expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, February 17, 2012

Berjanji Memang Senang

"Apabila kita mengarang sesuatu, dan mula berasa bosan dengan apa yang dikarang di pertengahannya, berhentilah. Sebab jika kita sendiri berasa bosan dengan apa yang dikarang, mungkin orang lain juga akan berasa bosan membacanya."
Itulah yang aku selalu buat apabila berblog ini. Bila datang mood yang membuak-buak untuk mengarang tentang sesuatu isu/panduan/perasaan, aku akan terus mengarang dan cuba habiskan apa yang dikarang itu.
Bila dah taip panjang lebar, tiba-tiba rasa bosan dan malas nak sambung, aku akan berhenti dan sambung bila mood dah datang semula.

Jarang sekali aku paksa diri untuk habiskan penulisan apabila rasa bosan itu timbul. Banyaklah sebabnya; tiba-tiba habis idea, tiba-tiba ayat jadi tak sedap dibaca, tiba-tiba tak jumpa satu perkataan yang tepat untuk menggambarkan sesuatu. Rasa geram, dan bosan. Lalu berhenti.

Maka berlambak-lambaklah draft entri dalam ini. Draft yang lama belum bersambung, dah nak taip cerita lain. Haih, memang jenis buat kerja separuh jalan.

Kerja banyak sangat sekarang. Hati tak sedap nak berblog bila kerja banyak menunggu, rasa macam ada sesuatu yang mengganggu dan memberat di dada.

Maaf ye pembaca, banyak menabur janji manis sahaja. Kata nak post pasal itulah, inilah. Tapi tak ada pun. Rasa bersalah nak balas message pembaca yang bertanya,

"Husna, kata nak buat review pasal Medela Swing?"

"Kak, bila nak buat senarai yang tak perlu dibeli untuk newborn tu?"

"Husna, saya dah lama tunggu bila Husna nak cerita pasal pumping at office hour tu.."

Truly sorry girls, Kak Husna kau ni pandai je berjanji macam-macam. Slowly ye, I'll try to make it. Mungkin ambil masa sikit. Or maybe uols boleh beralih ke blog lain yang ada buat entri yang sama ke. Huhu. Sedih. Hilang dah reader.

Mood kena ada, barulah entri lebih berkualiti dan bermanfaat. Orang kata, kalau tiada apa yang baik untuk diperkatakan, jangan berkata apa-apa. Zaman lagho dulu, selamba buat entri macam sampah. Sekarang ni, macam segan-segan je dengan kau orang bila terkeluar entri entah apa-apa, macam dah membuang masa kau orang membaca sesuatu yang sia-sia :(

Masa juga membataskan, kalau taip dalam keadaan terkejar-kejar, macam tak feel pula. Eceh.

Maaf ya.



7 comments:

  1. tiada entry yg sampah jika itu luahan dr hati wahai cik una..=)

    ReplyDelete
  2. kkuang kuan kuang sama la..saya pun banyal draft. tambah skang umah baru pindah xde tenet. pasrah

    ReplyDelete
  3. setuju... nak tulis blog ni memang kena ada mood, kalau takder mood, bila menulis, nanti bila sendiri baca balik pun rasa "apa aku nak cerita nie..??"

    ReplyDelete
  4. una...samala mcm pejan...
    dah mls nak berblog pulak rasanya..
    kalau post something pun..
    pic affan je la..
    adoila...macamna yep..
    :{

    ReplyDelete
  5. ingat saya je macam tu kak husna..
    taip2 entry separuh jalan dah kering idea terus stop.. draft la jwb nye..hehe

    ReplyDelete
  6. HEHE ramai rupanya geng buat kerja separuh jalan macam ai :D

    ReplyDelete