Friday, March 23, 2012

Pagi Jumaat

I was actually very mad this morning. Biarpun dirasakan tidak berbaloi melayan perkara remeh-temeh dan karenah jelik 'pihak sana' yang tidak tahu erti hormat dan malu, hati yang sakit tidak dapat dinafikan.

Lalu tangan pantas menaip email balas, laju, penuh emosi, segala perkataan yang tidak enak (namun masih wajar digunakan tidaklah seperti carutan mat rempit dan sebagainya) telah dikeluarkan, English yang tunggang terbalik ah abaikan, asal terluah segala terpendam.

Di pertengahan, hati mula terdetik. Otak mula mempertimbangkan kewajaran tindakan. Bimbang memakan diri. Bimbang akan malu sendiri di kemudian hari.

Bukan soal rezeki yang aku risaukan, rezeki itu dari Allah. Kalau bukan di sini, inshaAllah ada juga di tempat lain.

Tapi tidak sanggup rasanya untuk meletakkan diri ini sama seperti mereka. Sebab aku tahu, inilah yang mereka mahukan sebenarnya.

Supaya aku naik hantu.
Supaya aku hilang pertimbangan.
Supaya aku jadi jelik dan tidak tahu malu, sama seperti mereka.

Tidak. Aku tak perlu jadi seperti mereka. Biar diri ini tidak hebat mana, asal tidak jatuh sama rendahnya dengan mereka.

Lalu aku tersenyum sendiri. Hampir sahaja syaitan bersorak meraikan kemenangan. Marah itu kan dari syaitan?


"Jika kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan), ianya menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan jikalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan." (Ali-Imran: 120)

Sabar itu cantik. Sabar itu indah. InshaAllah. And yes, just forgive your enemies, nothing annoys them more :)




2 comments:

Fatin Syahira Ramli said...

betul. setuju dengan akak =')
sabar tuu jauh lebih manis.

Anne Jamil said...

inilah yang berlaku sewaktu di tempat kerja dahulu. Rasa tak puas hati membalas semula apa yang terbuku di hati tanpa berfikir panjang dan akhirnya.....
ambil keputusan berhenti kerja dan sekarang rindu balik zaman kerja dahulu :(