Tuesday, October 30, 2012

Is Meaningless Flirting, Okay?

Berbual dengan seorang lelaki yang aku agak hormati, tentang sifat lelaki.

"Orang lelaki ni, biasalah kalau flirt sikit-sikit. Lagi-lagi kalau ada perempuan baru suka dia. Siapa yang tak rasa flattered, bila ada orang suka kita? Even awak pun akan rasa seronok bila ada lelaki syok kat awak walaupun awak dah kahwin kan? So biasalah kalau melayan sikit. Setakat gitu-gitu je, takkan ke mana pun. Sebab, apa-apa pun, dalam hati dia tetap cintakan seorang je.. Percayalah, saya lelaki, saya tahulah.."

Even sehari sebelum majlis pernikahan pun, seseorang ada menasihati aku (perempuan yang baik, sudah berkahwin puluhan tahun).

"Kalau suami kau sekadar flirt sikit, usha-usha awek sikit, gatal-gatal sikit, tapi still layan kau baik, layan anak-anak kau baik, hormat ibu bapa kau... Relax je. Normal la tu lelaki.."

"Jangan hanya perkara kecil seperti itu, punah rumahtangga. Sedangkan perkara (meaningless flirting) itu bukanlah apa-apa, isteri dah terlompat melatah. Be cool. Kalau terjadi perkara sebegitu, kita sebagai perempuan kena tangani dengan berhemah dan bermaruah.. Jangan malukan diri sendiri."

Sehingga kini, aku masih cuba digest apa sebenarnya yang dimaksudkan. Is meaningless flirting okay? Sebab jika diperbualkan topik ini dengan teman-teman wanita, memang hampir tiada yang boleh menerimanya.

"Kalau dia sayang kita, dia takkan buat.."
"Kalau dia sayang anak-anak, dia takkan buat.."
"Kalau betul dalam hati dia hanya cintakan kita, kenapa nak layan orang lain lagi?"
"Cuba kalau kita yang gatal, kita yang flirt, dia boleh terima tak?"
"Kenapa pula kita yang kena faham sifat miang dia? Kenapa bukan dia yang cuba faham betapa kita berkorban untuk dia? Kenapa bukan dia yang cuba buang sifat itu?
"Tak ke bodoh nak terus defend rumahtangga walaupun dah tahu suami curang. Ish tak bolehlah aku."
"Awal-awal lagi kenalah cegah, takkan nak tunggu dia kantoi atas katil baru nak sibuk menangis meratap.."
"Aku takkan boleh terima. Nak buat boleh, tapi... lepaskan aku dulu.."

Entah. Tidak aku nafikan kata-kata teman wanita. Sesetengahnya, ada juga benarnya. Tapi kadang-kadang, bukan semua semudah dikata. Berkahwin, tidak sama seperti zaman bercinta tanpa ikatan. Jumpa SMS gatal sedikit, boleh minta putus bila-bila masa. Sebab tiada komitmen, tiada tanggungan, tiada ikatan. 

Berbual dengan seorang lagi lelaki baik, yang tidak pernah tinggal solat dan sangat menyayangi isterinya, yang juga sangat aku hormati, katanya, "Orang perempuan ni, suami tak solat, tak marah. Suami tak pernah bayar zakat, tak tegur. Suami keluar pakai seluar pendek, tak apa. Bila suami kata nak kahwin lain, mengamuk sakan. Sedangkan berkahwin satu lagi tidak berdosa, tak solat yang berdosa besar, tak bayar zakat, berdosa, keluar rumah pakai seluar pendek, berdosa.."

Ditambah lagi, "Sebenarnya kalau suami minta izin untuk berkahwin lagi, lebih baik izinkanlah, sebab lumrah lelaki, biar dilarang tetap akan teruskan hubungan. Cukup baik dia minta izin, kerana wujud sesetengah lelaki yang memilih untuk berzina daripada berkahwin. Berkahwin adalah lebih baik daripada berzina. Sanggup biar bapa kepada anak kita terus bergelumang dengan zina?"

Lalu aku bertanya, "Kalau diberi keizinan, teringin tak Encik nak kahwin lagi?"

Lelaki itu diam sebentar, dan dijawab, "Taklah. Tak sanggup nak tambah tanggungan dosa lagi. Elok-elok kena bertanggungjawab atas seorang je, nak cari pasal tambah lagi tanggungjawab buat apa.."

Sama ada dia memang lelaki yang baik, atau dia berkata demikian kerana memikirkan kemungkinan aku akan terlepas cerita pada isterinya hehe.

Aku... aku tiada masalah membincangkan hal ini, sekadar perbincangan santai biarpun kadangkala pendapat yang didengar agak sukar untuk diterima hati seorang wanita. Namun aku lebih kepada sekadar mendengar dan mencelah, tak berani berkata apa-apa, apatah lagi meluap-luap mempertahankan hujah. Bimbang tidak mampu kotakan apa yang dikata. Janganlah berkata sesuatu yang kita tidak pasti mampu atau tidak untuk kita laksanakan, bimbang kata-kata akan memakan diri. Hanya mampu berdoa agar kebahagiaan rumahtangga berterusan, cinta dan setia kami suami isteri berkekalan, hingga ke hujung nyawa. 












7 comments:

Erna Nordiana Zamri said...

husna, i terfikir pula bila baca entry u yang kali ni..owh..rasa jalan terbaik adalah senyap-senyap sahaja tak komen banyak. berdoa agar rumah tangga kami suami isteri kekal bahagia. entry yang best ni!

ettyzukhair said...

sy setuju..hanya berdoa moga2 hubungan suci terus mekar hingga syurga..

Emma Amir said...

Meaningless flirting.
*smile

Pada Emma, setiap benda ada batasan.
Yes, meaningless flirting is fine (to me at least), but there are boundaries that we must not cross.

Baik dalam hubungan couple, tunang, apatah lagi dah berkahwin, ada batasnya. Kadang-kadang kita niat nak bergurau, tapi bila dah ada 'title' ni, kena la bataskan diri. Tak boleh nak berperangai macam remaja berdarah muda tanpa ikatan sangat.

Kalau setakat sikit-sikit flirting tu, masih boleh dimaafkan, masih boleh tutup sebelah mata - tapi, kena la kenal hati budi pasangan tu juga. Kalau dia memang mata keranjang, isu ni jadi besar. Kalau dia mmg suka bergurau, tidak lah besar mana isu ni.

Yang penting, bila dah melangkah ke fasa hidup bersama orang lain ni, kena banyakkan sabar dan rasional, kurangkan ikut emosi, insyaAllah masalah lebih mudah diselesaikan.

Anonymous said...

Seriously dari dulu lagi suka baca blog u. ada sesuatu bermanfaat yg cuba disampaikan. dan untuk entry ni, I totally agreed with you and apa yang lelaki baik tu katakan. lebih baik biar dia kawin lagi, dari bergelumang dengan dosa. bergantung pada individu tu sendiri macam mana :)

AJ said...

Salam Pn Husna

Wah, aku panggil hang Pn la Una.

*senyum*

Agar bersetuju dengan pandangan Emma Amir. Everything got boundaries.
Cuma, sebagai seorang lelaki, suami dan babah, aku rasa, kita perlu lihat perkara ini dari perspektif yang berbeza.

ya, lumrah lelaki itu sukakan suatu perkara baharu, sukakan kecantikan, sukakan keindahan dan tentu saja syaitan itu pamerkan pada hati kecil si lelaki yang wanita mana saja selain isteri mereka itu lebih menarik.
pening?
macam ni.
lelaki memang dah nature sebegitu, tertarik dengan wanita. dan kenormalan itu sendiri berkait dengan nafsu keinginan berpasangan. dan nafsu juga bermain perang dengan syaitan. dan hati kecil juga berbalah dengan syaitan sebelum sesuatu tindakan dipilih kita.
Maka menggemari sesuatu yang bukan millik kita akan tentu saja menjadi hasutan syaitan.
Cantiklah macamana isteri tu seantero dunia pun, tiba-tiba lalu seorang wanita lain yang tak sampai separuh pun level isteri tuh, tapi syaitan tetap akan pujuk lelaki tadi untuk melihat dan mengagumi perempuan itu.
dan itu sendiri lumrah manusia bernama lelaki.
dan salahkah lelaki untuk menjadi demikian?

salah ka?

*senyum*

bagi aku, salah dan tidak salah.

tidak salah untuk dia memandang dan memuji itu indah; tapi salah kalau tidak beristiqfar dan memaling pandang semula dan tidak semata mati pandang pada orang lain yang tentu saja haram pada si lelaki/suami tadi.

ok.
bab meaningless flirting.
straight to the point.

pandangan aku, yang ini jangan digalakkan.
kalau kita tahu, tegur sang suami.
bagi tahu dia dengan segala macam lembut cara mahupun kaedah, tapi pastikan yang dia tahu kita feel uncomfortable.
kenapa?
sebab lelaki memang tahu yang itu tidak betul, tapi dah jadi kebiasaan dalam budaya kita dan menjadi biasa maka mereka barangkali terusik-usik juga.
jadi?
jadilah isteri yang berpesan-pesan.
tapi selembut cakap dan perbuatan.
bukan dengan bahasa kasar dan yang bukan kewanitaan.

Islam ajar kita untuk berhemah dalam semua perkara.
maka berhemah lah.
berbicara dengan lembut hati, kerana yang lembut itu yang disukai suami dulu.
kalau kita maki-maki, sound-sound, nanti mana tau laki berfikir yang "oh, rupanya isteri aku selama ini berlakon, dia sebenarnya kasar. baik aku dengan yang si dia tadi, lembut saja (ye lah belum dpat, lembut la)"

jadi?

bagi tahu.
dan sentiasa biar dia alert.
itu tak menyekat kebebasan dia berkawan, tapi dia tetap tahu batas dalam berkawan.

so tak boleh nak mengusik langsung lah?

sebolehnya kurangkan, atau lebih baik tiadakan langsung.
kalau dia mula mengusik wanita lain, cuba perhati dan ambil kisah, dan mula tegur bila makin menjadi.

ya, memang nature lelaki begitu, tapi perlu dikawal.

kan?

AJ said...

dan bab poligami.

lain lelaki lain pandangan.
lain usia lain citarasa.
dan kadang kita berpandangan seperti hari ini, tapi esok lusa dah jadi lain.

bagi aku, itu kelonggaran yang Allah benarkan untuk seseorang lelaki, tetapi penuh dengan syarat dan peraturan.

kalau mahu, kenal syarat dan peraturan terlebih dahulu.
kemudian tahu punca dan akibat.
baru buat keputusan mahu atau sekadar malu.

selemah-lemah nanti, masih boleh berpuasa kan?

lagi satu, memetik kata Ustaz hasrizal Abdul Jamil (Aku Terima Nikahnya)
yang aku ulah semula di bawah
"Jangan dijadikan untuk mengelak zina sebagai alasan untuk kamu berkahwin, kerana kalau jihad menahan diri dari melakukan zina sendiri pun kamu lemah dan tewas, bagaimana kamu mahu dan mampu membina keluarga dan menjadi tunjang agama nanti"

kalau mengira bab cuku-tak-cukup, manusia takkan pernah cukup.
sedangkan, wanita itu tetap sama dengan wanita lain, dan yang membezakan mereka adalah bagaimana kita membentuk mereka dan melayani mereka.

ku petik dari satu tempat yang entah mana, katanya:
"sebaik-baik kebaikan yang mampu kamu berikan kepada anak-anak kamu adalah berlaku baik kepada ibu mereka"

dan lagi satu.

sedangkan dengan isteri yang satu pun kita berebut waktu untuk futsal kita, untuk blog kita, untuk modify kerete kita, untuk video game kita dan isteri sentiasa berkecil hati dengan waktu yang tak pernah cukup, lagikan kita nak selit seorang lagi wanita yang bernyawa dan berhati untuk ita selit-selit waktu?

kan?

*senyum*

last pesan:
jadilah isteri/suami yang baru kepada pasangan kita hari ini berbanding semalam/minggu lepas/bulan lepas, supaya hidup sendiri ada warna dan jadi ceria.

maksud?

sentiasa buat pembaharuan cinta.
pembaharuan pendekatan.
pemurniaan rasa.
lantas.
tiada bosan dalam kamus hidup.
dan jangan percaya pada krisis rumah tangga pada usia 5 tahun, 10 tahun, 40-years-old-delima and so on.
itu hanya menjadikan hati kita rigid dan terlalu percaya hingga kita hilang waras diri.
sedangkan.
krisis itu sentiasa ada; seperti mana adanya Allah s.w.t untuk bantu kita melewati semuanya.
maka.
be a survivor.
hold your partner hand tight together, and redah sungai hidup ini sama-sama.


selebihnya?
hanya ada DIA yang Maha Mengetahui.

insya'Allah.


dari seorang yang lama tak menulis walau sentias singgah sini, dan juga seorang sahabat kamu, dan juga anak kepada sebuah kelaurga yang banyak-gamy nya.

*senyum*

salam

Anonymous said...

wehooo!!
best entry ni!