Friday, February 3, 2012

6 Bulan Yang Indah



Ammar Yusuf sayang,

Hari ini, awak dah genap 6 bulan. Bermakna telah genap 6 bulan Allah pinjamkan awak dalam hidup Mummy. Banyak sangat perubahan awak berbanding 6 bulan lepas, terlalu banyak yang berlaku dalam masa yang sangat singkat. Sampai Mummy tak terkejar rasanya. Kenapa membesar cepat sangat ni? ;) Daddy cakap, masih terbayang-bayang lagi wajah bersih awak terkebil-kebil pandang muka Daddy sewaktu diazankan dulu. Awak memang budak baik, dalam pada baby lain kiri kanan awak menangis, awak good boy sangat diam je tunggu Daddy datang azankan awak.




Ammar Yusuf buah hati Mummy,

6 bulan pertama ini, banyak yang Mummy belajar dari awak. Awak membuatkan Mummy nampak satu sisi dalam diri Mummy yang Mummy tak pernah perasan kewujudannya selama ini. Awak membuatkan Mummy memandang hidup ini dari sudut yang lebih positif. Macam tak sangka, bayi sekecil awak boleh memberi impak yang sangat signifikan dalam hidup Mummy.

Mummy jadi sangat memilih tempat makan, mana-mana pun Mummy mesti nak tahu halal haramnya, sebab Mummy nak yang elok-elok sahaja masuk dalam badan awak.

Nak beli baju, Mummy mesti tengok kualiti kainnya, supaya apabila dukung awak, awak akan rasa selesa. Tak ada lagi baju berlabuci, bermanik tabur segala. Dan mesti yang senang untuk menyusu awak bila-bila masa.

Nak bawa awak keluar, mesti akan pilih-pilih tempat, supaya awak tak bercampur dengan asap rokok, atau kawasan yang terlalu bising, sesak atau kotor. Atau kawasan yang susah untuk awak menyusu. Susah-susah Mummy lindung awak dari asap rokok segala, jangan pula awak sengaja masukkan asap rokok dalam paru-paru awak apabila besar nanti ya!


Ammar Yusuf anak soleh Mummy,

6 bulan pertama ini, Mummy tak pernah rasa Mummy dah jadi ibu yang sempurna untuk awak. Sangat banyak kekurangan yang Mummy perlu perbaiki, banyak yang perlu dipelajari. Tapi percayalah, kasih dan cintanya Mummy pada awak.. tidak mampu Mummy gambarkan dengan kata-kata. Segala yang Mummy buat, sesungguhnya hanya untuk awak. Jika satu dunia pun menentang awak, Mummy akan tetap bersama-sama awak. Me and you, against the world kan?




Ammar Yusuf penyinar hidup Mummy,

Tak lama lagi, awak akan mula merangkak, berjalan, berlari. Walau macam mana Mummy nak awak terus jadi si kecil yang akan tersenyum lebar setiap kali nampak Mummy, yang akan peluk erat Mummy setiap kali menyusu, yang sangat-sangat memerlukan Mummy dan bergantung harap pada Mummy Daddy, Mummy tahu ianya adalah sangat mustahil. Awak akan terus membesar, dan mungkin menjauh, sekelip mata sahaja. Namun ingatlah, kasih Mummy pada awak tidak akan berubah, tidak akan pudar, tidak mungkin hilang.

************************************


Selamat 6 bulan, Sayang. Allah, lanjutkanlah usia kami berdua. Aku memang hambaMu yang tidak pernah puas dan gemar meminta-minta tanpa segan silu dariMu ya Allah. Tapi aku tetap ingin memohon, merayu, panjangkanlah tempoh Kau pinjamkan dia kepada aku. Sekurang-kurangnya, sehingga nafasku yang terakhir.



7 comments:

Tema Hitomi said...

Touching :')

Ijah EmoTemo said...

touching pulak baca entry ni kak una :)

zazaw said...

happy six month adik ammar yusof
bila dah besar jadi anak soleh
baca balik apa Mummy tulis tu

sweet.

Ideologi Hidayah said...

Ammar Yusuf dah 6 months.. alhamdulillah.. anyway, dia dah start solid food ke..?

BELLA said...

Dulu kecik je.. Sekarang tengok dah tembam, ketak sana-sini Mummy Daddy jaga.

Lepas nih membesar dengan sehat-sehat dan sehat :)

Husna Hadzarami said...

Thank you girls!

Ideologi Hidayah:
Belum lagi, kita plan masa 7 or 8 bulan baru bagi solid foods kot. Dah refer several sources, tak ada masalah asalkan susu kita tu boleh tampung keperluan dialah. InshaAllah :)

Unknown said...

terharu nyer baca..tertouching sebentar...mesti kalu ammar yusuf dah besar baca ni..mesti die peluk mummy dia..hehe...semoga die menjadi anak yang soleh...

anyway miza b2b dtg melwat..folo u dear..folo me back ya..nak mencari ilham wed preps..miza ade jual barang baby gak..jom singgah...

http://lildrwalimah.blogspot.com/