Monday, September 3, 2012

A Love So Pure

Cat?
"Nyaaaa" (bunyi meow)

Bird?
(pandang dan tunjuk langit)

Bird is flying..
(depakan tangan macam sayap burung, dan buat gaya terbang)

Amiinnnn...
(raup muka dengan tangan macam gaya selepas baca doa)

Salam Mummy..
(Kena hulur dan pegang tangan dia and dia akan terus bawa ke bibir dia)

Flying kiss?
(Buat flying kiss siap ada bunyi)

Sebut pasal kiss, baru-baru ni I baring atas dada Suami sambil tengok TV dan Ammar Yusuf tengah khusyuk main dengan his fire-engine (dia minat benda-benda beroda sekarang). My husband suddenly peluk and kiss my cheek sambil cakap, "Saaayaaaang Mummy.." sengaja nak bagi anak tu dengar. Sebab budak bertuah tu kalau nampak kami bercinta sikit, mesti dia kan datang cepat-cepat duduk tengah-tengah kacau daun :p

Seperti dijangka, Ammar Yusuf tiba-tiba datang ke arah kami. Dah agaakkk, memang akan datang kacau daun punya. But this time, dia datang dekat I, dan tiba-tiba lembut je dia cium pipi. Dia cium, lepas tu tengok muka kita, and kiss lagi. Lepas tu dia sambung main.

Alalaa.. Biasanya dia cium pipi kita kalau nakkan sesuatu je :')



Budak kan, dia belajar berdasarkan apa yang dia lihat. Dan aku percaya, seorang suami yang menyayangi dan menghormati isteri, akan membentuk anak yang menyayangi dan menghormati wanita :')



"The best thing a father can do for his children, is to love their mother.."