Friday, September 14, 2012

Taknak Minum Susu

Ammar Yusuf sejak 2-3 hari ini, dah tak suka minum susu. Sejak kena HFMD hari tu, dia macam trauma dengan susu. Hanya susu sahaja tau. Tapi makan banyaaaaakkkkk. Minum air masak banyaaaaaaakkkkk. Tak tahulah kenapa, bila disuakan botol susu ke mulut dia, dia rasa-rasa sikit puting botol tu, dia bau-bau sikit, lepas tu buat muka geli jijik habis dan tolak guna tangan. Adoiii sejak bila pula dah pandai geli-geli ni? Kot lah sebab bau susu lembu ni busuk, memang busuk pun tapi sebelum ini boleh je dia minum. Mak dah runsing dah ni, nenen je dia nak. Mak dah tak berapa nak ada susu badan sangat sayang oi! Nak-nak sejak pregnant ni, rasa macam sakit belakang bila nenenkan dia. Tak tahulah menyusukan masa pregnant ni ada kesannya pada aku (walaupun tengok orang lain rilek je boleh susukan anak masa pregnant), ataupun itu cuma perasaan aku sahaja. Tengok Dr. Halina pun, bila tau je dia pregnant terus dia stop susukan Bella. Memang ada kesan sampingan kot?  

Hari itu try juga bagi dia Yakult yang less sugar tu, dah tanya Kakna dia cakap boleh. Just to keep him hydrated and nak tambah sumber kalsium dalam badan, since dia reject susu kan. Ah sekali dua sedut, terus dia tolak. Sebab masam kot. Padahal dia suka je benda masam, makan Scott Emulsion pun suka je. Entahlah anak mak ni. Sekarang pagi-pagi bagi dia makan roti dengan cheese (he loves it to the max!) supaya badan dia tak kekurangan kalsium. Yelah, dah dia tak minum susu mana lagi nak dapat sumber kalsium?

Sekarang ni, perancangannya nak tukar susu. Awal-awal dulu dia minum Enfalac A+. Lepas setahun sebulan, tengok kat kotak tu cakap kalau dah setahun ke atas kena tukar ke Step 2, Enfapro A+. So tukarlah. Tapi dah pernah habis sekotak, takkan sekarang baru dia nak geli? Ramai suggest Anmum. Itulah nak cuba lepas habis yang ini. Sebenarnya ada juga rasa macam nak mulakan relaktasi balik, rasa macam nak try pam semula (dah seminggu stop pumping sebenarnya), susu dah tak ada. Boleh tak generate semula susu badan ya? Is it possible?


Makin nak jadi abang makin manja, makin macam-macam, makin garang (main kereta pun berleter sorang-sorang -__-"), makin becok. Penghibur hati Mummy.





20 comments:

~SaHiDa~ said...

eh samala kita. anak kte pun tak nak susu formula. baru nak buat entry psl susu ni, tp delete balik sbb sedih. kihkih. dia masuk je fm dlm mulut, terus buat mcm nak muntah tu. geram je rasa. dia nak bf jugak. risau jugak kalau pregnant nanti camana kan. rumah bbsitter mmg tak minum lgsg fm, ebm yg bekalkan kat dia pun sikit je dia minum. start 10 bulan dia reject bottle feeding n fm. wahhh dtg dgn pakej baik punya budak bertuah tu. hari2 google psl susu. kte dah request byk gile sample susu last week. smlm baru sampai karihome punya. smlm jugak try bagi, pun sama, siap dia tumpahkan 1 botol lg. menguji kesabaran betul. skrg kte bg dia CALCIYUM untuk sumber kalsium dia, dah dia reject susu. nasib dia ok. tapi tak tau la CALCIYUM tu elok ke tak bg baby 1 year, baca kat group HMFFYB tu ckp tak elok, tapi tanya kat doktor dia ckp boleh bagi. Mintak tlg tanyakan kat kakak awk boleh tak bg baby 1 year minum CALCIYUM? Dah abis ikhtiar ni. Ni komen + luahan hati. Hehehehe

Nor atau Nad said...

kalau bg ammar calciyum tu boleh tak kak?

hajar hazizi said...

cuba bagi lactogen lak...

famzmhj said...

sekadar perkongsian... ibu mengandung tak digalakkan menyusu badan kerana otot rahim kita mengecut apabila anak menyusu (sebab tu breastfeeding digalakkan selepas melahirkan, salah satu sebab utama sebab ni lah).

Bila rahim mengecut, kita takut anak yang baru melekat di rahim boleh 'tertanggal' <--- very the layman term. huhuh.. oleh itu ibu yang pernah mengalami keguguran lagilah tidak digalakkan menyusu badan waktu mengandung sebab takut perkara sama berulang.

bagaimanapun, badan seorang wanita dengan seorang wanita yang lain tidak sama, jadi mintalah nasihat daripada doktor anda...

nasihat ini diberikan oleh seorang doktor di tempat saya bekerja, saya suka sembang-sembang dengan dia pasal pregnancy and motherhood dengan dia sebab dia incharge MCH (mother and child health) di Perak.

Husna Hadzarami said...

Aiyo, samalah! Rasanya Ammar Yusuf ni kalau susu ibu letak dalam botol pun dia taknak kot, tapi tak pernah try lagi la sebab dah tak ada susu kan. Sedih bila anak reject susu ni, macam Ammar Yusuf dia lately kerap betul hisap jari, mungkin lapar kot sebab walaupun makan macam-macam, baby tetap perlukan susu kan?

Eh macam mana request sample susu banyak-banyak tu ye? Pergi kat website dia ke? Ajar I pleaseee.. Okay nanti kita tanya Kakna boleh ke baby consume Calciyum tu. Harap-harap la tak berpanjangan mogok susu dia tu, sedih mak tau :(

Husna Hadzarami said...

Itulah nak kena tanya Kakna, kalau boleh bagi, nanti akak beli untuk Ammar Yusuf. Thanks for suggesting :)

Husna Hadzarami said...

Lactogen pun sepesen dengan Vitagen semua tu kan? Stail masam-masam tu kan? Karang bukan dia minum, mak yang 'terpaksa' habiskan T_T Anyway maybe I should give it a try kan. Thanks dear..

Husna Hadzarami said...

Whoaaaa betul ke anak boleh tertanggal??? Kita malam-malam bagi juga direct feeding, kesian dia tercari-cari nenen walaupun pejam mata. Itulah pernah dengar ada orang kata boleh, ada orang kata tak boleh, ada yang kata boleh tapi berisiko.. Entahlah. Baru ni masa buat pregnancy check up kat klinik, doktor tu cakap tak ada masalah pun. Entahlahh. Tapi kita ni memang dah kurang sangat susu pun. Dia just nak nenen sebab dah jadi habit je tu padahal bukan mengenyangkan pun, kesian dia :(

~SaHiDa~ said...

kte dah lama sedih tau dia tanak susu + org duk ckp2 dia kurus. berat dia 1 year baru 8.4kg. sobsob. dia nak bf je, masalah la time kte keje, pump pun tak dapat byk mana skrg.

sample tu pegi je website susu2 tu, kebanyakannya ada tulis request for sample. tapi yg lecehnya semua kena register dulu. kte dah request karihome, anmum, sustagen, nan, isomil n byk lg. semangat betul.. delivery period 4-6 weeks. tapi karihome je yg dapat cepat.

ira said...

kakna tu refer to dr Halina ke kak?

Husna Hadzarami said...

HAHAHA no la sayang, Kakna is my sister, she's anaesthetist too, just like Dr Halina :D

Anonymous said...

Alololo sian AY..nk manja2 ngan mommy la tu kot dh tahu nk dpt adik hehe..Una leh gak try S26 sbb aritu ada bc kt group ramai yg ckp babies diaorg leh terima susu tu after reject susu lain..syukurlah suri mmg dr 1yo minum S26 Progress Gold Step 3 so far ok tak penah reject..klu minum Anmum dia akan cirit birit so kena try n error k..
tp kan Una no need to worries kot sbb ada bc somewhere act babies bila dh 1yo and above susu bkn sumber penting pemakanan dia..as long dia dpt sumber kalsium dr makanan lain kira okla..boleh gak try fresh milk..i pun kdg2 bg suri fresh milk :)
and good luck w ur pregnancy okay..insyAllah dgn niat ikhlas nk bf anak Allah akan tolong pelihara the lil one inside u :)

Hanna said...

Kak, comelnya Ammar!!!

famzmhj said...

Dah tanya doktor lain,dia kata kebarangkalian tinggi utk ibu yang pernah keguguran dlm erti kata lain rahim nya tak berapa kuat.

tapi dlm kebanyakan kes,baby cuma nak comfort sucking Insyaallah tak ada kesan apa apa utk bayi dalam perut.

Ammar mungkin nak bermanja lebih dgn mummy kot..hehe.

Husna Hadzarami said...

Oh yeke? S26 eh? Kita dah beli Anmum hari tu, still, dia refuse juga. Kena bagi masa dia tidur, baru dia habis 4-5oz. Anmum bau dia OK juga compare to Enfapro, busuk! Tu pun dia taknak. I think bukan sebab bau, or rasa, tapi dia masih fobia sejak kena ulser hari tu kan? Susah hati juga, tapi bila dia at least minum masa tidur tu rasa macam lega la juga. Tapi yelah, bila baca you cakap yang susu bukan lagi sumber penting pemakanan dia, I feel better la sikit. Kesian tengok, sebab macam makin kurus je dia tau :(

Husna Hadzarami said...

Thanks dik, eh thanks for following! ;)

Husna Hadzarami said...

HAHAHA eh sorry, hari tu masa survey susu baru tahu Lactogen ni one type of formula milk rupanya. Ingatkan brand minuman macam Vitagen semua tu HEHE malu je. Anyway I dah beli Anmum, try dulu sekotak tengok macam mana ;)

Anonymous said...

myb la kot sbb klu kena ulcer mmg sakit kan even kita yg dah berumur ni klu kena pun tak tahan kan..tryla s26 yeh.. yg step 3 tu ada rasa light vanilla bau dia pun best myb AY akan suka sama cam SH :)) tp kan dak Suri lately pun tamau mkn mmg risau betoi bdn pun makin halus jeh huhu myb kena bg vitamin kot bg tambah selera mkn

feeda said...

hohoho lama xentry hang..tup2 dah nk pegnen kali ke2..hehe!alhamdulillah!tahniah husna!

misi junior said...

entah lah...baby sy ni pon tanak susu 2 3 hari ni...pdhal dia bru je 5 bulan...xtau problem dia apa...