Sunday, August 21, 2011

Perkara Penting Semasa Berpantang

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari ke-18 berpantang. BARU 18 HARI? Ingatkan dah 180 hari *sobsob*. Nampak sangat betapa tak bestnya berpantang ni kan? Terutamanya apabila berpantang di bulan puasa ni. Sebabnya, pertama kau rasa macam menyusahkan orang yang berpuasa kena sediakan makanan untuk kau, sediakan air mandian yang diperbuat daripada daun-daunan segala, mencari penawar sakit di kala kau merintih pilu apabila jahitan terasa pedih selepas membuang air besar (ngeri oh!) dan sebagainya. Kedua dan yang paling suffer adalah menahan diri daripada minuman yang extra best di kala berbuka puasa :'(

OK berdasarkan pengalaman aku sendiri, di sini aku senaraikan perkara yang dirasakan perlu (sebahagiannya bukan sekadar perlu, malah sangat penting!) untuk ada semasa berpantang.

1) Internet access Yes. Memang penting sebab masa berpantang ni tak banyak yang kau boleh lakukan, biasanya hanya duduk/baring menyusukan anak, tidur, makan.. Nak keluar memang tak bolehlah, nak menyapu rumah membasuh segala, kalau nak dileteri ibu/ibu mertua silakan. Maka internet access sangat penting untuk menghiburkan hati dan mengetahui perkembangan terkini dunia luar heheh.

2) Disposable panties Sila sediakan disposable panties yang mencukupi ye, sebab tempoh keluarnya darah nifas ni lebih panjang berbanding menstruation period kau tiap-tiap bulan tu. Ada yang sampai 40 hari tau. Sepertimana PMS, kadangkala berlaku juga kebocoran yang tak diingini. Masa berpantang ni memang tak dayanya nak membasuh sangat, kecuali kalau suami awak sanggup nak tolong basuhkan (ewwww!). Kesianlah kat suami, sudahlah baju baby dah dia yang basuhkan, takkan benda tu pun nak suruh dia juga tssk. So dapatkan yang pakai buang sahaja, kat Guardian/Watson berlambak jual semua saiz pun ada.

3) Sebotol besar air kosong di tepi katil Ibu yang menyusu badan memang akan cepat sangat dehydrated, tekak akan rasa kering je. Jadi kena banyak minum air. Jangan ikut sangat pantang larang yang mengatakan orang berpantang tak boleh minum air banyak, dah tu kalau tak minum air macam mana susu nak banyak? Macam mana nak lawas berak? Hah jawab jawab. Aku kadang-kadang sambil menyusu aku minum air, punyalah dahaga. Tak tahulah macam mana orang yang berpuasa menyusukan anak kan..

4) Nursing bra Penting, sekurang-kurangnya sediakanlah 3 helai ke. Susah kalau pakai bra biasa, trust me, apatah lagi kalau anak awak tu lelaki memang kerap sangat menyusunya. Kalau mampu belilah jenama Mothercare yang tak salah aku harganya RM179 kot sehelai. Gila ke apa mahal nak mampos, bukan cantik pun. Tak tahulah kalau pakai tu susu jadi banyak kot :/ Kalau rasa masih waras, beli brand Scarlet je pun OK. Harga RM15-RM25 sahaja hewhewhew. Aku ada beli satu dari Fabulousmom.com, selesa juga, harga RM30 tak salah. Try lah :">

5) Pelawas buang air besar Perkara yang paling ditakuti oleh orang yang baru lepas bersalin (jika bersalin secara normal) adalah membuang air besar. Biasanya ramai yang mengelak untuk buang air besar sebab takut tak tahan sakit jahitan kat bawah tu. Macam aku, aku taklah mengelak, tapi dah memang tak rasa nak berak pun, 5 hari selepas bersalin baru aku buang air besar. 5 HARI T____T. Maka faham-fahamlah macam mana kerasnya benda alah tu. Orang cakap jangan biarkan lama-lama, sebab kalau najis dah keras kadang-kadang boleh effect pada jahitan tu. So selepas menangis dan moody akibat sakit buang air besar, Suami belikan Sunsweet Prune, siap dengan Cranberry Juice, siap dengan laxative lagi. Kesannya, proses membuang air besar menjadi lebih selesa dan tiada lagi air mata :')

6) Tandas duduk Common sense. Kau baru lepas bersalin, baru lepas dijahit bawah tu, jalan pun kena perlahan-lahan dengan langkah yang kecil sahaja, berani ke nak membuang guna tandas cangkung? Azab kot. Memang aku berterima kasih sangatlah pada siapa yang mencipta tandas duduk ni =)

7) Nipple cream Biasanya masa awal-awal proses penyusuan tu kadang-kala Mummy dan baby belum pandai lagi nak menyusu. So nipple tend to crack dan luka, kalau dibiarkan sahaja akan merosakkan mood kita nak menyusu. Kesian kat baby nanti, bukan salah dia pun. Aku pakai Medela Purelan 100, RM29 untuk 7gm. Cream ni selamat untuk baby, kiranya lepas pakai tu nak menyusu terus pun boleh tak payah basuh dulu. Tak tahulah sebab krim ni atau apa, tapi lepas seminggu masalah nipple crack dan luka-luka terus hilang dan bolehlah menyusu dengan lebih gembira =D (apahal nak buat ayat macam dalam iklan TV???)

8) Disposable breastpad Selalu sangat masa aku menyusukan Ammar Yusuf ni, breast sebelah lagi akan turut sama mengalir susu. So kalau tak pakai breastpad nanti tak selesalah lembap je nursing bra tu. Ada juga yang bukan pakai buang, kiranya boleh dicuci dan dipakai semulalah. Tapi macam nombor 2 tadi, better pakai disposable jelah senang.

9) Breastpump
Untuk buat stok masa dah kerja nanti. Aku belum pun mulakan stok, ikut perancangan dalam 2 minggu sebelum kerja baru aku akan start mengepam. Breastmilk kalau simpan kat freezer boleh tahan 3 bulan saje, so macam rugi pula kalau pam stok awal-awal. Breastpump juga boleh digunakan masa kau ada problem nipple crack. Kau pam, masuk dalam botol dan bagi pada baby. Tapi orang cakap jangan awal sangat bagi baby minum dari botol, kalau boleh bagi baby minum dari sudu atau srynge je. Tapi aku ada la 2 kali kot bagi baby minum dari botol masa tengah sakit nipple hari tu, baby tak suka pun *sobsob*. Terpaksa bagi direct feeding juga.

10) Water heater Rumah Mama takde, rumah mertua pun takde, rumah kami sendiri apatah lagi. So setiap kali nak mandi/mandikan baby/basuh berak baby kena masak air or gunakan air dalam flask. Kesianlah pada orang yang tolong kita tu, sekejap-sekejap kena masak air. Nanti bila balik rumah sendiri, semua kena buat sendiri. So mungkin akan mempertimbangkan untuk memiliki water heater dalam bilik air tu suatu hari nanti. Bukan sekarang kot, sebab rasanya bukan murah benda alah tu, dan rasanya benda tu makan tenaga elektrik banyak kot. We'll see how.

11) Suami Suami yang aku maksudkan bukan sebarangan suami, tapi suami yang RINGAN TULANG, PRIHATIN DAN PENYABAR. Hah capslock kau! Suami yang boleh membantu meringankan beban isteri, mengurangkan kesakitan isteri, yang boleh bersabar dengan mood isteri yang kadang-kadang sukar dijangka (hehe), yang tahu apa perlu dibuat ketika isteri menangis mengadu sakit itu ini.. Bukan jenis yang sedap tidur di kala isteri tersengguk-sengguk di tengah malam bersusah payah menidurkan anak yang meragam, yang sedap bersilang kaki tengok TV ketika isteri terkial-kial memandikan bayi, ish tak ke bengkek je kawan kita yang tengah sakit-sakit tu? Kalau sebelum ada anak suami kau memang jenis yang berat tulang, yang lagi suka keluar lepak macam orang bujang, yang tak boleh nak bersabar dengan bayi ataupun kanak-kanak.. Hmm.. Mungkin bolehlah mula kaunseling suami anda daripada sekarang ataupun fikir semula hasrat anda untuk memiliki cahaya mata. Anak itu milik kita bersama, so susah senang kena sama-sama lah OK =)




12 comments:

laskar pelangi said...

wah:) tips yang berguna kak:) hee~

tieha ismail said...

tiba-tiba rsa takot....huhuhuhu...susah jugee ye nak jadi mak ni...urmmm

Ijah EmoTemo said...

heee , byk tip berguna ni.

tp yg plg takut err part nk buang air besar T___T eheheh

Arifah said...

Betul. saya pon beli 6 helai nursing bra kat fabulous mom aritu. comel2 je coraknya dan juga sedap pakai. hehe..

una, my sis ckp, breastmilk kita boleh simpan dlm freezer smpai 6 bln. Bukan ek?

Husna Hadzarami said...

Arifah:
Aah, selesa and comel2. Kat fabulousmom tu kita beli poncho gak, murah and banyak corak cantik2 :D
Well, kebanyakan info yg kita dapat mostly ckp susu yg disimpan kat peti ais bahagian sejuk beku boleh tahan up to 3-4 months, tak pasti pulak boleh ke tak sampai 6 bulan. Mungkin depends on cara penyimpanan juga kot. Heee.. Pandai2 saje :p Tak cukup ilmu lagilah, kena refer kepada yg lebih pakar ni ;)

Abidin Sani said...

Salam Una.
wife aku pakai Spektra 3 punya breastpump; and is it great.
Mula-mula macam tak berapa nak reti, but now there are just nice.
Alhamdulillah, Haziqahtunnur sekarang masih exclusively dengan susu ibu.
Bab bagi feed dengan botol, kami guna botol dari Annakku yang nipple dia slightly bigger than normal (besar sikit jer, bukan besar nak mampus macam yang sesetengah tu ada. This is to stimulate mother's niple. Tak la budak tu rasa semacam sangat; i guess)+ ada filter supaya budak tak tersedak/tercekik masa menyusu.

masa awal2dulu memang seronok tengok susu penuh freeze dengan botol dan plastic susu. tapi bila dah mula kerja, jenuh wife aku nak kejar perah susu sebab stock dah makin surut. so, whenever you have time, do pump and have excess stock is still a great problem than shortage them rite?

*senyum*

Tahniah untuk pengelaman jadi ibu tu ya Una. Aku tak sempat wish great day untuk hang hari tuh, tapi aku bercakap dengan Hanis jer, so sama lah kan?

Hehe

Oklah, have a great motherhood then.

Assalamualaikum

~YUN~ said...

husna!love dis post,sebab mmg kene kat btg hidung sendiri,hehe~

mmg nursing bra Fabolousmom best!very comfy.. =)

NaniRostam said...

salam aidilfitri...

selamat menjalani kepantangan dengan success dan menjadi ibu yang sihat dan isteri yang cun...selepas berpantang.

Kaio said...

:)

http://www.kaio.my

.: Si BungaKopi : . said...

una..(ceh bajet kenal rapat).
bagus entri ni. ko dah nak benti blogging ke? jangan ar..kalau berehat sebentar tu xpela...aku rasa x lengkap plak kalau husna hadzarami tak update blog..hukhuk.serius ni. and comel anak ko. subur ko ni.

Faisya said...

krim medela tu betul ke bagus? x semua org alami nipple crack bagai ni. tp saya salah sorang.azabnya menangung sakit tu..x penah cuba lagi krim tu. nurse ckp sapu je dgn air susu kita tp for me, mcm x jln je..*myb sebab x sbr nk elok cepat kot.

fatimah said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Pantang Larang Semasa Berpantang