Try to say nothing negative about anybody:
a) for 3 days,
b) for 45 days,
c) for 3 months.
See what will happen to your life.
This is what I've posted on my Twitter the day before yesterday. For a start, I've challenged myself if I can make it for (a), and thinking if it succeeded I'll continue for (b) and (c). It's gonna be exciting, being a new me, a better me.. And guess what? (You might've guess it right from the beginning I supposed), I failed miserably only on the second day :/
WHY IT HAS TO BE DAMN HARD??
Nampak macam senang, tapi ada saja benda terjadi membuatkan kita bercakap tak baik tentang seseorang. Kerja, kawan-kawan, isu semasa, gosip artis.. Memang banyak benda sekeliling yang mendorong kita menjadi seorang yang negatif.
"Hish dia ni kerja senang macam ni pun tak boleh settle.."
"Eeee.. Betul ke dia dah couple dengan mamat tak semenggah tu?"
"Seksinya penyanyi ni, gemuk pun nak seksi-seksi.."
Benda-benda sebegini macam dah jadi macam benda biasa dalam kehidupan harian kita. Dah jadi ringan je keluar dari mulut kita tanpa disedari. Dah rasa macam tak ada apa, macam tak berdosa pun. Haih.
Apa nak jadi entah.
Sekarang ditambah dengan Facebook, Twitter, blog.. Selamba kutuk sana sini maki hamun segala. Tidak sekadar kata-kata di mulut, hasil tulisan pun turut menyumbang saham neraka. Sebab tu semenjak mengandung memang cuba mengelak untuk membaca blog/Twitter yang konon lantang habis, takut kita pula yang terpalit dosa di situ.
Cara paling senang adalah dengan mengurangkan bercakap sebenarnya. Juga kurangkan menulis. Lebih banyak bercakap, lagi menimbun dosa. Tambah-tambah untuk ibu mengandung, lagilah kena sentiasa positif sahaja. Eventhough masa mengandung inilah emosi mudah terusik. Memang hakikatnya itu semua mind set semata, but still Darling, it ain't easy :'(