Thursday, December 15, 2011

Nama dan Gelaran

Terpanggil untuk menulis entri ini, apabila terbaca status Facebook seorang rakan tentang ketidakpuashatian beliau terhadap seseorang yang memanggil anaknya dengan gelaran yang bukan-bukan. Tidak pula aku bertanya apa gelaran itu, tapi situasi yang dihadapinya itu memang pernah aku alami dan memang aku dah bersedia untuk hadapinya sebaik sahaja memilih nama untuk budah bertuah tu.

Bercerita tentang nama anak aku, memang panjanglah ceritanya. Sebenarnya ketika lahirnya Ammar Yusuf, kami masih belum ada nama pun untuk dia.

Asalnya aku nak nama Umar. Dah lama sangat suka, sebelum kahwin lagi dah bercerita tentang nama Umar. Kedengaran gagah, seperti Umar Al-Khattab. Dan juga lembut disebut pada lidah (sila bayangkan aku sebut "Umaaarr" dengan lenggok penuh keibuan sekarang :D). Tapiiii, masa pregnant tu, tengok-tengok kat Facebook, ada 2 orang kawan aku yang baru bersalin menamakan anaknya dengan nama Umar. Itu baru Umar, ada seorang lagi Umair. Tssk. Melepas sudah (padahal apa salahnya nama sama pun kan? Heh).

Second choice, Ammar. Yang juga kedengaran gagah, dan lembut disebut pada lidah. HEHE memang kena ada ciri-ciri gagah dan lembut pada lidah eh memang ehh?? Untuk anak lelaki aku memang suka nama yang berakhir dengan huruf 'r' rasanya, contohnya Qausar (akan dipertimbangkan untuk next baby boy hehehe), dan anak perempuan nama yang berakhir dengan huruf 'i'; Hani, Amani, Sufi.. Lembut je dengar. Lebih kuranglah buat untuk masa ini. Mungkin juga selepas 2-3 tahun citarasa akan berubah ke. Siapa tahu kan? ;)

Suami pula awal-awal lagi dah pesan, kalau anak lelaki MESTI ADA MUHAMMAD MESTI ADA MESTI ADA!! (Semangat sampai ada tanda seru). Okay then. Muhammad Ammar.

Ammar = Yang memakmurkan/Yang kuat imannya

There comes the in-laws. Cucu sulung katakan, mertua dan adik-adik ipar juga nampaknya tidak mahu ketinggalan mengutarakan cadangan masing-masing. Ada yang suggest Haikal (Nadia's), ada yang cadangkan Hadi, and my little brother in-law even suggested his bestfriend's name, Hakimi. Bestfriend forever betul T__T. Oh, memang cadangan mereka semuanya bermula dengan H, kononnya sebab aku Husna dan Suami pula Hanis maka macam sweetlah kalau anak pun H juga hewhewhew memang sungguh comel adik-adik iparku :') Ibu mertua pula cakap, "Umi dah lama nak nama Muhammad Yusuf.. Dulu nak bagi nama Boy tu Muhammad Yusuf, tapi Abang Hanis tu nak sangat Muhammad Hafiz." Oh Boy adalah satu-satunya adik lelaki Suami.

Suami dah serba salah. Isteri nak Muhammad Ammar, ibu pula nak Muhammad Yusuf. Diluah mati emak, ditelan mati bapak HEHE macamlah kronik sangat isunya :p

Finally, Muhammad Ammar Yusuf and that's it. Dinamakan pada hari ketujuh kelahirannya. Padahal sebelum itu selagi boleh aku taknak nama yang ada 3 patah perkataan, kesian budak bertuah tu besar nanti nak tulis nama kat buku sekolah, apa lagi kalau nak isi borang OMR yang kena hitamkan huruf tu, dan nanti main bola kat belakang jersi penuh dengan nama je tak muat nak letak nombor pun tssk tssk Mummy Ammar Yusuf ni memang Drama Queen orangnya.. Aku masa isi borang nak buatkan Tabung Haji anak hari tu pun dah mula terasa penatnya tulis nama anak panjang-panjang tau! T__T

Maka untuk mengurangkan beban anak, namanya dieja secara tipikal sahaja, tiada ejaan bombastik seperti Muhammad Ammar Eussuoff ke hapa. Dan aku sendiri memang tipikal pun orangnya. Simple sahaja.

Okay done cerita nama anak. Kini masuk bab gelaran.

No offense ye, aku cuma bercakap sebagai seorang ibu, yang menuntut hak bagi pihak anak yang masih belum memahami apa-apa itu. Muhammad Ammar Yusuf ada 3 patah perkataan. So please, kalaupun kau rasa penat nak panggil dengan nama penuh sebut habis ketiga-tiga patah perkataan itu, ambillah salah satu daripadanya. Muhammad, Ammar ataupun Yusuf. Biarlah mak ayah (in this case, nenek juga) yang susah-susah fikirkan nama untuk dia, tidak perlulah kau pun susah-susah juga nak reka nama panggilan lain untuk anak orang. Save it to your own child!

Nama dan panggilan itu merupakan doa, takkan kau tak tahu? Aku ibunya, fikirlah perasaan aku apabila kau beri gelaran bukan-bukan pada anak aku. Aku paling sensitif bahagian panggilan ini. Even kami suami isteri tak panggil dia 'anak manja' pun kalau main-main dengan dia. Takut dia jadi anak manja yang tak boleh berdikari apabila besar nanti. Banyak lagi perkataan lain boleh guna. Budak bertuah, anak soleh Mummy, si bijak Daddy. Biarlah dia belum faham pun, sebab aku sentiasa percaya pada Law of Attraction. Sebut yang baik, baiklah jadinya. Allah SWT menentukan segalanya, itu betul dan pasti. Tapi kita sebagai ibu bapa, haruslah berusaha untuk dapatkan apa yang terbaik untuk dia.


"Sesungguhnya kamu akan diseru pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu." (Riwayat Abu Daud)

"Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka." (Riwayat Ibnul Qayyim)

"Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: Memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik." (Pepatah Arab)


Nama yang baik merupakan harapan dan doa, menggambarkan niat suci ibu bapa terhadap anaknya. Supaya anaknya membesar sebagai insan yang baik seperti yang tersirat di sebalik maksud namanya.

Nama yang bermaksud buruk pula ibarat sumpahan, yang terbeban di bahu si anak selagi mana dia hidup (kecuali kalau nama itu ditukar apabila dewasa, tak pasal-pasal anak menyalahkan kita pula nanti).

Di saat aku terdengar kata-kata Baba ketika bermain-main dengan cucu bongsunya itu, "Ammar Yusuf, cantiknya nama dia tu. Siapa yang bagi nama ni?", I feel like on top of the world, I feel like an angel, knowing that Baba sangat menitikberatkan pemberian nama yang elok untuk anak. Memberi nama yang baik adalah tanggungjawab pertama ibu bapa kepada anaknya kan?

Maka panggillah dia sepertimana nama yang diberi. Tak perlu nak ubah suai, nak tambah-tambah, nak jadikan bahan lawak. Anak buah aku Asha yang baru 4 tahun tu pun panggil Ammar Yusuf tau! Oh, dia tambah sikit kat depan, Baby Ammar Yusuf :') Bukan susah pun kan? Bukannya aku namakan dia Syrtfgwkzjj ke sampai susah sangat nak sebut kan?




8 comments:

Ijah EmoTemo said...

suka dgn entry ni meski pnjg jgk *lap peluh* hehehe.

but yes nama yg kita panggil tu satu doa. so tak perlu lah kot nk nama panjang lebat moden sgt. eh ada kena mengena tak. tssk. hehe.

BELLA said...

Nama Ammar memang sedap.. Sal pun suka je dengar sebab ada abang ensem yg nama Ammar masa sekolah dulu. ahahaa.. So Baby bila besar nanti pun pasti ensem!

hajar hazizi said...

yup...btl sgt tuh...
penat2 kiter pikir nama ape yang sesuai...
owg lain suka2 jer pi letak nama lain kan..hehehe

~YUN~ said...

sebab tu ramai yg suka bg nama anak dengan 2-3suku kata,senang kan nk sebut,yun suke sebut nama penuh..bia die tau..xmola singkatan2 ni,nti smpai besar melekat..nama penuh kan sedap,ada maksud..=)

Husna Hadzarami said...

Ijah EmoTemo:
Thank you darling! ;)


mukapelik:
HAHAHA boleh pulak macam tu! Sebenarnya, err, ada kawan adik sorang tu pun nama Ammar and handsome jugak. Tapi taklah namakan baby sempena nama dia HAHAHA.
(Shrek, kau jangan nak perasan! :p)

hajar hazizi:
Sensitif kan? Kita pula yang terasa lebih bila orang panggil anak kita bukan2 :(


~YUN~:
You're so true, nama yang dipanggil masa kecil ni la yang biasanya akan lekat sampai besar. Kita nak dia biasakan diri dengan nama penuh, so dia pun akan bahasakan diri dia dengan nama penuh nanti.

rahmahmokhtaruddin said...

A very good and informative entri. I like it, seriously!

Keep posting, sis! (do pray for me oso, hahaha)

** Bila la nak jumpa anak2 korang nih, hopefully i could make it on Chee's wedding.

Husna Hadzarami said...

Thank you Rahmah. Love having conversation with you this afternoon. It was really, meaningful :') Please take care of yourself, you're stronger than you thought. Missing you!

Cik Sibuk said...

Salam perkenalan.

Betul, ada parents yang bagi nama anak berat2, panjang berjela..tapi yang 'digunakan' satu perkataan aje. Rasa membazir pulak nama panjang gitu tapi tak pakai semua.

Saya ada satu kenalan, nama anak panjang yang amat, 4 perkataan. Sebab mak nak satu nama, ayah nak satu nama, tok/wan belah mak satu nama, tok/wan belah ayah pun nak satu nama. Hasilnya, nama anak nya macam nama 4 orang (sebab semua perkataan/nama yang berat, yang boleh stand alone). Bila parents panggil, satu perkataan nama aje. Yang lagi 3 perkataan jadi hiasan aje. Heheeee