Friday, December 2, 2011

Kisah Suami Saya

Siapa pernah tengok cerita Sleeping With The Enemy, yang Julia Roberts berlakon tu? Tak ingat siapa pelakon lelaki dia, tapi cerita tu pasal suami yang possessive, controlling, and of course, a neat freak. Just imagine isteri dia tersalah masukkan stokin putih dalam drawer stokin berwarna pun dah kena pukul. Ngeriiii.

Cerita tu masa aku sekolah rendah kot. Memang menakutkan, tapi walaupun menakutkan, I can't help thinking, "Best jugak kalau dapat Suami neat freak kan? Bersih je rumah.."

BE CAREFUL WHAT YOU WISH FOR, HONEY.

Yes my husband is really such a neat freak, sampaikan di awal perkahwinan dulu seringkali diriku merajuk dan bermuram durjana kerana perbezaan definisi 'bersih' masing-masing T__T Tapi taklah sampai nak pukul aku kalau terlupa switch off lampu bilik air ataupun terbiarkan tuala selonggok atas sofa selepas mandi :/

Suami tak suka rumah bersepah. Tak boleh rumah berhabuk (allergic, nanti bersin tak henti-henti), keluar bilik mandi/toilet kena lap kaki sampai kering atas kain lap sebab beliau tak suka nampak kesan tapak kaki merata-rata, kalau mandi shampu rambut, make sure rambut dah dikeringkan/dibalut dengan tuala sebelum keluar jangan menitis kat lantai. Makan jangan tumpah-tumpah kalau tertumpah sila lap terus dengan kain lembap dua kali. Setiap kali aku basuh botol susu, lepas basuh tu mesti akan nampak beliau mop dapur, sebab tak suka ada kesan air percik-percik kat lantai. Beliau tak suka pinggan berlonggok dalam sink so beliau akan terus basuh selepas makan (tapi mesti akan tinggalkan sebiji kuali kenapakah??). Every weekend kalau beliau tak ada kelas beliau akan mop lantai satu rumah, otherwise aku kena buat. Rumah kami tinggi, maka cepat berhabuk (ada kaitan tak?). Membasuh dan menjemur kain baju lagi, and kalau Ammar Yusuf berak bocor kena seluar, beliaulah yang akan basuh seluar tu, keringkan dan jemur. Basuh tangan tau! Oh anak punya baju seluar lampin segala pun beliau yang basuh. Kalau rajin basuh tangan, kalau tidak basuh mesin pun boleh :p

Cumanya, tugasan lipat kain baju dan gosokkan kemeja office je beliau takkan buat, sebab beliau kata aku lipat cantik macam dalam butik hehehe diamlah kau and beliau tak suka gosok baju. Tak pandai katanya, sebelum kahwin pun adik-adik perempuan beliau yang gosokkan.

Recently, pagi-pagi lepas bersiap nak pergi kerja aku akan menyusukan Ammar Yusuf sekejap, dan beliau akan kemaskan handbag aku dan breastpump bag untuk bawa ke office. Di pejabat bila nak start mengepam, buka breastpump bag tu ololo comelnya beliau susun satu-satu dalam tu :')

Beliau tak suka kereta yang bersepah, tapi masih tak mengapa kalau nak makan dalam kereta (ada orang jenis tak suka makan dalam kereta) asalkan lepas makan kumpulkan sampah setempat dan bila dah sampai terus buang. Oh, it applies to my car too T_T

Dulu beliau selalulah tegur kalau ada yang tak kena, sekarang ni mungkin dah malas nak tegur or taknak bagi aku stress sebab nak menyusu anak, beliau dah tak tegur sangat and if ada yang tak kena beliau terus betulkan/bersihkan sendiri je hewhewhew.

Menakutkan ke dapat Suami yang neat freak? Tidaklah. Asalkan tak melampau-lampau sampai nak pukul kau kalau rumah bersepah, kira okay sangatlah. Lebih setahun berkahwin, aku yang pada awalnya ala-ala kadar pun dah mula terikut-ikut budaya beliau. Bila dah ada anak ni, rasa macam bertuah sangat apabila banyak beban diringankan oleh Suami. Sebab breastfeeding mother ni penat tau. Tak boleh bayang kalau kahwin dengan lelaki pemalas :/ Kebersihan ini bukanlah suatu yang susah untuk diamalkan, cuma untuk jadi se-neat freak Suami mungkin susahlah. Sebab biasalah aku, banyak benda main belasah je. Barulah rock HAHA ayat cari pasal.

Cuma aku pernah cakap dengan Suami, bila anak dah besar nanti janganlah expect dia terus jadi pembersih. Budak-budak kan, tak thrill la kalau baju sekolah tak kotor tertumpah air Milo, buka plastik Twisties sampai terkoyak besar dan jatuh bersepah atas lantai, keluar bilik mandi bogel-bogel terus lari masuk bilik sampai basah lantai sebab terlupa bawa tuala sebelum mandi. Biasalah tu.

Suami hanya cakap, "Sayang, melentur buluh biar dari rebungnya.."

Heh heh. Siaplah Ammar Yusuf.





"Masa baby memanglah semuanya comel, muntah atas baju kerja Daddy pun Daddy tak marah. Dah besar nanti kalau tak dengar cakap Daddy, tak dengar cakap Mummy, Daddy rotan tau!"

Eleh nak ke dia rotan anak kesayangan dia tu? Entah-entah Mummy je yang asyik jadi Mummy Monster marah-marah anak nanti :p






8 comments:

FAA said...

i saje je like sebab mintak2 Tunang baca ! hahaha

Husna Hadzarami said...

Hahahaha sengal dia ni! Careful what you wish for ye, takut asyik merajuk je bila dah kahwin nanti dia pula yang over semua nak kena bersih hehe :p

east said...

una, ini dah terbalik hahahaa..i(kot)yg sama cam ur husband tp tade la camtu sekali hihihi sbb kdg2 menimbun gak pinggan dlm sink.. tp betul lah serabut sgt klu umah tak kemas husband smpai ckp 'rileks la dulu nnt2 la buat' LOL

Aku said...

owh...suka..suka..(motip??)
bagus la walaupun dia sangat pembersih dia yang tolong kemas semua.
ada lelaki yang katanya sangat pembersih tapi dok mengarahkan itu dan ini bukan nak tolong sekali.yang spesies cenggini tak suka

Wanie-san said...

kak una!!bf wani skarang ni pon pesen pembersih tau.kalau naik kete dia dah siap plastik awal2 utk buang sampai.bila turun kete dia akan sapu2 habuk kat kusyen. kalau kat rumah dia plak, mama dia bgtau kalau cuti dia akan buat 5S!sorang2. pantang orang tinggal cwn xbasuh. baju basuh asing utk dia sorg.huhu ada byk lg..kdg2 xlrt nk berdebt dgn die jugee...T_T

Husna Hadzarami said...

east:
Sepatutnya memanglah orang perempuan yang kena neat freak ni T__T


Zoe:
I don't like that type too, konon pembersih tapi pemalas nak menolong. Memang poyo habis, grr..


Wanie-san:
Whoahh, siap ada 5S! Hebat hebat. Walaupun macam cerewet, tapi that's a lot better than a lazybum tau. Baik kau ajak dia kawin cepat2 HAHA :D

AJ said...

you know what, everybody have unique personality. And of course, partner will always compliment each other.

The key word is always 'tolerate'; we will never get others to be on our side 100% cause we will never get 100% right.

we will get the best within your grabs if we appreciate our environment well.

i believe, Ammar will turn to be as great as his father and of course as rock as his mother!

but.

melentur biarlah dengan lembut dan sentuh hati, baru lah melentur namanya. Kalau tak, orang mesti sebut "mempeghosah buluh, biarlah dari rebungnya", rite?

*smile*

p/s: siapa yang marah dan rotan anak tak penting, tapi cara mana kita marah, dan cara mana kita meletakkan rotan itu yang lebih penting; mendidik bukan membidik. Kan?

Husna Hadzarami said...

AJ Hanif:

*smile*

Thank you so much :')