Tuesday, October 16, 2012

Konsep Mencintai Seadanya Dalam Rumahtangga

Orang lelaki, suami khasnya, biasanya jarang ataupun susah ataupun malas nak bersikap jujur apabila ditanya sesuatu yang, dikhuatiri boleh merosakkan suasana.

Antaranya:

"Abang, takpe ke wife Abang ni gemuk? Abang tak kisah ke?"
"Takpe ke I jarang-jarang masak? Asyik makan luar je kita kan."
"I penat la, boleh tak I taknak kemas rumah hari ni?"

Biasanya, memang dijawab.

"Abang tak kisahlah, Abang sayang Ayang seadanya. Gemuklah sedap pelukk.."
"Takpelah, You penat kan.. I okay je hari-hari makan kat luar.."
"It's okay, rehat jelah.."

Tapi, cuba kita usaha sikit kuruskan badan, dress well, always look good.. mesti dia juga yang akan puji,
"Ayang nampak kuruslah sekarang.. Cantik, suka Abang tengok.."

Cuba kita sekali sekala memasak,
"Ish sedapnya you masak ni.. Hari-hari makan macam ni kan bestttt.."

Dan sentiasa rumah cantik berkemas.
"Senang hati Abang macam ni, balik rumah selesa je rasa.."

Apa yang aku nak tekankan sebenarnya (khasnya untuk diri sendiri), kita sebagai isteri jangan terlalu mudah berpuas hati dengan apa yang kita dah buat untuk orang yang kita sayang. Jangan terlalu berpegang pada kata-kata, "Kalau dia cinta aku, haruslah terima seadanya.." Dah tak berapa boleh pakai sebenarnya. Rasanya dah pernah cerita pasal ini kot dulu. Semua orang suka perkara yang cantik, bersih, sedap mata memandang. Maaf cakaplah, apa yang aku biasa nampak, bila dah kahwin ni, perempuan mesti akan lari body alignment, padahal umur belumpun 30 tahun lagi. Belum anak berderet-deret lagi. Manakala si suami tetap maintain kemas,  handsome... badan sedap-sedap. Hmmphh.. *suddenly wild imagination* Eh. HAHA.

Jagalah badan, penampilan.. Bukan nak suruh kurus keding dik oi, tapi biarlah sedap mata memandang. Because  the ugly truth is, semua lelaki suka pasangan yang sedap mata memandang, yang menjaga penampilan, jaga bentuk badan. Cuma bukan semua lelaki berani berterus terang. Suami je yang boleh tengok kita uncovered, tanpa sebarang hijab, tanpa seurat benang dan tanpa secalit mekap kan, kenapa taknak show him our best appearance? Janganlah muda-muda lagi dah gelebeh sana sini dan expect si suami akan sentiasa terima kita seadanya. Tak salah untuk berusaha lebih sikit, keluar dari zon selesa kita. Kalau malas ataupun rasa tak berbaloi nak pergi gym pun, beli je CD aerobik ke, bersenam kat rumah. Kalau Suami aku tu, macam yang aku ada mentioned in the previous entry, he gives the most sincere opinion about me dan akan sama-sama berusaha untuk mengatasinya. Tapi berpada-pada juga, takkan aku baru lepas bersalin nak dikutuknya gemuk gedempol hoi sentap mak oi! Bila aku bising pasal bentuk badan dan sebut pasal nak try swimming, dialah yang paling bersemangat Google sana-sini untuk cari tempat yang paling dekat untuk belajar berenang. Suami aku, bukanlah jenis puji melambung sentiasa, tapi bila sekali sekala dia cakap,

"B makin kuruslah, dulu ketat je B pakai seluar tu, ni dah loose dah Abang tengok.."

dan yang paling best,

"Nanti Adik lahir, B breastfeed juga tau. Macam Ammar Yusuf hari tu kan B breastfeed setahun, Abang tengok badan B cepat sangat susut. Impressed Abang.."  

HAAAA kembang setaman mak! Lain oh kena puji dengan husband berbanding masa zaman pakwe makwe dulu. Suami tu dia tengok kita siang malam tau, maka dipuji suami adalah yang paling bermakna, paling sincere, paling memberi kesan di hati. Betul tak para isteri sekelian? :')

Tapi kalau awak tu pregnant, tak payahlah sibuk-sibuk nak jaga badan pula! Pregnant woman tak apa gemuk pun, seksi bak kata husband kitew hihi. 

Macam tu juga dengan hal memasak, urusan rumah segala. Ini aku akui aku pun masih gagal juga sebenarnya, boleh kata seminggu sekali je kot aku memasak. Tambah-tambah sejak rumah babysitter dah jauh ni, kami setiap hari sampai rumah paling awal pun pukul 7.30 malam, kalau nak memasak pukul berapa pula nak dinner? Memang beli siap-siap jelah nampak gaya. Tapi aku harap aku boleh improve dari segi itu, siapa taknak jadi yang terbaik untuk Suami kan? Deep inside, walaupun aku sangat bersyukur Suami sangat membantu dalam urusan rumahtangga, dialah yang mengemas menyapu selama ini, tapi tak bolehlah nak terlalu selesa dengan keadaan itu. Sekarang tengah bahagia, tak apalah. Esok lusa, siapa tahu. Buatnya satu hari nanti (nauzubillah) dia jumpa gadis sunti yang sama personaliti dengan kita, punya semua kelebihan yang kita ada, tapi lebih terjaga penampilan, lebih rajin memasak, lebih rajin mengemas dan menguruskan rumah tangga................ T___T

Jodoh di tangan Allah, betul. Tapi tak salah berusaha lebih untuk perkuatkan jodoh. Perbaiki diri sehabis baik, sebelum ungkit semua kelemahan Suami. Sebab ada juga aku pernah dengar orang cakap, "Ala buat apa aku nak jaga badan sangat, laki aku pun gemok juga.." Cik kak, lelaki gemok pun masih ada yang minat tau, dan dia halal je kahwin lebih kalau dia hendak. Cubalah buat sesuatu tu dengan ikhlas, lecehlah kalau semua benda pun nak harapkan balasan. Bukan untuk orang lain pun, untuk kepuasan diri sendiri dan orang yang sangat kita cintai juga. Jangan bila dah terlambat, barulah kelam kabut nak berusaha ambil hati suami, nak perbaiki diri. Semoga kita semua dijauhkan dari situasi itu..








16 comments:

as ♥ Leenda said...

mintak izin share entry ni di FB saya..
act, dah share dah pun..hehe..
peace..:)

ily♥ said...

Assalamualaikum...
Singgah sini....
Agreed with u...
Mmg klu tnye kt husbnd, die x merungut, x complaint...
Tp kdg2 kite yg rasa x selesa dgn diri sendiri...huhu...
Pasal msk pun, i admit mmg salu fail...
Same as u, maghrib br sampai rumah...
Tapi sesekali msk, wlupun kt tekak kite ni rase mcm sume bende x cukup, husbnd akn ckp kt ank "sdp ummi msk ni..." Huhu....

ily♥ said...

Assalamualaikum...
Singgah sini :P
Agreed with u..
Mmg klu tnye kt hubby, die jrg complaint, mcm terima seadanya...
Kdg2 die jwb selambe...
"Syg cntik x?" "Cntik"
"Syg comot x?" "Sikit"
Huhu...
Klu tnye ape pun, selalunya jwpn die mmg ok je...
Tp kdg2 kite yg rase x selesa sendiri...
Psl masak pun, sy admit mmg fail...lepas maghrib br smpai rumah, so mmg selalu beli bungkus..
Bila sesekali masak, wlupun kt tekak kite rase mcm sume bnde x cukup, hubby akn ckp ok je. Pastu dia akn ckp kt our 1yr old son "ummi masak sedap..."...bile dah siap mkn, yg saya perasan klu msk sendiri, mesti hubby akn say thanks...klu beli bungkus, senyap je la..huhu..
So, faham2 la...huhu...

Arya Stark said...

Agree Husna! That's why dina berusaha untuk watch what i eat, and exercise (eventhough penurunan berat badan tu lambat but appreciate husband's support n pujian) bila dia tgk kita berusaha, of course dia appreciate. bab yang ini mmg dina pun amik berat. even duk rumah pun kadang dina put on lip gloss sikit, pakai perfume hehe, pakai dress (ewah), buat rambut sikit hehe. barulah dia semangat bila ada kat rumah. ni kalau dia balik rumah isteri rambut menggerbang tak mandi kang dia x mau balik sape susah. cuma pasal body shape ni lah yg dina slalu stress kan. now sejak berzumba ni nampak perubahan, hubby ckp nampak u makin fit, perut pun dah kempis sikit lagi dina bersemangat... sometimes we need our husband to be honest jugak utk motivate kita kan? all in all, dina suka sgt post ni! yeay to keeping our husbands happy!

YanaHime said...

dialog; abg terima ayg seadanya...OMGeeee!

haha! klu husband dgr ni sure muntah biru...akak dgn husband dh buat agreement; kalau isteri buncit suami tak boleh buncit, hikhikhik! sbb akak buncit dgn anak dia...

mcm Una ckp tu btl, kita ppuan tak bleh pandang remeh....silap sikit je kita akan diHONEYstar kan

Ana Rashidah said...

hmmm... minggu sudah terbaca satu entry dekat blog akak geli, pasal seorang suami yang komplen pasal isterinya di blog/fb perempuan lain. komen yang sangat pedas, menyakitkan hati dan segalanya. tetiba pulak hari ni una pulak buat entry yang lebih kurang dengan akak geli tu... hmm.... banyak kita kena buat check and balance. tak boleh terus berpuas hati dengan apa yang ada.

since i got married, emak pulak yang susah hati bila tengok akak ni simple. actually before getting married pun akak dah tak mengenakan mekap even pergi kerja pun dan sentiasa berjubah hitam tapi bling bling hoccay. once in a blue moon baru nak pakai lipstick. jadinya mak akak ni le yang dok bising suh cari jubah yang berwarna-warni katanya.

dulu masa sebelum kawin, akak put on weight. especially lepas balik umrah sebab masa tu happy masalah cinta tak berkesudahan dah settle. lepas kawin, haaa.... kau.... dalam 8 bulan je turun berat almost 10kgs. makan macam biasa sebab hari-hari dok masak. tapi apa yang akak noticed, sebab house work, masak everyday, berulang alik kerja agak jauh + sambung belajar & gardening. alhamdulillah dapat semula berat masa zaman workout dulu. kadang-kadang tak semestinya kena pergi gym or buat workout untuk loss weight, kita buat house work pun salah satu cara untuk sweat dan akan membakar kalori.

tapi bab mengemas rumah tu akak tak pandai. sebab lepas kemas akak sendiri akan tunggang langgangkan semula hehehe...

Lemon said...

hai husna.

read a similar post by LadyNoe. Dalam post dia tu cakap pasal "takpe" lelaki. Mula-mula, ye takpe. tapi takut dalam takpe-takpe tu, tak pasal pasal jadi benda lain macam dalam perenggan u yang second last tu. Erk?

Nice post btw. :)

Husna Hadzarami said...

First time baca blog akak geli tu, dan terus cari entry yang Kak Ana cakap tu. MashaAllah sayu hati baca.. Sampainya hati.. Sedihnya bayangkan jadi isteri dia kan. Dia as a husband, instead of pergi mengadu kat perempuan lain, atau pilih untuk berdating dengan perempuan cantik lain, why not berterus terang secara baik dengan his wife, then sama-sama usaha and tolong bagi isteri menarik, bagi duit pergi slimming ke, register kelas bersenam kat mana-mana ke, bagi duit buat facial buat rambut ke.. Sedihlah baca, emo betul rasa kan?

Anyway, kalau cakap pasal office attire, bagi kita tak apa je kalau simple pun. Okay apa jubah bling-bling. Buat apa nak dress up beria untuk orang lain, cuma janganlah selekeh sangat asalkan kemas dan sedap mata memandang cukuplah. Tapi kat rumah kenalah berseri lebih sikit, pakai wangi-wangi janganlah dok berT-shirt dengan kain batik aje, pakailah seksi sikit hehe sebab dengan siapa lagi nak seksi kalau bukan dengan suami kan? ;)

Yes true, buat housework pun membakar banyak kalori. terutamanya bila pakej dengan menjaga anak yang masih kecil/toddler, nak mengejar dia je dah tercungap kita HAHA!

Husna Hadzarami said...

No problem! And thanks =)

Husna Hadzarami said...

Same goes to me!!!! Jarang sangat dapat masak, usually on the weekends je la pun. Dan I realized, everytime lepas Hubby makan masakan kita, mesti dia akan say thanks. Showing how much he appreciates it kan (eventhough masak simple habis pun). Everyone loves home cook sebenarnya, hopefully I can cook more often.. Hmm..

Husna Hadzarami said...

Bestnya jadi housewife... ini apa yang I nampaklah. Sebab everymorning boleh send Hubby at the door, dan setiap petang boleh pakai santek-santek and sambut Hubby at the door. Macam dalam drama-drama tu kan? Best laaa.. I pun kalau kat rumah I try my best to dress well, tapi tidaklah fancy-fancy ke apa cuma I elakkan pakai baju lusuh, or baju besar-besar sebab nampak tak menarik. Ni bagi I la. Like you said, kenalah dress up bagi dia bersemangat bila ada kat rumah hehehe.. Then pakai lotion selalu, always trying to show the best side of me, and smell good of course. Penting woh jaga bau-bau ni. I sendiri tak suka bau yang tak menyenangkan, apatah lagi orang lain. Sebenarnya kalau bukan untuk husband pun, untuk kepuasan sendiri juga. Benda tu meningkatkan keyakinan diri kan? Keep up the good work, Dina. Nanti I pun nak belajar berzumba juga lah, senang boleh buat kat rumah je kan? ;)

Husna Hadzarami said...

HEHEHE.. Siap ada agreement tu! Sebenarnya tujuan berjaga-jaga bukanlah semata-mata takut bermadu ke apa kan, tapi lebih kepada menjaga keharmonian rumahtangga, menjaga kebahagiaan suami. Bila suami bahagia dan kebajikan suami terpelihara, hidup kita pun lebih diredhai Allah. Jodoh ajal maut kan di tangan Allah, kita cuma mampu berusaha je la kan? :')

Husna Hadzarami said...

Yes I have read that too. That's why I said kan, jangan ambil mudah dengan sikap mudah suami. Kadang-kadang apa yang dikatakan mungkin untuk menjaga hati kita, so like Kak Ana kat atas ni cakap, always check and balance diri kita la. Jangan senang berpuas hati, tapi jangan pula terlampau paranoid usaha gila-gila takut nau laki lari. Just go with the flow, sentiasa berusaha dan kemudian tawakkal. Allah knows best :)

.: Si BungaKopi : . said...

hehe..pengalaman yg berguna

Unknown said...

Hi husna..best bace your entry ni. I'm 6 1/2 months pregnant..serious mmg sgt concern ngan my physical appearance, even though husband ok and slalu support. So lepas bersalin, I akan put more effort utk lose weight =) Betul u ckp, org llk ni mmg suke hide dorang nye feelings..bukan nk terus terang sgt tkt kite ni terase katenye. Whatever pun thanks tau utk entry ni. Nanti bile I dah start keje balik canela nak organize sume bende kan. Anyway, I'll link your blog to mine ye. =)

Unknown said...

terbaiklah..teruskan usaha anda.. saya suka membacanya. Terima kasih.

Cara Kuruskan Badan Dan Mengatasi Masalah Perut Buncit