Friday, December 14, 2012

Marah Anak

Antara aku dan Suami, sebenarnya, Suami yang lebih memanjakan anak. Suami yang spend lebih banyak masa dengan anak, sebab aku penat, selalu tertidur awal maka memang diakui, bila ambil anak di rumah Kak Ha, anak akan berlari ke arah Daddy dia, bukannya Mummy T__T

Antara kami berdua, aku yang lebih 'keras hati'. Bila anak sakit, aku yang lebih berani bagi anak makan ubat, pegang dan bukakan mulutnya dalam pada dia menangis meraung taknak makan, Daddy dia tak sampai hati.
Masa dia warded Bronchiolitis tu, aku yang keraskan diri bagi dia pakai nebulizer tu, tekapkan benda tu di mukanya, pegang kuat tangan kakinya yang meronta-ronta.

Sebabnya, somebody has to do it, and I think it has to be me. Walaupun aku taklah kuat mana pun. Menitik air mata juga.

Secara luaran, anak memang nampak lebih rapat dengan Suami. Tapi Suami cakap anak lebih 'terkesan' kalau pasal aku. Contohnya, bila aku buat-buat merajuk, anak akan takut, dia cepat-cepat behave, cepat-cepat datang pujuk.. panggil "Mummy... Mummy.." sambil goyang-goyangkan badan aku. Berbanding kalau Daddy merajuk, anak siap ketawa lagi, ingat Daddy tengah main-main dengan dia.

Anak akan cari aku, kalau nak susu, habit dia minum susu mesti pegang muka aku, pegang rambut aku. Anak selalu kiss Mummy secara tiba-tiba, especially lepas makan, mungkin tanda terima kasih ololo. Kalau dengan Daddy, kena disuruh baru dia datang kiss hehe. Kalau nak tidur pun, dia akan senyum senyum datang kat aku "Mummyyy..." lembut suara minta didodoi.
.
.
.

Hmm.... nak cerita pasal marah anak sebenarnya.

Antara kami berdua, aku yang lebih garang. Lebih selalu 'marah' anak. Atau bahasa lembutnya, tegur anak. Nama pun emak kan.

Bila aku ajak tukar pampers tapi dia keraskan badan taknak ikut ke bilik air sebab nak tengok TV padahal bau berak dia dah semerbak satu rumah..
Bila dalam bilik air tengah basuh berak, tiba-tiba dia duduk mencangkung tepuk-tepuk air kat lantai yang masih bersisa tahi dia T_T
Bila aku tengah sapu rumah, masa tu la dia nak lalu lalang atas habuk yang dah berkumpul tu, sambil potpetpotpet tunjuk sampah tu.. 
Bila aku bawa makanan dia dalam mangkuk panas-panas, yang dia tahu benda itu panas sebab dia beria sebut "hotss.. hotsss" (kenapa entah ada 's' kat belakang -__-) tapi sibuk juga nak sentuh mangkuk lepas tu bila rasa betapa panasnya makanan tu dia jadi takut nak makan walaupun dah sejuk pun..
Atau bila aku tengah solat, yang aku dah bentang siap-siap sejadah dia kat sebelah aku supaya dia boleh main atas sejadah dia je, tapi atas sejadah aku juga dia nak landing segala. Sekali-sekala bolehlah dilayankan, tunggu dia beralih, baru sujud. Bila yang aku tengah tergesa-gesa solat di akhir waktu, memang tak ada maknalah nak lengah-lengah layan dia. Aku berhenti solat, angkat dia, letak atas sofa. Suruh dia duduk diam-diam..

Aku manusia biasa saja, typical mother. Ada masa sangatlah happy main dengan anak, ada masa boleh hilang sabar juga. Nak-nak bila badan pun penat, otak berserabut bagai. Tapi yang pasti, kasih sayang dan cintanya aku terhadap anak aku, tetap sentiasa melimpah ruah, tidak terungkap dengan kata-kata.

Seperti ibu-ibu lain, aku pun taknak terlalu memanjakan, maka sekali sekala perlu ditegur, dimarahi, diberitahu apa yang dia buat itu salah dan buat Mummy marah.

Cuma.... ada satu masalah sikit.

Entah kenapa, aku rasa aku je yang boleh marah anak aku. 
Aku je yang berhak marah.
Bila aku marah, tak apa; orang lain marah, tak boleh sama sekali.

Walaupun Daddy dia.

Bila Daddy dia marah dia, walaupun aku tahu memang dia boleh marah/patut marah/kalau aku jadi dia pun aku akan marah---- 

---aku akan rasa sedih.

Aku akan rasa tersentap.
Aku rasa macam, sampai hati marah anak yang aku susah payah dah kandungkan 9 bulan 10 hari.... 
Aku rasa macam, aku ni tak apalah nak marah dia pun, aku yang lahirkan dia.
Aku rasa macam, cukuplah aku seorang je yang marah dia, tak perlulah ramai-ramai nak marah dia.
It's like, aku SAHAJA yang berhak ajar dia.
.
.
.

Malam tadi anak bertuah tu, tonggengkan botol air dia dan siram-siram keliling Daddy dia yang tengah makan, Daddy naik anginlah. Ditegur dan diambil botol air itu.

Aku yang melihat, suddenly, being so defensive, "Dahlah Bang, janganlah marah dia.."

Tak pasal-pasal aku pula yang dimarahi.

Sentap, masuk bilik terus. Merajuk sampai ke pagi. Tertidur sebenarnya ;)

Pagi tadi, dalam kereta, sambil genggam tangan aku, Daddy dia minta maaf, beserta nasihat -__-

"Mummy tak bolehlah tiap kali Daddy tegur Ammar Yusuf, Mummy tegur Daddy balik. Lama-lama dia akan jadi tak kisah tau kalau Daddy marah, sebab dia tahu Mummy mesti akan back up dia. Kalau nak tegur Daddy pun, bukan depan dia.. boleh?"

"Okay lah...." berat lidah aku menuturkan.


Dalam hati, diam-diam aku berdoa agar aku tak jadi emak yang jenis pergi serang cikgu bila anak kena marah kat sekolah (*_____*)






11 comments:

Anonymous said...

Part yg kita je boleh marah anak, orang lain tak boleh termasuk daddy tu betul sangat-sangat.

I pun sama macam tu, bila husband macam nak marah anak je terus cakap 'janganlah marah dia'. belum apa-apa dah warning dulu. lepas tu i yg marahkan bagi pihak dia.

Memang tak boleh la tengok orang lain marah anak kita. Naluri ibu agaknya..

RADDIAHTUL NUR said...

yup una... k atul plak terbalik dgn situasi una.. k atul nie yg berlembut.. hubby k atul selalu mrh2... sampai satu masa, hubby tgh mrh2 adam... then k atul backup adam.. then, k atul tgur die depan adam... terus k atul majuk.. tapi die pujuk laa balik n nasihat laa... bile die mrhkan anak, jgn nak tgur2 die dpn anak.. nnt anak tue tahu kite backup die.. so, skrg klu hubby k atul marahkan adam, k atul akan diam jek.. sambil 2 akan pujuk2 adam n menangis sekali dgn adam....

una jgn pk mcm 2.. nnt sampai bile2 anak 2 xtkt dgn daddy die.. jgn terlampau ikotkan sgt apa die buat.. yg salah ttp salah... kite mencorakkannya.. una pun thu kan.. nnt nak masuk anak 2 baru una tahu sgt mencabar... bile abg angkat adek.. abg sepak adek.. abg tolak adek.. mcm2.. lagi una kuat bebel nnt...

Husna Hadzarami said...

Kan?? Naluri ibu lah ni. Memang nak didik dia, tapi kita tetap terasa kalau orang lain marah dia. So kena belajar buat exception la, only me and Daddy yang boleh marah dia. Hehe one step at a time.

Husna Hadzarami said...

Hehe.. memang macam itu pun. Kita yang mencorakkannya. Memanglah yang salah tetap salah, and kita pun takde pun terlampau ikut sangat apa yang dia buat (kan dah bagitahu kita yang garang and selalu tegur anak dalam family), tapi kita tetap rasa 'biarlah aku je yang marah dia'. It's like, kalau ada apa-apa bagitahu kita, biar kita yang tegur jangan terus nak marah anak tu. Tak boleh tahanlah, memang rasa nak defend anak bila anak kena marah. Lepas ni, mungkin akan still defend, tapi bukan depan anaklah kot ;)

YanaHime said...

yup, betul...rasa cam kita jaa yg layak marah anak, bapak budak pun takleh marah...hehe!

akak taklaa marah husbnad depan2...sebaliknya pihak kat husband depan anak supaya tak terasa husbandku...tp bila belakang anak adalaa discuss pasal ni...

Ayuni A. said...

Wow. Sangat betul. Totally in the same position. Kadang2 kesian pulak kat Abah dia. Huhu..

Benda2 mcm ni kalau masa takde anak dulu, langsung tak paham. Tapi bila dah ada anak sendiri, barulah tahu macamana perasaan mak2 sebelum kita. Heheh.

RADDIAHTUL NUR said...

yup.. memang laa.. jgn dpn anak laaa.. sbb nanti die thu kite akan tetap backup die.. una juz diam.. selalu kne ade sorang yg cool n sorang yg marah.. selalu k atul xmarah tp mcm hubby una laa.. sekali marah.. abes laaa... k atul klu mrh anak, mmg k atul xlayan terus.. then babah die laa yg suruh anak pujuk k atul.. mcm tue laaa.. xpe una.. hubby una pun mesti ade hak jugak nak tgur anak die kan.. dun wori.. itu semua utk kepentingan die kan...

sarah shamsyul said...

Same la. Anak i baru 6 bln. Tp i bukanla marah mcm btul2 marah.cth mcm ms nk pakai pampers n die meronta2 xnk,so i akan bebel....tp bl papa die buat, i sentap..pna sekali menitis air mata i....apsal ek cmtu..i pun rs same mcm u rs..rs mcm xpyhla ramai2 nk marah die.hihi

hazwani said...

hahaha...lebih kurang, nak basuh berak, mencangkung. tepuk-tepuk air yang ada najis tuh. haiii...pening kepala..

Kami sama-sama garang. Tapi banyaknya Ayah la, sbb Adam selalu melalak malam-malam. Dan ayah selalu kena balik malam. Tapi tuh dulu, sebelum setahun. Skarang dah setahun, wani pulak yang garang lebih.

Hmmmm.setakat ni, kalau ayah marah memang ada terasa jugak sedih tapi wani sabar (kalau yang mmg salah Adam). TAPI!! Bila orang lain yang marah! Yang titik-titik tangan Adam sebab tumpahkan air or heret baju dah lipat. Woooo...sentap wo!!

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

perjalanan kite hampir sama....
amani skg pun cukup lasak. lagi dah petah bercakap.

papa amani nih nampak lembut tp tegas. kkdg amani main bedak lumurkan muka papa tgh tido pun papa dia blh diammmmm jer.tp papa amani x suka amani campak barang. mmg kompem kena marah sampai nangis amani. jd part tuh selalu elin backup amani.

bila kena marah kite jd sebak.
apa lah budak tuh tau kan..pdhal normal jer pun.

yerlah hati ibu lebih merasa apa yg org lain rasa kan.

Noor Zakiyah Isa said...

totally agreed! bila kite marah takpe. tapi bila suami marah anak mmg sentap! padahal darjah kemarahan suami tu mcm tahap kite marah anak je pon. same je.
well said!