Wednesday, July 4, 2012

Girlfriends

It was all started when I saw Sue's Instagram last night. And I was like, ala rindunyaaaaaa......!


Actually, we laughed till we cried, and we cried till we laughed, together. It was that crazy :')

Dulu kalau nak pergi mana-mana mesti nak kena discuss pakai baju apa. Mesti nak tau yang ni nak pakai baju apa, sorang lagi pakai baju apa. Sebab pernah semua terpakai kemeja yang warna sekayu dengan tudung sampai ada orang tegur, "Ni kumpulan nasyid ke apa?" Tssk malu betul. Dari jauh macam geng Tallytubes saje T_T. And lepas cuti raya, mesti ada satu hari tu kita wajibkan satu rumah pergi kelas pakai baju raya :/ 

Dulu, kita selalu buat hal sendiri saje. Ketawa beria sampai jadi bahan umpatan, masuk kelas lambat sampai kena kunci luar kelas, masuk dewan lambat masa AGM Civil Engineering sampai kena sound dengan Chairman baru lantik, duduk belakang sekali tiap-tiap kali ada meeting batch dan tak hirau pasal agenda mesyuarat lepas tu sama-sama menanggung malu bila Ja dilantik jadi sekretari tapi Ja tolak dengan alasan nak enjoy HAHAHA, masa Civil Engineering Family Day satu batch pakai baju merah kita satu geng pakai baju hitam, mana orang tak benci kahkahkah! Rebel tak pasal-pasal.




When lectures get too long and bored, mesti akan ada seorang yang start melukis dan paksa yang lain teka siapa watak yang dilukis dan apa yang berlaku di dalam lukisan. It got so hilarious yang mana hanya kami yang memahami lawak itu dan masing-masing terhenjut-henjut bahu tahan ketawa. Actually bila tengok balik buku Gossip Girls tu sampai sekarang pun aku masih ketawa lagi tau!


Bila ada seorang nak dating dengan pakwe baru, yang lain-lain akan sibuk pilihkan baju, tudung, kasut, accessories segala, dan bila balik dating masing-masing busy body suruh cerita HAHA langsung tak ada privacy tahu! Paling tak boleh lupa masa duduk flat hantu seksyen 6, ada seorang tu nak turun bawah jumpa kawan baru kenal, yang lain-lain mengintai dari celah tingkap dan tergelak besar bila tengok kawan baru tu badan sangat besar siap berambut afro. Jahatnya dulu diskriminasi habis. Macamlah pakwe masing-masing hensem sangat HAHA.

Ingat tak, dulu orang pandang enteng je kat kita kan. Sebab kita banyak main, banyak huhahuha. Nobody takes us seriously T_T Tak apalah, hanya kita yang tahu siapa kita kan. Tak kenal tak cintalah kan? In fact, first impression kau orang kat aku dulu pun bukan elok pun kan?

Nor: Masa baru-baru masuk Jengka dulu, aku tak suka kau tau. Sebab kau nampak macam budak KL yang sombong. Tak senyum pun pandang orang.

Sue: First time jumpa kau kat blok H dulu, masa tu kat bilik siapa entah. Semua orang tegur aku. Kau je tak tegur. Sombong.

Nana & Ja: Una dulu awal-awal masuk Jengka mana nak kawan dengan kitorang. Masa orientasi ke sana sini dengan budak TESL je.

Heee. Guilty! Dulu aku memang jenis air muka sombong. But actually, aku bukan sombong, tapi aku tak ada keyakinan diri nak tegur orang T_T. Tapi bila dah kenal, terus jatuh cinta kan? Kan?? :D

Dulu, kita berani buat apa sahaja. Sebab kita tahu, apa-apa pun, kita sentiasa ada untuk satu sama lain. Seorang kena kutuk, yang lain mesti semangat back up each other, sampai orang yang tidak berkaitan pula yang bermusuhan. Together we stand. We were always fun, being funny and laugh histerically,  setiap kutukan dari orang sekeliling mesti akan dijadikan bahan jenaka supaya tak ada benci dalam hati. Senang kan? ;)

Terlampau banyak kenangan; main buai lewat malam kat playground Blok 5 Seksyen 7 sambil bercerita kisah sedih masing-masing siap pasang lagu sedih (untuk menambah kedramatikan suasana), tolong pakwe kau orang buat surprise birthday party (supaya dapat tumpang sekaki makan sedap free), merajuk taknak berbuka puasa sama-sama lalu makan biskut dalam bilik sahaja sambil tertanya-tanya, "Diorang taknak pujuk kita ke Sue?" HEHE, merajuk taknak makan adalah benda paling merugikan bagi seorang student! Bila tengah boring paksa semua orang pakai cantik-cantik, mekap beria-ia, set kan rambut masing-masing lepas tu buat photoshoot dalam rumah perasan The Pussycat Dolls kahkah tak boleh blah. Paling tak tahan siap buat video klip lagu Jaclyn Victor ke apa entah punyalah bising sampai dengar kat rumah Lynn kat blok sebelah. Lepas tu bila laptop Nana hilang kena ragut, masing-masing cuak tahap gaban, risau video klip tu tersebar dalam Youtube ha baru tahu takut! Adoi. Alhamdulillah, it has been 3 years, tak pernah lagi keluar video Pelajar UITM Suara Sumbang Perasan Artis (mungkin ada but it wasn't us :/)  

We were too close sampai nampak muka pun dah jadi macam seiras heh heh. Betul lah. Bila rapat sangat dengan seseorang, kita akan nampak macam seiras dengan dia. Macam aku dan Suami. Eh ;)
  
We loved, laughed together, cry together, fight with each other, forgive one another, remind each other, console each other and we loved back. Apa je benda gila kita tak pernah buat? You name it, semua kami pernah buat. But of course, benda gila tu taklah termasuk ambil dadah ke apa what's wrong with you??

Banyak benda yang kita buat, yang apabila diingat semula boleh tergelak sendiri. Dan boleh terkutuk diri sendiri, "Bodohnya la kita dulu kan?"."Malu je dulu kan?".. Banyak perkara yang kita hargai, ada juga yang kita sesalkan kalau boleh nak patah balik dan perbaiki. Tapi kita semua tahu, semua itulah yang mengajar kita semua. Mengajar kita erti hidup, membentuk keperibadian kita dan mengajar kita mengenali siapa kita dan siapa orang sekeliling kita. Hence, no regret. Not at all.

Kalau nak cerita pasal kami sahaja, satu blog ni pun tak cukup, mungkin kena create blog lain dan cerita A-Z (still counting) dan blog itu mungkin hanya akan dibaca oleh kami berenam sahaja :D Dan thanks for the technology nowadays, we can still be in touch. WhatsApp kan tak payah bayar? Still berkongsi cerita, still update each other gosip terkini dalam WhatsApp Group Gossip Girls but as we're now a bunch of grown ups, gosip itu tidak lagi gosip yang kebudak-budakan. Ianya lebih kepada "Wehh ada orang tu beli kereta baruuuu bila nak bawa kitorang jalan-jalan??" ataupun "Weh malam ni korang masak apa?" ataupun membincangkan krisis pekerjaan lalu masing-masing sepakat untuk melepaskan jawatan engineer dan memohon untuk menjadi kerani sahaja. Tapi tak ada siapa pun buat, propa je :/



Girlfriends, as my bridesmaids.

And these are our most recent photos together. Tak cukup corumn ni, 2 orang lagi kat Terengganu :( This was taken after one of our coursemate's wedding. Now 3 of us are married, and one of us has a baby. Eh akulah tu, sebab paling awal kahwin HEHE gatai ;)






I've always missed you, girlfriends :')







6 comments:

zazaw said...

rasa sedih bila baca
sbb zazaw memang close gila dengan member
#g-eight (g8)

:)

liyana jaafar said...

Hahaha...flat seksyen 6 tu..siap main lattalilat kan (betul ke aku eja ni) siapa yg kena beli putu mayam kt uncle muthu tu..(Bkn nama sebenar)..hurmmm...rindu kat semua..

Husna Hadzarami said...

HAHA siapa entah punyalah semangat nak beli putu mayam dari awal dah tunggu sampai terlupa solat Asar lepas tu beria-ia justify dah solat HAHA Sue ke Ja entah. Adoi sakit perut ingat balik.

dilla adilla said...

blok H kat jengka dulu Pn. Muzieana yang jaga kan?? saya dulu belajar kt jengka jugak.. heeehe.. tapi amik account laaa.. da lama sangat tak pegi jengka.. i miss everything there..

bakso abg man yang kat nadi kota tu best sesangat

pasar malam jengka was so fabuluos... mesti kak husna tahu phuket tomyam kan?? bulan puasa je mesti penuh kena serbu uitm students.

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

seronok kan ada kengkawan yg sentiasa rapat dgn kite.w/pun dah kawin masih keep in touch.

semoga persahabatn korang kekal sampai bila2.

liyana jaafar said...

Ja kot..sbb tgh fikir strategi mcm mana nk beli putu tanpa dikenali abg bujang kat area rumah kita tu..hahaha...(Pdhal abg bujang dpn rumah ms duk sek7 kan..)