I'm actually a type of a woman who give up easily, fickle-minded and sadly, a lazy bum the type who always hope things to be good without even have to work hard :/. So when I planned to breastfeed Ammar Yusuf exclusively for 2 years, I need an inspiration. Like when I was studying, I would select one good-looking boy at the class (if any) to motivate me to go to the class everyday and to study hard so that I don't look silly during presentation LOL okay you got what I mean.
So, this is my inspiration....
Stok susu perahan or Expressed Breast Milk (EBM) cousin Suami SAIKO SUNGGUH MELIHATNYAAAA T__T. Kakak Shahrinaz is my breastfeeding idol (eceh), and makcik-makcik Suami pun selalu contohkan dia kalau nak galakkan kita terus breastfeeding after back to work ni. Macam-macam kita belajar dari dia dulu tau ;) Kakak pakai Medela Freestyle, the most expensive breastpump tak mampu den T_T Eh Kakak, sorry kita ambil gambar dari Facebook Kakak without permission, hope you don't mind :D
Physical preparation:
No. 1: A good breastpump
Please jangan berkira untuk dapatkan electric breastpump yang bagus, any brand can do as long as it is an electric one. Kalau kau jenis kuat semangat dan kuat tenaga then it is OKAY to go for the manual one which is a lot cheaper. Sebab based on my observation, those yang pakai manual breastpump tend to give up breastfeeding easily in a month or less. Manual breastpump ni aku maksudkan yang mesin manual tu tau, bukan your husband do it manually for you. Using his bare hands :/
As mentioned
here, I bought Medela Swing. Which I have a love-hate relationship with at first, but loving it ultimately now :') Review on this later.
Set yang aku beli tu exactly macam gambar kat atas, tapi storage bottles tu I dapat 7 bottles. Yang macam handbag tu is the bag to carry all these thang to the office THANKGOD TAK ADA TULIS 'BREASTPUMP BAG' KE APA KAT LUAR.
No.2: Feeding bottles
Botol untuk minum HEHE like you don't already know :p
I choose Tommee Tippee sebab comel lepas tanya merata-rata kedai baby which bottle has the softest teats they all recommend Tommee Tippee. Kenapa kena cari botol jenis berputing lembut? Supaya bila di siang hari baby tak rasa sangat beza hisap dari botol dengan direct feeding from Mummy di malam hari. Plus, ada jenis baby bila dah biasa dengan botol susu, dia taknak dah minum direct dari breast ibunya which is so sad. Apa yang lebih menyedihkan bila anak refuse our breast sekaligus refuse dari peluk-peluk dengan kita kan? Lagi sedih sebab terpaksalah pam untuk stok siang malam instead of siang sahaja :( Tapi Ammar Yusuf tak ada masalah tu pun, semua benda dia ngap je masuk mulut, termasuklah pipi Daddy :/
No.3: Storage bottles/bags
Yes, untuk penyimpanan susu. For health and hygienic reason, gunalah botol/bag yang BPA-free. Sebab setiap perkakas (botol/puting/breastpump kit/caps) perlu di sterilize dulu sebelum digunakan untuk membunuh kuman, sebab perut baby masih belum cukup kuat untuk adapt dengan kuman segala. Bukan macam perut kita. Makan tak basuh tangan pun steady lagi eh. Kalau guna bekas plastik sebarangan bukan semua yang boleh tahan suhu 100°C during sterelizing.
Ni sterelizer aku kat rumah tu, brand Little Bean. Datang sekali dengan pemanas susu. Price: RM169. You can get it cheaper somewhere else, kalau pandai cari. Mula-mula masukkan 90ml air (or agak-agak je asalkan tak lebih dari paras yang ditetapkan), lepas dah basuh bersih botol/puting, breastpump kits, susun, tutup dengan penutup, tekan button putih tu, tunggulah sampai dia bunyi. Then switch off the plug, keluarkan semuanya dan keringkan.
Tak semestinya kena beli sterelizer, kalau nak jimat guna saje cara orang dulu-dulu. Lepas basuh botol rendam dalam air panas menggelegak (suhu 100°C). But this is the best way untuk orang yang pemalas sibuk bekerja macam aku kehkeh sibuk bekerja konon ;p
No. 5: Bottle warmer/Pemanas susu
Not my picture, but mine is exactly like this.
Beli 1 set sekali dengan strelizer tu. Senang. Keluarkan susu dari peti ais (pastikan susu yang dah dicairkan, bukan yang beku dalam freezer tu), masukkan dalam warmer ni dan tunggulah dalam 5-10 minit. Lepas air dalam warmer tu dah cecah suhu 40-45°C, dia akan maintain je suhu tu sampailah kita switch off. Dekat pemanas tu ada temperature indication untuk panaskan susu, or bubur, etc. Susu mesti dipanaskan dalam range suhu 40-45 darjah Celcius. Tak boleh kurang or lebih.
Nak guna cara tradisional pun boleh. Macam orang dulu-dulu rendamkan botol susu dalam air suam je. Tapi sebab aku tak pandai agak suhu air dan paling penting nak memudahkan pengasuh, aku belilah benda ni. Aku dulu paranoid sangat, sanggup buat apa sahaja untuk memudahkan pengasuh so that dia rasa tak terbeban dan secara tak langsung boleh tumpukan sepenuh perhatian pada anak aku :')
Itu sahaja kot. Persedian fizikal ni memang penting, tapi tak guna juga beli barang gempak habis kalau mental tak kuat.
Persediaan Mental
Fikiran kena selalu positif, dan kuat. Positif untuk mengingatkan diri sendiri bahawa kita mahu yang terbaik untuk anak, dan kuat untuk menghadapi pandangan orang sekeliling setiap kali kau nak pam susu kat office. Nanti aku cerita.
Okay dah panjang berjela, rupa-rupanya baru cakap pasal persediaan. Nak sambung Part 3 ke macam mana ni? Sambung sini terus jelah ye sebab bukan selalu aku ada mood macam ni :)
Apa-apapun, PENTING aku nak ingatkan;
Please train anak untuk minum dari botol selewat-lewatnya seminggu sebelum kau kembali bekerja. Aku? Sehari sebelum bekerja baru sibuk-sibuk nak ajar, manalah budak tu nak terima. Tips: Kalau nak train, suruh Suami/orang lain yang susukan and you Mummy, pergi jauh-jauh sikit dari baby. Sebab baby ni dia dah recognize your scent/smell, bila dekat dengan badan you dia takkan nak benda lain selain your nenen tssk.
Please mula pam/buat stok susu selewat-lewatnya sebulan sebelum bekerja. Aku dulu buat 2 minggu sebelum, sekarang ni dah terkejar-kejar nak cukupkan stok. Pam yang hari ni untuk stok esok sahaja.
Basic info untuk tempoh hayat penyimpanan susu (rasanya semua dah tahu kot):
Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
Di dalam peti sejuk bawah (kurang 4 °C), tahan sehingga 5 hari
Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
ALERT!!! Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dan susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.
Aku punya takde pun sampai 3 bulan, yang pam masa berpantang hari tu tak sampai sebulan dah habis tssk tssk kesian. Setiap kali pam aku labelkan haribulan dan berapa oz, aku letak setiap botol 2oz sebab susu yang dah dipanaskan kena dihabiskan paling lama 2 jam kot, kalau tak habis kena buang. Perut baby bukan boleh terima banyak-banyak pun, so 1 botol 2oz aku rasa mencukupi.
Sebelum bekerja, aku dah pergi rumah babysitter tu untuk berkenal-kenalan (nak minta tolong baru nak berkenalan dengan jiran, duh.). Kak Ha nama panggilannya, orang Kelantan, sangat baik hati. Orang Kelantan ni memang baik-baik rasanya. Aku pun orang Kelantan. Eh ada orang tanyakah? Kehkehkeh. Aku dah explain serba sikit tentang anak bujangku, tentang rutin menyusu dia, cara tidur dia, cara nak guna pemanas susu segala. Walaupun mungkin dia dah tahu, rasanya tak salah untuk kita jelaskan juga. Kak Ha tak letak harga pun, dia kata tengok dulu dia jaga elok ke tak, risau letak-letak harga sekali kita tak berpuas hati pula susah juga katanya. Baik kan?
Hari pertama, aku tinggalkan 5 botol berisi 2oz susu setiap satu, maknanya total 10oz lah untuk bekalan dari jam 8 pagi - 6 petang. Pukul 5 petang Kak Ha dah telefon cakap susu dah habis. Nak dijadikan cerita, Suami ada meeting di luar dengan bos sampai pukul 6.30 petang, menangis aku dalam kereta sepanjang balik ke rumah bayangkan anak menangis tak cukup susu *sobs*.
Hari kedua, aku tambah 6 botol berisi 2oz. Total 12 oz. Aku tanya Kak Ha cukup ke dia minum, Kak Ha bagitahu setiap kali minum Ammar Yusuf macam tak cukup dan Kak Ha kena cepat-cepat panaskan 1 botol lagi, dan botol kedua dia minum separuh. Aku dah faham sikit. Ammar Yusuf minum tak kerap, tapi sekali minum agak banyak.
Next day (tak ingat hari ke berapa), aku increase jadi 2.5oz x 6 botol = 15oz. Tapi 15 oz ni setiap kali aku ambil dia petang tu, dia tengah menyusu botol terakhir. So aku rasa better aku reduce the number of bottle but increase the amount of milk on each bottle.
And recently, aku bagi 3oz x 5 botol = 15oz juga tapi setiap kali aku ambil, Ammar Yusuf baru bangun tidur dan tepat pada masanya untuk dia menyusu. So aku bagi direct feeding saja.