Wednesday, February 29, 2012

6 Months Check Up and His Development

Assalamualaikum.

HEHE dah nak masuk 7 bulan baru nak cerita pasal check-up 6 bulan hari itu. Hmm. So on last 20th February we went to Klinik Kesihatan Puchong for Ammar Yusuf's 6-month check up. Yeah as usual, check up to take measurement of his height, weight and head circumference dan juga nak ambil injection apa lagi entah (lupa nama). Benda-benda biasa sajelah.
Check up kali ini, my sweet little pumpkin is being cool as always. Being a happy baby, tersenyum dengan orang sekeliling pantang diagah dan mood beliau juga sangat baik. Cukup tidur mungkin, dan juga baru lepas menyusu.
Bayi pun tahu erti bosan menunggu tahu! Ehem. Yang si bapa pula sedang tersenyum-senyum seronok bermain mata dengan awek lesung pipit di depan.
Awek lesung pipit oh oh I love baby with dimples T__T
Even if the baby is 'flirting' with my Hubby T__T. I'm kiding of course, duh. Tengoklah baby ni, what an angel. What a cuteness. Yeah we both love babies. Should have more. *wink*
YELAH YELAH awak tetap bayi paling tercomel di dunia (statement sangat biased mentang-mentang anak sendiri). Okay boy where's your neck now?
At 6 months 17 days old:
Weight: 7.2kg (naik 0.2kg compare to last month)
Heigh: 69cm (naik 2cm compare to last month)

Apa yang aku boleh cakap, peningkatan berat badan dan ketinggian Ammar Yusuf tidak berapa memberansangkan kali ini. Membuatkan aku mula berfikir-fikir untuk tidak meneruskan cita-cita untuk breastfeed SAHAJA until 7 or 8 months. Dia minum banyak, susu pun cukup je. Tapi budak bertuah ini sangat-sangat aktif tau! Laju betul mengesotnya pun, ni belum merangkak lagi. Sampaikan Mummy kena buat border sekeliling tilam Mickey Mouse tu. Now I'm considering to buy him a playpen. Easier for Mummy to do house chores like cooking, cleaning, sweeping the floor (motif listkan semua kerja rumah ni nak tunjuk rajinkah?)


Ololo kesiannya dia kena kurung dalam ni. But I bet this won't be for so long. Kejap lagi dah pandai merangkak, dah pandai panjat border, siaplah Daddy kena kejar dia ke sana sini. Kenapa Daddy? Oh Mummy nak feeling remaja tengok Vanila Coklat jangan kacau please.
Oh ya, disebabkan ramai yang bertanya, tilam Mickey Mouse tu aku beli di kedai kecil berhampiran rumah yang menjual segala jenis barangan yang berisi kekabu (i.e tilam, bantal, bantal peluk, etc). This one is queen size, harga RM120 tawar menawar buat muka comel dan garang (sebab mula-mula dia taknak turunkan harga) dapatlah RM110. Ibu mertua kata kat Nilai pun banyak dijual. Ketebalannya sangat memuaskan hati. Boleh muat up to 3 orang dewasa provided semua pun slim macam I kahkahkah gemok gedempol tak sedar diri. Ada juga king size, single size pun ada. Harga tak pastilah pula, beza RM20-RM30 kot. Mula-mula ingat nak beli playmat biasa yang ada ABC kartun-kartun segala tu, tapi macam mahal je considering ketebalannya yang tak seberapa. Nipis lah senang cerita. Kesian anak aku nanti dah lah suka hempas-hempas badan sendiri.
Overall, Ammar Yusuf sekarang masih lagi di tahap mengesot, mungkin belum yakin untuk merangkak. Starting tu dah ada, dah boleh ampu badan menggunakan otot lengan dan lutut, tapi nak gerak lutut ke depan tu macam teragak-agak lagi. Sekarang tengah belajar nak duduk kot.
Selalu sangat senget-senget badan macam ini sekarang. Nak duduk rasanya kalau macam ni kan? Tak apa Sayang, slowly k. Mummy tak pernah paksa pun. Kita belajar sama-sama okay!
Ni Mummy dudukkan atas sofa dengan disendal oleh segala jenis bantal di kiri kanan dan depan. Seronok betul dia, terasa dah besar lah tu.
Perkembangan lain, Ammar Yusuf dah pandai lambai orang kalau kita sebut 'bye bye!' tau. Babysitter dia yang realize dulu benda ni, boleh tak nak jealous dengan babysitter sekarang? Kalau Mummy menyanyi tepuk amai-amai beliau juga akan tepuk-tepuk, tapi bukan tepuk tanganlah. Biasanya tepuk perut Daddy, or tepuk peha Mummy. Sememangnya kawasan penuh berlemak menjadi pilihan beliau.
Juga sangat seronok belajar ABCDEFGHIJ.. Ye sampai J saje T_T. Aku ajar guna foam book yang beli online tu. Dan juga melalui apps ABC Animal yang didownload ke dalam iPhone. Sekarang penuh dalam iPhone dengan apps bayi-bayi sahaja dah ni siapa punya handphone sekarang?
ABC Animal. Ammar Yusuf suka bunyi muzik yang keluar setiap kali buka apps ni. Terlonjak-lonjak kepala tangan segala. A for Alligator, B for Bear. Bila sampai D, Daddy seronok jerit "D for Daddy". Sekali rupanya keluar gambar Dog kahkahkah. Dan bila sampai M, Mummy taknak kalah jerit "M for Mummy!", sekali keluar, Monkey. Fine.
Tapi sebenarnya bukanlah elok sangat bagi anak main iPhone iPad segala ni, tak elok untuk mata dia. Guna buku lagi baik kan, cuma tak ada lagu-lagulah.
"Mummy, Ammar Yusuf nak baca buku ni esok nak periksa tau Ammar Yusuf nak dapat nombor satu tau potpetpotpet *berleter macam Daddy*"
Tak sampai pun 3 minit kemudian -__-



12 comments:

Nor atau Nad said...

akak,, biar betul ammar punya berat 72kg XDD

Husna Hadzarami said...

HAHAHA tinggi dia pun salah LOL!
Okay dah betulkan, thanks!
Eh is the shoes still available?? Akak baru perasan la awak comment kat gambar Ammar Yusuf requesting for my address :(

Kalau dah bagi baby lain it's okay la k :)

east said...

hi husna...chomeyyy sgt Ammar dah pandai ngensot yeh..tak lama dah tu makin laju la tu hehe tp takpe klu daddy dia ada okla biar daddy jeh layan mommy2 kena buat keja umah yer LOL
i pun mcm nak cari tilam mickey tu senang suri nak golek2 skrg klu letak border konpem semua dipanjatnya and suka sgt duk berdiri bergantung kt sofa, stool ect..risau sgt klu terjatuh huhu
anyway thanks for info tp nak nama kedai tu boleh? :)

Husna Hadzarami said...

Hi Is!

Sekarang memang dah laju pun kalau Daddy dia pergi kelas memang penatlah Mummy kejar dia je. But it's fun though! HEHE.

Alamak pasal tilam tu, erm. Tak sure pulak kedai tu ada signboard nama kedai ke tak, sebab kedai kecil betul tau. Kitorang jumpa masa lalu jalan short cut nak pergi rumah mertua. Nak describe kawasan tu pun tak tahu macam mana. Nanti balik nanti kita tengok balik la k. Is biasa dengan kawasan Puchong tak? Maybe kalau ada masa (like weekend ke) kita meet somewhere there, kita tunjuk jalan.

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

ini budakkkkk selalu gerammm jer bl tgk dlm pesbuk!!
dah mcm2 perangai kamu tunjukan eh. x per tuh sikit jer.nanti dah besa mcm amani..lagi mommy pening.. ;p

TUNASYA said...

Comel nyer anak akak...suka tengok... :)

Husna Hadzarami said...

Thank you thank you! =)

ira said...

Hi, ammar sangat putih..akak minum susu yek time akak pregnant?

~YUN~ said...

sgt putih gebu budak comel ni!!!hehehe

Ideologi Hidayah said...

rasa mahu geget geget sahaja kamu ammar yusuf!!

wahhh.. dah macam KUBU di sekeliling tilam mikey mouse dia kann... takpe2..nanti dah merangkak, msti KUBU tu dapat dia rentas..keh keh..

Husna Hadzarami said...

Hee thank you. Masa baby ni bolehlah putih, nanti dah besar dah pandai main kat luar mesti gelap. Huuu..

Nurul Shahirah Azlan:
Takde minum susu pun, tapi hari-hari macam ketagih air kelapa fresh tu. Kulit baby memang bersih, tapi sensitif tau. Kena sentiasa bersih je persekitaran.

Effa Akmal said...

alamak..cepatnye ur bb dh nk duduk..my bb baru myulur ke depan.. haih.. wat to do nih??hehe.. tapi gg my bb dah 4 btg.haha.. suke sebut mama, babah, nak.. iye.. huhu. btw ank kite sebaya la. my bb born 10th august 2011. :)