Thursday, May 3, 2012

Sembilan Bulan

Dah merangkak sangat-sangat laju. Serius letih mengejar.
Dah boleh duduk steadily. Senanglah kalau nak makan kat luar, tak perlu nak dukung lagi atau tinggalkan dalam stroller.


"Ammar Yusuf dah big boy tau!"

Dah memanjat dan berdiri, tapi masih perlu berpaut pada sesuatu.
Dah pandai tengok TV, especially iklan. Kalau tengah merangkak atau bermain atau even menyusu, akan berhenti sekejap bila iklan ditayangkan. Sebiji macam Oyah masa baby dulu :')
Dah tahu panggil Daddy. "Dadda! Dadda!" sambil kejar Daddy. Bila awak nak pandai sebut Mommy ni T_T. Tak apalah, huruf D kan sebelum M. Sebab itulah pandai sebut Dadda dulu (pujuk hati).
Dan 2-3 hari ini sangat banyak celotehnya, I mean, lebih banyak daripada biasa. Tengah nak belajar bercakap mungkin.
Dah makan macam-macam, makin seronok Mommy nak masak dan mempelbagaikan makanan dia. Sekarang sedang belajar self-feeding with finger foods.
Menyusu 20oz sepanjang siang, dengan 2 kali makanan semi-solid dan finger foods as snack. Makin BERATTTTT! Tapi badan steady tak gomok pun, sebab terlampau aktif!
Gigi baru ada 2 batang. Kekeke. Takpe-takpe. Lambat tumbuh lambat rosak :p
Dah pandai tiru mimik muka orang.


Ajuk muka Daddy. Bukan main lagi.

Setiap hari ada sahaja perkara baru dia belajar, dan setiap hari juga ada perkara baru yang kami belajar tentang dia. Ingatkan awal-awal kerja selepas pantang sahaja kami akan tak sabar-sabar nak balik rumah, tapi dah 9 bulan pun, kami masih lagi tak sabar-sabar nak balik rumah. Rindu :') Kalau tahu macam ini punya seronok ada anak, umur 18 tahun lagi aku dah kahwin kahkah! Gatal :p

Okay enjoy gambar-gambar budak baru masuk 9 bulan ini. Taken this morning, selepas nyanyi lagu Happy Birthday :D



Sejak ASTRO bagi tengok semua channel free ni, awai betei anak bujang ni bangun, tengok BabyTV. Lepas tu senyum sorang-sorang :/



Bila dah boring tengok TV, habis satu rumah di'sapu'nya. Jenuh Mommy nak sental seluar tu tahu!

"I love you Mommy!"

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.. :')






9 comments:

HANI IZWAN said...

tengok tv pastu senyum sorang-sorang <--mesti sgt adorable ammar yusuf time ni..^_^

dilla adilla said...

comelnya ammar yusof !!!

saya slalu tunggu kak husna update blog.. heee.. suka baca..

may Allah bless you family.. :)

Hafizah Hadi said...

comelnya !!!
setiap hari usha blog kak husna haha :)
betullah blog kak husna ni buat orang tak sabar nak ada anak ! kehkeh :D

YanaHime said...

Hoho! Dh ada gigi...pasni mengigit plaklaa dia...nak asah gigilaa katakan

Husna Hadzarami said...

HEHE. Kadang-kadang siap cakap sorang-sorang lagi. Apa yang seronok sangat entah ;)

Husna Hadzarami said...

Thank you! May Allah bless you and your family too :)

Husna Hadzarami said...

Haha! Thanks dik. Best woh ada anak! Walaupun penat pun, terubat hati bila tengok keletah dia :)

Husna Hadzarami said...

Memang! Semua benda nak masuk mulut sekarangm nak asah gigi and gusi gatal kan. Tapi so far baru sekali la kena gigit masa breastfeed. Tssk T_T

Bushra Dina said...

Best nya baca blog kak husna ni! tiap-2 hari mesti nak singgah tengok akak dah update blog ke belum. Dan oh, Ammar Yusuf sangat lah comel! geram tengok dia. hehe.