Friday, June 15, 2012

Lagu dan Kaitannya Dengan Kehidupan Seharian

Assalamualaikum,

Salam Jumaat, diharapkan Jumaat anda ini merupakan hari Jumaat yang lebih baik berbanding Jumaat minggu lepas, manalah tahu inilah Jumaat terakhir anda amboi mulut~~ Sekadar peringatan apa salahnya ye dak? Untuk diri sendiri juga. Berdebarlah pula bila relate ke diri sendiri :/

Okay nak share satu perkara. Bukanlah penting mana pun, just santai-santai sahaja. Sebab tadi tiba-tiba aku terfikir, lepas tu taknak runsing sorang-sorang saja share kat sini supaya kau orang pun sama-sama kena facepalm HAHA (entah betul entah tidak penggunaan facepalm di sini, semalam baru tanya Suami "Apa ye makna facepalm? B selalu nampak orang guna perkataan ini dalam blog" dan dijawab beliau, "Ala facepalm tu samalah dengan butthurt. . . .". Hmm.. nevermind.)

Okay here it is. Pernah tak kau orang terfikir or experienced, yang bila kita suka sangat satu lagu tu, and kita selalu sangat ulang-ulang sing along the song, tiba-tiba esok lusa life kita jadi sebiji or lebih kurang je jalan cerita dengan lirik lagu yang kita suka tu.. especially lagu sedih.

Sebab kita selalu sangat sebut kan. Selalu sangat lirik tu meniti di bibir. Orang tua-tua cakap kalau sebut sesuatu perkara 40 kali berturut-turut nanti jadi realiti (tiba-tiba nak terpengaruh dengan superstitious orang tua-tua).

I don't think it's about me being superstitious, sebab aku pernah baca dalam kitab, yang maksud ayat lebih kurang begini. Dalam satu hari, ada satu saat yang apa sahaja yang kita cakap, kata-kata itu akan jadi doa dan termakbul. Orang Melayu cakap, 'malaikat lalu', something like a flash and it's gone. Tak salah aku waktu tu antara Subuh dengan Dhuha, or Asar ke Maghrib something like that (maaf ya ilmu sangat dangkal kena baca semula kitab Fadhilat Amal kat rumah Mama). Sebab itu kita disuruh sentiasa berkata baik, ibu-ibu terutamanya. Sebab doa ibu untuk anaknya mudah makbul. Ibu-ibulah yang paling kena banyak bersabar (sebab perempuan kan kuat beremosi), bila terlalu marah dengan anak-anak tu kena kawal perkataan yang keluar (ini ayat dalam hadith itu juga). Masa marah, jangan sebut habis anak bodoh anak tak guna anak pemalas anak derhaka anak bengong anak buruk menyusahkan aku la apa, buatnya masa kita cakap tu masa tu malaikat lalu, dan termakbul, anak kita jadi bodoh tak guna pemalas derhaka bengong buruk menyusahkan. . .  Kita juga yang meratap menangis, masa tu tak terfikir ianya berpunca dari mulut kita juga. Sesal kemudian tiada gunanya.

Okay leteran selingan itu memang panjang -__-

So back to the story. Kau suka satu lagu. Dan lagu itu lagu putus cinta mendayu-dayu padahal hubungan kau dengan suami mahupun boyfriend baik-baik sahaja. Saja mengada nak jadikan lagu sedih sebagai lagu kegemaran macamlah takde lagu lain. Hari-hari kau nyanyi, dalam kereta dalam pejabat kat rumah siap dengar ipod lagu tu juga. Dengar sahaja lain hal, ini siap sing along penuh perasaan lagi. Buatnya masa menyanyi penuh perasaan tu, 'malaikat lalu'. Sebagai contoh, ambil lagu Kak Melah ni.

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Ah sudah.

. . . .

Itulah yang aku tiba-tiba terfikir tadi, sebab aku sekarang tengah sukaaaa sangat lagu ni.


Berkali-kali rewind, sampai dah melekat kat kepala padahal kau bila mengaji tak ada pula nak ulang berkali-kali sampai melekat di kepala amboi lasernya pada diri sendiri takpe peringatan untuk diri sendiri lagi. Bimbo habis dengar lagu jiwa-jiwa macam ni lepas tu mengada nak relate dengan kehidupan seharian. Jadi betul-betul karang baru tahu.

So what do you think? Are we in the same boat, or do you have a better explanation on how a song may influence our life?







2 comments:

ZilaKE said...

its true dear..hihihi,apa yang kite lihat dan dgr akan efek our life terutama di dunia :)

hajar hazizi said...

mungkin sebab susunan muzik je tu..
sbb sy pun suka gak lagu tu..
kalu dengar tak cukup sekali..mesti nak ulang lagi..hihii..insyaAllah..tak ade pe2