Tuesday, January 18, 2011

You're still the one..

You're still the one I run to
The one that I belong to
You're still the one I want for life
You're still the one that I love
The only one I dream of
You're still the one I kiss good night....



Monday, January 17, 2011

Cerita semalam

Semalam Suami ada kelas, dah start semester baru. Maka aku memanfaatkan masa terluang dengan membuat kerja-kerja biasa surirumah seperti menyapu dan mengemop lantai, tengok CSI ulangan, masak nasi, tengok Melodi, masak lauk, SMS Suami tanya lambat lagi ke nak balik, masak satu lagi lauk dan sebagainya (sebenarnya habis kat masak lauk-pauk je tapi sengaja letak 'dan sebagainya' untuk nampak macam banyak gila kerja).

Semalam sepatutnya Kakna nak buat birthday party untuk anak-anak terunanya Ikhsan (13 tahun) dan Imran (11 tahun). Tapi ditangguhkan lantaran makcik-makcik seperti Oyah (saja letak nama Oyah hehe) kekurangan ongkos untuk membeli hadiah yelah tengah bulan kowtt~ T_T. Dah mati kutu sebenarnya, apa hadiah terbaik untuk budak lelaki remaja ye? Mula-mula rasa macam nak belikan kasut bola, tapi--err, ada tak yang harga below RM100? Sebab nak kena beli dua pasang lah! Suami cakap memang ada, tapi kasut cap ayamlah, yang dia nak pakai depan kawan-kawan pun malu *sobsob* sampai hati kau taknak pakai Antina dah beli T_T. So kawan-kawan, ada idea lain tak?

Semalam tengok drama Antara Garisan kat Astro. Superb ah! Padanlah menang banyak kategori masa Anugerah Skrin hari tu. Memang berkesan sangat, dah lama tak tengok drama Melayu berkualiti macam tu. Memang menginsafkan betul! Pengajaran: Jangan mudah menjatuhkan hukum pada orang yang nampak berdosa, kerana tidak mustahil kita akan ditukarkan tempat dengan si pendosa sebelum kita mati. Let Allah be the Judge of who goes to Heaven and Hell..

Semalam tengok Yuna dan Qi ditemuramah kat Melodi. Comel gila tengok cara mereka respond pada setiap soalan wartawan Melodi yang selagi boleh nak korek rahsia. Especially Qi, cool lah dia! Terus cari Twitter Qi and jadi follower, gilalah macam stalker remaja -__-"

Semalam best. Entah kenapa, mungkin kerana tidak banyak masa berkualiti yang dapat diluangkan bersama Suami, maka perasaan tengok TV sama-sama selepas mandi sambil makan keropok ikan cecah sos cili Terengganu sambil cerita-cerita sambil ketawa kuat gila dengan jokes yang annoying tahap lempang lembu, rasa macam best je :)


When you love a woman then tell her
that she's really wanted..
When you love a woman then tell her that she's the one..
'Cause she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever..
So tell me, have you ever really - really really ever loved a woman?




Wednesday, January 12, 2011

Entri bernombor

Hai. Hmm. Awkward rasa. So yesterday was 11.01.11*, cantik nombor. Ada yang bertunang/berkahwin tak semalam? Sanggup tu kahwin on weekdays semata-mata nak tarikh best. Kalau ye pun nak tarikh sedap, rujuk juga tarikh Islamnya tau. Itu yang lebih penting. Kau apasal perenggan pertama dah berleter?

OK seperti biasa, entri yang ditulis secara point sebegini terhasil disebabkan idea datang secara random dan tidak spesifik.
  1. I'm having a terrible morning sickness. Bukan morning je, afternoon, evening, you name it. Asal baru turun kereta je mesti nak muntah. Kakna cakap it's called Motion Sickness, where I'll be feeling sick after a continuous motion lebih kurang macam itulah. So sekarang dalam kereta memang sentiasa ready plastic bag emergency untuk muntah T_T. Kakna cakap, it's OK muntah-muntah selalu. Lagi teruk kita punya morning sickness, lagi kuat/sihat kandungan kita. Dan InsyaAllah segala muntah-muntah ini akan berakhir setelah habis the first trimester (3 bulan pertama). Hopefully :'(

  2. Ana Raffali menang Anugerah Juara Lagu ke-25. Ramai yang membangkang penuh emosi, termasuklah aku sendiri. To be perfectly honest, aku kurang menggemari penyanyi muda ini, bukan sebab suara dia ke apa. Sebab aku rasa mimik muka dia ketika menyanyi agak berlebih-lebihan tsk. But aku masih lagi rasional untuk berfikir bahawa Anugerah Juara Lagu adalah platform menilai lagu dan lirik, bukan penyanyi. And considering that M.Nasir adalah ketua juri, kemenangan lagu itu tidaklah begitu menghairankan. I don't really like Ana Raffali, but this morning entah macam mana terasa nak stalk Twitter dia. You know what? I was so amazed seeing how she dealt with criticism, walaupun ayat orang yang mengutuk tu macam kurang ajar gila. She's really a beauty with brain, and it's so wonderful seeing how intelligence influenced people. Terus rasa suka kat dia :)

  3. Sejak kebelakangan ini bila balik kerja rasa macam exhausted sangat, dan hampir setiap malam tertidur atas sofa depan TV around pukul 9 lebih macam tu. Awal gila. Suamilah yang gerakkan dan pimpin masuk tidur dalam bilik kemudian beliau akan sambung menonton seorang diri. Kadang-kadang simpati juga, mesti bosan tak ada geng nak layan bersembang malam-malam. Kadangkala masa tengah tidur tu terasa ada orang mengusap lembut rambut, cium dahi... Haraplah kelesuan ini akan tamat apabila berakhirnya morning sickness nanti, kesian Suami yang macam terabai tu :'(

  4. Satu lagi, entah kenapa aku macam tak berapa gemar makan nasi, hanya akan makan nasi kalau dah tak ada pilihan lain. Yang aku suka sekarang adalah something like bihun, laksa, spagetti, McDonald/pizza (omaigod kenapa aku suka makanan yang tak menyihatkan ni??), dan kunyah Sunsweet prunes. Tak suka makan nasi pun, kalau dah tak ada pilihan lain boleh juga tibai nasi 3 kali sehari, poyo gileww -__-"

  5. Dengar cerita Facebook will be end on March eh? Bila baca berita (click this link), macam tak berapa reliable sangat pun sumber ini. But anyway, how's your life gonna be without Facebook? Quite significant, no? Entah. Facebook ni banyak baik buruknya, dan aku dah rasa kedua-duanya pun. So it shouldn't be a big deal perhaps. Perhaps.

  6. Thinking of buying some new maternity shoes. Dah survey at Modernmum, Clarks, Scholl, and even Crocs. Tapi tak sure lagi nak beli yang mana, kalau boleh nak something yang boleh bawa ke office tapi taknaklah yang nampak macam orang tua-tua sangat. Crocs macam best and affordable, but too casual kot.

Crocs Florence - RM129. Suka sangat yang ini tapi tak sesuai pula nak pakai ke office. Tapi selesa sangat (Crocs mana pernah tak selesa duhh), dah try kat MidValley kelmarin. Tapi tak beli lagi pun. Mungkin nak beli yang ini untuk dipakai casually. Ada banyak warna lain juga.

Crocs Madeira Women - RM159. Also available ini pink and beige color. OK la juga. Yang black color ni boleh pakai ke office.

And these are from Modernmum. Price are varies, but tak ada yang below RM150 rasanya. Ke RM200? Tak ingat pula, pernah masuk butik tu sekali je. Mahal sangatlah kasut di sini. But the red one is quite nice I think.

Dah lama tak beli kasut sebenarnya, I've been wearing my old red, gold and black Crocs like forever T_T. Untuk ibu mengandung yang perlu mendaki tangga 4 tingkat ke office dan 4 tingkat lagi ke rumah, memiliki sepasang kasut yang selesa adalah sangat crucial.


So that's about it so far. Will be trying to update more frequently, tapi ada sangat ke yang nak baca pun? Maybe you should help me with some ideas. Later peeps :)




Thursday, January 6, 2011

Week #11

My favourite quotes of the day:

‎"10 orang yang tak sependapat dengan kita hanya menjadikan kita minoriti, bukan penentu pendapat siapakah yang betul atau salah. Lebih baik kelihatan janggal kerana menongkah arus, dari hanyut kerana mahu kelihatan serupa.."

-Azira Eiji.

Thanks, you really make my day regardless how miserable the day started this morning (stuck in traffic-jammed for almost 2 hours, throwing up two times in a car-nasib baik dah ready plastic sejak awal, my God).

Semalam pergi buat pregnancy check-up for 11-week di Klinik Kesihatan Puchong yang terletak dekat gila dengan rumah tu, macam-macam prosedur kena lalui. Mula-mula kena attend ceramah tentang breast feeding (bersama ramai ibu-ibu muda yang lain), kemudian ambil darah, Suami beria-ia cakap ambil darah tu macam masa buat HIV test hari tu je, yang cucuk sikit kat jari dan ambil darah setitik dua je. Rupanya ambil darah yang sedut guna injection kit tu OK! Sudahlah aku paling takut ambil darah tsk. Then kena uji air kencing, diikuti dengan blood pressure test dan ambil berat badan (sekarang sudah 59kg T_T), kemudian jumpa doktor untuk check itu ini. Aku sebenarnya tunggu nak scan baby, sebab entah kenapa macam excited nak tengok baby dalam perut tu macam mana, tapi sampai ke sudah tak ada pun scan baby. Tanyalah pada nurse situ, dia cakap scan akan dibuat in case ada problem ke apa.

Balik rumah, malam tu Mama call. Perlahan je suara Mama, demam rupanya. Bergenang-genang air mata cakap dengan Mama. Mama telefon hanya untuk berpesan,

"Jangan ambil tahu benda-benda yang akan buat kau tak happy. Tak penting pun semua tu. Kau kena happy je. Banyakkan mengaji. Kau mengaji tak sekarang ni? Yasin kena baca tiap-tiap malam tau. Dengar cakap Mama. Belilah wholemeal cracker, simpan dalam handbag satu, letak tepi katil satu. Supaya kau sentiasa ada benda nak makan bila perut kosong. Makan apple tak? Makan satu biji sehari tau. Kalau kau tak lalu nak minum susu, belilah yogurt buah ke atau minuman yogurt tu ke, beli yang low fat. At least ada sumber kalsium juga.."

Sedih betul rasa masa tu.

"Mama jangan la risau Dikna, Mama kena jaga diri. Asyik sakit je sekarang ni. Dikna OK. Dikna makan buah selalu, tak pernah biar perut kosong. Ikut semua yang Mama pesan. Mama jagalah kesihatan Mama. Susah hatilah macam ni.."

Kemudian aku tanya,

"Ma, klinik kerajaan memang tak buat scan eh? Dikna nak tengok baby tu bentuk macam mana sekarang.."

Sekali kena marah pula,

"Ish, janganlah scan! Semua tu ada effect pada kandungan tau. Benda-benda scan ni ada wave yang boleh bagi kesan tak elok tau kat baby! Tak payah scan-scan, biar je. Kalau boleh jantina pun jangan scan.."

Macam mana nak tahu kena beli baju baby warna pink ke biru kalau tak tahu jantina T_T



Tuesday, January 4, 2011

Pengalaman Kerja Yang Tak Boleh Dilupakan

Buka-buka Nuffnang, selepas membebel dengan kutipan yang tak seberapa jangankan nak beli handbag baru, nak beli susu anak pun tak lepas, sajalah aku tengok bahagian Came From ni. Biasanya tak kisah sangat pun bahagian ini, macamlah betul orang dari UK, US bagai ni baca blog aku.

Cuma satu yang menarik perhatian aku, cuba tengok yang warna hijau tu. Unknown? Adakah makhluk asing? Atau penduduk negara bernama Sdkrmglkhsprllqq yang belum sempat dimasukkan di dalam peta dunia?
Click picture for enlargement.

Okay hentikan cerita makhluk asing dan penduduk negara Sdkrmglkhsprllqq. Seperti yang diceritakan di dalam blog si Oyah, dia dah start kerja. Kerja office tu, murah rezeki budak ni belum ada sijil SPM dah diterima kerja di pejabat. Lantas teringat kenangan silam kerja part time dulu.

Masa habis SPM, aku tak kerja pun. Mama tak bagi, actually Oyah pun Mama keberatan juga nak benarkan cuma mungkin kerja yang ditawarkan sekarang tidak memerlukan dia balik malam dan hanya berdekatan dengan rumah maka Mama terpaksa bersetuju.

My first part time job was when I was 20 if I'm not mistaken, masa tu cuti semester diploma. Aku bekerja sebagai cashier di sebuah hypermarket berdekatan rumah. Gaji tak besar mana pun, rasanya dalam RM600 macam tu je. Masa dapat kerja tu ramailah yang risau, sebab jadi cashier ni macam-macam risikonya, tambah-tambah hypermarket tu terletak di basement shopping complex tersebut, tapi taklah sunyi ke apa sebab banyak lagi kedai-kedai kecil di sekeliling hypermarket tu. Oh, hypermarket ni lebih kurang macam supermarket juga, cuma taklah sebesar Giant, Carrefour dan sebagainya, lebih kurang besar macam supermarket kat basement Sogo tu sahaja.

OK. Sebelum bekerja, supervisor di situ ada brief serba sedikit tentang aktiviti pukau-memukau yang pernah berlaku di situ, supaya aku lebih berhati-hati ketika bekerja. Masa tu aku tak fikir apa-apa sangat, sebab rasanya kemungkinan akan dipukau tu macam tipis je, gila bongkak aku ni. Namuuunn.. Panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Masa tu weekend. Customers ramai gila, tahu sajalah weekend kan. Masa tu di kaunter aku memang beratur panjang, hingga tiba satu pasangan Arab ni. Dia tak beli apa pun, dan dia minta tukar duit RM50 berkeping-keping dengan not RM10 dengan jumlah yang sama lebih kurang macam tulah ceritanya. Aku tak tahulah masa tu kena pukau ke diperbodohkan ke apa, tapi dengan line yang queue panjang tu aku masih boleh lagi layan dia nak tukar duit! Kebetulan masa tu ada pula duit RM10 dengan jumlah yang dia mahu, maka aku bagi dia. Tapi dia kata taknak pula, dia kata nak RM50 pula. Entah macam mana duit bertukar-tukar tangan, fikiran aku jadi keliru ke apa entah, at the end of the day masa nak tutup kedai, kira semua duit, aku short RM500 lebih oh!

Gila menangis terduduk masa tu, penat je buat overtime nak kumpul duit segala, sudahlah gaji tak seberapa. Nak taknak memang kena potong gajilah, cuma aku bernasib baik ketika itu ada seorang colleague aku (Chinese) sudi nak bayar separuh dari RM500 itu, sebab dia turut rasa bertanggungjawab sebab pernah ganti jaga kaunter aku sekejap dalam 20 minit macam tu. Kesian juga, but he insisted nak share so of course aku tak menolak. Segala yang berlaku tu ada dirakam di CCTV kawasan aku, tapi tak boleh nak buat apa sangat pun sebab imej pasangan Timur Tengah tu macam tak jelas sangat dalam kamera, mungkin mereka dah study kawasan tu so mereka macam langsung tak pandang kamera ketika melakukan aktiviti itu. Tapi lepas tu, memang pantang sangat tengok orang yang muka macam Arab, macam orang Pakistan semua tu. Rasa macam fobia, sakit hati, geram, macam-macamlah. Takut pun ada juga.

Bagi aku mereka taklah pukau ke apa, tapi dia ada taktik yang boleh buat kita keliru dan hilang kiraan dan dia memang aim masa tengah ramai customer supaya kita jadi kelam kabut dan sebagainya. Memang menyakitkan hati, tapi sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu dari itu kan?

So apa pengalaman kerja anda yang paling tak boleh dilupakan?



Monday, January 3, 2011

New Year's Eve!

Asalnya Oyah ajak pergi KLCC, tapi memandangkan beberapa masalah teknikal ditambah dengan kerimasan berhimpit-himpit dengan warga asing di sana belum masuk lagi hal kesesakan lalulintas, maka kami membuat keputusan untuk menyaksikan pertunjukan bunga api dari rumah Kakna di Bukit Permata sahaja. Sana kawasan tinggi, boleh nampak bunga api yang memancar dari puncak KLCC tu kata Kakna.


Girls only!


All of us! Erk, Oyah takde lah. Yang baju hitam kat depan ni anak jiran, anggap jelah dia pengganti Oyah walaupun *cough* saiz badan *cough* lain sikit *cough*...


Asha tak tidur malam menatap gambar ini -__-


Saat yang dinanti telah tiba! Fireworks! Tapi malangnya gambar ni adalah fireworks yang dimain oleh jiran disebabkan fireworks KLCC dia tak buat kat puncak menara so tak nampak dari tempat kami maka kecewalah semua warga Bukit Permata yang berkumpul ramai-ramai di lereng bukit untuk tengok bunga api KLCC. Tak guna betul T_T


Namun acara bergambar tetap diteruskan dengan gembira. Disebabkan ada makcik yang dah kahwin buat hal ambil gambar bermesra-mesraan, anak-anak buah dipaksa ambil gambar bermesra-mesraan jua tehehe.


Imran dan Aina. Aina malu-malu sampai terlupa nak cover gigi depan yang kekurangan dua batang :B


Asha dan Irfan. Dua-dua muka terpaksa. Ada kemungkinan tangan kiri Asha tengah cubit belakang Ipan.


Ikhsan dan Acu. Nak ambil gambar pasangan ini tak perlu nak jerit "Senyum.. senyuuuuummmmm" seperti yang berlaku pada gambar sebelum ini T_T


Hah ni baru cukup korum. Banyak kali snap baru dapat gambar ini, ada dalam 148 keping jugak lah. Yang lain ada je yang bergerak lah, yang Oyah tengah berlari ke arah kami lah (sebab dia yang set self-timer), yang Asha rupanya tak ada sebab tengah main pasir lah... T__T


OK gambar ini macam ibu bapa muda yang ramai anak pula. Dah dah jom balik. Budak-budak tak elok berembun sampai pagi.