Tuesday, October 23, 2012

Tentang Sifat Sabar dan Marah

Tadi masa makan dengan colleagues, kami berceritalah tentang tabiat masa muda. Topik utama, tentang tahap kesabaran dan sifat panas baran. 

Teringat aku dulu, aku memang ada masalah anger management yang agak teruk. Memalukan sebenarnya bila diingat balik, memang sangat kurang sabar dan cepat sangat nak naik angin. Mangsa utamanya mestilah teman lelaki ketika itu (obviously, he's no longer with me hewhewhew). Kesiaaaan dia bila ingat balik, even masa aku dah break off, masing-masing dah ada teman baru, when we occasionally talked that I asked, 

"Apa sebenarnya sifat buruk I dulu yang you paling tak tahan?" yeah for the sake of changing it for my new love (now my husband). He just said one thing, "Your anger".

Now, I'm way cooler. Selepas terbaca satu kisah tentang paku tu. Siapa pernah baca? Kononnya ada seorang pemuda yang terlalu panas baran, ingin mengatasi masalah itu lalu berjumpa seseorang tok guru. Tok guru cakap, cuba setiap kali marah, ketuk paku atas sebatang kayu. Maka setiap kali pemuda itu berasa marah dia akan ketukkan paku ke dalam sebatang kayu, sehinggakan tiada lagi ruang pada kayu itu. Perlahan-lahan, sifat marahnya mulai hilang. Dan dia berjumpa semula dengan tok guru tersebut dan dengan gembira memberitahu betapa berkesannya cara itu. "Sekarang," kata tok guru itu, "Cuba cabut semula satu persatu paku itu.." Setelah dicabut, memang berlubang-lubanglah kayu tersebut. Itulah kesan yang kita dah buat pada hati orang yang kita marah. Walau macam mana kita minta maaf, walau macam mana kita anggap orang itu dah lupakan, kesannya tetap ada dan tak mungkin hilang.

Sedih kan? Now I've changed, like a lot. Sometimes I wonder where did I got all these patience.. Mungkin disebabkan peningkatan umur. Mungkin kerana berjumpa orang yang sebetulnya untuk kita, sebab aku yakin jika aku masih mengekalkan hubungan yang lama itu, kemungkinan besar aku masih tidak berubah. Mungkin juga kerana perubahan hidup, mengenali cinta yang sebenarnya, berkahwin, melahirkan anak. Being a mother, perlahan-lahan tahap kesabaran memang makin meningkat.

Tapiiiiii.....

Macam mana penyabar pun aku, aku paling tidak boleh bersabar dengan orang yang lambat. Aku tidak sabar menunggu, dan aku paling tidak sabar berurusan dengan orang yang berbual-bual dengan orang lain dalam pada dia sepatutnya fokus bekerja.

Aku senang naik angin bila cashier pasaraya berbual-bual sesama mereka. Walaupun tangan dia tetap bekerja, apatah lagi kalau kau dahlah lembab, lagi nak berborak-borak ketawa-ketawa, kau tanyalah Suami aku berapa ramai cashier aku pernah tegur terus, kalaupun aku tidak hempas barang di depan mereka.

Aku senang naik angin bila pekerja di kaunter bank berbual-bual ketika aku tengah saspen berdebar-debar keluarkan amount yang banyak (yelah keluar amount yang banyaklah kena guna kaunter kalau tidak baik guna ATM je kan?). Karang tersalah kira macam mana?? Aku bukannya rajin nak kira semula sekeping-sekeping duit yang nilainya belasan ribu.

Aku senang rasa nak naik angin bila jururawat berbual-bual sesama mereka ketika sedang merawat aku, apatah lagi anak aku. Buatnya kau tersalah beri/suntik ubat lain, macam mana??

Dan ini satu yang aku paling rasa nak hilang sabar, tapi malangnya ketika itu aku tak boleh nak buat apa, adalah sewaktu dijahit episiotomi selepas melahirkan, doktor dan jururawat berbual sambil ketawa entah apa. Mujur aku stone masa tu sedut gas banyak, still... Gila buatnya tersalah jahit, kena buka semula, dan jahit semula, macam mana???


Siapa di sini yang macam aku??







5 comments:

Unknown said...

almost same..=).. tapi marah bertempat la kan.. xde la golongan mcm nie nk mengamuk je manjang.. kan kan..

Anonymous said...

Arrrghhh, samalah. till now. senang sangat naik hangin. Sekarang masih dlm proses nak control kepala angin ni. Tapi kekadang tak tahan, terhambur jugak. :)

Wanie-san said...

kak husna jenis sound direct...mcm sy bertapis..tapi hati tu sakit la duk thn marah..dgn kwn2 beranila mrh2..dgn org lain buat muka emo.even kwn sendiri pun tkt bile sy wat muka emo..:D

Anonymous said...

teringat masa anak kene jaundice dulu, doktor dan nurse selamba bergelak ketawa masa amek darah, and bila result dapat, sambil buat muka serius, cakap kat saya yang anak kene admid wad,
padahal my hubby tengok result *curi tengok*, reading dah less than 130 something.

Geram! Sebab dalam dorang bergelak ketawa, boleh silap baca report anak orang lain.
Nasib baik report yang salah.
Kalau salah cucuk ubat?

I see u in court.

Pasal cashier, saya sama dengan awak.
I even take their name, pastu tulis surat/aduan.
And i'll make sure they (the management) will call me to apologize.

Gedik?
Over?
I don't think so.

Ijah EmoTemo said...

sama lah T_T
ijah pun pantang sungguh dgn situasi yg kak una kasi contoh tu. terutama dkt cashier. itu mmg mengundang amarah T_T