Friday, March 16, 2012

Because Your Daddy Loves You

You know they say how a child can change you? This time it's not me that I'm going to talk about, it's my husband, Ammar Yusuf's Daddy =)

**********

Setiap pagi selepas bersiap segala, Mummy dengan Daddy selalu akan berebut siapa nak dukung Ammar Yusuf untuk hantar ke rumah babysitter.

"Ala Mummy la dukung, Daddy dah main-main dengan dia tadi."
"Bagi Daddy la, Daddy nak peluk dia." Dan terus angkat T_T. Geram I tau. Lepas tu tiba-tiba Ammar Yusuf yang baru lepas menyusu tu muntah, kena kemeja Daddy. Kahkahkah.

"Takpe sayang, Daddy tak marah. Muntahlah lagi, keluarkan kahak tu. Bagi cepat sembuh ye sayang". Kenapa kalau Mummy tertumpahkan apa-apa kat kemeja Daddy, Daddy tak cakap "Takpelah sayang" juga T_T


Keluar rumah, Daddy akan berhenti di balkoni (balkoni lah sangat), dan bercakap-cakap dengan burung-burung yang berterbangan ewah puitis bahasaku ;p

"Assalamualaikum bird, Ammar Yusuf dah bangun ni. Eh kenapa bird tak pergi sekolah? Cuti sekolah ke? Daddy Daddy Ammar Yusuf nak cuti sekolah boleh tak?" Sekejap jadi bird, sekejap jadi Ammar Yusuf :/
**********

Setiap hari di pejabat, I mean, SETIAP HARI, Daddy akan ingatkan Mummy suruh call babysitter. Tanya Ammar Yusuf tengah buat apa, batuk lagi ke tidak, makan banyak ke tidak hari ini, dah happy macam biasa ke masih moody lagi, etc etc etc.

"Nantilah Mummy call, seganlah asyik call saje nanti macam ganggu Kak Ha je pulak."

Adoi Daddy ni.. :')

**********
Daddy tak boleh dengar Ammar Yusuf menangis. Kadang-kadang baru merengek pun, Daddy dah terus dukung. "Tak sampai hatilah. Dia tak selesa ni," katanya. Kalau kat luar Ammar Yusuf merengek-rengek dalam stroller pun mesti Daddy akan terus angkat. Haih Daddy ni..






**********
Among all, Daddy je yang sanggup biar Ammar Yusuf menggunakan anggota badannya untuk asah gusi. Hehe. Mummy pernah cuba sekali, sakitnya dia gigit adoiii! Keras betul gusi tssk..




Pernah sampai ada kesan kat pipi Daddy kena gigit dengan budak bertuah ni tau! Macam lovebite tu. Tapi err.. mungkinkah sebenarnya lovebite tu bukan dari Ammar Yusuf tapi minah kilang Indon bawah rumah yang selalu tersipu-sipu kat laki aku bila kami balik kerja??! >:(

**********
Kalau keluar makan, usually Daddy akan bagi Mummy makan dulu, sebab Daddy nak main-main dengan Ammar Yusuf (padahal boleh je letak dalam stroller and makan sekali je). Daddy tak suka biar Ammar Yusuf sorang-sorang je tunggu dalam stroller, unless kalau Ammar Yusuf tidur. Kadang-kadang Daddy makan tak habis pun, sebab nak layan Ammar Yusuf tau.
**********
I always think that I'm over-protective towards my son. But trust me, my husband is way too protective than I am!
Daddy tak suka orang panggil Ammar Yusuf dengan nama bukan-bukan.

Daddy tak suka orang cakap merepek-repek tentang Ammar Yusuf, walaupun secara bergurau. Contoh: "Geramnya anak kau ni, rasa nak sepak-sepak je." Maybe I can take it as a joke, but not my husband.

Daddy tak boleh terima kalau Ammar Yusuf 'dibuli'. Ada satu kali tu ada anak jiran bawah rumah, lebih kurang 6 tahun (a bit hyper-active sebab dia pernah pukul doorbell rumah Kak Ha guna penyapu sampai rosak doorbell tu), masa kami nak ambil Ammar Yusuf dari rumah Kak Ha, tiba-tiba dia datang rentap-rentap tangan Ammar Yusuf sambil terjerit-jerit "Yusuf! Yusuf!". Mak dia ada situ tapi ketawa-ketawa je, knowing my husband I cepat-cepat blah takut Daddy termarah budak tu depan mak dia. Masuk rumah, Daddy bising-bising sakit hati parents budak tu tak kawal anak dia. Kali ke dua, kami keluar rumah, budak tu pegang pistol mainan yang ada peluru plastik tu, tiba-tiba dia sedap tembak terkena pipi Ammar Yusuf. Daddy jerkah dia terus. Kalau aku tak tahan tu mau ditendangnya budak tu, dah buatnya peluru tu masuk mata macam mana??! See, don't mess with Ammar Yusuf's Daddy.

Tapii.. Daddy juga yang berulang kali cakap,
"Ammar Yusuf besar nanti dengar cakap Daddy tau, dengar cakap Mummy. Kalau degil sangat Daddy rotan je, takdenya nak manja-manja". Eleh.
Haaa, tengok. Sejak baby lagi dah diajar mengenali hanger. Supaya besar nanti tak terkejut sangat bila hanger ni hinggap kat bontot kalau buat hal dengan Daddy :p
**********
Daddy adalah orang terakhir bersama Ammar Yusuf setiap pagi sebelum pergi kerja (Mummy dah naik semula nak ambil barang-barang untuk ke pejabat, Daddy masih dok lambai-lambai Ammar Yusuf lagi mana tak lambatnya pergi kerja -__-), dan Daddy yang tepat jam 5 petang cepat-cepat ajak Mummy balik lepas tu dalam kereta cakap sorang-sorang, "Ammar Yusuf anak Daddy tengah buat apa tu, good boy tak hari ni.. blablabla.." apa entah Daddy ni -__-
**********
I can see that my husband is trying very best to be a good father. To be someone his son can look up to, seorang yang boleh dijadikan idola oleh anaknya. Kalau tengok drama/movie yang melibatkan watak bapa dan anak yang rapat, mesti akan cakap, "Macam Daddy dengan Ammar Yusuf la tu". Daddy yang basuh baju Ammar Yusuf, basuh semua botol susu Ammar Yusuf setiap malam, siapkan semua barang (breastpump kits, storage bottle, bekalan susu Ammar Yusuf untuk babysitter), semuanya untuk Ammar Yusuf.
Nak pergi mana-mana mesti nak bawa anak. Mungkin orang lain boleh selamba pergi holiday tinggal anak, but not us. Not Daddy. Pergi kerja sekejap pun asyik skype cakap pasal anak, asyik teringat anak.
My favourite guys having a good time watching football match.
Daddy can nurse too ;)
*********************************************
Yes sometimes I do envy their bonding, but on positive notes, I really feel blessed having him as a husband and a father to my son (and my future daughter and my another sons and another daughters HAHAHA). Ammar Yusuf kena sayang Daddy tau, tak perlu takut dengan Daddy tapi mesti kena hormat Daddy, dengar cakap Daddy..

"Any man can be a father. It takes someone special to be a Dad."




28 comments:

feeda said...

wahhhhhhhhhhhh....xtau nk ckp ape sbnrnya bc entry ni...senyum simpul2 jer!ada lagi kan, lelaki diluar sana yang mcm Encik Asben hang ni??...ngeh..ngeh...(osmet aku ckp, muka asben hang ni, mcm amir vanila cekelat tu) *confused* :D

Izza - Jiejah said...

mmg sweet daddy ammar yusuf ;-))

Elly Anaille said...

aaaaggggg ammar yusuf the cutest hoke!

sangat suke entry ni. husband u sangat over-protective, but in a good way. untung u.. tapi kalau i pun mmg jeles sikit. hahaha

Niena Han!naH said...

alalallalala sweetnya suami akak :) Ammar yussur dengar ckp daddy tau :-)

Ideologi Hidayah said...

wahhh..sungguh sweet.. mesti manja daddy nanti nie... hehe..

~ NauGhtY guRLz ~ said...

suker baca blog u.... entry nie syiok sgt dibaca....untungkan ader husband yg boleh jadik daddy yg baik...kalu kita(isteri) sakit ka , apa ka... dah tahu saper leh jaga anak..... :)

ieda said...

super cute...anak daddy nie.
masa kecik mmg seronok dimanja2kan(dapat comel gebus macam ni mmg best digomol2).tapi bila besar nak tak nak kena firm sikit.

MYREFLECTION said...

how sweet they are T_T.... suami akak cuba jadi ayah yang terbaik :D

YanaHime said...

faham sgt apa husna rasa...samalaa yana, bila hubby asyik mintak mms gambar anak, video anak...bininya tak payah mintak..jeles i, huhu!

farhanamasdo said...

whahh . best gyla dapat husband macam nieh :)

Lemon said...

So heartmelting.. Your post, i mean.

E/though tak nmpk gmbr, your story tells all.

Moga amar and daddy dapat jaga mommy dengan baik.

Ok. I better stop my rojakness. ;-) till then!

Arifah said...

I'm speechless Una..:') soooo sweeeet..


Semalam, Jay pun ada baca entry Una ni. Tiba-tiba dia tanya, "Daddy Ammar Yusuf sama tak dengan Abah Ayesha?"


***********diam**********
(siap ada background bunyi cengkerik)


HAHAHHA!

Husna Hadzarami said...

Kahkahkah Amir kahkah jauh naw ghupenya! Eh Aiman Hakim yang berlakon jadi Amir tu budak Subang tau. Hanis pernah main bola dengan abang dia. Okay takde kaitan main bola dengan muka seiras, saje nak cerita :D

Husna Hadzarami said...

Thank you, Mummy Ammar Yusuf sweet tak? :D

Husna Hadzarami said...

Memang, very protective. Ala semua bapak2 pun macam tu sebenarnya, cuma tunjuk atau tak tunjuk saje. Daddy Ammar Yusuf ni dah terlebih tunjuk kot hehehe :p

Husna Hadzarami said...

Thanks dik (on behalf of my husband heh heh) :p

Husna Hadzarami said...

HAHAHAHAHAHAHAHA Pah ni!! Haha... Siap ada bunyi cengkerik lagi, drama Melayu betul :)) Ala Abah Ayesha mesti sangat over-protective nanti, anak perempuan kan.

Husna Hadzarami said...

Hehe thank you. Eh tak nampak gambar ke??

Husna Hadzarami said...

Thank you! Ala sementara takde adik bolehlah manja-manja hihihi :p

Husna Hadzarami said...

Alalala.. Biasa-biasa jelah, cuma best bila dah ada anak, I see the other side of him I never knew :')

Husna Hadzarami said...

Indeed, they are. InshaAllah :)

Husna Hadzarami said...

Memang pun, masa baby bolehlah manja-manja gomol-gomol, dah besar akan ditangan-tangankan kalau taknak dengar kata. Hehh.

Husna Hadzarami said...

Thanks for reading my craps :p InshaAllah, we're actually struggling to be a good parents, masih belajar lagi ni :)

manismanis said...

sweettt sgttt ;) sayang ayah saya! hihihi...i'm your silent reader actually.dari sy sebelum tunang sampai sy nak kawen bln dpn insya allah, sy baca entri akak...mcm2 input sy leh dpt..sampai sy berangan nak ada baby n nak breastfeed baby sy n daddy anak2 sy pn mcm husband akak..hahaha..kufur nikmat kan.. ^.^ tu la org selalu cakap..makayah boleh jaga anak yg ramai tapi anak belom tentu boleh jaga makayah kan..nauzubillah~ moga ammar yusuf menjadi anak yg soleh..amin ;)

sayidatina93 said...

huhu . btw da lama saya follow story sis & honestly saya dapat rase happiness tu ^^ seronoknye kalau hidup telah tertulis di luh mahfuz seperti cerita sis kan . saya doakan kebahagiaan sis sampai kepenghujungnya ok ! thanks for sharing :3

Nursaila Norman said...

sweetnya..tak tau nak cakap cane. rasa nak ulang2 baca..huhuhu..sweet bila lelaki sayang baby (sendiri) mcm comel-comel-comel je.

anyway, following u :))

berrychibi said...

in response to http://princessuna.blogspot.com/2010/11/grammar-freak.html, it's actually a good parent. not parents.

Unknown said...

seronok kan tengok telatah dorg? alhamdulillah, saya syukur sangat-sangat sebab walaupun dah anak 3, hubby yang akan take over semua bile balik kerja..walaupun kadanga-kadang kesian tengok dia tersengguk-sengguk melayan anak-anak main :-)

Apapun, saya doakan keluarga sis sihat dan bahagia sehingga ke Jannah :-)