayi, dan mungkin juga sebab dah ada pengalaman sebelum ini kot.


So Doktor tu tunjuk ukur lilit kepala, panjang baby, tulang belakang, kedudukan uri segala. Setakat semalam berat baby 390g, masih normal lagi. Nampak macam besar, tapi kecil je rupanya. Baru 20 minggu pun kan. Hehe. Kedudukan uri agak ketepi sikit, tapi taklah jatuh ke apa, Doktor kata jangan risau pasal tu sebab okay je lagi ni.

The feeling was, amazing. Eventhough it's gonna be my second baby. I guess even anak dah 10 pun perasaan dia tetap sama kot hehe. Bestlah tengok baby dalam perut ni.

Dah siap scan jantina, Doktor tu tanya nak proceed with 4D scan tak? Dia kata nak buat boleh, tapi macam tak bestlah, sebab baru 20 minggu kan. Kecil lagi. Paling cantik kalau buat minggu 26-28. Tapi jangan sampai dah lebih 30 minggu baru nak buat, nanti sempit sangat nampak kat kamera tu, tak best dah. So kami decide untuk hold dulu, tunggu dah besar sikit baru buat. Klinik tu pun dekat je kan, dan buka sampai lewat malam pula. Bila-bila je boleh pergi ;)

Oh, and as expected from the beginning of our scanning process, my baby's gonna be an XY, inshaAllah. Another hero. Seorang lagi yang akan sama-sama mengangkat jenazah kami hingga ke liang lahad nanti mudah-mudahan. Seorang lagi anak yang walau berubah macammana pun statusnya, kedudukan ibu tetap di tangga teratas di dalam hidupnya. Sebak pula rasa. Berderet menantu perempuanlah nanti hehehe.

Nanti Ammar Yusuf ada la geng main-main, takdelah balik-balik Daddy yang kena paksa main dengan dia setiap kali ada game bola kat TV hehe.

Nanti tambah lagi sorang solat saf depan dengan Daddy. Tapi bukanlah sebaris dengan imam macam ni anak oi!

Then bila pergi playground, takdelah kesian sangat main sorang-sorang.......

......lalu ada makwe datang mengurat LOL!

Sebenarnya, bila diketahui jantina baby adalah lelaki, tak adalah terkejut sangat. Dalam keluarga aku memang berderet anak lelaki pun; daripada 13 orang cucu Mama Baba sekarang, 9 daripadanya adalah lelaki tau! Anak Kakna first, second and third semuanya lelaki sebelum lahirnya Aina dan Asha. Anak Abang Saiful pun sulung perempuan, lepas tu berderet 4 orang lelaki baru perempuan balik, dan bongsunya lelaki. Alamak ramainya anak abang dan kakak, adakah aku pun akan mengikut jejak mereka??? T__T


Tapi (walaupun semalam agak jelas jantina itu boleh dilihat dengan mata kasar), semua itu hanyalah jangkaan doktor berdasarkan ilmu dan pengalamannya sahaja. Allah juga yang menentukan segalanya. Kalau dah prepare semua untuk baby boy, sekali keluar baby girl pula, aku terima dengan hati terbuka juga. Pakai jelah dulu baju-baju warna biru tu sementara pun hehehe. Asalkan anak Mummy sihat dan sempurna, cukuplah ;)


Mummy at 19 weeks plus. Can't wait to see you baby Darling!




10 comments:

Anonymous said...

hihi comey jeh AY sebut babyyyy..sama cam suri dulu smpaikan gamba org iklan billboard kt tepi jalan pun dia panggil baby hahaha
anyway u know what? my family pun more to boys tau i ada 11siblings 4jeh gegirl so i got 5 big bro, 1 big sis, 2 lil sister n 2 lil bros can u imagine that? hahahaa
nampak gayanya kena beranak ramai la una utk dpt baby girl klu sama cam kakna. LOL sorry just kidding! hehe

ira said...

heheh tahniah kak husna...

YanaHime said...

lebih lelaki dalam family ni takpa, ramai boleh jadi imam nnt...tp kalau dpy gurl pun best jugak...ada teman kat dapur...pastu sejibik macam muka husna, sweet kan?

HANI IZWAN said...

Glowing nya u, husna. ^_^. Suka tengok.

Nanti adik Ammar Yusuf muka macam abangnya aje rasanye..hehee comel..(pandai-pandai aje kaannn)..

Husna Hadzarami said...

HAHA aiyo memang anak berderet-deret la nampaknya kalau nak dapat baby girl! Ramainya adik-beradik Is, ingatkan kita yang adik beradik 8 orang ni dah ramai dah. Anak ramai pun, tengoklah bila dah besar, tinggal seorang dua je kat rumah, sunyi juga parents kan. Apa lagi la kalau anak sikit..

Husna Hadzarami said...

Thank you Shahirah ;)

Husna Hadzarami said...

Amiiinnn, mudah-mudahan macam itulah. Bergilir jadi imam. Yelah, memang best pun kalau dapat girl pula. Tolong masak segala, tapi kita dah plan anak lelaki pun nak biasakan diri ke dapur juga. Tak ada layanan berbeza lelaki dan perempuan. Heh.

Husna Hadzarami said...

Alaaaa tak glowing mana la Hani sebenarnya, effect camera je tu. Hehe kalau banyak celoteh macam abangnya... pengsan Mummy HAHA!

dalila said...

me pun smlm br scan kt klinik sofea ni..n 2nd baby ni pun in sha Allah boy lagik..bertambah gamat la rumah dgn 2 hero..huhu

Unknown said...

3d 4d scan malaysia terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 2d detail scan , 5d scan>> HDlive juga available di ampang , ada 8 lokasi di klang valley termasuk ampang , cheras, seri kembangan , kota damansara/sungai buloh , puchong , klang , bangi , shah alam boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.