Friday, March 2, 2012

Jatuh.

Pukul 2.30 alarm berbunyi.

Bangun, ambil bantal tidur letak mengiring di tepi sebagai border.
Mamai-mamai pergi ruang tamu, pam susu dalam keadaan mata terpejam.
.
.
.

Buka mata, dah lebih 30 minit rupanya pam, dah penuh 2-2 botol. 9 oz. Syukur Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk Ammar Yusuf, walaupun cukup-cukup untuk bekalan hari esok sahaja.

Ambil wudhu, solat Isyak (sebab malam itu keletihan, pukul 9 dah tertidur).

Ingat nak sambung solat hajat untuk Baba.

Ketika tahiyat akhir, terdengar suara si kecil merengek-rengek. Hmm. Dah lapar agaknya, sebab dia pun sama-sama tertidur awal juga. Aku habiskan solat macam biasa, tidaklah tergesa-gesa ke apa memandangkan Suami ada bersama anak. Biasanya kalau anak terbangun tengah malam Suami akan tepuk-tepuk sampai tertidur semula. Kecuali kalau dah lapar sangat, atau dah berak.

Tengah berdoa, tiba-tiba.. DUNGGGG!!!! Diikuti tangisan keras Ammar Yusuf.

Anak jatuh katil ANAK JATUH KATIL!! Meluru aku lari ke bilik sebelah sampai tercampak telekung segala, kelihatan Suami tengah dukung peluk anak sambil tak henti-henti minta maaf.

"Daddy minta maaf sayang Daddy tak sedar Daddy minta maaf."

Segera aku ambil Ammar Yusuf dari dakapan Suami, masih lagi meraung sambil tepuk-tepuk bahu aku. Sama ada terlampau sakit, atau terlampau terkejut. Aku tak boleh nak fikir apa, macam-macam soalan menerpa di benak. Macam mana dia boleh jatuh? Dia melintas atas border ke dia lalu tepi border tu? Kepala jatuh dulu ke badan? Jatuh meniarap ke telentang? Argggghhh!!

Maka malam itu, kami bertiga tidur bawah sahaja, atas tilam Mickey Mouse di ruang tamu, berpelukan.

Pagi tadi, lantaran rasa bersalah, hati dah consider nak ambil Emergency Leave sahaja. Nak habiskan masa dengan anak. Tapi pagi tadi dia dah ketawa-ketawa, dah lasak macam biasa, dah berborak macam tiada apa yang berlaku.


"Ammar Yusuf ni Superbaby tau Mummy. Mestilah kuat."
Lesson learnt:
  1. Kalau nak tidur atas katil, pastikan bantal diletakkan sekeliling dia, bukan satu side sahaja (like what I used to do).
  2. Tak cukup dengan border atas katil, letak juga bantal or kusyen atas lantai sekeliling katil, in case dia lepas juga border tu dan terjatuh, dia jatuh atas bantal or kusyen. Taklah sakit.
  3. Biasakan baby tidur dalam baby cot/crib. Aku tak prefer ni sebab leceh nak menyusu malam-malam kena angkat dia, plus kami memang suka dia duduk satu katil dengan kami. Macam best. Boleh peluk, boleh usap kepala, boleh cium bila terjaga dan bahagianya bila ada tangan kecil peluk lengan kita selalu :')
  4. Paling senang, ramai-ramai tidur di bawah sahaja, lagi selamat.



9 comments:

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

:) pasti masa tuh perasaan geram kan...amani yg sopan santun tuh pun 3 kali geedeebukk!! kering darah.

skg letk border mcm mana pun amani dah handal turun naik katil!..x lama lagi turn hensem boy pulak, sekali toleh dah ade bawh katil..huuuh..

elin doakan baba cepat sembuh seperti selalu.

Unknown said...

~ takyah riso sangat ye..insyaAllah ammar tadek ape² tuh..

hazwani said...

aduhhh...sakitnye! Lasak anak jantan takpe, diorg kuat!!! terkejut la tu, sedap2 guling terjatuh. Ammar2...
Pesanan my mom, cabut katil tuh, tidur kt bawah je. anak dh 4-5 tahun baru pasang balik. =)

*kalau ammar takde adik lagi la =)

east said...

aloloo sian Ammar.. hehe mest dady dia rasa bersalah sgt kan..samala with us, klu suri terantuk ke apa ke even sbb dia sendiri mmg rasa bersalah sgt so far mmg kami tak tido atas katil so suri masih selamat dr terjatuh katil hihi..
InsyaAllah tade pepe la kan Ammar sayang..dont worry yeh mommy

p/s baby jatuh kan malaikat sambut, nangis sbb terkejut tu :)

Lemon said...

i faham perasaan u. masa nephew i jatuh hari tu, parents dia gi keje, i cuti. yang buat i ralat tu, i baruuuu je lepas jenguk dia tido macam orang-penat-10-hari-stay-up. lepas dia jatuh tu i da macam ape je. berkejar cari mom.

tapi, doc kata kalau lepas jatuh dia tak muntah-muntah, means takde apa-apa :)

mum kata, jatuh2 ni part of growing process :)

Ammar Yusuf is indeed, a strong boy! ;)

Arifah said...

Aduhh..sian Ammar Yusuf. Better tidur bawah je la Una. Tidur bertiga terus. Tidur bawah pon boleh peluk2 cium2 Ammar Yusuf juga kan. :) Adeh, seriau dengar.

Saya sekarang ni pun sedang ajar Ayesha tidur dalam baby cot.Sebab nak letak dia atas katil, memang tak muat la kami. Mama dia yang tidur sebelah badan je, sebelah lagi atas angin. kahkah! Tau tau la Jay tu besar mana kan. Hahah! Dekat2 nak penyet si kecik tu. Memang la leceh sikit sebab malam nak menyusu kan. Mula2 tu memang dia taknak. Tapi, tabahkan hati juga.Alhamdulillah,skrg Ayesha boleh tidur dari malam sampai ke pagi. :)

FAA said...

kakak i tidur ramai-ramai atas lantai. berlapik-lapik toto. hehe.

i baru tau pasal baba you kak una. i hope everything is fine. i doakan semoga baba you cepat sembuh okay? be strong lady ! :)

Ideologi Hidayah said...

kesiann ammar yusuf.. x pe, nak besar, jatuh2 ni dah jadi asam garam.. kalau dlm 24 hours ni dia x der muntah2, kira ok la tu,

hehe, anak lelaki, msti kuattt...

Husna Hadzarami said...

♥ Elin ♥:
Alamak Amani yang sopan santun pun dah jatuh 3 kali? Sampai berdarah?? :O :O
Takutnya....


orochimaruNM orochimaruNMMar:
InshaAllah. Rasanya takde apa-apa kot. Malam semalam happy je tengok dia. Thank you! ;)


hazwani hussin:
Ada juga terfikir macam tu, tapi beratnya tilam tu nak cabut T_T
Plus takde ruang sangat nak letak tilam kat bawah. Err, lamanya 4-5 tahun. I want more babies. Fast :">


east:
OHH. Malaikat sambut..
Memang tidur kat bawah ke dari dulu? Hmmphh hmmphhh. Nak kena cuba ni. Lasak kemain anak bujang Mummy tu adoi.


aNis LeMoN aBu:
Oh kalau muntah-muntah baru ada problem eh? So far semalam takde pun, in fact he's being more hyper than usual T_T
Thanks for your advice! You'll make a good mother :)


Arifah:
HAHAHAHAHA. Pah ni..
Kitorang tak beli pun lagi babycot, tapi kan mertua masih simpan babycot Hanis masa dia baby tau! Warna pink lagi HAHA.
Nanti nak try la. Or beli playpen ke kan..


farah:
Itulah. Tapi setiap hari nak mengemas tu yang satu hal, sebab kalau nak tidur ramai-ramai, kat ruang tamu jelah ada ruang sikit.
Semalam visit Baba, he's doing quite okay. Tapi Baba memang selalu pun nampak okay, he always looks strong. But inside, tak tahulah :(


Ideologi Hidayah:
Yes indeed! Jatuh jatuh is asam garam for a boy. Cuma risau sikit la kot la kepala dia terhentak ke apa.
Alhamdulillah semalam takde la pulak nampak pelik or sakit or muntah-muntah ke. I hope he really is okay. Thanks anyway k! ;)