Monday, March 12, 2012

Rezeki dan Hikmah Kejadian

Kadang-kadang kita tak sedar kita sebenarnya dah diberi rezeki yang terlebih-lebih daripada apa yang selayaknya kita dapat. Considering dosa yang kita buat. Dan amalan kita yang tak seberapa.

Kufur nikmat.

Bila dilanda musibah, punyalah bersedih pilu marah menyalahkan takdir. Yang secara tidak langsung, menyalahkan Tuhan sebenarnya. Ketika hidup dipenuhi nikmat, ada kita bersyukur dan memuji-muji Pemberi Nikmat?

Sabtu lepas, anak demam. Tengahari tu keluar, Suami kena saman sebab tak pakai seatbelt (aku pun tak pakai seatbelt tapi sebab tengah pangku anak, maka diberi kelonggaran, kata pak polisi). Balik rumah, tengah sedap tengok TV, tiba-tiba imej di skrin jadi berlapis-lapis. Punyalah aku kelip-kelipkan mata ingatkan mata dah rosak, rupanya skrin LCD TV yang rosak T_T

Suami nampak tenang sahaja. Aku pula yang rasa bengang. Macam kenapa malang sangat weekend ni??

"B marah ke?"

"Nak marah kenapa?"

"Yelah. B marah ke Abang kena saman tadi?"

"Bukan marah Abang. Tapi.. Entah. Marah dengan situasi kot. Geramlah. Baik guna duit tu untuk trip Phuket nanti ke.."

"Laa. Abang yang kena saman, B pula yang marah." Tersenyum-senyum pula beliau.
Dan disambung lagi,

"Rezeki tu, kalau dah memang kita punya, susah macam mana pun, at the end of the day tetap akan jadi milik kita. Macam tu juga kalau kita tiba-tiba dapat bonus banyak gila sedebuk pun, tapi dah takdir bukan rezeki kita, tetap bukan rezeki kita. Kena saman, kena repair TV, dan tak mustahil ada lagi perkara lain terjadi yang memerlukan kita berbelanja besar secara tiba-tiba. Sebab Allah dah tetapkan itu bukan rezeki kita. Redha sajalah."

Ironi. Sebab selama ini jika dibandingkan antara kami, biasanya aku yang lebih positif. Aku yang lebih cool. Eheh. In fact dulu aku yang pernah cakap, "Pelik dengan orang yang selalu persoal pasal gaji orang lain. Lainlah kalau gaji kita ni sikit gaji dia akan bertambah. Tak perlulah persoal rezeki orang lain. Rezeki kan Allah bagi. Takkan nak persoal kerja Allah?"

Dan aku juga yang selalu sangat cakap dengan diri sendiri setiap kali sebelum datang kerja, "Allah yang bagi rezeki, bukan Boss, atau sesiapapun." Maka hati akan lebih tenang, dan tak risau apa pun.

Pandai bercakap aku ni, bila dilanda masalah, sama sahaja kufur nikmatnya.

Maka malam itu, TV yang bersiaran double sampai berpinar mata itu kami off sahaja. Digantikan dengan tengok movie secara marathon di laptop, macam zaman hidup berdua dulu. Anak dah tidur, inilah masa untuk bercinta :">



4 comments:

Unknown said...

=))) Alhamdulillah ..hehehe

Anne Jamil said...

wuwuwu..same goes to me la una..
last weekend pun kami di landa musibah juga..
accident kat Gua Musang. Luckily kami satu family selamat. Syukur alhamdulillah.. cuma kereta bahagian bumper depan kena tukar satu bumper juga lah rasanya..dugaan~~
Kalau dah memang bukan rezeki kita tetap tak kan jadi milik kita..
InsyAllah ada rezeki lain mungkin kan :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
FAA said...

i think hikmah Allah bagi u ada masa sama2 dengan abang hanis like you have done before. :)