Thursday, June 21, 2012

Yang Selalu Terjadi #1: Traffic Light

Bila kau dah terlambat untuk appointment anak di klinik, atau BOD Meeting, atau dah janji nak ambil si kekasih lepas habis kelas kat UTM pukul 7 malam tapi pukul 7 kau baru nak keluar dari rumah. Masa tu, mesti, MESTI, semua traffic light sepanjang perjalanan ke tempat yang ditujui berwarna merah, MERAH dan MERRRAHHH (siap tekankan kat huruf R haaa marahnya aku!)

Tapi..

Bila kau baru habis facial kat The Gardens, lapar gila, singgah Auntie Anne's beli pretzel kegemaran perisa Sour Cream and Onion dan Parmesan Cheese yang hanya sedap dimakan ketika panas sebab kalau nak singgah restoran lain and dine-in macam pathetic pula makan sorang-sorang (no offense ye orang yang suka makan sorang-sorang). Merancang dengan gembira nak makan dalam kereta sahaja, sebab kau sangat lapar lagipun pretzel mana sedap makan bila dah sejuk. Lepas bayar parking, masuk kereta, gigit sikit. Ahh nikmatnya.... Okay kena gerak sekarang, sebab dah bayar parking kan, dengan harapan nak sambung makan kat traffic light nanti. The Gardens nak ke Puchong, ada berbelas kot traffic light. Tapi.. masa inilah, semua traffic light pun, hijau, HIJAU dan HIJJJAAUUUUU HOI MERAH LAH PULAK AKU NAK SAMBUNG MAKAN PRETZEL NI!! Masa inilah, perjalanan smooooothh saja, walaupun aku dah berusaha drive tembel-tembel bila dari jauh nampak traffic light tengah hijau dengan harapan ianya bertukar menjadi kuning seterusnya merah. Ya aku memang pemandu berhemah, tak berani makan sambil memandu :B Sampai rumah, pretzel kegemaran perisa Sour Cream and Onion dan Parmesan Cheese pun dah sejuk. Dan keras. And I'm freaking hungry.

T_T

Sekian.




2 comments:

hazwani said...

hahahaha...sian die!
panaskan balik pretzel tuh...
rugi2!

Nabilah Jamaludin said...

Tergelak-gelak bace post ni. :D