Thursday, May 10, 2012

Bucket List #1: Learn To Swim

Masa zaman bujang dulu, kalau pergi holiday dengan family, aku adalah watak tukang jaga barang-barang di tepi swimming pool, watak yang duduk bawah payung tepi swimming pool bahagian kanak-kanak, act pretty with big sunglasses holding a bimbo magazine in my hands, dan sememangnya aku merupakan orang harapan untuk tolong tengok-tengokkan anak-anak buah sementara orang dewasa lain bergembira berenang ke sana ke mari T_T

Well, I always planned to learn to swim, tapi kalau setakat planned tanpa bertindak, memang takkan jadi apa pun lah ye dok? Until one fine day on the way to office, my husband and I were having conversation about health and body that makes us realized how passive our lifestyle now. Bekerja dalam office berhawa dingin menghadap komputer, what do you expect?

After considering several options, we decided to learn swimming! For Hubby, it is more to re-learn, sebab dia pernah tahu berenang cuma teknik mungkin tak berapa betul sebab belajar sendiri sahaja. For me, memang start from zero la. Tak pernah tahu langsung.

Hubby was super excited, 2-3 hari asyik Google pasal swimming class je. Kami mencari kelas yang berdekatan, kalau boleh nak kelas malam lepas waktu pejabat dan of course, not to costly la. Rata-rata memang mahal nau, ada yang RM50 per class lagi tau. Unless kalau pergi kolam renang awam la, yang itu memang murah. Alhamdulillah, hasil usaha Suami yang tak berputus asa mencari, akhirnya kami jumpa satu tempat yang sangat-sangat ideal, agak murah (compare to other places) and very flexible.

Fee per person = RM300 for 12 classes. 1 class per week, 1 hour for each class. Total period is 4 months.
Swimming attire = Flexible. Tak perlu nak pakai swimming suit pun, boleh je kalau nak pakai t-shirt and tight ke apa (tapi aku beli juga swimming suit untuk menaikkan semangat, mahal pula tu! Terpaksalah guna sampai lunyai supaya tak rasa rugi sangat T_T)

The best part is, it is located very near to our house, 5 minit je perjalanan HEHE syukur syukur. Kami ambil setiap hari Rabu, 8 - 9 malam. Ammar Yusuf ditinggalkan sebentar bersama Kak Ha (she is more than happy to babysit that cheeky baby :D)

Me at the very first day (mid February). Punyalah excited boleh terapung kehkeh. First day lebih kepada belajar teknik pernafasan dan apungkan badan, which is totally different than our practice in our whole life. Usually kita breath melalui hidung dan lepaskan di mulut kan? Tapi untuk swimming, kita kena sedut kaup udara masuk dalam mulut (ikut konsep belon, bila udara masuk maka akan jadi ringan dan mudah terapung) dan lepaskan melalui hidung. Susah juga awalnya, sebab lain dari amalan seharian kan?

Hari pertama tu memang seganlah jugak. Sebab. . semua pun budak-budak je tau T_T. Mostly Chinese la. Satu kelas tu can be up to 5 people. Pernah ada lebih dari 5 orang, dan pernah juga kami berdua je dalam tu. Romantik komedi la sikit bila berdua. Tapi, awal-awal tu memang malu kot, yelah bayangkan kau bagak kat tengah-tengah baru nak belajar breathing, dikelilingi adik-adik umur 5-6 tahun yang amboi bukan main show off lagi dah pandai berenang tssskkk..

Lesson #2: Pergerakan kaki untuk teknik Breast Stroke (Kuak Dada).
Lesson #3: Pergerakan tangan dan kaki untuk teknik Breast Stroke.
Lesson #4: Pernafasan, pergerakan tangan dan kaki untuk teknik Breast Stroke (I took almost 4 weeks for this T_T)
Lesson #5: Belajar teknik Freestyle (Gaya Bebas)
And it goes on until kita pandai both, Breast Stroke and Freestyle.

Nampak memang mudah, bila Coach tu demo nampak macam senang je. Tapi.. Bila cuba sendiri. . . There's one time aku memang macam nak give up sangat, sebab Suami dah advance ke next lesson, aku masih terkial-kial di lesson yang sama. But my husband is really such a darling, I always think I can never make it if it's not because of him. He keeps on supporting, keeps on commenting on what I did wrong, keeps on showing the right way to do. Sometimes I think he is a better coach than the Coach. Mungkin sebab dia lebih kenal kita kot ;)

"Push your leg harder, Sayang."
"Masa nak ambil nafas tu push your hands ke bawah instead of ke belakang, then only badan boleh tertolak ke atas."
"You can do it, just relax. Jangan stress-stress."

Memang that's the key point pun. Kena relax. Baru badan lebih ringan. Swimming without stress.

Hehe video malam tadi, recorded by my husband. Please excuse dinding pagar yang horror :/ This is me swim a Breast Stroke. Ala Breast Stroke je pun. Patutnya senang je ni, apasal entah aku ni lama betul baru dapat master the technique. Hubby dah sampai Freestyle dah pun sekarang. Takpelah, kalau tak sempat belajar Freestyle, taknak tambah kelas kot, nak suruh Hubby ajar saja. Our Coach cakap, banyak swimming class lain dia akan start terus dengan Freestyle instead of Breast Stroke. But based on what I see, Freestyle is even more difficult kot.


I love this activity. Berenang adalah senaman terbaik sebab ianya meliputi semua anggota badan dan juga merangsang otak. After several classes, Hubby pun dah start compliment, "Eh dulu tengok B pakai seluar tu ketat je, sekarang dah loose la." (I always have issues with my thigh, kalaupun kurus macam mana pun - even masa putus cinta dulu yang berat badan turun almost 10kg, peha tetap besar. I think it's genetic :p). Perasaan dipuji Suami tu, haaa orang dah kahwin je tahu HAHA. Lain tau berbanding kena puji dengan pakwe, yelah dia yang tengok kita siang malam kan. HEHEHE. And of course, thanks to breastfeeding too. Memang penurunan berat badan tu lambat, tapi berhasil. Dan selain daripada sebab kesihatan dan kecergasan, inilah masanya untuk spend masa dengan suami tercinta. Best tau! Lepas ni kami plan nak register kelas Mandarin pula. Hubby dah siap survey merata dah kelas, kita yang cadangkan, dia pula yang excited :')

Now I officially can swim! Bucket List #1, CHECKED!




10 comments:

Hanadihaz said...

Congrats. Dulu kakna nak ajar FOC taknak. Kena bayar baru bersemangat ek?

Husna Hadzarami said...

Thank you. HAHA dulu bukan taknak, tapi belum sampai seru, kekeke. Itulah, bila dah belajar baru teringat dulu Kakna pernah offer nak ajar. Haa Kakna ajar Oyah dengan Umut lah, dia hari tu tanya-tanya pasal swimming jugak.

safiyyah osman said...

sis untk budak bwah umur sethun ada ke?

Arifah said...

bestnya dh pandai swimming.saya ni,even rendam badan n dok tepi2 kolam,sentiasa excited kalo nak pergi pool! siap dengan swimming suit lengkap plak tu.kahkah!jay pndai swimming, dan selalu ajar saya. tp saya xpenah2 pass pon.penakut sgt!xboleh nak relax..kena attend class kot br cepat pandai kan? hehhe.

aman damai je background music video tu. hahaha!

Husna Hadzarami said...

Takde la yang. Rasanya 3 ke 4 tahun ke atas kot, sebab tak pernah pulak tengok budak yang lagi kecil dari tu. Ni nak hantar Adelia ke? ;)

Husna Hadzarami said...

Dulu kita pun pernah pakai swimming suit lengkap, tapi main kat kolam kanak-kanak dengan anak buah kahkahkah! Aah memang selalu macam tu pun, dia kalau masuk kelas mesti akan cepat pandai (sebab kita bayar kot so tak boleh nak main-main sebab sayang duit hihihi).

Background music tu memang music yang dipasang kat kolam tu la! Aman damai kan? :D

Nor atau Nad said...

wahwah,, lepas ni ammar x yah g kelas, mummy n daddy ada nak ajar..untungla~ :)

Raihana said...

aaaa bestnye!! nak pi class swimming jgk! katne tempt ni?nk join

Husna Hadzarami said...

Ni kat Puchong Utama. Meh la datang belajar kat sini ;)

roslee said...

Apa alamat tempat tu , mcm best je , dan ada contact no tempat tu tak