Tuesday, November 27, 2012

Bila Anak Dah Berjalan.....

Muhammad Ammar Yusuf My Darling (panggilan aku untuk Ammar Yusuf dan sangat menjengkelkan Daddy Yayang kerana dikhuatiri berkekalan sampai besar dan memalukan anak di depan kawan-kawan) sekarang sudah sangat aktif berjalan ke sana ke sini. Baru dapat kaki katakan. Ke depan ke dapur ulang alik tak henti-henti sampai basah baju berpeluh-peluh HEHE geram je. Kaki ligat berjalan, mulut ligat bercakap. Pening kepala tengok dia, kelakar sangat. Macam mak nenek jalan kedek-kedek sambil potpetpotpet tunjuk segala benda yang dia pandai sebut. Mulut dengan kaki sama aktif. Habislahh.

Sebelum ini, bila anak asyik merangkak kita risau tangan kotor nanti masuk mulut kuman segala, ingatkan bila dah berjalan hilanglah kerisauan, tapi tak ada maknanya! Bertambah pula kerisauan lain! Haaiih being a mother, rasanya kerisauan takkan pernah habis, sampai anak dah besar panjang dah kahwin pun agaknya. Ye tak?? Hee.. Now I feel you, Mama :')

Bila anak dah berjalan, lebih banyak perkara perlu diberi perhatian dan pengawasan, agar tidak mendatangkan bahaya kepada si anak. Antaranya:

  1. Pastikan gas dapur sentiasa ditutup (switch-off), kerana dibimbangi anak akan pergi ke dapur dan putar-putar dapur gas. Bahaya! Boleh terbakar, boleh meletup. Kalau boleh biarlah ada pagar/penghadang yang akan menghalang anak ke dapur. Tapi kami bersyukur, dapur gas kami di luar (balkoni), maka berpintu. Hanya perlu pastikan pintu sentiasa ditutup jelah.
  2. Pasal dapur lagi, dapur ni memang zon bahaya untuk budak-budak lah senang cerita. Kalau masak air panas tu, pastikan di luar capaian anak kecil. Letak dalam-dalam sikit, yang dia jengket-jengket pun takkan sampai. Kalau jenis cerek letrik tu lagilah kena careful, sebab berwayar kan, risau anak tarik wayar, dan tercurah air panas. Tapi kami pakai cerek tradisional yang masak atas dapur tu, yang bunyi memekik-mekik bila dah masak tu haaa.. So lepas masuk air dalam flusk, cerek tu letak semula di dapur, tutup pintu.
  3. Senang cerita, jangan bagi dia ke dapur langsunglah. Karang dia buka drawer pisau, even garpu pun berbahaya juga. Sebab tajam kan. Belum masuk pembuka tin, gunting.. Adoi...
  4. Bilik air/tandas juga kena sentiasa ditutup pintunya (tapi ini hanya berkesan sementara dia belum pandai pusing tombol pintulah!). Dan pastikan jangan biarkan ada air bertakung yang tidak bertutup dalam bilik air. Takut dia main dalam tu, dan terjatuh up-side-down. Lemas. Kes-kes macam ini bukannya baru, dah selalu sangat masuk paper pun, kecuaian ibu bapa :'(
  5. Barang-barang elektrik, khasnya seterika, lepas pakai kena off dan cabut plugnya. Selama ini aku off je, tapi tak cabut pun sebab ketat nak cabut senak perut buncit mak ni bongkok-bongkok (soket kat bawah). Sekarang kena cabut dah. Takut dia switch on, panas, melecur :'(
  6. Barang-barang kaca, haaa ni memang dah patut risau dah. Rumah aku ni banyak pasu bunga kaca yang kurus tinggi tu, kena extra cautious sikit lepas ni. Takut dia main-main kawasan situ, terlanggar jatuh, pecah. Taklah sayang pasu sangat pun, karang pecah luka kaki dia, kan kesian..

Ini setakat apa yang aku nampak sekaranglah. Apa lagi ye yang kita perlu tahu wahai ibu-ibu otai sekalian?? Pesanan yang sama ini juga aku tekankan pada pengasuh juga. Risau bab ke dapur itulah. Tapi kalau kat rumah pengasuh lagilah banyak nak kena risau, sebab landed house kan, karang pintu terbuka tak ada orang perasan dia senyap-senyap keluar rumah........ T___T Semoga Ammar Yusuf sentiasa di bawah pengawasan yang baik, dan dilindungi Allah. Amiinn...









15 comments:

Wawa said...

Hihi comelnyeeeee!sekarang annaila baru pandai memanjat pun dah rase terhibur, ni pulak dah berjalan2 kan. :)

Vee said...

Hello akak.. Vee ni tak da la pengalaman menjaga anak apa semua dan memang tak layak digelar mama otai, tapi memandangkan akak dah tanya bab keselamatan ni, vee suggest akak buat door stops jugak. Yang ini untuk prevent door slam, sebab budak2 mana reti nak tutup pintu elok2 kan.. Slalu dengar tangan budak2 kena kepit pintu, sakit tu < pernah merasa, haha.. Yang ni pun kita blajar dari Nanny911 :D Vee sertakan link ini bukan suruh akak beli, tapi suruh akak tengok contoh2 door stops takut akak tak paham amender vee ckp ni xD

http://www.babysecurity.co.uk/categories/465/Babyproofing-%26-Child-Locks/Door-Stops-and-Slam-Prevention/

east said...

hi Una..
wahhh sonok la AY dah leh jalan sikit lg klu g jln mana2 konpem aa letih mommy & daddy dia hehe cam suri skrg dah takmo dah pegang tgn mommy bila jalan asik nak berlari jeh sobsobb
ok nak share :
1. kt umah ni tong gas dlm cabinet so ok kot just make sure dia tak pi bukak cabinet tu hehe
2. air panas mmg msk pki heater so selamat kot heater duk tempat tinggi lg
3. takleh nak halang suri g dapur sbb dapur kitaorg jenis open klu nak pgr mau bape meter hehe mmg fav dia lah skrg duk bukak tutup cabinet dapur mommy punggah tupperware iskh iskhh
4. yerp toilet selalu make sure tutup tapi hubby takk..klu dia tutup pun tak rapat sbb toilet bwh ni jenis pintu tarik..iskhh selalu bebel kt dia kena extra bebel lg huhu
5. yerp iron mmg selalu make sure cabut plug suri suka duk tekan2 suis tu
6. same w me banyak brg kaca kt umah so far just make sure jelah dia tak g main area2 yg tak sepatutnya..

and klu time diaorg kt nursery/umah pengasuh just tawakal jelah kan..mcm nursery suri mmg selalu berkunci tp risau kan tangga sbb selalu bdk2 diaorg letak kt atas..suri naik tangga dah pandai tp turun dia main hulur2 jeh kaki smbil berdiri ngeri betul huhu

and 1 tip : klu meja tayah letak alas nnt diaorg tarik abis sume jatuh hehe

ily♥ said...

u got the points..my son sgt suke main dgn plug point. so, mmg kena sgt beware sbb die suka tarik wayar. sume wayar nak kena sorok. Pastu kena beware dengan bucu-bucu meja/rak. baru je dpt lebam dekat pipi a few days ago sbb jln menonong je langgar rak tv. aduhai...

Erna Nordiana Zamri said...

iman belum pandai berjalan. masih meniarap laju kalah askar nak berperang. erna pun dah risau bagai nak rak. kalau dah pandai berjalan macam ammar yusuf, tak tau la nak cakap macam mana. comel terkedek-kedek :)

iloveyoumummyiloveyoudaddy@gmail.com said...

salam . bestnya pengalaman itu . saya belum kahwin lagi ;)

Husna Hadzarami said...

Hehehe.. Memang setiap development anak pun sangat menghiburkan hati tau! Hari-hari tak sabar nak balik jumpa anak, nak tengok apa lagi telatah dia hehe ;)

Husna Hadzarami said...

Oh my God it really helps thank you! Ammar Yusuf memang pernah sekali dua masuk bilik dan tutup pintu sendiri, risau juga kalau terkepit tangan takpun terkunci kat dalam ke kan. Tak pernah terfikir pula ada benda macam ni, tak pernah nampak pun. Kat sini mana ada jual ye? Ke kena purchase dari oversea je? :/

Husna Hadzarami said...

Hi Is!
Haa itulah dia. Dah start berjalan ni memang rasa bersemangat nak bawa pergi taman on the weekend. Biar dia tengok dunia luar, hirup udara segara.. eceh. Entah larat tidak nak mengejarnya.

Kita punya tong gas pun dalam cabinet, yang kita risau bukan dia main tong gas, risau dia pusing switch kat atas dapur yang untuk buka api tu je T__T.

Pasal kaca tu kan, I rasa kalau dari kecil kita dah biasakan dia dikelilingi benda macam tu, inshaAllah dia takkan berminat nak main area situ kot. Harap-haraplah. Sebab sekarang memang nampak mudah sebab dia main pun dengan kita kan, nanti ada adik, maunya dia main ball dalam rumah ke... Kan? Hehe..

Yes very true, ada budak kecil kat rumah memang tak praktikal nak beralas meja bagai (tapi I ada je satu dua alas meja tapi yang tak berjela-jela la, ngam-ngam kat atas meja je). Thanks for the tips!

Husna Hadzarami said...

Ahaah betullah. Bucu meja/rak, tak dapat nak soroklah kan. Just kena make sure dia tak main area bucu-bucu tu jelah kan, haaaii macam-macamlah nak kena bimbang sekarang.. hee..

Husna Hadzarami said...

Hehehe.. Meniarap pun banyak nak kena jaga (takut dia kutip barang masuk mulut, or tangan kotor-kotor terus masuk mulut, or dia cium/jilat lantai ke.. huhu), dah berjalan pun laaaagi banyak nak kena care. Tapi best, comel, seronok sangat tengok perkembangan dia :D

Husna Hadzarami said...

Assalam. Memang best tau! Haaa kahwinlah cepat hehehe ;)

Arya Stark said...

Hi Husna, i suggest u install the safety gate cos pernah berlaku dah ZA pecahkan pinggan sbb i basuh pinggan kejap aje pusing dia dah bukak kitchen cabinet n amik pinggan n baling. all happened within seconds.. lagi2 bila dia dah pantas berlari2. so far safety gate tu banyak membantu. and benda2 perhiasan glass/metal/anything heavy and hazardous mmg dah simpan dah. even dina spend 24 hours dgn dia pun kadang ade je akal dia nak buat something dangerous. plug points watch out ya... and tong sampah.. budak suka korek2.make sure bertutup. tp lama2 nanti dia akan faham, like i hari2 bebel, ingatkan ZA dont do this and that, lama2 dia pun boring nak kacau benda2 yg dia x patut kacau n he will concentrate on playing with his toys. hehe. ive seen houses yg babyproofing to the max, yet still baby injured jugak. itu namanya budak kan... so d best we can do is, keep an eye on them, and tell them what's wrong or right. kadang kalau dia cedera (bukan yg serious la) mcm terjatuh sikit ke kan), then i will explain to him, this is what happens when you refuse to listen to mommy, then dina perasan dia akan takut nak buat lagi... heh heh heh... lesson learned there. approach yg jahat but itu je caranya kannn hehehehe.

Vee said...

Yang tu tak tau pulak kak.. Tadi kita main google je door stops. Why not akak cari door stops yang kat atas tu, yang slow down kan pintu bila tutup. Benda ni slalu ada kat pintu office kalau tak silap. Yelah, kalau tak dapat yang ni, at least pintu tu tertutup dengan slow kan.. Hehe. Kalau part pasal terkunci kat dalam, better ada kunci pendua..

Anonymous said...

hehe yerp leh g taman amik2 gamba dia main pstt camera baru kan hihihi..yerla kan psl switch dapur tu bahaya kan nnt bila dia dah pandai mencapai..suri pun skrg dah pndai jongket2 kaki klu nak amik something atas kitchen cabinet tu huhu kena extra careful lah klu duk main kt dapur..
psl brg kaca tu mmglah kan kena biasakan dr kecik insyaAllah diaorg faham (yg ni mmg my mom slalu bising bila dtg umah hehe) tp tulah still kena beware kan..i ada letak table lamp kt sebelah tv so far dia tak main sgt just sentuh2 jeh and everytime dia sentuh i terus ckp aaa main lampu mommy yehhh terus dia gelak2 tak main dah :)