Wednesday, November 7, 2012

Kenapa Aku Bekerja?

Tak lama dulu, seorang reader pernah bagi aku satu link blog seseorang ni. Berdasarkan jumlah followers dia, nampak macam famous blogger la, entah, yang pasti bagi aku jumlah followers tidak menjamin kualiti blog seseorang pun. Tak apalah, itu tak penting. Cuma yang tak berapa best, blogger itu, yang difahamkan merupakan seorang suri rumah, tidak sudah-sudah menghentam wanita yang bekerja, juga suami yang membiarkan isteri bekerja. Oh Tuhan. Bencinya aku dengan orang jenis macam ini.

Aku, tak pernah langsung memandang hina seorang suri rumah. Malah aku sangat mengkagumi seorang isteri yang sanggup berhenti kerja, atas apa sebab pun, dan duduk rumah jaga anak jaga suami. Sebab aku tahu, semua keputusan yang diambil oleh setiap orang, mesti ada sebabnya.

Isteri bekerja, ada sebabnya.
Isteri jadi suri rumah, ada sebabnya.

Dan walaubagaimana berbeza pun sebab masing-masing, semuanya pun mestilah dibuat demi kebaikan. For a greater good. Aku bukanlah bersuara seolah-olah mewakili wanita bekerja di sini, tapi aku sendiri ada sebab, yang memerlukan aku untuk terus bekerja, at least buat masa ini.

Sebelum kahwin, aku memang dah beli kereta. Dan aku memang dah dibebani hutang belajar. Itu aku tidaklah menyalahkan sesiapa, salah diri sendiri juga kerana terlalu tidak ambil tahu berita semasa sedangkan keputusan Semester 1 Diploma sangat melayakkan aku menerima biasiswa JPA. Tapi sebab tak tahu boleh tukar dari PTPTN ke JPA, maka tak apply. Salah sendiri. Bila dah bekerja pula, aku jenis mewah berbelanja, bukan untuk barang sendiri sahaja, untuk keluarga, adik-adik, anak-anak buah. In fact sampai sekarang pun aku memang ada peruntukan khas untuk Mama Baba setiap bulan. Aku bahagia berbuat demikian, it makes me happy, dan terasa gaji aku lebih berkat.

Maka, aku tahu jenis aku macam mana. Aku perlu bekerja.
Tidak adil untuk senang-senang berhenti kerja, dan mengharapkan Suami sambung bayar kereta.
Tidak adil untuk senang-senang berhenti kerja, dan mengharapkan Suami sambung bayar hutang belajar.
Tidak adil untuk senang-senang berhenti kerja, dan mengharapkan Suami untuk memenuhi kehendak aku yang boleh tahan juga (untuk penjagaan diri je dah annoying belanjanya, kulit sensitif kan), dan adilkah untuk aku meminta Suami untuk menghulur belanja pada kedua orang tuaku dengan amount yang sama aku berikan setiap bulan?

Sebenarnya, Mama pun tak menggalakkan aku berhenti kerja. One day when I was too frustrated with my work and talked to my mother about quitting, she totally disagreed. Walaupun masa tu Suami dah nampak macam membenarkan, just to make me happy and released my stress. Mama ada hujah dia sendiri. Padahal Mama bukanlah jenis minta duit anak pun. In fact walaupun tiap-tiap bulan dihulur belanja pun, Mama masih lagi tanya, "Kau ni cukup ke duit nak belanja ni?". Mama berulang kali cakap untuk kebaikan masa depan kita, kita kena ada pendapatan sendiri, atau paling tidak mesti ada simpanan sendiri (i.e KWSP, takaful, etc). Kita tak tahu apa akan terjadi di masa depan, nauzubillah jika terjadi apa-apa kepada Suami, sekurang-kurangnya aku masih ada sedikit sebanyak sumber kewangan untuk bangkit, untuk membesarkan dan membiayai pendidikan anak-anak, menyelesaikan hutang piutang tanpa meminta-minta dari orang lain. Kita tak harap itu berlaku, nauzubillah, but we never know.

Ini akulah, lain orang lain ceritanya. Ini aku cakap pasal aku, jangan nak cuba pertikaikan, kerana ini adalah hidup aku, aku tahu apa yang aku buat dan aku buat tanpa menyusahkan sesiapa.

Aku hanya akan dan pasti berhenti kerja, jika itu yang diminta oleh Suami. Manalah tahu satu hari nanti Suami tiba-tiba cakap, "B takyahlah kerja lagi, kereta B abang bayarkan, hutang belajar B abang settle terus, and tiap-tiap bulan Abang akan bagi 5 ribu untuk B belanja". Haaaa esok juga aku tender resignation letter ;)

Aku tahu, point utama yang biasa digunakan oleh seorang suri rumah untuk condemn isteri/ibu yang bekerja, adalah kebajikan anak. Jujurnya, aku tak ada apa-apa untuk membela diri dari segi itu. Admit defeat. Aku akui, memang sedikit sebanyak aku cemburu dengan ibu yang dapat spend masa dengan anak 24 jam. Aku belum boleh untuk buat macam itu. Buat masa ini aku hanya mampu berusaha sedaya mungkin, setiap hari pulang dari kerja dengan bermacam-macam perancangan untuk anak, aku cuba manfaatkan sebaik-baiknya masa yang berkualiti dengan anak, dan hanya mampu berdoa agar anak aku membesar sebagai anak yang soleh dan baik budi pekertinya. Tapi macam mana aku cuba buat yang terbaik untuk anak, aku masih merasakan ibu yang tidak bekerja mesti boleh lakukan dengan lebih baik. Anak-anak yang dibesarkan oleh seorang suri rumah, sewajarnya lebih bijak, lebih bagus akhlaknya, kerana memperoleh kasih sayang, perhatian dan pendidikan sepenuh masa dari seorang ibu. Maka kepada suri rumah di luar sana, manfaatkanlah masa bersama anak sebanyak yang boleh. Ini aku tengok si blogger yang mengutuk ibu bekerja tu, amboi kerapnya update blog, sehari boleh publish 2-3 post. Banyaknya masa dihabiskan di depan laptop. Aku kalau weekend jadi surirumah jaga anak sorang-sorang sementara Suami ke kelas, punyalah tak cukup masa nak ber-online bagai, sekadar update Instagram dan Twitter jelah pun. Mana nak buat kerja rumah, mana nak layan anak menyanyi ABC 123, mana nak kejar dia sekeliling rumah, bawa keluar balkoni tengok bird, trees. Awak tu dah diberi kesempatan untuk bersama anak, gunakanlah sebaik-baiknya masa itu. Manfaatkan dengan melakukan perkara yang agak sukar untuk dilakukan oleh seorang ibu yang bekerja. Mungkin selepas selesai kerja-kerja rumah, boleh ajar anak ABC, tengahari boleh ajar anak alif-ba-ta, ajar kenali anggota badan, ajar anak manners, petang bawa anak bersiar-siar kenali dunia luar.. Tak ada gunanya nak berbangga jadi suri rumah dan menghina ibu bekerja konon mengabaikan anak, kalau awak juga melakukan perkara yang sama (mengabaikan anak) sedangkan awak lagilah, tidak bekerja.

Aku bekerja, bukanlah kerana Suami tidak mampu menanggung keluarga, bukan juga kerana Suami paksa bekerja supaya dia boleh tumpang duit aku, please. Sebenarnya kalau diikutkan, Suami dah sediakan keperluan yang mencukupi untuk kami anak beranak. Belanja rumah, insurans pendidikan dan medical anak-anak, perbelanjaan makan aku setiap hari (untungnya kerja sepejabat hihi), dan dia sendiri masih belajar separuh masa. Tapi aku perlu selesaikan bebanan yang aku dah ada sebelum kahwin lagi (dan juga memenuhi keinginan dan nafsu seorang wanita :p). Kadang-kadang nafsu membeli aku bukan untuk diri sendiri semata, untuk anak lagilah. Mainan anak terutamanya, aku ni jenis tak suka bayangkan anak mengalir air liur tengok mainan orang lain. So sementara mampu, beli jelah apa yang boleh. Suami dah sediakan keperluan, biar aku cover keinginan. Haaa.. Well, aku dah buat calculation sendiri, inshaAllah lagi 6 tahun, settle hutang kereta, lagi 7 tahun hutang PTPTN pula akan selesai. Dan aku sekarang pun memang dah ada passive income untuk memanjakan diri. Masa tu mungkin aku akan tidak lagi bekerja, ataupun bekerja dari rumah sahaja. Aku tahu apa yang aku buat. Seperti orang lain aku juga ada perancangan aku sendiri, and as for now I just try to live my life to the fullest. And I hope you can do the same too, live your own life and tak perlu nak butthurt dengan life orang lain. Kita hormati cara hidup yang dipilih masing-masing, boleh?









13 comments:

Sha Syalizz said...

Kita lagi respect surirumah. Betul, just 1-2days at home with family, seriously tak ada masa untuk social network. In fact my Twitter pun sunyi. Bila kat office saje ada masa. Eh.

Nice entry! Thanks Hus =)

Unknown said...

susah nk buat org paham apa yg kita pikir.. but u did it.. totally agree on what u think about..

Anonymous said...

TOTALLY agreed with u Una.. kita bekerja utk memenuhi keinginan kan HAHAA but paling penting we hv our own plan so org lain takyah la sibuk nak ngutuk sbb apa kita kerja ke apa kan..
As for me kerja ngan gomen mmg tade can la nak berenti awal kan hehe but at least ada security w pencen and everything sbb husband pun dh kerja swasta kan..

i rasalah org yg tulis blog tu jeles la tueeee dia kena duk umah jehhh layan anak ngan suami dia. konon berkorban la sgt utk keluarga kan. LOL

Nisa Razak said...

i wan't to keep my brains moving sbb tu bkerja...nnt nk ajar anak pn best sbb tau mcm2.. intelektual gtu.. bln lh mksudnya ibu x bkerja x brilmu tp kalo stakat update blog tp x bca articles sgala tu cmana otak nk brkembang? =='

Unknown said...

kita semua persepsi diri masing2 yg tak perlu nak kita war2kan pada semua org kan, so tak perlulah nak perli org berkerja ni macam2 sangat, contoh dekat sekitar kejiranan saya sendiri, sebahagiannya suri rumah, laman bersepah macam anak2 jugak tak terjaga, amik mudah macam bela kucing jer asal bagi makan kenyang pastu biar sehari suntuk main diluar tanpa pantauan, abis segala rete benda rumah org jadi menda mainan, kita yg penat2 balik keje tgk laman rumah bersepah...ha tu keje sapa lagi..anak kita sah2 takde kat rumah kan...ada juga suri dalam rumah yg bagus yg patut di puji...tp yg tak bagus tu sila buka akal luas2 utk lebih bersyukur ye..

Unknown said...

Totally agreed...mcm I, I mmg jenis x boleh duk umah..xtahula nanti bile da bersalin..sure rindu nk tgk baby..nk cepat2 blk keje...like u said..before keje n mase sdg blajar I da ade kereta..n hutang ptptn..so I xnk bebankan my husband utk settle sumenye kan? n paling penting kite dpt bg parents duit every months..insyaALLAH berkat =)

sarah shamsyul said...

totally agreed.even i sahm for temporary....stiap org ade cara,ada alasan tsendiri utk family msing2.klu kite pilih A,xpyh condemn org yg pilih B.... Kan.

I pn nk cri keje smula bl anak da bsar sket,mcm u ckap la..nafsu pompuan kn...skg kene bjimat sket...segan nk guna duit suami byk2 utk bnda2 merepek.heheheehe

erin said...

agreed, even my mom pun pesan kat semua ank perempuan dia, bekerjalah selagi mampu, jgn depend 100% kat suami, we never know what will happen in future, belanja sekarang bukan mcm belanja dulu.

Ayuni A. said...

Salam Husna. Just found your lovely blog :) Nice writing you have here.

I gotta agree with your opinion in working moms here. I also wrote about it in my blog sometime ago :

http://yunayuni.blogspot.com/2012/04/working-mom-not-necessarily-career.html

Some people are just too judgemental on working moms, they never tried to understand the reasons why.Everything happens for a reason, including why we choose to become a working mom.

Keep on writing :)

Husna Hadzarami said...

Kan? Sehari dua duduk rumah, memang tak adalah nak update blog 2-3 kali sehari. Sehari sekali pun susah. Sebab bila anak tidur, masa itulah kita nak settlekan kerja rumah ataupun kita sama-sama nak berehat kan?

Thanks ;)

Husna Hadzarami said...

*sigh*

Memang pun, lain orang lain pandangan dia, cuma tak perlulah nak condemn jalan hidup orang lain, respect each other kan senang..

Husna Hadzarami said...

Haha betul-betul. Some might think that we're selfish for leaving our kids at somebody else's care, but they actually dont have any idea what we're planning to do. Bosan nak layan.

Ala Is untunglah kerja gomen, kita ni sekarang struggle nak apply kerja kerajaan tau. Suami isteri, memang kena ada seorang yang kerja kerajaan, senang anak-anak nanti.

Yelah, konon macam berkorban, tapi bila asyik mengutuk orang, nampak macam bitter pula dengan life orang lain. Entah apa-apa la..

Husna Hadzarami said...

Hehe.. I pun tak la kata ibu tak bekerja ni tak berilmu, some of them are really intellectual and educated tau. Kalau jenis berpendidikan tu, gaya bercakap/menulis pun lain, nampak so content with their lives, so blessed with the path they've chosen. Yang jenis menghina dan menjatuhkan orang tu, nampak sangat the level of education dia tahap mana..