Saturday, October 27, 2012

Our AidilAdha

Sehari sebelum AidilAdha, ibu mengandung yang dah tak muat untuk menyarung kebaya raya puasa tempoh hari, telah berjaya melaksanakan plan bijak.


Tehehehe, ajak semua adik beradik pakai abaya dan jubah agar diri sendiri tidak ketara sangat kegemukannya kehkehkeh.

Adik-beradik sangat memahami dan baik hati, maka bersetuju dengan perancangan ibu mengandung.


HEHE comel je semua pakai abaya, dengan Mama sekali pula. Mama terlampau bosan menunggu Lah setting nak ambil gambar, lalu tertidur sebentar. Dan Oyah memilih untuk bergaya ala ibu mengandung, posing usap perut. Mungkin disebabkan makan lodeh dan ketupat rendang tambah 3 mangkuk, beliau akhirnya menyedari bahawa perut beliau sudah melebihi ibu mengandung yang sebenar. Anak dara dua orang di depan, sangat adorable.


Mama dah tak tidur lagi hihi. Dan Oyah masih usap perut -___- Abaya kami ditaja oleh Abang Saiful yang bekerja di Dubai, sering menghadiahkan kami sekeluarga abaya yang super cantik, dan sering juga mencetuskan pening kepala adik beradik perempuan untuk memilih yang mana satu, sebab semuanya cantik-cantik sangat! Namun yang sudah berkahwin (Kakna dan aku) apatah lagi yang hanya seminggu sekali balik rumah (akulah tu) sudah tentulah akan dapat yang leftover sahaja T___T Still, tetap cantik, syukur...


Bukan hanya kaum wanita, para jejaka pun dapat jubah yang cantik-cantik. My brother has a really good taste in this. 


Riangnya pak aji kecil.


Pak aji kecil yang busy (body).


Pak Aji Ammar Yusuf Taiyoob dan Kakak Aina. Pagi raya itu, Mama buat announcement, "Raya Haji kali ini ada angpow tau!" Kami adik beradik (yang terdiri dari mak orang, bapa orang dan makcik orang) bersorak kegembiraan siap suffle dan breakdance, yea yea dapat angpow yea yea!! "Taaapiiiii, untuk cucu-cucu sahaja!!"sambung beliau. . . . . .

Sampai hati Mama mempermainkan perasaan kami T____________T


Mana-mana pergi mesti kelek botol air. Paling suka minum air masak, bagus anak Mummy, usus sentiasa bersih alhamdulillah makan apa pun tak pernah ada masalah sembelit.

My two handsome boys *ehem*. Penat beraya, terpengsan terus.


Bangun tidur, terus mandi dan tukar baju. Kali ini pakai baju tajaan Nenek Subang, beli di Mekah. Nak kena ke rumah Nenek Subang pula lepas ni. Untung kahwin dengan orang dekat, dalam satu hari je boleh pergi dua-dua 'kampung'. Tak payah nak sakit hati redah jem bagai kan Yayang? Hehe. *biasalah ayat orang bitter tak ada kampung :p* 

Selamat Hari Raya!




P/S: I thought my 12 year old nephew has reached his puberty, since his voice has changed, jadi like garau, and yeah, manly. So I asked (expecting dia akan malu-malu or something like that), "Eh adik dah pecah suara la.." He said, "Aah, sebab hari tu adik menyanyi kat sekolah.." I laughed straightaway oh I'm a bad aunty.







3 comments:

Nor atau Nad said...

yg bawah sekali tu lawak XD

Erna Nordiana Zamri said...

selamat hari raya haji ammar yusuf. mummy maintain cuns berjubah :)

YanaHime said...

sukanya tengok gambar family husna...comi2 jer pakai abaya...termasuk aji kecik tu, hehe!