Saturday, December 31, 2011

Azam Baru

"Orang boleh berkata apa sahaja, tapi semuanya hanya kita yang rasa. Mereka tak faham, kerana hanya kita yang rasa. Pedulikan, kerana hanya kita yang rasa."



Minggu ini, berakhir dengan agak kelam kabut lintang pukang. Untuk akulah. Banyak benda berlaku, membuatkan aku rasa macam.. Oh, tertampar.

2011, tahun yang sangat berperistiwa. Sangat bermakna juga. Tahun yang banyak air mata, air mata gembira, air mata duka, air mata penuh kesyukuran, air mata penuh penyesalan, tidak ketinggalan air mata bimbo menonton drama sedih Tentang Dhia. Bersih mata aku ni, sebab mudah berair mata, cuci segala kekotoran dalam mata.

Never look back, but never forget.

Azam baru 2012? Tak ada secara spesifik pun. Sebab aku sentiasa ada azam baru secara jangka pendek, azam harian/mingguan/bulanan. Be realistic, capai dan selesaikan apa yang ada di depan mata dahulu.

Contohnya:
"Esok aku nak bekerja dengan penuh efisyen dan berhemah, buka Facebook masa lunch hour sahaja". Dan keesokan harinya, cuba penuhi azam itu.

"Esok aku nak rajinkan diri pam susu lebih kerap. Supaya Ammar Yusuf ada stok susu lebih dari biasa." Itu juga boleh dikira sebagai azam baru.

"Dapat bonus 6 bulan nanti, separuh aku akan guna untuk bayar PTPTN" (Kahkahkah berangan bonus 6 bulan :p).

"Mulai hari ini, nak kurangkan makan nasi dan rajinkan turun naik tangga. Barulah fit badan, bila badan fit otak pun cerdas, mood pun baik, Suami pun makin sayang.." Azam yang selalu tersemat di hati sepanjang perjalanan ke pejabat setiap hari.

"Malam ini, lepas Maghrib nak start mengaji. Cuba khatam Quran dalam masa 3 bulan. Dah lama tak khatam Quran." Doakan aku weh, lemah aku ni selalu rasa tak cukup masa untuk baca Quran.. :'(

"Hari ini, aku takkan curse masa driving lagi. Nanti anak dengar, siapa yang salah?" Hah, siapa nak share azam yang sama dengan aku?

Umur-umur macam ni, bagi aku azam baru tak perlulah dibuat hanya ketika tahun baru. Hari-hari kita kena ada azam baru. Dalam sekecil-kecil perkara pun, cuba jadikan diri kita hari ini lebih baik dari semalam. Senang nak nilai semula perubahan (peningkatan/kemerosotan) dalam diri, berbanding penilaian secara tahunan. Tahun ini aku akan jadi lebih baik dari tahun lepas. Susah kan? Terlalu subjektif. Dan mungkin juga terlalu ambitious.

Happy New Year dear readers. Tak payah beria-ia nak sambut New Year sangatlah. Daripada kau sibuk nak berhimpit dengan mat rempit mat indon mat bangla mat nepal segala jerit countdown, baik la duduk rumah makan Oreo bawah kipas depan TV tengok Masterchef. Kan?








Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #1: The Apple of My Eyes

Memang pantang nampak kamera T__T




Thursday, December 15, 2011

Nama dan Gelaran

Terpanggil untuk menulis entri ini, apabila terbaca status Facebook seorang rakan tentang ketidakpuashatian beliau terhadap seseorang yang memanggil anaknya dengan gelaran yang bukan-bukan. Tidak pula aku bertanya apa gelaran itu, tapi situasi yang dihadapinya itu memang pernah aku alami dan memang aku dah bersedia untuk hadapinya sebaik sahaja memilih nama untuk budah bertuah tu.

Bercerita tentang nama anak aku, memang panjanglah ceritanya. Sebenarnya ketika lahirnya Ammar Yusuf, kami masih belum ada nama pun untuk dia.

Asalnya aku nak nama Umar. Dah lama sangat suka, sebelum kahwin lagi dah bercerita tentang nama Umar. Kedengaran gagah, seperti Umar Al-Khattab. Dan juga lembut disebut pada lidah (sila bayangkan aku sebut "Umaaarr" dengan lenggok penuh keibuan sekarang :D). Tapiiii, masa pregnant tu, tengok-tengok kat Facebook, ada 2 orang kawan aku yang baru bersalin menamakan anaknya dengan nama Umar. Itu baru Umar, ada seorang lagi Umair. Tssk. Melepas sudah (padahal apa salahnya nama sama pun kan? Heh).

Second choice, Ammar. Yang juga kedengaran gagah, dan lembut disebut pada lidah. HEHE memang kena ada ciri-ciri gagah dan lembut pada lidah eh memang ehh?? Untuk anak lelaki aku memang suka nama yang berakhir dengan huruf 'r' rasanya, contohnya Qausar (akan dipertimbangkan untuk next baby boy hehehe), dan anak perempuan nama yang berakhir dengan huruf 'i'; Hani, Amani, Sufi.. Lembut je dengar. Lebih kuranglah buat untuk masa ini. Mungkin juga selepas 2-3 tahun citarasa akan berubah ke. Siapa tahu kan? ;)

Suami pula awal-awal lagi dah pesan, kalau anak lelaki MESTI ADA MUHAMMAD MESTI ADA MESTI ADA!! (Semangat sampai ada tanda seru). Okay then. Muhammad Ammar.

Ammar = Yang memakmurkan/Yang kuat imannya

There comes the in-laws. Cucu sulung katakan, mertua dan adik-adik ipar juga nampaknya tidak mahu ketinggalan mengutarakan cadangan masing-masing. Ada yang suggest Haikal (Nadia's), ada yang cadangkan Hadi, and my little brother in-law even suggested his bestfriend's name, Hakimi. Bestfriend forever betul T__T. Oh, memang cadangan mereka semuanya bermula dengan H, kononnya sebab aku Husna dan Suami pula Hanis maka macam sweetlah kalau anak pun H juga hewhewhew memang sungguh comel adik-adik iparku :') Ibu mertua pula cakap, "Umi dah lama nak nama Muhammad Yusuf.. Dulu nak bagi nama Boy tu Muhammad Yusuf, tapi Abang Hanis tu nak sangat Muhammad Hafiz." Oh Boy adalah satu-satunya adik lelaki Suami.

Suami dah serba salah. Isteri nak Muhammad Ammar, ibu pula nak Muhammad Yusuf. Diluah mati emak, ditelan mati bapak HEHE macamlah kronik sangat isunya :p

Finally, Muhammad Ammar Yusuf and that's it. Dinamakan pada hari ketujuh kelahirannya. Padahal sebelum itu selagi boleh aku taknak nama yang ada 3 patah perkataan, kesian budak bertuah tu besar nanti nak tulis nama kat buku sekolah, apa lagi kalau nak isi borang OMR yang kena hitamkan huruf tu, dan nanti main bola kat belakang jersi penuh dengan nama je tak muat nak letak nombor pun tssk tssk Mummy Ammar Yusuf ni memang Drama Queen orangnya.. Aku masa isi borang nak buatkan Tabung Haji anak hari tu pun dah mula terasa penatnya tulis nama anak panjang-panjang tau! T__T

Maka untuk mengurangkan beban anak, namanya dieja secara tipikal sahaja, tiada ejaan bombastik seperti Muhammad Ammar Eussuoff ke hapa. Dan aku sendiri memang tipikal pun orangnya. Simple sahaja.

Okay done cerita nama anak. Kini masuk bab gelaran.

No offense ye, aku cuma bercakap sebagai seorang ibu, yang menuntut hak bagi pihak anak yang masih belum memahami apa-apa itu. Muhammad Ammar Yusuf ada 3 patah perkataan. So please, kalaupun kau rasa penat nak panggil dengan nama penuh sebut habis ketiga-tiga patah perkataan itu, ambillah salah satu daripadanya. Muhammad, Ammar ataupun Yusuf. Biarlah mak ayah (in this case, nenek juga) yang susah-susah fikirkan nama untuk dia, tidak perlulah kau pun susah-susah juga nak reka nama panggilan lain untuk anak orang. Save it to your own child!

Nama dan panggilan itu merupakan doa, takkan kau tak tahu? Aku ibunya, fikirlah perasaan aku apabila kau beri gelaran bukan-bukan pada anak aku. Aku paling sensitif bahagian panggilan ini. Even kami suami isteri tak panggil dia 'anak manja' pun kalau main-main dengan dia. Takut dia jadi anak manja yang tak boleh berdikari apabila besar nanti. Banyak lagi perkataan lain boleh guna. Budak bertuah, anak soleh Mummy, si bijak Daddy. Biarlah dia belum faham pun, sebab aku sentiasa percaya pada Law of Attraction. Sebut yang baik, baiklah jadinya. Allah SWT menentukan segalanya, itu betul dan pasti. Tapi kita sebagai ibu bapa, haruslah berusaha untuk dapatkan apa yang terbaik untuk dia.


"Sesungguhnya kamu akan diseru pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu." (Riwayat Abu Daud)

"Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka." (Riwayat Ibnul Qayyim)

"Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: Memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik." (Pepatah Arab)


Nama yang baik merupakan harapan dan doa, menggambarkan niat suci ibu bapa terhadap anaknya. Supaya anaknya membesar sebagai insan yang baik seperti yang tersirat di sebalik maksud namanya.

Nama yang bermaksud buruk pula ibarat sumpahan, yang terbeban di bahu si anak selagi mana dia hidup (kecuali kalau nama itu ditukar apabila dewasa, tak pasal-pasal anak menyalahkan kita pula nanti).

Di saat aku terdengar kata-kata Baba ketika bermain-main dengan cucu bongsunya itu, "Ammar Yusuf, cantiknya nama dia tu. Siapa yang bagi nama ni?", I feel like on top of the world, I feel like an angel, knowing that Baba sangat menitikberatkan pemberian nama yang elok untuk anak. Memberi nama yang baik adalah tanggungjawab pertama ibu bapa kepada anaknya kan?

Maka panggillah dia sepertimana nama yang diberi. Tak perlu nak ubah suai, nak tambah-tambah, nak jadikan bahan lawak. Anak buah aku Asha yang baru 4 tahun tu pun panggil Ammar Yusuf tau! Oh, dia tambah sikit kat depan, Baby Ammar Yusuf :') Bukan susah pun kan? Bukannya aku namakan dia Syrtfgwkzjj ke sampai susah sangat nak sebut kan?




Saturday, December 10, 2011

Meniarap

Pagi tadi dalam pukul 3 terbangun, sebab malam tu tertidur awal masa tengok One Tree Hill episod 5 (heee sorry Abang!). Bangun-bangun, tengok Ammar Yusuf tengah tidur telentang dan melintang. Suka betul ambil portion tempat tidur Mummy tau T__T. Alang-alang terbangun, terus kemaskan barang-barang Ammar Yusuf untuk dibawa ke rumah Grandma nanti, basuh semua botol susu dan ready untuk pam susu.

Baru nak mula pam, pam buat hal, stress betul aku. Aku dengan Medela Swing ni memang ada love-hate relationship agaknya. Sekejap sayang benor, sekejap benci!! Bila stress, susu tak banyak. Lagilah stress. Sejam godek-godek pam tu, ah malaslah nak layan, baik sambung tidur je.

Baring, pejam mata kejap, rasanya dapatlah dalam sejam sambung tidur. Tiba-tiba terasa ada kaki tendang-tendang. Buka mata, di sebalik samar-samar cahaya, nampak Ammar Yusuf dah meniarap. Bila masa dia pusing??!

Terus kocoh-kocoh kejut Suami. Suami terbangun terpisat-pisat terus tersenyum lebar. Ammar Yusuf lagilah senyum lebar, sebab dapat tunjuk terer lagi.

First time meniarap, by his own :')

Yes I purposely blog this so that I'll never forget every stage of my baby's development :)

Mummy love you, Sweetheart.
*Bukan gambar pagi tadi*



Friday, December 9, 2011

Anak dan Rezeki

Terbaca blog seseorang, tentang perancangan keluarga. Tentang tempoh masa yang ditetapkan untuk memperoleh anak pertama. Tak apalah, tidak salah merancang, hak masing-masing, cuma macam tak best bila penulis seolah-olah menggambarkan betapa miserablenya hidup bila kahwin terus pregnant, terus dapat anak.

I found myself pregnant after about 3 months of marriage. Oh untuk anak pertama kami memang tidak pernah merancang, sebab terlalu suka baby, mungkin.

Dalam pada kami realistik dengan keadaan kewangan yang tidak berapa stabil di awal-awal perkahwinan (untuk Suami lah, isteri okay lagi sebab ada duit hantaran hewhewhew), rezeki kurniaan Allah sangat kami syukuri. Ibarat, kecil tapak tangan, stadium bola tu kami tadahkan ;)

Orang kata, ala baru kahwin honeymoon la puas-puas. Nanti ada anak dah tak bebas bergerak, mana-mana pergi kena bawa sekali anak. Dah tak ada masa nak hangout dengan kawan-kawan, dah tak boleh nak shopping beria-ia untuk diri sendiri sebab kena habis untuk anak pula. Dah tak ada masa nak bercinta dengan suami lagi. Err.

Okay. Sejujurnya, aku tak nafikan perkara-perkara yang 'dah tak boleh' di atas memang berlaku. Kami memang dah lama sangat tak keluar tengok wayang berdua, jalan-jalan berdua, habis kerja kena balik terus tak boleh nak menyinggah mana-mana sebab kena ambil anak, kalau nak shopping atau nak buat apa-apa urusan kena ambil cuti. Nak bawa anak sekali bukanlah leceh, tapi lebih kepada tak sampai hati nak biar dia kesejukan dalam shopping complex, ataupun kepanasan bersesak-sesak dengan orang ramai. Dan bila bershopping, memang excitement lebih kepada barang-barang anaklah, tengok iklan sale barang baby lebih teruja berbanding sale untuk orang dewasa hehehe (you'll understand once you've become a mother). Keluar hangout dengan kawan-kawan jauh sekalilah. At least not until baby dah besar sikit, tu pun biasanya jumpa kawan yang juga ada baby. Huhu.

Tapiiii.. Disebalik apa yang dikorbankan itu, kebahagiaan hidup bertiga ni... membuatkan kau rasa, 'Kalau tahu bestnya ada anak ni, awal-awal lagi aku kahwin!'. Bak kat Suami;
Anak ini mengubah hidup kau. Apabila anak dilahirkan, kita juga ibarat dilahirkan semula. Sikap kita, perwatakan kita, segala-galanya berubah. Dan biasanya ke arah yang lebih baik dari sebelumnya :) Ada yang kata bila anak lahir, kadangkala boleh merenggangkan hubungan suami isteri. Janganlah dilihat pada sudut 'itu' sahaja, sebab jika dilihat dalam konteks yang lebih meluas, kehadiran anak itulah sebenarnya pengerat cinta.

Macam mana nak merajuk panjang, bila kita tengah main-main dengan anak sambil buat pelbagai suara lucu, tiba-tiba Suami pun datang main-main dengan anak sambil buat suara lucu juga? Tak ke rasa nak ketawa (walaupun sebenarnya tengah merajuk?) ;)

Untuk tempoh sebulan dua selepas bersalin memanglah agak kelam kabut sikit, nak uruskan anak lagi, nak uruskan Suami lagi, diri sendiri juga perlu penjagaan rapi. Memang biasanya Suami lah yang akan sedikit terabai, tapi kalau kena caranya, lepas sebulan dah back to normal, in fact, it's even better.

Suami jadi lebih penyayang bila ada anak.
Suami jadi lebih bertanggungjawab bila ada anak.
Kehidupan lebih terurus/tersusun bila ada anak.
:)

Memang best. It couldn't be any better than this. Tambah-tambah Ammar Yusuf dah ada waktu tidur yang agak tetap sekarang. Pengasuh dia memang pandai, kalau pukul 5 petang Ammar Yusuf dah bangun, dia takkan tidurkan semula. Biar Ammar Yusuf main-main sampai penat, lepas kami ambil, sambung main-main di rumah pula. Dalam pukul 8 ke 9 malam dah tidur, sampai ke pagi.

Lepas dia tidur, Mummy dengan Daddy bolehlah bercinta :p Watching One Tree Hill marathon from the first episode of the first season, tengok Masterchef Malaysia sambil ketawa-ketawa ajuk Chef Riz, tengok bola sama-sama (cuma tak bolehlah nak jerit-jerit macam orang gila lagi bila team kegemaran score gol :p). Tapi every like 30 minutes mesti akan jengah bilik tengok baby, cium-cium kepala dia sebab geram. Hehehe..


Macam ni punya muka masa tidur, siapa yang tak rasa nak gigit?? :B


Tentang kewangan? Anak itu rezeki. Anak ada rezekinya sendiri. Alhamdulillah, rezeki tetap ada. Tetap cukup makan minum. Tetap boleh shopping. Perbelanjaan sudah tentu bertambah, namun keperluan anak masih mampu disediakan. Siap boleh buat saving account untuk anak lagi. Sebenarnya tak adil untuk kata kewangan makin terbeban bila ada anak. Kalau dah memang tak pandai manage duit, tak ada anak pun tetap hidup sempit. Bottom line; financial management, dan yakin dengan rezeki Allah :)

Anak itu rezeki. Anak itu pengerat cinta, penghubung kasih sayang. Anugerah dari Allah. Jangan sesekali anggap kehadiran anak akan menambah beban dalam rumahtangga, mengurangkan perasaan cinta suami isteri. Tak baik tau.




Tuesday, December 6, 2011

Ammar Yusuf In Circle

Online atas katil, dengan si kecil budak bertuah di sebelah tersenyum-senyum potpetpotpet bercerita. Sesekali aku layankan dia, agah, geletek perut. Terkekeh-kekeh dia ketawa, menampakkan sebahagian besar gusi eee tak malu tak ada gigi pun nak ketawa besar :p

Sesekali aku snap gambar guna handphone buruk cap ayam. Dah jadi satu obsesi pula untuk mengambil gambar budak bulat tu setiap saat.




Padanlah asyik panggil-panggil tersenyum-senyum, rupanya nak tunjuk terer pusing satu bulatan. Kedudukan kepala je tak berubah T__T Patutlah setiap kali bangun tidur ada kaki kecil dia dekat dengan muka Mummy, padahal sebelum tidur rasanya dah elok-elok kepala botak dia kat atas haiii budak bertuah ni!







Terasa Gagal

Letih benar rasanya sejak kebelakangan ini, tak tahu apa yang aku letihkan sangat. Bukannya kerja membajak sawah ke apa.

Balik rumah, Ammar Yusuf melonjak-lonjak ajak bermain. Wajah cerianya menggamit rasa. Membuatkan aku lupa segala masalah.

Mandi, Maghrib, makan. Jam 8 malam, bawa dia masuk bilik, susukan sambil berbaring supaya dia cepat tidur.
.
.
.

11.30 tadi Suami gerakkan badan, minta perbetulkan posisi tidur aku dan Ammar Yusuf yang tidur melintang conquer habis katil.

"Mummy tahu tak tadi Mummy tidur dulu sebelum dia? Daddy lepas mandi masuk bilik dengar dia cakap-cakap, ingatkan dia cakap dengan Mummy, rupanya dia cakap sorang-sorang pandang muka Mummy."

Kesian. Mungkin bosan tak ada respon dari aku, lalu dia tertidur sendiri.

Ammar Yusuf memang sangat kurang ragamnya, kalau diaper dah ditukar dan perut terisi (apatah lagi dalam suasana yang sejuk) memang senang je nak tidur. Pendek kata, senang nak jaga, hakikat itu diakui sendiri oleh pengasuhnya.

Sebak tiba-tiba, mengenangkan waktu malam dan hujung minggu sahaja yang ada untuk diluangkan bersama anak, itupun aku tak mampu nak manfaatkan sepenuhnya.

Wajah si kecil yang sedang tidur kutatap lama, terasa kasih sayang mencurah-curah tiada penghujungnya. Aku kucup ubun-ubunnya, beralih ke pipi gebunya, wangi..

Mummy minta maaf, Sayang.. Kata dulu me and you against the world, belum apa-apa Mummy dah tumbang :(

I'll make it up for you, I promise..



Monday, December 5, 2011

Jam 2:20 Pagi

Sekarang jam 2:20 pagi. Sebenarnya pukul 8.30 malam tadi dah tertidur masa menyusukan Ammar Yusuf, then pukul 1 terbangun balik.

Solat Isyak.
Pam susu.
Gosok baju untuk pergi kerja.

Selesai kerja, nak sambung tidur.
Tengok-tengok.....




MEMANG KENA TIDUR MACAM BESTFRIEND EH? MEMANG EH?
Eeee tak malu. Dah big boy pun tidur bawah ketiak Daddy :p (Sebenarnya Mummy jeles)
(Maafkan kualiti gambar, sebab kena snap dalam gelap dan tak guna flash)



Friday, December 2, 2011

Kisah Suami Saya

Siapa pernah tengok cerita Sleeping With The Enemy, yang Julia Roberts berlakon tu? Tak ingat siapa pelakon lelaki dia, tapi cerita tu pasal suami yang possessive, controlling, and of course, a neat freak. Just imagine isteri dia tersalah masukkan stokin putih dalam drawer stokin berwarna pun dah kena pukul. Ngeriiii.

Cerita tu masa aku sekolah rendah kot. Memang menakutkan, tapi walaupun menakutkan, I can't help thinking, "Best jugak kalau dapat Suami neat freak kan? Bersih je rumah.."

BE CAREFUL WHAT YOU WISH FOR, HONEY.

Yes my husband is really such a neat freak, sampaikan di awal perkahwinan dulu seringkali diriku merajuk dan bermuram durjana kerana perbezaan definisi 'bersih' masing-masing T__T Tapi taklah sampai nak pukul aku kalau terlupa switch off lampu bilik air ataupun terbiarkan tuala selonggok atas sofa selepas mandi :/

Suami tak suka rumah bersepah. Tak boleh rumah berhabuk (allergic, nanti bersin tak henti-henti), keluar bilik mandi/toilet kena lap kaki sampai kering atas kain lap sebab beliau tak suka nampak kesan tapak kaki merata-rata, kalau mandi shampu rambut, make sure rambut dah dikeringkan/dibalut dengan tuala sebelum keluar jangan menitis kat lantai. Makan jangan tumpah-tumpah kalau tertumpah sila lap terus dengan kain lembap dua kali. Setiap kali aku basuh botol susu, lepas basuh tu mesti akan nampak beliau mop dapur, sebab tak suka ada kesan air percik-percik kat lantai. Beliau tak suka pinggan berlonggok dalam sink so beliau akan terus basuh selepas makan (tapi mesti akan tinggalkan sebiji kuali kenapakah??). Every weekend kalau beliau tak ada kelas beliau akan mop lantai satu rumah, otherwise aku kena buat. Rumah kami tinggi, maka cepat berhabuk (ada kaitan tak?). Membasuh dan menjemur kain baju lagi, and kalau Ammar Yusuf berak bocor kena seluar, beliaulah yang akan basuh seluar tu, keringkan dan jemur. Basuh tangan tau! Oh anak punya baju seluar lampin segala pun beliau yang basuh. Kalau rajin basuh tangan, kalau tidak basuh mesin pun boleh :p

Cumanya, tugasan lipat kain baju dan gosokkan kemeja office je beliau takkan buat, sebab beliau kata aku lipat cantik macam dalam butik hehehe diamlah kau and beliau tak suka gosok baju. Tak pandai katanya, sebelum kahwin pun adik-adik perempuan beliau yang gosokkan.

Recently, pagi-pagi lepas bersiap nak pergi kerja aku akan menyusukan Ammar Yusuf sekejap, dan beliau akan kemaskan handbag aku dan breastpump bag untuk bawa ke office. Di pejabat bila nak start mengepam, buka breastpump bag tu ololo comelnya beliau susun satu-satu dalam tu :')

Beliau tak suka kereta yang bersepah, tapi masih tak mengapa kalau nak makan dalam kereta (ada orang jenis tak suka makan dalam kereta) asalkan lepas makan kumpulkan sampah setempat dan bila dah sampai terus buang. Oh, it applies to my car too T_T

Dulu beliau selalulah tegur kalau ada yang tak kena, sekarang ni mungkin dah malas nak tegur or taknak bagi aku stress sebab nak menyusu anak, beliau dah tak tegur sangat and if ada yang tak kena beliau terus betulkan/bersihkan sendiri je hewhewhew.

Menakutkan ke dapat Suami yang neat freak? Tidaklah. Asalkan tak melampau-lampau sampai nak pukul kau kalau rumah bersepah, kira okay sangatlah. Lebih setahun berkahwin, aku yang pada awalnya ala-ala kadar pun dah mula terikut-ikut budaya beliau. Bila dah ada anak ni, rasa macam bertuah sangat apabila banyak beban diringankan oleh Suami. Sebab breastfeeding mother ni penat tau. Tak boleh bayang kalau kahwin dengan lelaki pemalas :/ Kebersihan ini bukanlah suatu yang susah untuk diamalkan, cuma untuk jadi se-neat freak Suami mungkin susahlah. Sebab biasalah aku, banyak benda main belasah je. Barulah rock HAHA ayat cari pasal.

Cuma aku pernah cakap dengan Suami, bila anak dah besar nanti janganlah expect dia terus jadi pembersih. Budak-budak kan, tak thrill la kalau baju sekolah tak kotor tertumpah air Milo, buka plastik Twisties sampai terkoyak besar dan jatuh bersepah atas lantai, keluar bilik mandi bogel-bogel terus lari masuk bilik sampai basah lantai sebab terlupa bawa tuala sebelum mandi. Biasalah tu.

Suami hanya cakap, "Sayang, melentur buluh biar dari rebungnya.."

Heh heh. Siaplah Ammar Yusuf.





"Masa baby memanglah semuanya comel, muntah atas baju kerja Daddy pun Daddy tak marah. Dah besar nanti kalau tak dengar cakap Daddy, tak dengar cakap Mummy, Daddy rotan tau!"

Eleh nak ke dia rotan anak kesayangan dia tu? Entah-entah Mummy je yang asyik jadi Mummy Monster marah-marah anak nanti :p






Thursday, December 1, 2011

Trauma, No?


"Alhamdulillah selamat melahirkan bayi lelaki/perempuan tepat jam sekian sekian berat sekian sekian. Syukur sangat-sangat."

Setiap kali baca status Facebook/Twitter orang lain yang menyampaikan berita gembira tentang kelahiran anak, dengar macam mudahnya bersalin tu kan? Semalam dia upload gambar mengandung dengan muka berseri-seri pegang babybump, hari ni baby tu dah keluar. Macam senangnya. Macam it happens... Pap! Just like that.

Rasa macam tak percaya apa yang dilalui oleh diri sendiri, di saat lahirnya Ammar Yusuf.

Tuhan sahaja yang tahu.



Gambar tidak berkaitan dengan cerita. Hasil production during lunch hour tadi. Dalam Meeting Room, which other engineers renamed as Pump Station now. And me, Pump Engineer.
Nasib baik aku heartless -__-


P/S: Oh by the way, aku taklah sampai trauma. I still love to have more babies. But perhaps not at any soonest. Ikutlah rezeki Allah bagi bila, banyak mana ;)