Wednesday, June 29, 2011

Dosa Wanita

Pagi tadi, tengah sedap makan nasi lemak tiba-tiba ditegur rakan sekerja, Sha.

"Hari ni patut kita puasa kan? Isra' Mikraj.."

Kenapa aku boleh tak perasan pun T__T

Isra' Mikraj. Terus teringat artikel yang aku baca semalam, dari blog loveloveislam.com. Artikel yang buat aku terdiam sampai ke rumah, memikirkan terlalu banyak perkara yang dipandang mudah oleh wanita (terutama aku sendiri) tapi sangat berat balasannya di akhirat kelak.

Oleh itu, untuk memudahkan aku membacanya semula bila-bila masa, aku copy and paste artikel itu di sini. Mungkin ada yang dah pernah baca, takpe. Aku belum pernah, dan baru dapat baca. Lambat dapat hidayah rupanya aku ni tssk. Artikel itu aku ada ubah serba sedikit, tak banyak pun perubahan cuma huruf besar kecil, penanda baca, pecahan perenggan dan sikit-sikit susunan ayat (nampak sangat budak skema ada je nak buat pembetulan). Dan, yes, entri ini adalah sangat panjang. Takpe, kau taknak baca, biar aku je yang baca sorang-sorang.


********************************


Saya teringat dalam satu surah Al-Quran yang saya ambil dari surah Al Isra' ayat 1, bagaimana baginda Muhammad S.A.W melalui perjalanan Israk Mikraj, bagaimana Rasulullah S.A.W diperlihatkan pelbagai macam peristiwa ngeri mengenai manusia, semuanya ini sebagai satu teladan dan pengajaran kepada manusia itu sendiri.

Baginda S.A.W telah menceritakan mengenai apa yang dilihatnya dan apa yang diperlihatkan oleh Allah S.W.T kepadanya. Paling banyak perkara ghaib yang diperlihatkan kepada baginda Rasulullah S.A.W adalah mengenai wanita.

Yang dimaksudkan wanita-wanita ini ialah wanita-wanita kafir dan juga wanita-wanita yang enggan mematuhi segala perintah perintah Allah dan enggan pula menjauhi segala larangan larangan Allah.. Adakah mereka tidak merasa takut? Di dalam hadis-hadis yang shahih telah menceritakan:

"..Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W menceritakan satu peristiwa ketika Ali bersama isterinya Fatimah Az-Zahrah di rumah baginda Rasulullah S.A.W bahawa Ali meriwayatkan sebagai berikut; Saya bersama dengan Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui baginda S.A.W sedang menangis. Kami pun bertanya kepada baginda, "Mengapakah tuan menangis ya Rasulullah S.A.W?"

Baginda pun menjawab, "Pada malam aku melalui Israk dan di Mikraj ke langit, aku melihat pelbagai macam manusia sedang mengalami berbagai penyeksaan maka apabila teringatkan mereka maka aku menangis". Saya pun bertanya lagi, "Wahai Rasulullah S.A.W, apakah yang tuan lihat?" Baginda S.A.W pun bersabda, "Aku melihat ada wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih, aku juga melihat wanita digantung dengan lidahnya dan juga tangannya, dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang sedang mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya.. MasyaAllah aku juga melihat ada wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedangkan air getah kayu zakum dituangkan di kerongkongnya (perlu saya sebutkan bahawa dalam kisah neraka ada disebutkan dalam hadis shahih bahawa air buah zakum kalau jatuh setitik ke atas muka bumi ini,maka semua pokok dan rumput rampai tidak akan tumbuh).. Aku juga melihat wahai Ali, ada wanita yang digantung, diikat kedua kedua belah kakinya dan juga tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan bisa ular dan kala jengking dari neraka.. Aku juga melihat wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya nampak api sedang marak menyala-nyala dengan begitu hebat sekali.. MasyaAllah.. Aku juga melihat wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, wanita-wanita yang tuli, bisu dan buta dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya yakni melalui hidung, telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit.. Ada juga wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta-juta kali jenis penyeksaannya."

Demikianlah baginda Rasulullah S.A.W menceritakan kepada Ali R.A dan anaknya Fatimah mengenai kisah apa yang dilihatnya ketika melalui Mikraj ke langit. Selepas mendengar apa yang diceritakan oleh Rasulullah S.A.W mengenai wanita dalam peristiwa itu, Fatimah langsung sahaja berdiri dan bertanya kepada baginda Rasulullah S.A.W, "Wahai ayahku, kesayangan mataku, ceritakanlah kepada aku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu sehinga mereka diseksa sedemikian?" Lalu Rasululah S.A.W pun berkata, "Wahai anakku Fatimah, adapun kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka ialah tentang wanita yang digantung dengan rambutnya itu ialah kerana ia tidak memelihara rambutnya yakni tidak mahu bertudung dengan menutup aurat dihadapan lelaki."

Rasulullah S.A.W lalu menceritakan lagi mengenai perkara kedua kepada Fatimah mengenai wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia sering menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi Muhammad S.A.W bersabda lagi yang ertinya tidak seorang wanita yang selalu menyakiti hati suaminya melalui kata-kata kecuali Allah S.W.T akan membuatkan mulutnya pada hari kiamat selebar 70 zira', kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya sendiri.. Naudzubillah..

Kadang-kadang ada sebahagian isteri yang tidak menyedari akan hakikat ini dan ada di antaranya sengaja bercakap untuk menyakiti hati suaminya dengan kata-kata yang seolah-olah tidak berterima kasih terhadap suaminya sendiri. Mengenai wanita yang digantung dengan buah dadanya, baginda Rasulullah S.A.W memberitahu anaknya Fatimah bahawa wanita itu menyusu anak orang lain tanpa keizinan suaminya, dengan nada yang sedih Nabi Muhammad saw menerangkan lagi bahawa wanita yang diikat dan tangannya itu kerana wanita-wanita tersebut keluar rumah tanpa keizinan suaminya dan tidak mahu mandi wajib dari haid dan nifas mereka.

Mengenai peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah S.A.W mengenai wanita yang memakan badannya sendiri, kata Nabi S.A.W, wanita-wanita jenis ini gemar bersolek untuk lelaki selain suami supaya lelaki-lelaki ini boleh tergoda dan juga wanita yang suka bercakap mengenai keaiban orang lain. Naudzubillah.

Adapun wanita yang memotong badannya dengan gunting neraka, kata Nabi S.A.W, wanita-wanita jenis ini gemar menonjolkan diri atau erti kata lain ingin mencari glamour di kalangan orang ramai supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang boleh tergoda atau jatuh cinta kepadanya.

Mengenai wanita yang diikat kedua-dua belah kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubun nya dan dibelit pula oleh ular dan kala jengking, kata Nabi S.A.W. kerana wanita itu mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak mahu pula bersolat serta tidak pula mandi wajib.

Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi, badannya seperti keldai, baginda menjelaskan kerana wanita itu gemar mengadu domba yakni melaga-lagakan orang serta suka mungkir janji dan suka pula cakap bohong.

Sementara itu, mengenai wanita yang baginda S.A.W melihat yang berbentuk seperti anjing, Rasulullah S.A.W memberitahu Fatimah, bahawa kerana wanita-wanita itu suka memfitnah orang dan sering marah-marah pada suaminya.. Naudzubillah..

Terlalu ngeri apabila saya membaca mengenai apa yang diceritakan oleh Nabi S.A.W mengenai kisah di akhirat dan hari kiamat, perasaan takut saya begitu menghimpit sekali, ada sesetengah dari kita terutama kaum wanita menganggap berleter dan suka membebel bila suaminya pulang dari kerja dianggapnya sebagai perkara biasa tetapi sebenarnya itu adalah di antara sikap isteri yang menderhaka pada suaminya. Bertaubatlah wahai kaum wanita. Kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.. Sesungguhnya sikap seperti inilah yang paling dicintai iblis laknatullah dan iblis laknatullah serta syaitan akan sentiasa menjolok jolok hati kaum wanita supaya boleh melakukan perbuatan yang boleh menjadi temannya di dalam neraka jahanam kelak. Kaum wanita terutama sekali para isteri hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menghadapi kehidupan seharian terutama dalam mengendalikan rumahtangga.. Kita jangan terperangkap dengan jerat iblis, dan jangan terus dibelit oleh syaitan, kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah Muhammad Rasulullah S.A.W, di dunia kita selamat, akhirat pun kita dapat.

********************************
Memang aku terdiam terus selepas membaca. Di dalam kereta aku bertanya Suami,

"Kita pernah tinggi suara kat Abang tak?"

Dengan muka pelik beliau menjawab, "Tak pernah rasanya. Kenapa ni?"

"Abang rasa kita cukup hormat Abang tak?"

"Hormat je. Kenapa ni, ceritalah."

Takut. Betul rupanya apa yang aku pernah dengar, kebanyakan ahli neraka terdiri dari kaum wanita. Dan pernah juga aku dengar, tidak sukar sebenarnya bagi seorang wanita untuk masuk syurga. Jaga solat, jaga puasa/perkara-perkara wajib lain, dan taat pada suami. Tapi itulah, wanita sering dikuasai emosi. Selalu saja aku bernekad dan berjanji untuk jadi yang terbaik untuk suami, tak kiralah apa pun yang terjadi, kalau tidak dibalas Suami pun, kita akan dapat ganjaran dari Allah S.W.T yang lebih berganda-ganda nikmatnya. Tapi, apabila sekali-sekala hati dan kesabaran diuji, cepat je lupa janji yang aku dah tanamkan pada diri sendiri. Alasan yang selalu digunakan untuk menyedapkan hati, 'I guess I'm only human..'. Macamlah boleh jawab macam tu di akhirat nanti.. *sigh*




Tuesday, June 28, 2011

Sakit Perut

Sejak tengah malam tadi aku rasa lemah sangat-sangat. I'm having diarrhea. Taknak sebut dalam bahasa Melayu sebab tadi kat office aku dah tersebut dengan kuatnya then all the guys were like, "Ewwwwwwwww!!" Macamlah tak pernah dengar benda lain yang lebih menggelikan -__-

Sekejap-sekejap lari pergi toilet. Perut memulas-mulas. Suami dah tanya-tanya nak pergi hospital ke tak, sebab dia risau itu sebenarnya tanda nak bersalin. Awal lagi ni, ada 4 minggu lagi. Tak ada bleeding pun. Sakit yang dirasakan bukannya macam period pain pun. Tak mungkinlah.

Beg berisi barang-barang persediaan bersalin ada kat rumah ni. Menyesal pula tak bawa masuk dalam kereta siap-siap..




Monday, June 27, 2011

Kucing

Assalamualaikum.

Tadi di kedai makan (sekarang ni memanjang makan kat kedai je tssk) nampak ada bapa mendukung anak perempuan umur lebih kurang setahun lebih atau mungkin hampir 2 tahun, bermain-main dengan anak kucing. Anak kucing tu nampak macam kucing belaan, bersih je. The little girl seemed hesitate to touch the kitten, but the excitement clearly shows on her face. Si bapa beria-ia meyakinkan anaknya untuk bermain dengan anak kucing comel gila tu.

Comel betullah. Terus terasa loser.

AKU TAKUT KUCING. Ailurophobia.

Takut yang tahap meremang bulu roma jika dihampiri kucing, walaupun kucing belaan yang sehabis comel. Takut yang tahap boleh rosak mood dan naik angin bila dipaksa pegang atau diacah-acah dengan kucing. Aku suka tengok sahaja, tapi tak boleh pegang langsung. Ironinya, Suami dan keluarga beliau sangat-sangat-sangat suka kucing T__T

"Nanti anak mesti suka Abang.."

"Kenapa?"

"Abang boleh layan dia main dengan kucing.."

:(

Aku tak tahu sejak bila, tapi mungkin semasa kecil aku pernah ada pengalaman buruk dicakar kucing atau apa. Sebab aku perasan juga, anak buah aku Asha tu dulu suka sangat kucing, tapi bila besar (sekarang 4 tahun) dia jadi takut betul dengan kucing. Sampaikan dengar bunyi kucing pun dah bulat je mata dia memandang kami menunjukkan ketakutannya.

Sebenarnya bukan dengan kucing je, dengan semua binatang pun aku tak berani. Rasa tak lengkap hidup kan, bila tak dapat jadi orang yang menyayangi binatang?

Orang cakap, the best way to get over your biggest fear is, facing it. I've tried, facing the fear. But I failed miserably.

Is it possible untuk orang yang takut kucing, boleh jadi suka dan berani pegang kucing??



Friday, June 24, 2011

Malam Jumaat

As-Salam. Salam Jumaat. Malam tadi malam Jumaat, MJ bak kata rakan-rakan sepejabat :/ Tapi ini bukan nak cakap pasal MJ itulah haipp haippp!

Malam Jumaat semalam best, sebab ada majlis doa selamat anjuran ibu bapa mertua di surau Subang. Bak kata Imam surau malam itu, "Doa selamat sempena menanti bulan purnama, nak menimang cucu pertama.." Tersipu-sipu mak buyung ketika itu hehe :">

Asalnya aku dan Suami betul-betul ingat majlis tu malam ini. Dalam 6.30 petang Umi call Suami tanya kenapa tak sampai lagi. Letak je telefon kelam kabut kami yang pulang dari pregnancy check-up bersiap.

"Abang la ni cakap Jumaat malam. Orang dah agak dah malam Jumaat.."

"Abang betul-betul dengar Umi cakap hari Jumaat malam. Betuuuullll"

"Yelah-yelah kita nak iron baju.."

"Awak mandi dulu lah.. Awak mandi lama.."

"Kita nak iron baju la, Abang la mandi dulu tapi keluarkan dulu baju Melayu kita nak iron sekali.."

Pungpangpungpang, sampai Subang tepat-tepat masa azan Maghrib. Ambil wudhu' siap-siap, pakai telekung dari rumah dan jalan kaki berdua dengan Suami ke surau HEHE terasa macam pasangan veteran saje pakai telekung dari rumah lepas tu pergi surau sama-sama suami isteri.

"Jangan sentuh Abang tau, ada air sembahyang ni.."

Ingat dia seorang je ada air sembahyang -___-"

Di surau ramai yang cakap perut nampak tak besar sangat, tak macam 8 bulan. Tipulah tu tipulah tu aku tahu T___T Aku rasa punyalah besar perut aku ni. Risau pula kalau baby besar sangat susah nak keluar nanti. Kena perbanyakkan baca Yasin ni.

I feel so blessed with my life, having that kind of family-in-laws. Call me a Drama Queen, but I really am a lucky girl Alhamdulillah =)


35 minggu 3 hari. Sarat kan? Flash kamera membuatkan muka aku seperti dipenuh kilauan cahaya bulan purnama HEHEHE thanks to kamera handphone cap ayam :')



P/S: I gained another 0.5kg from previous check up last two weeks, menjadikan total kenaikan berat badan sepanjang mengandung mencecah 14kg. Boleh turun balik ke berat badan ni nanti T__T



Friday, June 17, 2011

Day 2: Meaning behind your blog name.

Ehem. Dah berzaman baru nak sambung. Kan dah kata, aku takkan buat straight 30 hari. Kerja banyak oh. Boleh update blog di awal pagi atau semasa lunch hour sahaja. Kadang-kadang dah taip separuh simpan dulu sebab nak kena sambung kerja. First thing first, orang kata (macam bagus-bagus). Update dari rumah? Jangan harap. Kesian mata aku 8-9 jam menghadap komputer di pejabat, balik rumah masih lagi nak tengok komputer. Belum campur aku baca novel sampai tengah malam dan buat latihan Matematik PMR lagi.

Okay. Meaning behind Being Husna Hadzarami. Obvious kot meaningnya. Lainlah kalau aku letak Sesuci Embun Pagi atau apa. Tapi nama ini aku mula guna hujung 2009 rasanya. Sebelum itu aku pakai The Light of Kindness, English translation untuk Noorul Husna; 'Cahaya Kebaikan'. Maksud nama memang sehabis baik, entah bila aku nak bertingkah laku selaras dengan nama yang dibawa semenjak lahir T_T

Aku menulis blog tanpa sebarang spesifikasi. Aku rasa kebanyakan blogger juga begitu, kecuali yang menjadikan blog sebagai medium perniagaan atau blog politik ke apa. Rasanya, sepertimana aku di dalam blog ini, seperti itulah aku di luar. Ada kawan pernah berkata, "Baca blog kau macam dengar kau bercerita. Bila baca terbayang-bayang cara kau bercakap. Samalah!"

Tapi tipulah kalau aku kata blog ini merupakan ekspresi hati aku yang tidak di'edit' langsung. Sebab bagi aku tak perlulah nak membuktikan sangat diri tidak hipokrit sampai segala sifat buruk hendak ditunjuk kepada umum. You have to understand that there's a thick line between being true and being stupid.

Contohnya, apabila aku menulis dalam keadaan marah, bahasa aku tidaklah seteruk apa sebenarnya yang terkeluar di mulut aku. Tak perlu pun nak mencarut memaki hamun untuk menunjukkan kita tengah marah, tak cool pun.

Dan jika aku menulis mengenai sesuatu berbentuk muhasabah diri dan teguran, bukanlah nak tunjuk aku baik sangat. Ianya lebih kepada peringatan kepada diri sendiri sebenarnya. Aku manusia biasa juga, sudah tentu aku akan sentiasa mencuba untuk practice what I preached, tapi dengan iman senipis kulit bawang kadang-kadang aku pun terbuat juga benda yang aku tahu tak elok dibuat. Contoh paling jelas, bila aku post entri tentang dosa mengumpat. Tipulah kalau kata aku tidak pernah mengumpat. Tapi tak salah kalau kita jadikan blog sebagai tempat untuk saling ingat mengingati. Bila peringatan yang disampaikan itu membawa kesan dan perubahan pada orang lain, insyaAllah tempias pahala orang itu terkena pada diri sendiri. Siapa tahu kan? Mudah-mudahan.

Itulah lebih kurang. Being Husna Hadzarami. Being myself. Hmm.. Next entry will be.. err.. Day 3: Your first love. Nak kena cerita ke? (Terpaksa selongkar almari lama cari diari cinta masa Darjah 2.. T_T)







Thursday, June 16, 2011

It's About The Love That Supposed To Last And Never Die
















It's not about the stupid things that we say
We're always saying stupid things anyway
It's not about the secrecy or the lies
Everybody has got a secret to hide
It's not about who was he, or was she, who's creeping on who
It won't matter if the both of us lose
It's really not about anything, except for me and you..



Tuesday, June 14, 2011

No Bad Deed Ever Goes Unpunished

Assalamualaikum.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah Al-Bahili, di akhirat seorang hamba Allah terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia bertanya Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan (pahala) yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya?". Maka Allah S.W.T menjawab,"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.


Jika kita bercerita keburukan orang lain tetapi cerita tersebut tidak benar, ia dinamakan FITNAH. Dosa memfitnah lebih besar daripada dosa membunuh.

Jika kita bercerita keburukan orang lain dan cerita tersebut memang benar, ia dinamakan GHIBAH (mengumpat). Dan dosa mengumpat lebih besar daripada dosa berzina.
Wassalam.




Friday, June 10, 2011

Bila Dia Demam

Malam tadi Suami demam panas mengejut, yang memang panas gilalah badan dia. Ini adalah kali pertama beliau demam panas semenjak berkahwin.

Aku ni memang tak banyak pengalaman menjaga orang demam, maka sebaik tahu beliau demam memang cepat je aku suggest pergi klinik. Common sense lah, takkan orang demam diajak pergi shopping pula, bertambah tenatlah demam nanti. Itupun kalau dia nak ke klinik, puas dipujuk memang degil taknak ke mana-mana nak duduk rumah sahaja.

Susah hati sebenarnya, sebab pertama kali bertanggungjawab sepenuhnya pada orang sakit, dengan diri sendiri jarang sangat sakit (thanks to exclusive breastfeeding up to 2 years when I was a baby), maka terpaksalah buat apa yang aku tahu berdasarkan pemerhatian sahaja.

Dulu masa anak buah aku (Irfan) demam panas yang teruk kat rumah Mama, sepanjang ke hospital Mama buka semua baju dia dan dan halakan air-cond sepenuhnya pada dia sahaja, biarpun ketika itu Irfan menggigil-gigil kesejukan. Sebab Mama cakap walaupun dia kesejukan, hakikatnya dalam badan dia sangat panas. Menurut doktor, kalau orang yang demam panas diselimutkan, haba akan terperangkap di dalam badan maka suhu badan akan meningkat dan kalau apabila suhu terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan otak dan lebih teruk lagi, kematian. Tssk.

Dan pernah juga aku lihat masa COO aku demam panas kat office, big boss aku suruh dia buka jaket dan separuh butang kemeja beliau, to release heat katanya sebelum dibawa ke hospital.

So dengan pengetahuan yang tak seberapa hanya melalui pemerhatian, itulah yang aku praktikkan pada Suami yang berdegil taknak ke hospital. Kipas dibuka kuat, dan selepas diberi panadol (bukan elok sangat makan panadol sebenarnya) terpaksalah berhati kering tekapkan kain lembap sejuk berganti-ganti pada dahi, leher dan badan walaupun beliau nampak menggeletar dan berusaha menarik selimut. Memang aku tak bagi berselimut langsung. Ingat nak lumur air asam jawa di kepala, tapi Suami taknak pula, taknak kotor bantal katanya. Bila rasa kain lembap tu sudah agak kering, aku celup lagi, perah dan tepek semula. Mungkin lagi elok kalau ada Cool Fever kan?

Tak boleh tinggal pula tu, asal aku bangun je dia tanya, "Sayang nak pergi mana? Janganlah pergi mana-mana.. Baringlah sini saje.."

Who's the baby now? T_T Memang tak boleh nak ke mana-manalah sebab tangan aku digenggam erat ke dada beliau pula..

Bangun pagi tadi Alhamdulillah dah tak panas pun badan, lega aku. Kalau hari ni bertambah teruk mesti aku rasa bersalah sangat, manalah tahu tersalah teknik ke. Haih. Dalam kereta nak ke pejabat tadi Suami beria-ia berpesan pada baby,

"Baby nanti minum susu Mummy tau. Nanti antibodi kuat. Takdelah cepat demam macam Daddy."

Makin bersemangat nak bagi exclusive breastmilk for my baby, kalau tidak buatnya Daddy dengan baby dua-dua mudah demam, haru birulah Mummy nanti T_T



Tuesday, June 7, 2011

The Excited Parents-To-Be

Eversince I got pregnant, my husband is having an obsession of talking to our baby like 24-7; I bet when the baby is born he will most likely recognize my hubby's voice rather than mine T_T

Every single morning he will start the day with kissing my baby bump, caress it gently and say, "Assalamualaikum Sayang. Dah bangun ke? Bangun laa, pergi sekolah.. blablabla..." and will be very excited when the baby is suddenly moving like giving response to his voice.

And there are quite some times that the Daddy is lecturing the baby with his 'words of wisdom' like;

"Baby anak sulung, nanti kena jaga adik-adik. Macam Daddy dulu, besar tau tanggungjawab anak sulung ni."

or

"Baby nanti kena sayang Mummy tau, jangan lawan cakap Mummy.." (lepas dengar khutbah Jumaat pasal 'pengorbanan ibu')

or bila baby asyik bergerak masa dalam kereta,

"Baby seronok ke jalan-jalan dengan Daddy? Nanti baby dah besar baby pulak kena bawak Daddy jalan-jalan naik kereta baby tau."

or lepas solat berjemaah kat rumah,

"Baby nanti ikut Daddy pergi solat kat surau sama-sama ye.."

or bila tengah stress pasal study,

"Baby nanti belajar betul-betul tau, jangan dah kerja baru nak sambung belajar macam Daddy. Susah nanti."

Tssk.. T_T

Poor my little angel, belum lahir lagi dah dihujani dengan pelbagai tanggungjawab. Nanti lahir berkerut-kerut kening sebab stress sangat T__T. Maka terpaksalah aku mengambil watak the cool Mummy, bila beliau dah takde je cepat-cepat aku cakap balik dengan baby,

"Sayang don't worry too much okay, you can always enjoy being a kid. Mummy will have your back."

Heh heh heh. Cool tak cool tak? Tapi bila fikir-fikir balik entah-entah aku sebenarnya yang akan jadi the nagging Mummy nanti :/

Seeing how excited my husband with our little one is so amusing it makes me smile everytime. But I can't help feeling nervous too. Sometimes I think we're ready enough to be parents, but there's also times that I feel like we're not ready at all! So I'm setting my mind that when we actually being parents, there will always a new challenge everyday, so we can never be completely prepared. So instead of worrying too much about the future, maybe it's better to just embrace every single moment I'm having now and just go with the flow. Like what my doctor said last evening, "When the time comes, you will naturally know what to do." Banyakkan berdoa, because no matter how prepared we think we are, at the end of the day Dia juga yang menentukannya.





Friday, June 3, 2011

Day 1: Introduce, recent picture of yourself, 15 interesting facts.

This is supposed to be the first entry I posted for this blog, but anyways.. Yeah.

I'm Husna Hadzarami. My fullname is Noorul Husna Hadzarami. When I was in the primary school, I've once hated my name since I always found that the other kids make fun of the spelling Noorul as they purposely pronounced as No-O-Rul thus I had to always explained that the Noo should be pronounce as Nu, as the double O's in look, and spoon, and foot, and-- Oh my God do I have to explain this again????

OK that was the first interesting facts about me. Not much interesting though, I know, and there's another 14 to go :/

I have a plump fingers and round-shaped nails. I never look nice wearing henna (inai) even during my wedding evenworse when the henna's color turned out very terrible. It makes my fingers and nails looked even uglier T___T. OK still not an interesting fact to share. Next!

I have a passion of staring at beautiful woman rather than good looking guy. Is that make me gay?

I'm fickle-minded. Needless to say, you can tell from my previous entries. And I think I've make my husband annoyed and tired. I hope he still loves me T_T

I think I have an obsessive-compulsive disorder. Eg: Every morning my husband will start the car engine first waiting for me to do my make up and everything. Being the last person at home, after I walk out I tend to go back in just to check whether I've switching off all the electricity. It happens several times a day. And I tend to wash my hands very regularly till my palm has become rough due to too much in touch with water and soap :(

I'm fighting with myself to boost my self-esteem. Yes I have a very low confidence level thus everytime I feel out of place I tend to talk to myself too much saying something like, "He/she is no better than me so don't be afraid" or "Be yourself Husna, you're not too bad anyway" or "Keep smiling, they won't notice how nervous you are" and on and on and on..

I have a love-hate feelings toward Justin Bieber. I hate it when there's too much gossips about him, about the type of girls he like, like, come on, you're just 17! Yet, I still love to listen to his song :/ At least aku mengaku suka Justin Bieber bukan macam orang tu suka tengok the Kardashians tapi taknak mengaku.

I'm not a good civil engineer. I think my mom makes a better engineer than me. It showed when we were discussing about renovating our house, Mama knows about engineering stuffs a lot it makes me feel like a dumb talking to her T_T. I guess cheating in examination had cost me now experience beats youth, big time.

I really envy those having the beauty and the brain. It's just too perfect. Envy envy envy envy envy!!!!!

Everytime I've published anything at my blog, I tend to read thoroughly the post again, checking every single spelling and grammar, and making correction, and publish again, and read the whole post again, and editing again, until I've had enough of it. Still I believed there are grammatical error here and there which I didn't notice and hoping that someone can correct me.

I always have a fear of not being a good mother. As I used to be a bad daughter once upon a time.

I also have a huge fear of not making it during delivery time. Selalu jugak pesan, "Abang, if I didn't make it, can you promise to take a real-real good care of the baby, can you promise to be a good parents?". Orang cakap, waktu bersalin ni chances are 50-50. 50% kita selamat dan hidup, 50% lagi.. And it makes me cry everytime :'(

Hmm. Dah berapa ni? Rasa macam dah banyak sangat dah tapi baru 12 rupanya T_T Cukuplah kot. Recent picture of myself:

Gomok.


Thursday, June 2, 2011

30-Day Blog Challenge

As-Salam. (Tak konsisten langsung blogging sekejap mulakan dengan salam sekejap main redah saje -___-)

I'm kinda interested to take part in 30-Day Blog Challenge, only that I can't commit that I would be doing this for 30 days straight. Ingat aku takde kerja tiap-tiap hari nak taip blog saje?? It would take more than 30 days, but it still be 30 entries. Entah apa aku taip ni. And I don't feel like to start the challenge today hewhewhew bodohlah takde idea nak taip apa just nak bagitahu the next posts will be as below:

* Day 1: Introduce, recent picture of yourself, 15 interesting facts.
* Day 2: Meaning behind your blog name.
* Day 3: Your first love.
* Day 4: Your parents.
* Day 5: A song to match your mood.
* Day 6: A picture of something that makes you happy.
* Day 7: Favorite movies.
* Day 8: A place you’ve travelled to.
* Day 9: A favorite picture of your best friend.
* Day 10: Something you’re afraid of.
* Day 11: Favorite tv shows.
* Day 12: Something you don’t leave the house without.
* Day 13: Goals.
* Day 14: A picture of you last year – how have you changed?
* Day 15: Al-Quran verse.
* Day 16: Dream house.
* Day 17: Something you’re looking forward to.
* Day 18: Favorite place to eat.
* Day 19: Something you miss.
* Day 20: Nicknames.
* Day 21: Favorite picture of yourself ALL TIME and why?
* Day 22: What’s in your purse?
* Day 23: Your idea of a perfect first date.
* Day 24: Something you’ve learned.
* Day 25: Something you crave a lot.
* Day 26: Your dream wedding.
* Day 27: Original photo of the city you live in.
* Day 28: Something that stresses you out.
* Day 29: 3 wishes.
* Day 30: A picture of yourself this day and 3 good things that happened since you started the challenge.


Erm. Bila baca semua 30 tajuk ni rasa macam ada certain tak boleh nak cerita sangat saje :/

Nevermind, I'll try. (Entah-entah sampai dah bersalin pun tak complete challenge lagi HEHE)