Sekarang baru tahu, penting sebenarnya berurut dan berpantang macam orang dulu-dulu ni. Ada orang yang moden sikit dia cakap, "I dulu tak berpantang sangat pun, elok je sampai sekarang." Ye Kak, sekarang memang tak rasa. Orang cakap kesan mengabaikan berpantang selepas bersalin ni akan sangat dirasai apabila telah tua kelak. Memang sangat penting untuk ikut berpantang; berurut, bengkung dan bertungku ni untuk memperbetulkan segala urat yang dah lari alignment sepanjang 9 bulan kita mengandung dan banyak yang dah terjejas semasa kita meneran nak bersalin tu. Isk takut pula fikir.
InsyaAllah, aku akan berpantang di rumah mertua selama seminggu. Semangat Umi awal-awal lagi dah cakap nak ambil cuti. Cucu pertama katakan. Aku okay sahaja, ibu mertua ni tak banyak beza pun dengan ibu sendiri. Cuma mungkin dengan ibu sendiri kita boleh mengada-ngada sikit, dengan Umi.. erm, sama mengada je kot aku ni HEHE. Aku ingat nak hire tukang urut selama 3 hari di rumah Umi, selebihnya di rumah Mama. Untuk kat rumah Mama tak ada masalah sangat, ramai tukang urut sekeliling situ. Kawasan kampung katakan. Mama pun okay saja bila aku bagitahu akan duduk rumah Umi seminggu. Di pihak keluarga aku, anak aku nanti merupakan cucu ke-12. Mungkin kami boleh mempertimbangkan untuk membentuk satu pasukan bola untuk anak-anak buah kelak.
Berkenaan tukang urut semasa berpantang, bukan semua tukang urut ni menyediakan pakej sekali dengan penjagaan. Kebanyakannya hanya menyediakan perkhidmatan urut, memakaikan bengkung, pilis dan param sahaja. Tak termasuk menyediakan makanan, memandikan bayi, memandikan Mummy, etc. Yang sekali dengan penjagaan tu dipanggil confinement lady. Ada juga yang hanya berurut sahaja, takde bertungku/bengkung segala. So kena tanya betul-betul. Tapi kebanyakannya tak sediakan bengkung, kalau ada pun kau kena beli bengkung dia. Harga bengkung lebih kurang RM55-RM70. Tapi bengkung ni biasanya ada sekali dengan set bersalin yang kau dah beli siap-siap tu. Nanti aku cerita pasal set bersalin pulak (macam bagus-bagus semua pun nak cerita).
Dan based on survey juga, range harga untuk urut/tungku/bengkung/pilis/param selepas bersalin ni biasanya RM100 ke bawah untuk sehari. Dalam RM85 macam tu boleh dapat. Sebaik-baiknya kena berurut paling kurang 3 hari berturut-turut selepas bersalin. Lebih banyak lebih bagus. Aku jumpa paling murah RM50 sehari, tapi kita kena pergi jemput dia sebab makcik tu tak ada transport. Dan makcik tu recommended by several people jugalah, ada seorang customer dia cakap lepas seminggu urut berat badan dia turun 12kg. Dengar je pasal berat badan tu memang teruja betul aku, sebab hampir 8 bulan mengandung berat badan dah naik hampir 10kg T_T. Dan suami pun sanggup pula nak jemput dan hantar tukang urut itu selagi dia masih bercuti. Tapi belum booking lagi, nak discuss dengan mertua dulu, in case Umi boleh recommend someone better based on her experience. We'll see..








