Thursday, August 30, 2012

Kanak-kanak dan Adab

Semalam sampai office awal, maka pasangan sehati berdansa pergi bersarapan dulu di kedai mamak berhampiran.


Pasangan sehati berdansa yang dimaksudkan.

Sementara menunggu roti canai siap dibungkus, kami memerhatikan sekeliling. Di meja depan, kelihatan pasangan warga emas sedang bersarapan dengan seorang kanak-kanak, berusia lebih kurang 3-4 tahun. Besar kemungkinan cucu mereka. Comel saja datuk nenek keluar pergi breakfast dengan cucu. Comellah, pada awalnya.

Sehinggalah nenek itu cuba menyuapkan air (aku rasa air teh tarik), tiba-tiba budak itu menepis lalu menjerit. 

"Taknak la! Orang nak milo! Milo!!"

Nenek pun nampak sedaya upaya menggembirakan cucunya dan cuba memujuk. Si cucu, masih terus menepuk meja. 

.
.

Aku.. aku suka sangat budak-budak. Dibesarkan dengan adik beradik yang ramai, dan dikelilingi anak buah berderet-deret sebelum memiliki anak sendiri.. maka sudah terbiasa dengan perangai budak-budak. Tapi aku paling susah nak suka, atau terima, atau berfikiran terbuka, dengan budak kecil yang kurang ajar. 

Orang kata, biasalah budak-budak mana faham apa. Ikutkan sajalah. Habis tu umur berapa baru kita nak expect faham, umur berapa baru nak ajar bagi beradab? 

Aku dan adik beradik tidaklah kata baik sangat semasa kecil, tidaklah kata bersopan santun sangat, tapi memang tak ada siapalah yang berani tak memasal nak menjerit memberontak membiadap di tempat umum hanya kerana keinginan tak dipenuhi. Kalau tidak berbirat peha kena cubit secara silent, tunggulah balik rumah berbelang badan kena sebat dengan hanger. Haa berani nak mengada?

Selalu masa menunggu giliran di klinik kerajaan, mesti ada seorang dua budak yang akan buat perangai. Biasalah tu. Tapi memang tak boleh terima kalau perangai tu menyusahkan aku. Ada sekali tu budak berlari ke sana sini terjerit-jerit lepas tu langgar pula stroller anak aku yang sedang tidur dalam tu, sekali langgar mungkin aku boleh tahan lagi. Masuk dua tiga kali memang aku dengan mata bulat  bersinar-sinar sound terus je, "Duduk diam-diam boleh tak?? Baby nak tidurlah". Mak kau taknak ajar, meh sini aku ajar.

Pernah aku nampak, budak perempuan dan ibunya main cubit-cubit pipi ololo comelnya. Kemudian si ibu cuba pakaikan skaf ke apa entah ke atas kepala si anak tapi ditolak lalu menjerit, "Taknak la pakai ni tak suka, tak sukalah bodoh!" Lalu ditepis-tepis berulang kali ke muka si ibu sampai si ibu sedaya upaya cuba mengelak. Tersentak hati aku, kau panggil mak kau bodoh, terus aku tengok reaksi ibunya. Akan dicubit anaknya kah? Akan ditampar mulutnya kah? Atau dijegil matakah? Surprisingly si ibu hanya ketawa kecil, "Ala pakailah, cantik la ni haaa tengok cantik kan??"........... Mungkin bodoh itu merupakan satu perkataan yang kelakar sesama mereka. Atau mungkin ibunya sudahpun berasa malu dengan orang ramai tapi cuba dikaburi dengan gelak tawa. Haih.. Masa kecil panggil emak bodoh, dah besar entah apa dipanggil emaknya..

Adab bertandang ke rumah orang is another thing. Budak-budak biasalah nak explore itu ini. Tapi biarlah sentiasa di bawah kawalan dan pemerhatian ibu bapa. Memanglah budak-budak tak ada akal lagi orang cakap, tapi mak bapak budak kan dah cukup akalnya? Pernah baca kat satu blog ni, ada anak someone ni datang rumah orang, selamba pergi dapur buka fridge, nampak kek coklat cantik belum dipotong, pergi minta dengan emaknya. Kalau akulah buat perangai maca tu masa kecil, memang biru peha kena cubit dengan Mama tu ha gatal sangat buka fridge rumah orang macamkan rumah kau takde fridge! Tapi sebaliknya, emak budak boleh pula pergi jumpa tuan rumah, "Boleh tak potongkan sikit kek coklat tu, si Boboi ni ha nak makan..." Hamboii. Sudahlah tuan rumah memang simpan kek itu untuk special occasion, kan dah jadi awkward.

Baru ni baca Twitter, kawan baik tweet (Babe, minta izin print screen eh :p) 



Melainkan anak kita yang panggil anak awak "Eh jomlah masuk bilik kita ada game baru emak kita beli", membiarkan anak masuk ke dalam bilik tuan rumah memang aku rasa agak melampau. Please, orang takkan nampak anak awak tu comel tak apalah masuk bilik kita awak kan kecil lagi tak faham lagi, orang akan nampak awak sebagai seorang ibu/bapa yang gagal mengajar anak tentang adab sopan.


Kids will always be kids. Semua benda nak explore, semua benda nak tahu. Tugas kitalah nak membentuk anak itu jadi macam mana. Dan tugas kitalah nak mengawal tingkah laku anak kita yang mungkin belum memahami apa-apa itu. Kadang-kadang tengok anak dah bukan main melampau buat perangai, kita ni nak tegur karang anak orang, lalu dengan penuh harapan kita pandanglah ibu bapanya kot lah parents dia nak tegur ke.. Sekali diorang boleh buat bodoh je, macam semua itu dah jadi perkara biasa. Perkara biasa di rumah sendiri, tak bermakna boleh dibuat di tempat orang juga encik.

Aku pun takut juga sebenarnya jadi parents ni. Nak sporting sangat sampai nak jadi BFF dengan anak, anak mungkin boleh hilang hormat. Sebab dah terlalu anggap kita macam kawan. Selalu sangat dah nampak kes macam ini. Tapi kalau nak strict sangat, anak mungkin memberontak dan akan perlahan-lahan menjauh dari kita. 

Well, mungkin semua benda kena bersederhana, moderate orang kata. Berpada-pada. Semoga Allah kurniakan kita semua anak yang baik, kalaupun tidak mampu nak berjasa kepada orang lain, cukuplah sekadar tidak menyusahkan orang dan tidak memalukan kita. 





19 comments:

zella y said...

thanks husna for sharing...!

benda ni la parent patut tgk....
sy pernah pergi rumah kwn, anak dia tarik tudung and kaki dia naik smpai muka sy...mcm tendang2 gitu...tumbuk2 sy....sy senyum je sbb mak ayah dia pn senyum...mak dia siap ckp "dia ni mmg mcm ni..."

sy rs geram sgt2! knp dia xtegr anak dia...
knp dia xrs malu bila anak dia prangai mcm tu...????

dlm hati just doa suapa one day klu sy ade anak dan anak2 buah sy dijauhkan dr berperangai mcm tu...., sy harap sy akan dpt ajar anak sy n anak buah sy tentang adab....

selamat hari raya! ;)

Lemon said...

hai husna.

i setuju dgn u. Actually kan ada fasa-fasa tertentu perkembangan anak, bila nak jadi tegas, umur bila dah boleh pukul (utk mengajar), tempat nak pukul, umur bila parents boleh jadi bestfriend anak. But not all the time.

Masa kecik selalunya biarlah parents tegas sikit. Biar kukuh terpahat dalam anak disiplin yang sepatutnya. Time remaja eloklah parents jadi bff dengan anak, sebab time tu mmg anak-anak utamakan seorang kawan daripada seorang ibu/bapa. kan cantik kalau seorang ibu/bapa dapat jadi kawan si anak.

Ni apa yang i harap i dapat buat satu hari nanti. Doakan kami ye.

FAA said...

Bab bodoh tuh Mak I punya kawan kena. Dia boleh replied kat Mak I, "Petah sangat cakap". Mak I was like "HUH???".

Takut kalau I jadi parents macam tuh. Nauzubillah.

Nursaila Norman said...

dh byk sgt isu anak2 kurang beradab ni..mmg susah nk terima kecik2 lg dh pandai kurang ajar.. bgs la ada entry mcm ni, harap2 lepas ni ibu bapa bukak mata,bukak hati pastikan anak2 kecil mereka terasuh dan beradab :))

nice entry kak husna :)

Arya Stark said...

exactly what i had in mind when i went to turkey and greece, husna. i observe anak2 diorang sangat well mannered and sgt behave in public. tak taulah kat rumah perangai drg macamana but so far tak pernah nampak babies/toddlers/kanak2 europe menjerit2, melalak2, lawan ckp mak bapak etc etc. baby yg paling nakal itu adalah zabi aydan hehehe. semalam kat jusco dina perasan ada dis boy, about 5-6 yrs old, dia tampar mak dia sbb mak dia marah taknak belikan baskin robbins.. kejadian berlaku dpn baskin robbins. mak dia melutut dpn anak dia, mak dia pujuk cakap dah malam ni, esokla beli ice cream ya... then anak dia hentak2 kaki, jerit2 satu jusco dgr, n to my surprise dia sepak mak dia cakap... nak ice cream laa mama!!!! i was shocked.. couldnt help but stare... but mak dia buat dunno je, terus memujuk n tarik tangan anak dia menuju exit ke parking... i was like... "kurang ajarnyaaa budak ituuu" haihh... ini mmg normal scene kt malaysia.. xtau mana silapnya budak2 zaman skrg ni... berani say bad words kt parents, melawan, n pukul parents sendiri. yg pelik boleh parents accept behaviour anak n ckp, "biasalah budak2" tu selalunya respond drg. thanks for writing this post husna. dina share kt FB dina... dina pun harap n berdoa dpt jadi a good parent to zabi aydan. mintak dijauhkan dia jadi mcmtu... the key is discipline.. n disciplining shud start from now on... berani zabi aydan nak melawan mommy dia.. rotan nanti hehe

just azura! said...

jengah sini sebab recomendation from dina tru FB. agree agree! geram sangat tengok budak-budak kalau tak well behave. kalau depan mata in public, memang kena jelinglah. tak boleh nak buat apa kan. tapi kalau anak buah i tak behave depan i, i senyap senyap cubit peha dia. lepas tu keluar kata, makngah marah...the whole family senyap tak kata apa. dorang pun faham, kalau behave, i tak buat macam tu.. and budak sekarang tak macam budak zaman kita..kurang penegasan...

sarah shamsyul said...

i agree ngn this entry. Seriously. Kalau i nmpak kids mcm ni pn, i pn naik geram

Cik Asma BLuppy said...

nice entri & i like! dah ramai jadi macam ni. ada jugak yang biar kan aje. ade je rase nak marah tapi anak orang. last-last biarkan jgk.-_-'

YanaHime said...

setuju!...budak2 lebih comel kalau beradab...take note utk start ajar anak supaya beradab...kalau kurang ajar, bagi jer hanger *ish! dengar macam kejam jer kan...ni mak betul ke mak tiri?*

Husna Hadzarami said...

You're welcome! You know sometimes I pun pernah kena something like that, yang budak tiba-tiba tolak kita la, tarik tudung la.. Usually I'll just say, "Eh tak baik buat macam ni tau, berdosa tau.." dengan nada lembut la. Itulah kadang-kadang boleh hilang sabar rasa, please la parents out there tengok sikit perangai anak tu macam mana. Bukan semua perangai kat rumah boleh dibawa keluar rumah. And jangan sebab "perangai dia memang macam ni" can justify his/her bad behaviour kan?
Kita pun doa sangat anak-anak dijauhkan dari perangai macam itu..

Husna Hadzarami said...

Hai Anis!

Ohh betul laaaa. I learn something from you today, ada fasa-fasa tertentu perkembangan anak. Thanks! Keliru asalnya, boleh ke nak buat anak ni jadi kawan baik? Takpe ke selalu nak marah pukul anak je..

I pun harap dapat buat apa yang you cakap tu, doakan kami juga ya :)

Husna Hadzarami said...

Kadang-kadang mak-mak ni dah nampak anak buat buruk perangai or cakap bukan-bukan, dia nak cover anak dia depan orang sedangkan mungkin dia sendiri dah rasa malu sebenarnya. Tapi sebenarnya instead of cakap macam tu, maybe better kalau dia tegur anak dia depan-depan kita, like "Apa cakap bodoh ni, mak tak ajar pun macam tu tau". Petah bercakap dengan petah mencarut is different thing kot kan?

Nauzubillah.

Husna Hadzarami said...

Memang susah sebenarnya nak ajar anak ni adab masa kecil, mungkin sebab itu ramai parents plan dah besar sikit baru ajar dengan beranggapan "Anak kecil lagi, bukan faham apa lagi.." Itu yang silap mungkin, sebab sebenarnya dari kecil la kena diajar, dah besar baru nak ajar susahlah sikit. Dah jadi buluh pun.

Thanks dik, this is just my 2 cents, harap akak dapat didik dan asuh Ammar Yusuf jadi anak yang baik inshaAllah..

Husna Hadzarami said...

Kan? Kalau tengok family mat salleh kat shopping mall pun anak-anak diorang nampak well-mannered betul. Mungkinlah diorang ada perangai tak elok diorang juga, but it doesn't be shown in public kan?

Sedihnya cerita depan Baskin Robbins tu, mesti mak dia dah malu sangat dah. Yang I perasan, tak tahulah ini apa yang I nampak ke apa, kalau family yang moden and well-to-do, anak mesti behave. At least towards their parents, compare dengan family yang biasa-biasa or miskin. Ini apa yang I observe la based on surroundings. It can be the other way round in other places.

Yes the key is discipline, Ammar Yusuf lately kalau datang tantrum dia memang geram juga. Nanti dah pandai jalan, kalau buat perangai I nak try denda yang Time-Out mengadap dinding tu. Tengok mat saleh buat macam berkesan, maybe for toddler je kot. Dah besar sikit lagi, Mummy rotankan saje. Senang, hehe..

Husna Hadzarami said...

Hi Azura! Haaaa kalau cakap pasal anak buah, kakak I memang bagi green light je untuk cubit anak dia kalau tak behave. Tapi I jarang la buat and kalau tak behave I memang tarik je duduk diam-diam sebelah I hehe.. Thanks for reading :)

Husna Hadzarami said...

Kan? Rasa nak tegur and berletar macam tu anak kita je. Tapi, anak orang :/

Husna Hadzarami said...

Thank you. Itu jelah choice yang kita ada pun kan :(

Biar dan berdoa anak kita tak jadi macam tu...

Husna Hadzarami said...

Hehehe betul! Hanger kan saje! Hmm tak tahulah mampu ke tidak kita ni, tapi between me and my husband, dia lagi garang kot. I harapkan juga Suami untuk sama-sama didik anak, sebab biasanya bapa yang take part dalam urusan mendidik dan mengasuh anak (instead of biar mak yang buat 100%), anak akan membesar lebih baik. Itu apa yang kita pernah baca la..

ain said...

Hai sis husna...setuju dgn sis...mohon share ye...semoga bermanfaat tuk ibu bapa semua memahami peranan masing2...