Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa! Semoga Selamat Semuanya :)

Esok 1 Ramadhan. Ramadhan pertama sebagai isteri. Ligat otak berfikir nak masak apa untuk bersahur esok. Ya, aku akan cuba berpuasa sementara masih belum bersalin ni. Suami cakap tak payah masak pun tak apa, mungkin beliau boleh beli makanan siap-siap dan makan tengah malam sahaja. Tapi, memikirkan aku hanya ada 1-2 hari sahaja untuk bersahur bersama, aku rasa macam seronok juga kalau dapat memasak untuk sahur.

Maka tadi selepas makan tengah hari terus singgah Carrefour, beli barang untuk memasak. Dapur dah lama tak berasap, barang pun dah banyak yang kehabisan. Sengaja aku habiskan semua hari itu menyangkakan aku akan bersalin sebelum puasa dan berpantang di rumah ibu bapa jadi kalau tak dihabiskan bahan-bahan mentah itu bimbang rosak pula nanti.

Ikutkan, kalau masih belum ada tanda-tanda akan bersalin, hari kedua puasa aku kena terus admit di hospital. Induce. Tapi 3 Ogos tu, Suami ada final exam pula. Jadi kami memikirkan lebih baik tunggu sehari lagi, dan hanya selepas Suami selesai menduduki peperiksaan baru kami akan terus ke hospital. Harap-harap perancangan berjalan lancar. Bimbang juga kalau baby nak keluar masa Suami tengah exam pula.

Dugaan nak bersalin. Tapi apalah sangat dugaan ini, memikirkan ada orang lain yang diuji dengan lebih berat lagi ketika mengandung. Kan? Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Kami sekarang menggunakan teknik 'mengugut' untuk suruh baby keluar.

"Baby sayang.. Keluar la. Daddy rindu ni. Kalau taknak keluar, bagi Daddy jelah pakai baju baby pergi kerja. Ha, macam mana? Nak keluar tak?"

HEHE. Daddy comel betul.






Thursday, July 28, 2011

Random #2

Belum
Aku belum bersalin lagi :/ Semalam pergi check up sahaja sebab tu senyap sunyi sahaja diri ini tanpa khabar berita. Beria-ia explain sebab semalam ada 2-3 orang SMS tanya dah bersalin ke sebab senyap je kat Facebook/Twitter/blog. Nampak sangat selama ni aku kepochi tsskk..

Ultrasound
Check up semalam, doktor buat imbasan ultrasound (nama mudahnya = scan). Tengok saiz baby, tengok air ketuban, tengok kedudukan uri, tengok tulang belakang baby segala. Semuanya normal. Kadar degupan jantung baby pun OK. Dan berdasarkan scan semalam, berat terkini baby adalah 3.68 kg gomoknya baby aku kenapa sama dengan aku niiiiii T__T Doktor bagi due date baru which is another 1 week from yesterday. 2 Ogos 2011. Kalau lepas seminggu pun belum keluar, baru induce. Aku risau sebenarnya, takut lagi seminggu berat baby bertambah, takut aku tak boleh bersalin normal :(
Cerita menakutkan
Semalam kat klinik, borak-borak dengan kakak yang duduk di kerusi sebelah yang datang untuk check up baby dia yang baru dilahirkan bulan lepas. Dia cerita pengalaman bersalinnya yang menakutkan. Taknaklah cerita kat sini (cari pasal dah buka topik lepas tu taknak cerita) sebab aku ni mudah terbawa-bawa takut pula kalau ada pembaca yang macam aku juga kesian pula nanti. Tapi memang menakutkan. Buat aku berfikir panjang. Buat Suami aku tak boleh berfikir. Adeh.
Air selusuh
Semalam nurse tanya, "Ada minum air selusuh tak?" Aku cakap tak ada. Nurse tu cakap orang yang mengandung anak sulung tak digalakkan minum air selusuh, sebab air itu akan menggalakkan sakit sebelum waktunya. Maksudnya biarlah sakit itu datang secara semulajadi, bukan kerana air selusuh. Aku pun tak faham, setahu aku air selusuh ni air biasa yang dibacakan doa-doa sahaja, apa yang membuatkan air itu mendatangkan kesan pula? Dan baru kejap tadi Mama telefon bagitahu air selusuh dah siap, Baba buatkan. Tak apalah, nanti aku tengok air tu macam mana.
Set bersalin
Sebelum ini aku berminat dengan Set Bersalin Amway, sebab orang cakap bau dia best. Dan aku ada kawan baik yang ibunya merupakan dealer Amway. Tapi kakak ipar aku cadangkan Set Bersalin Nona Roguy. Siap bagi nombor ahli lagi untuk dapat harga yang murah. Tapi.. tapi... Nona Roguy mahal laaaaa.. Lepas guna nombor ahli pun dapat RM300. Takut beli mahal-mahal, sekali tak serasi dengan badan dan baby, tak ke membazir? Tengah-tengah fikir tu, Mama call cakap Kakna suggest pakai HPA sahaja. Kakna cakap dia pakai Set Bersalin HPA sejak anak kedua sampai kelima. Memang elok, memang serasi dengan beliau dan tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada anaknya (ada sesetengah set bersalin boleh menyebabkan baby cirit-birit dan sebagainya). The best part is, harganya sangatlah murah hewhewhew tahu sajalah aku ni always opt for the best deal :P
Order online sahaja. Baru sampai tadi. Set Bersalin HPA ini mengandungi ubat periuk, kapsul wanita, minyak barut, minyak bayi, minuman herba, ubat basuh dan spirulina. Bengkung tak disediakan, aku pakai bengkung Kakna je nanti ada 2-3 kat rumah tu. Harga: RM90 :) Untuk penerangan lebih detail tentang set bersalin ini boleh Google sendiri lah ye!
Ekspo Keibubapaan
Masa tengok banner iklan ni sepanjang jalan di Kuala Lumpur ini aku dah hampa, "Ala buat ekspo masa orang dah bersalin..". Due date asal aku kan 26/7/2011. Sekali sampai hari ini masih belum bersalin. So terus rasa gembira dan berangan-angan akan berjalan berayun tangan dengan Suami ke sana esok lusa heh heh. Tapi.. Ada kemungkinan tak Baby aku merancang nak jadi artis sengaja buat hal keluar kat sana pula untuk menempa populariti????? T__T














Tuesday, July 26, 2011

40 Minggu!

Assalamualaikum.

Hari ni genap sudah 40 minggu. 'KENAPA KAU ADA KAT OFFICE LAGI NI???' getus hati jejaka-jejaka di pejabat ini yang tidak sabar-sabar mahu aku bercuti supaya tempatku boleh diganti oleh awek cun Admin Assistant yang bakal masuk tidak lama lagi. Keji betul semua orang T_T

Semalam dalam perjalanan pulang ke rumah, aku berkata pada Suami,
"Masa belajar dulu, kita takut betul final exam. Tapi kita tahu kita kena lalui juga benda tu. Bila dah nak kahwin, kita takut betul nak jadi isteri, sebab kita betul-betul tak pandai memasak. Thinking back, banyak betul benda yang kita takutkan, but I know that eventually I still have to get through it. Sekarang kita takut betul fikir pasal bersalin, tapi kita tahu kita tetap kena lalui juga. Well, I think my life is great.."

Suami hanya mendengar sambil tersenyum sahaja.
"Maybe it's not perfect, but it is great," sambungku lagi, juga dengan senyuman.

Cakap dengan Suami, "Kita ni dah 9 bulan 10 hari masih jalan-jalan kat shopping complex lagi.."
Suami balas, "Itulah, mana nak jumpa perempuan gagah macam ni"

Perempuan gagah. Terus terbayang aku berotot ketul-ketul angkat dumbbell :/
Tak fikir panjang order lamb chop, akibatnya malam tadi tak boleh tidur guling sana sini tunggang terbalik kepanasan. Kambing betul.
Daddy. Peminat nombor satu cerita P. Ramlee. Siap hafal dialog lagi :') Nampak sahaja garang, tapi kalau kau dengar ayat-ayat beliau bila bercakap dengan baby dalam perut ni, sumpah geli hati rasa nak ketawa besar tapi tak sampai hati pula :') Hehe, sayang Abang! :p












Monday, July 25, 2011

Satu Hari

1 hari lagi.

Tapi hari ini aku masih lagi ke pejabat. Mama cakap kerja je selagi boleh (sebab Mama tahu kecenderungan aku untuk bermalas-malasan sahaja kalau duduk di rumah T__T). Mama cakap lagi nak bersalin lagilah kena aktif bergerak. Mama cakap jimatkan cuti, sebab lepas bersalin, lepas berpantang 2 bulan tu, kita akan lebih memerlukan cuti. Mama cakap minggu pertama bekerja selepas berpantang tu mesti akan menangis setiap hari teringatkan anak yang ditinggalkan.

Itu semua Mama cakap. Banyak lagi pesanan Mama sebenarnya, yang sedih, yang seram (pasal cara-cara bersalin), yang happy (lepas anak dah keluar), dan macam-macam lagi. Mama realistik, beliau takkan cakap ayat-ayat manis macam, "Senang je bersalin ni, jangan risau", sebab bersalin mana ada senang. Bukankah sakit bersalin ini adalah yang kedua paling sakit, selepas sakit dicabut nyawa masa nak mati?

Masa check up last week, nurse cakap if in case dah sampai due date masih belum ada tanda nak bersalin, kena tunggu lagi seminggu. Dan kalau lepas seminggu pun masih tak keluar, baru induce. Sekarang ni masih belum keluar lagi tanda-tanda nak bersalin. Aku ni sebenarnya nak sangat baby keluar awal ataupun on time, sebab minggu depan dah start puasa. Seganlah rasa macam menyusahkan orang pula nak menjaga aku, jaga makan minum aku semasa berpantang dalam bulan puasa tu. Mereka berpuasa, aku tak puasa pun. Tapi nak buat macam mana... :(

Baby, keluar on time ye? Baby good boy, kenalah dengar cakap Mummy..


Thursday, July 21, 2011

Entri Pendek

Petang tadi sakit betul perut, berkerut-kerut kening menahan sakit di dalam tandas office. Aku tengok jam, nak mulakan timing in case itu tanda nak bersalin. Tapi sakit itu berlaku sekali sahaja, dan hanya berulang hampir 2 jam kemudian di dalam kereta dalam perjalanan balik tadi dan tiada lagi sehingga sekarang.

Belum nak bersalin lagi ni. Masa check up semalam pun nurse ada cakap anak pertama jarang keluar on time, selalunya terlebih-lebih dari due date. Entah, ikut orang kot. Ramai je kawan-kawan aku yang bersalin lebih awal dari due date.

Balik rumah, mandi, Maghrib, Yasin, dan terus ke Isyak.

Sekarang sedang mendengar Suami beristighfar penuh emosi.

"Astaghfirullahalaziimmmmmmm, pass la bola tu nak bawak lama-lama buat apa!!!!"

Ada juga kebaikan tengok bola rupanya. Terutama apabila menonton perlawanan yang sangat menguji kesabaran. Istighfar bang.. istighfar...



Tuesday, July 19, 2011

Drama Malam Ahad

"Suami yang memiliki seorang isteri yang solehah seolah-olah memiliki separuh daripada agamanya."

"Belaian seorang isteri yang solehah seolah-olah memberikan kebahagiaan kepada seluruh dunia."

"Isteri solehah akan menjadi cahaya di dalam keluarga, menjadi ketua bidadari di dalam syurga untuk suaminya."

(Stanza Cinta, Episod 4)


Aku diam sahaja, pandangan difokuskan kepada cerita yang ditayangkan. Suami juga diam. Tapi dari ekor mataku memang jelas kelihatan beliau tersenyum-senyum meleret. Annoying betul. Mulalah tu.
"Cuba tutup lampu sikit, tengok ada cahaya tak.."

"Nanti Abang akan dapat bidadari dalam syurga ke?"

Senyuman beliau semakin lebar dan menjadi-jadi. Mengusik memang nombor satu sabar jelah.

Suami suka cerita ini. Sebab watak utama tu cun. Beria-ia ajak keluar dinner awal sikit supaya sempat balik tak terlepas drama ini.

Haih.

Pelakon cantik memang diperlukan untuk menarik minat kaum lelaki menonton drama berunsur keagamaan begini -__-

Semalam basuh pakaian dan keperluan bayi. Ruangan ampaian terhad, maka terpaksa basuh secara berperingkat. Nampak tak baju merah putih tu NAMPAK TAK? (klik pada gambar untuk lebih jelas). Nampaknya Daddy sudah menggunakan kuasa veto mensaiko anak untuk menyokong Manchester United semenjak bayi lagi. Padahal baby sebenarnya nak join Mummy sokong team Kelantan KAN BABY KANNN??
Paling geram. Rasa nak gigit. Tapi memang tak banyaklah warna yang available untuk baby boy. Nak je aku belasah beli mittens & booties warna pink, Daddy pun pergi kerja pakai kemeja pink apa...






Monday, July 18, 2011

Hujung Minggu #2

Konon je kata minggu ni nak start cuti, konon je. Sekali pagi-pagi dah ada muka aku di pejabat ni. Rasa macam rugi sebenarnya cuti awal-awal. Memang aku berkira cuti. Kerja swasta dapat cuti bersalin 2 bulan sahaja, kalau aku cuti awal-awal nanti sekejap je boleh spend masa dengan anak :(

Hujung minggu baru ini aku menghabiskan masa di rumah bonda. Memandangkan Suami kena stayback di sekolah untuk menyiapkan assignment, beliau tidak membenarkan aku seorang diri di rumah walaupun aku berlagak terror cakap, "Ala kalau dah nak bersalin kita drive jelah sendiri pergi Serdang tu, bukan jauh pun". Cakap besar.

Sabtu malam itu rasa macam sakit-sakit juga. Tapi kesakitan itu tidak berterusan pun. Aku dah seronok fikir, kalau lahir hari Ahad cantik juga tarikhnya. 17/7. Aku sendiri 14/4. Tambah-tambah semalam Nisfu Sya'aban, macam dah kena sangatlah. Tapi belum nak keluar lagi rupanya. Tak apalah, take your time ok, Darling Mummy? :)

Duduk rumah Mama, Mama memang comel saje. Lauk kalau tinggal sikit diutamakan aku dahulu untuk makan. Pukul 10 malam masuk bilik aku bawa mangga kuning yang sudah dipotong-potong dan makan sama-sama atas katil sambil tengok majalah Rapi tentang senaman untuk memudahkan bersalin. Bila aku sibuk-sibuk nak tolong buat kerja rumah yang berat-berat, Mama beria cakap tak payah, katanya aku dah tak larat. Padahal Mama tu sudah 60 tahun sepatutnya Mama lagilah tak larat. Mama sama saja macam aku, suka tunjuk terror. Memang semua ibu pun begitu agaknya, di depan anak, dialah yang paling kuat. Baik secara fizikal mahupun emosional. Mama memang Superwoman. Nak jadi macam Mama nanti.

Sabtu itu, budak-budak ada di rumah. Seronok rasa, dah lama tak jumpa.

#1
Telefon bimbit cap ayam berbunyi. Keluar gambar Suami. Asha ketika itu sedang berbaring di sebelah.

Asha: Uncle Hanis ke?
Antina: A'ah.
Asha: Asha taknaklah cakap dengan Uncle Hanis (lalu menutup muka dengan bantal).

Perasan je ingat Uncle Hanis telefon untuk cakap dengan dia -__-"

#2
Dah letak telefon.

Asha: Tadi Uncle Hanis telefon?
Antina: Yelah. Asha taknak cakap tadi, terpaksalah Antina yang cakap dengan Uncle Hanis.
Asha: *Berfikir sekejap* Asha kecik lagi laaaa, Asha taknak kawennnn..

Bila masa aku cakap pasal kahwin T__T

#3
Masa nak tidur malam, aku tidur sekatil dengan Aina. Asha jual mahal, nak tidur dengan Grandma dan Grandpa saje.

Antina: Asha, jomlah tidur dengan Antina dengan kakak Aina ni.
Asha: Taknak laaa, katil Antina ketat laa...

Dia maksudkan 'sempit' :/


Favourite photo of hers.
4 year-old Arissa Ilhamzahra. How beautiful she has grown up.
Her 7-year-old sister too :)






Friday, July 15, 2011

Hampir ke Situ

As-Salam. Esok, kandunganku genap 9 bulan.. Alhamdulillah I've been through most normal things usually experienced by pregnant women. Morning sickness for the first 3 months, MGTT (twice!), increased in appetite (I can eat almost anything during pregnancy :/), swollen and chubbier face/arms/thighs/legs (and tummy of course, that goes without saying). The best part is, gaining more attention and being showered with endless love by Hubby hehehe. I really see the other side of my husband, his excitement towards being a Daddy is.. overwhelming. I must say that it was a beautiful 9 months. Harap sangat segalanya berjalan dengan baik sehingga ke hari kelahiran (which about to happen anytime soon).

Mummy: Kita ni beria je ready nak dapat baby boy. Kalau lahir nanti girl macam mana?

Daddy: Takpe je. Kalau boy, boleh geng dengan Daddy. Kalau girl, lagilah rapat dengan Daddy. Anak perempuan kan biasanya lagi rapat dengan ayah.

Habis tu siapa nak geng dengan Mummy T___T




Dah tak banyak yang aku boleh lakukan, melainkan menanti penuh doa dan harapan sehingga ke saat yang dinanti. Macam tak sangka aku kini berada di tahap ini. How time flies..




Thursday, July 14, 2011

Random #1


  1. Semalam aku pergi check-up untuk 38 minggu. Berat turun o.5kg :/ Kan aku dah kata penimbang kat klinik tu yang cap ayam. Mana mungkin dah nak bersalin berat boleh menurun pula padahal sejak kena buat MGTT last week aku tak ubah apa pun rutin pemakanan aku. Apa-apajelah berat badan ni.

  2. Hmm. Masa di klinik, ada satu keluarga; 3 perempuan dewasa, 3 kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 6-8 tahun dan seorang bayi. Kanak-kanak perempuan itu mungkin adik-beradik, ataupun sepupu. Kesemuanya datang untuk menemani ibu kepada bayi itu buat pemeriksaan. Tak kisahlah nak datang satu keluarga pun. Yang menjadi hal, apabila budak-budak perempuan 3 orang itu punyalah lasak lari sana-sini, masuk menyelit di celah-celah kerusi yang diduduki ibu-ibu lain, menjerit-jerit malah mengganggu kanak-kanak lain lagi apabila aku ternampak salah seorang dari budak perempuan itu tiba-tiba menolak budak yang tiada kena mengena. Lalu terjadi tolak menolak dan suara jeritan semakin bertambah. Aku yang sedang membaca benar-benar rasa terganggu. Bukanlah aku tak biasa dengan budak-budak yang lasak, tapi kali ini... Yang peliknya, orang-orang dewasa dalam keluarga itu macam tak kisah langsung nak tegur atau apa, mereka cuma berbual sesama mereka dan ketawa-ketawa seolah-olah tiada apa yang berlaku, biarpun sudah jelas beberapa kaum ibu lain yang datang bersama bayi masing-masing mulai merengus tanda kurang senang dengan kebisingan melampau itu. Entahlah. Aku tak suka nak judge cara ibu lain mendidik anak-anak, tak tahu lagi anak aku nanti lasaknya macam mana. Tapi bagi aku mungkin ibu bapa perlu lebih sensitif dengan perilaku anak-anak di tempat awam. Tambah-tambah apabila kelakuan anak itu memberi gangguan kepada orang lain.

  3. Beria-ia cerita sedih hari itu pasal pengasuh, kesian Suami yang bersusah-payah mengubati hati, "We'll get through it, Sayang. Banyak je benda yang kita rasa macam susah tapi semua pun kita boleh je lalui kan?" Alhamdulillah, rasanya aku sudah jumpa pengasuh yang sesuai. Yang hanya jaga anak aku sahaja, hasil bertanya-tanya dengan jiran tetangga itulah gunanya hidup berjiran. Sebenarnya dulu lagi aku nak tanya tapi aku tengok rumah dia asyik berkunci sahaja, maka Selasa hari itu aku bernekad ketuk rumah beliau dan bertanya-tanya. Asalnya aku nak hantar pada dia sahaja, sebab memang tahu dia ada jaga budak. Tapi beliau agak keberatan katanya belum mampu nak jaga lebih dari seorang bayi, which is understandable lah. Esoknya beliau recommend jiran di tingkat bawah yang bersedia untuk menjaga. Sekarang cuma tinggal nak jumpa sendiri dengan keluarga tersebut untuk berbincang tentang bayaran, tempoh jagaan dan juga perkara-perkara lain. Harap sangat semuanya baik-baik sahaja.

  4. Adik aku hadiahkan treadmill set sempena hari jadi Mama minggu lepas. Mama dari dulu lagi cakap nak beli treadmill set yang sekali dengan cycling ke apa entah tu demi menjaga kesihatan. RM4000 lebih harganya. Kayanya budak ni T___T Seronok Mama telefon Isnin hari tu, "Una! Ada orang hantar treadmill set lah! Birthday gift Man!". Terus aku rasa saiko tak bagi apa pun kat Mama. Terus rasa saiko ada adik macam ni. Terus rasa rendah diri sekarang tssk tsskk.. Walaupun terasa saiko dan rendah diri, dalam diam aku bertekad untuk bertandang ke rumah Mama dengan lebih kerap selepas bersalin nanti untuk menggunakan kemudahan tersebut demi menguruskan badan hewhewhew jimat duit tak payah dah nak pergi London Weight Management.


"Don't hate me for being everyone's favourite, sister." Senyaplah kau.



Monday, July 11, 2011

Pengasuh/Penjaga Bayi Diperlukan

Perihal pengasuh sudah tentunya akan menjadi sesuatu yang membelenggu fikiran bakal-bakal ibu. Untuk mereka yang boleh menyerahkan anak untuk dijaga ibu masing-masing memang beruntung sangatlah, tak perlu nak dirisaukan sangat kebajikan anaknya dah tentu-tentulah nenek akan sayang cucunya takkan nak buat bukan-bukan pula. Aku? Pertamanya, jarak rumah aku dengan rumah Mama tu agak jauh jugalah untuk menghantar dan mengambil anak setiap hari. Paling penting aku sebenarnya sudah tidak sampai hati lagi mengerah kudrat Mama yang kini berusia 60 tahun itu untuk terbongkok-bongkok lagi memandikan bayi membasuh berak segala :'(

Manakala ibu mertua pula masih bekerja.

Isu mencari pengasuh benar-benar menghimpit perasaan. Ditambah dengan kekerapan berlakunya isu-isu menyayat hati yang dipaparkan di televisyen dan suratkhabar tentang bayi yang ditinggalkan di pusat asuhan diperlakukan secara tidak wajar atau dibiarkan tanpa pengawasan. Mati.

Sebal betul hati aku. Tak payah cakaplah betapa banyak airmata mengalir membayangkan perkara bukan-bukan yang mungkin menimpa anak jika ditinggalkan bersama orang yang salah. Benda ini betul-betul buat aku rasa nak berhenti kerja, serius.

OK in case ada yang boleh tolong, aku kini mencari pengasuh di kawasan Puchong untuk baby berusia lebih 2 bulan bermula September/Oktober. Waktu jagaan dalam 8 pagi hingga 6:30 petang, Isnin hingga Jumaat. Sabtu dalam 8 pagi hingga 2 petang (bodoh betul kenapalah kena kerja hari Sabtu BENCI BENCI BENCI!!!). Aku kurang berminat dengan pusat asuhan/taska/nursery, terlalu ramai nanti anak aku tidak mendapat perhatian sewajarnya. Tak terkawal nanti. Ada tadi aku call satu tempat tu, satu rumah ada 30 budak, penjaga hanya 3 orang. Aku dulu pernah jaga anak buah 2-3 orang pun dah huru hara, apa lagi nak jaga 10 budak dalam satu masa. Preferable pengasuh persendirian, yang budak di bawah jagaannya maksimum hanya 2 orang, kalau masuk anak aku jadi 3 oranglah. Maksimum. Lagi bagus kalau dia jaga anak aku seorang sahaja. Ciri-ciri wajib: PENYAYANG, SUKAKAN BAYI. Aku boleh provide segala keperluan untuk memudahkan dia menjaga, menyusukan, memandikan, etc. Asal dia sayang anak aku je. ASALKAN DIA SAYANG ANAK AKU.

Mengalir lagi air mata ni. Bencilah. Rasa macam bukan ibu yang baik pula nak tinggalkan anak yang masih kecil dijaga orang asing entah siapa-siapa.




Friday, July 8, 2011

False Alarm?

Malam tadi, perut terasa keras semacam. Senak tak terkira rasanya sampai diriku terbaring tidak bermaya di atas katil *hiperbola*. Kuseru Suami yang tidur di ruang tamu (tak boleh blah 'Kuseru'). Sekali Suami tidur mati daaa :/

Kucapai telefon bimbit cap ayam (sekarang N97 pun dah jadi cap ayam apabila hampir satu office memakai iPhone tssk tssk) dan mendail nombor Mama.

"Ma, perut Dikna keras la. Senak betul.."

"Iye ke??" Lalu diam lama.. Eh Mama ni dah pengsan ke dengar perut aku keras? Rupa-rupanya Mama pergi panggil Kakna yang kebetulan ada di rumah Mama.

"Hello.. Weh kau sakit perut ke? Start bila? Berapa kerap? Ada bleeding tak? Baby ada gerak tak?" Sebenarnya taklah Kakna tanya semua soalan sekaligus, tapi malas pula aku nak taip sebaris-sebaris nanti entri jadi panjang sampai ke lantai lagi.

"Baby gerak je lagi. Start keras masa balik kerja tadi. Takde bleeding pun, cuma senak dada je. Takutlah baby keras-keras ni.."

"Baby takkan keras lah, perut kau je yang keras. Kalau contraction dah start, perut kau akan keras keseluruhan tau.."

"Manalah tahu baby letak kaki dia kat satu tempat lepas tu dia malas nak gerak lagi dia biar je kaki dia kat situ sebab tu perut Dikna keras."

Kedengaran Kakna ketawa -__-

"Mana ada macam tulah! OK sekarang kau start kira how frequent perut kau mengeras. Tapi baby mesti bergerak juga tau. Kalau sampai malam perut kau masih keras ataupun kekerapan tu regular or baby tak gerak-gerak, terus pergi hospital OK?"

OK. Aku pun mulalah mengira berapa kerap berlakunya pengerasan perut. Tapi kekerapan itu tidak regular pula. Dan sampai ke tengah malam pun baby masih bergerak seperti biasa.

Nampaknya baby masih belum bersedia nak tengok dunia luar. Seronok agaknya duduk dalam perut Mummy. Mummy je yang tak sabar-sabar nak tengok baby. Adeh.


Dah 37 minggu 3 hari. Fizikal kata dah tak mampu lagi nak berjalan jauh dan mendaki tangga, tapi mental cakap masih mampu lagi. Mental ni memang eksyen -__-
OK kakak-kakak makcik-makcik dan juga kawan-kawan yang berpengalaman, kat bawah ni adalah list barang yang saya dah ready dalam beg dan diletakkan dalam kereta. Ada juga yang belum letak dalam kereta tapi dah aware kena bawa sekali. Kalau ada apa-apa lagi yang perlu please please please do comments:

  1. Pampers baby
  2. Pampers Mummy HAHA OK tak tak. Maternity pads.
  3. Kain batik 2 helai (baru ada sehelai. Ibu dan ibu mertua berleter sebab tak ada kain batik dan terpaksa pinjam. AKU TAK PANDAI PAKAI KAIN BATIK LAAAHH nama je orang kampung huh)
  4. Disposable panties
  5. Pakaian bayi merangkumi baju (2 pasang), mittens & booties, etc.
  6. Baby blanket
  7. Baby towel
  8. Nursing bra
  9. Disposable breast pads
  10. Buku pink
  11. Towel Mummy
  12. Toletries
  13. Baby care (bedak, sabun, shampu, etc.)
  14. Baju Mummy
  15. Charger handphone cap ayam
  16. Sijil nikah (original dan fotokopi)
  17. IC Mummy dan Daddy (original dan fotokopi)
  18. iPhone4 baru Daddy belanja (harap-harap Daddy tak perasan Mummy include sekali dalam Senarai Wajib HEHEHE)

Ada tambahan lagi tak? Kalau ada cadangan lain amatlah dihargai :)





Thursday, July 7, 2011

Berat Badan

Semalam birthday Mama. Tahun ini kewangan agak tidak mengizinkan untuk aku bertanding dengan adik-beradik bagi hadiah paling best :'(

Semalam juga aku pergi pregnancy check up untuk minggu ke-37. 37 minggu dah kau. Berat aku naik 2kg lagi semenjak 2 minggu lepas. Aku rasa penimbang klinik itu bermasalahlah. Takkan sekejap aku naik 0.5kg, sekejap 2kg, sekejap 0.4kg. Rutin makanan harian aku setiap hari taklah berbeza sangat. Sakit betul hati kena buat MGTT lagi, pening loya segala kena minum air gula untuk mengesan kencing manis. Jangan tanya, "Kenapa nak detect kencing manis kena minum air gula? Elok-elok takde kencing manis jadi ada pula nanti?". Malas aku nak terangkan. Itulah prosedurnya, Google lah sendiri untuk lebih memahami penat pula nak cerita kat sini.

Nurse bising-bising berat naik banyak sangat. Sepatutnya dari awal mengandung sampai bersalin, kenaikan berat badan tidak boleh melebihi 12.5kg. Aku baru 37 minggu dah naik 15.5kg apahal? Tapi aku tak tipu, sejak naik 4kg sebulan masa minggu 25 dulu aku dah kawal habis pemakanan. Nak aku kawal macam mana lagi? Takkan aku tak boleh makan langsung habis tu anak aku nanti lahir tak cukup zat macam mana? Emosi betul aku kalau cakap pasal berat badan ni. Dah tu penimbang kat klinik pun bukannya standardized, minggu ini pakai digital scale, minggu depan pakai yang jarum tu. Lain penimbang memang lainlah berat kita. Macam bila aku timbang guna scale kat office berat aku lain, balik tu timbang di rumah lain pula. Beria-ia pula justify berat badan naik.

Baru plan nak pergi rumah Mama bawa pizza berkotak-kotak, rosak terus mood aku nak makan. Nak balik tu sebak-sebak telefon Mama,

"Ma, Happy Birthday.."

"Hehe yelah.."

"Ma, Mama dulu mengandung 8 orang anak, ada tak yang total berat Mama naik lebih 12.5kg? Dikna dah naik 15.5kg dah sekarang.. Takutlah baby besar sangat nanti"

"Alah ada je, 20kg pun pernah. Memang korang semua pun berat masa lahir lebih 3kg.. Besar-besar belaka"

"Yeke.. Lega sikit rasa" :)

"Tapi Mama masa mengandung Kakna takde naik sangat berat.. Mengandung sulung ni biasanya perut pun tak nampak sangat.. Masa anak last-last yang berat naik banyak.."

BARU NAK RASA LEGA T_____T


Dalam kereta Suami tanya, "Nak lunch mana ni?"

Aku yang dah bengang campur lapar tanpa berfikir panjang, "Jom pergi kedai Minang dekat Giant tu nak? Situ banyak lauk sedap-sedap!"

"Jom jom!"

Benci dah aku nak jaga-jaga makan lagi.








Monday, July 4, 2011

Cantik

Last Saturday night, I was having this conversation with my darling hubby. It was about beauty. No, it's about beautiful woman/lady/girl in my eyes.

"Abang, kita kan, bila tengok perempuan cantik kan mesti rasa macam, bertuahnya mana-mana lelaki yang dapat dia. Mesti kalau dating dengan dia asyik nak tenung muka dia je. And kalau bergaduh mesti cepat cair, sebab cantik sangat! Kita yang tengok pun cair je rasa, apa lagi lelaki.. Kan sayang? Tapi, kenapa tetap ada perempuan cantik yang kena tinggal ye? Yang bercerai, yang suami main kayu tiga.." (lalu menyebut nama artis-artis terkenal yang bercerai kerana dicurangi atau ditinggal suami).

"Sometimes, it's not just about pretty face, Sayang."

I was about to interrupt and protest when he continued,

"Let me finish first, based on pandangan seorang lelaki.."

"OK"

"Bagi Abang, perempuan ni, cantik macam mana pun, mesti ada lelaki yang pernah bosan dengan dia. Kita just nampak muka dia je, yang lain-lain mana kita tahu. Sebab tu ramai je perempuan yang cantik, tetap ditinggalkan, kena main kayu tiga.."

Hmmm..

Aku tahu Suami bukanlah anti-perempuan cantik. Beliau pun lelaki biasa juga, tidak tulenlah kalau tidak berminat pada perempuan cantik. But I think he had a good point there. Perempuan, macam mana cantik pun, mesti ada lelaki yang pernah bosan dengan dia. Right. It takes more than just a pretty face to build strong and long lasting relationship.

Tak jadilah suntik botox kalau macam tu.



... I'm kidding, of course. I'm no beauty queen, but I'm not that desperate :/





Sunday, July 3, 2011

Untukmu Anak #1

Siang tadi aku habiskan masa dengan mengemas bilik bayi. Aku tak decorate sangat pun bilik tu seperti yang diangan-angankan, ongkosnya enggak ada dong. Dan masa pun tidak mengizinkan. Lagipun kemungkinan besar baby akan tidur kat bilik aku saje. Sebab lepas baca banyak buku, fakta mengatakan kalau ibu dan bayi tidur sebilik, ibu akan kurang stress berbanding tidur berasingan. Sebab kalau tidur asing, si ibu akan tidur dalam keadaan berjaga-jaga risau tak dengar baby menangis. Kerisauan itu akan menyebabkan si ibu berada dalam keadaan tertekan dan menjejaskan pengeluaran susu badan OK OK I think you know what I meant.

Tapi bilik sebelah tu memang dah dedicate untuk baby, dah tu takkan baby tidur sebilik dengan Mummy, barang-barang baby pun kena sebilik dengan barang-barang Mummy? So build-in wardrobe di bilik sebelah sudah diperuntukkan untuk segala barangan baby. Lepas siap lipat dan susun barang-barang baby dalam tu, tiba-tiba terfikir...

AMBOI-AMBOI BABY NI ALMARI BESAR NI DIA PUNYA SORANG-SORANG SAJE PADAHAL MUMMY DENGAN DADDY PUN KENA SHARE SATU ALMARI YANG SAMA SAIZ??

Lawan tauke tau! Ada banyak juga barang yang dah masuk dalam kereta. Since rancangannya lepas bersalin terus balik rumah mertua, then rumah Mama :D

Geramlah pegang baju baby ni. Kecilnya!! Memang lamalah aku mengadap baju-baju tu, sekejap aku peluk, sekejap aku cium, tinggal gigit je belum lagi (Suami selalu warning jangan gigit baby nanti, sebab aku memang ada kecenderungan menggigit pipi bayi secara rahsia apabila terlalu geram dengan kecomelan bayi tersebut :/) Lepas tu potpetpotpet cakap dengan baby lagi.

"Baju ni nanti baby pakai untuk tidur tau.."

"Sweater ni baby boleh pakai kalau nak ikut Mummy dengan Daddy tengok wayang nanti.. Mummy nak beli yang ada topi punya tapi takde saiz la. Semuanya untuk umur setahun. Kalau beli sekarang nanti baby dah besar baju tu dah outdated malu la baby nak pakai nanti kan? Kan?"

Macamlah bayi berumur 1 tahun sudah mengikuti perkembangan fesyen terkini -__-

Tengok baju-baju tu, rasa macam kecil sangat saje. Macam fragile je. Macam risau je kalau sekali masuk dalam washing machine terus rosak. Sebab kecil sangat!! Tapi Suami cakap better basuh guna tangan saje. Ermm.. Daddy jelah basuh baju baby nanti :D

Err.. Adakah baju ini akan menghalang cita-citaku mendidik baby menjadi Imam Muda???




Saturday, July 2, 2011

Catatan 36 Minggu 4 Hari

Assalamualaikum.


لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمي


Zikir untuk memudahkan bersalin. Terima kasih Kak Sofiah dan Waie!

Selain itu, perbanyakkan membaca surah Yasin. Dan minum air selusuh (?). Aku tak pernah pun minum air selusuh. Memang kena minum untuk senang bersalin ye? Bila nak kena mula minum?

Hobi aku sekarang adalah membaca dan mendengar pengalaman orang bersalin. Ada yang membuatkan aku berasa tenang dan lega, dan ada juga yang membuatkan aku kecut perut dan ngeri tssskk.

Orang cakap, hati dan perasaan juga memainkan peranan dalam memudahkan urusan bersalin. Hati kena gembira, ceria dan positif. Jangan takut, jangan stress. Semua ini aku cuba tanamkan dalam hati. Tak mudah, tapi taklah susah mana. Permainan minda sahaja. Hmm. Permainan minda.

Perut makin memberat ke bawah, kalau dapat tahan buang air kecil lebih dari 15 minit sudah cukup bagus. Memang kerap benar. Tapi dalam keadaan duduk perasaan itu agak berkurangan. Aku sekarang akan mengambil makan malam sebelum Maghrib, sebab lagi lewat makan, lagi kerap aku akan bangun buang air.

Sejak kebelakangan ini, keputihan (discharge) semakin menjadi-jadi. Dirujuk pada nurse ketika pemeriksaan rutin, katanya itu adalah normal sebab bayi semakin berat menekan ke bawah dan juga disebabkan perubahan hormon. Apabila aku baca di laman web untuk ibu mengandung, tabiat mengambil kafein juga menyumbang pada keputihan berlebihan. Ya, setiap pagi aku akan minum Nescafe, macam ketagih ke apa entah. Memang tak elok pun, nanti bayi lahir hyperactive orang kata. Sekarang aku sudah berhenti mengambil kafein, diganti dengan minum air madu pemberian ibu mertua. Rakan-rakan pejabat menyakat, "Happy je Husna dapat 'madu'.." -__-

Sekarang makan pun dah kurang, tak boleh masuk banyak. Mungkin perut aku sudah penuh dengan baby, portion untuk menyimpan makanan makin kurang. Teori sendiri, entah betul entah tidak. Heh.

Jalan pun mengengkang dan termengah-mengah. Naik tangga apatah lagi. Setiap tingkat kena berhenti 10-15 saat sebelum menyambung pendakian. Keletihan memang ketara, sebelum pukul 10 malam sudah terlena di atas sofa di depan TV. Dan sering dipimpin Suami masuk ke bilik. Aku tanya, "Kenapa tak dukung kita masuk bilik? Tak romantik pun :(". Suami jawab, "Boleh juga, tapi nanti awak masuk ambulan nak bersalin, Abang pun masuk ambulan jugalah sebab patah pinggang." Sampai hati T__T

Orang kata bila sarat mengandung, muka akan jadi glowing semacam. Mungkin bukan pada aku. Sebab muka aku nampak lesu sahaja. Cuma jerawat macam segan-segan je nak tumbuh, itu sahaja yang best maka muka agak bersih jugalah berbanding biasa HEHEHE.

Barang-barang keperluan selepas bersalin juga Alhamdulillah hampir lengkap. Kami mulakan dengan barangan yang paling costly, seperti breastpump set contohnya. Aku beli breastpump jenama Medela Swing. Iya, Swing aja. Tak jadi beli Medela Freestyle. Suami ikutkan apa yang aku mahu sahaja, dan aku rasa berdasarkan review yang dibaca, Medela Swing juga tidak kurang bagusnya. Masing-masing ada kelebihan kan? Aku beli itu sekali strelizer & bottle warmer di kedai ini. Ingatkan susah sangat nak jumpa, rupanya sehala dengan jalan balik ke rumah dari office setiap hari. Kalau nak tahu harga semuanya dah ada sekali di situ. Tapi bila dah beli tiba-tiba jumpa yang lagi murah kat tempat lain sabar jelah sabar jelah! Bukan nak berkira sangat dengan baby, tapi hal-hal perbelanjaan ni kena realistik jugalah. Banyak lagi perkara lain yang memerlukan perbelanjaan besar selepas baby dilahirkan nanti. Macam Project Manager aku cakap, nak kena bersedia dengan insurans lagi, sebab kalau (Nauzubillah) baby sakit ke demam teruk ke, senang-senang melayang RM4000-RM5000 sekali admit. Melainkan kalau kau nak pergi klinik kerajaanlah, tapi kita tak boleh jangka apa yang boleh berlaku kan? Buatnya anak sakit tengah-tengah malam?

Barang-barang lain rasanya OK sudah, ada sedikit sebanyak nak kena beli. Baju-baju baby Mama cakap jangan beli banyak sangat size Newborn, sebab baby cepat je membesar, lepas seminggu dua dah tak muat. Jadi kami beli saiz 3-6months dan ada juga yang saiz 6 months juga. Comel sangat baju baby geram betul aku!

Begitu juga pampers, jangan beli banyak sangat saiz Newborn. Beli sekadar untuk stok seminggu dua sahaja. Orang cakap, purata baby pakai pampers sehari dalam 7 keping. So pandai-pandailah budget. Aku ni memang ikut sahaja nasihat yang berguna. Kejap tadi aku dan Project Manager aku sama-sama tengok iklan jualan murah di suratkhabar The Star, buat perbandingan harga pampers. HEHE. Beliaulah yang ajar aku, bila dah ada anak ni rajin-rajinlah buka suratkhabar tengok iklan jualan murah barangan bayi. Untuk pampers dan susu formula kita kena bandingkan antara Giant, Tesco dan Carrefour. Setiap bulan ketiga-tiga pasaraya besar ini biasanya akan berlumba-lumba buat promotion/discount harga pampers, dan mesti akan ada salah satunya yang paling murah. Sedikit pengurangan harga membawa makna yang besar tau! Nanti bila anak dah besar dan dah mula minum susu formula, lagilah makan belanja besar. Mahal tau susu tepung tu!

OKlah dah panjang sangat kot ni. Entri ni aku dah taip semalam lagi masa lunch hour, tapi lepas halfway rasa malas pula nak sambung HEHE tak elok perangai suka sangat buat kerja halfway. Ada apa-apa idea tak dari para pembaca yang berpengalaman pasal barangan bayi ni? Comments and recommendation are welcomed! Thank you.

Wassalam.


P/S: Sekarang ni memang dalam langkah berjaga-jaga. Asal rasa sakit perut je mulalah rasa berdebar, takut dah mula contraction. Hmm. Macam tak percayalah, sekejap je masa berlalu..