Tuesday, December 6, 2011

Terasa Gagal

Letih benar rasanya sejak kebelakangan ini, tak tahu apa yang aku letihkan sangat. Bukannya kerja membajak sawah ke apa.

Balik rumah, Ammar Yusuf melonjak-lonjak ajak bermain. Wajah cerianya menggamit rasa. Membuatkan aku lupa segala masalah.

Mandi, Maghrib, makan. Jam 8 malam, bawa dia masuk bilik, susukan sambil berbaring supaya dia cepat tidur.
.
.
.

11.30 tadi Suami gerakkan badan, minta perbetulkan posisi tidur aku dan Ammar Yusuf yang tidur melintang conquer habis katil.

"Mummy tahu tak tadi Mummy tidur dulu sebelum dia? Daddy lepas mandi masuk bilik dengar dia cakap-cakap, ingatkan dia cakap dengan Mummy, rupanya dia cakap sorang-sorang pandang muka Mummy."

Kesian. Mungkin bosan tak ada respon dari aku, lalu dia tertidur sendiri.

Ammar Yusuf memang sangat kurang ragamnya, kalau diaper dah ditukar dan perut terisi (apatah lagi dalam suasana yang sejuk) memang senang je nak tidur. Pendek kata, senang nak jaga, hakikat itu diakui sendiri oleh pengasuhnya.

Sebak tiba-tiba, mengenangkan waktu malam dan hujung minggu sahaja yang ada untuk diluangkan bersama anak, itupun aku tak mampu nak manfaatkan sepenuhnya.

Wajah si kecil yang sedang tidur kutatap lama, terasa kasih sayang mencurah-curah tiada penghujungnya. Aku kucup ubun-ubunnya, beralih ke pipi gebunya, wangi..

Mummy minta maaf, Sayang.. Kata dulu me and you against the world, belum apa-apa Mummy dah tumbang :(

I'll make it up for you, I promise..



7 comments:

Arifah said...

Biasa la tu Una. Kerja memang penat. Tak semestinya nak kena bajak sawah baru rasa penat kan. Guna otak pon penat. Saya tengok my sis pon macam tu. Dia lagi la, dengan suami takde, dan kalau hari kerja pun kol 9 malam baru jumpa anak anak. Memang weekend je la time diorang nak together2..Nasib baik lah Apah dia ada. Kadang-kadang, Apah dia pon buat derk je. heheh... :)

hajar hazizi said...

chaiyokk mummy...
husna mesti blh buat py... ;)

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

:).. mungkin semua ibu diluarkan sana pun mcm kamu kot.
sebb elin pun pernh alami..
blik keje mmg rasa penat sgt sehingga terlelap.

Husna Hadzarami said...

*sigh*

Pagi tadi bangun awal semua orang, dapatlah spend masa bercerita and gomol puas-puas, sampai ketawa terkekeh-kekeh si botak tu :')

Harap-harap dapat tebus kesilapan semalam..

east said...

dont worrylah una..Ammar Yusoff is a smart boy dia mest sgt faham mummy nya letih. that doesnt mean u love him less kan?

dlm hal2 camni im grateful that am a teacher :) itu pun selalu complaint jd cikgu bosan wlupun byk cuti hehe

AJ said...

Pelahan-pelahan.
Mana ada orang terus-terus jadi juara hidup tanpa ada turun naik.
Phase belajar menjadi parent will never end, thus, appreciate semua itu.

Of course, i believe you will turn to be great mother; cause you always have that passion.

anak daddy pun, tetap anak mummy kan?

*smile*

insya'Allah, esok lusa semua kita jadi lebih baik.

salam

Husna Hadzarami said...

east:
That's why. Terfikir jugak nak tukar profession, jadi pengajar. I've lose interest in my job! Actually I'm more to not working at all :/
Lucky you. Kerja bosan pun, ada banyak masa utk anak :(


AJ Hanif:
Well said bro, thank you. Hope I'll be able to manage it, I think I've issue in time management :/
Anyway thanks, InshaAllah.