Tuesday, August 2, 2011

Pengalaman di Hospital Tadi

Assalamualaikum.

Hari ini sahur aku boleh buat nasi goreng kampung sahaja, memandangkan semalam kepenatan langsung lupa nak beli barang mentah untuk memasak. Kami memang beli apabila perlu sahaja, tak pernahlah beli banyak-banyak sekaligus. Takut rosak kalau tak digunakan, membazir sahaja.

Selepas bersahur, ketika menonton TV sementara menunggu azan Subuh, Suami tiba-tiba ajak pergi hospital hari ini walaupun perancangan asal nak pergi esok sahaja selepas beliau menduduki peperiksaan. Katanya, takut kalau ada apa-apa yang terjadi disebabkan kita tak ikut due date doktor bagi (which is today), dia takkan dapat memaafkan diri.

"Exam memang penting, tapi baby lagi penting," katanya.

Sayangnya kat Daddy ni :')

Lalu lebih kurang pukul 9 lebih kami bertolak ke Hospital Serdang. Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati ini. Tapi wajahku tetap tersenyum sahaja untuk menenangkan hati sendiri.

Sampai-sampai, pergi berdaftar di kaunter, orang kaunter tanya ada bawa kain batik ke tak. Alamak nak terus bersalin ke ni?? Kain batik tertinggal pula dalam kereta, Suami terpaksa patah balik ambil dan datang semula dengan beg besar berisi segala mak nenek barang-barang Mummy dan baby :/

Mula-mula aku disuruh masuk ke Bilik Penilaian. Masa ini Suami tak boleh ikut masuk. Di situ tekanan darah dan ujian air kencing dilakukan. Kemudian aku disuruh baring di katil (mestilah baring di katil takkan di kaunter receptionist pulak zzzzzzz~~), dan dilekatkan dengan dua jenis alat untuk dengar degupan jantung baby. Masa tu hanya doa Nabi Yunus yang meniti di bibir. Gemuruh makin terasa apabila terdengar pesakit di katil sebelah yang dipisahkan oleh tabir mengerang sakit dan menjerit memanggil nurse, mungkin sedang mengalami contraction. Oh, ini masih di Bilik Penilaian, belum masuk Labour Room lagi.

Kemudian datang seorang doktor, dan bertanya lebih kurang history pemeriksaan kandungan aku selama 9 bulan di klinik kesihatan dan menulis nota serba sedikit. Lepas tu doktor cakap,

"Puan buka kaki ye, kangkangkan. Nak cek bukaan rahim."

Masa tu tebal rasa muka. Malulah! Nasib baik doktor perempuan. Tapi memang malu betul wuuuuu.. Dan doktor pun mula menyeluk ke dalam OH MY GOD before this memanglah aku dah banyak baca tentang doktor seluk untuk periksa bukaan rahim tapi tak sangka the word 'seluk' is literally mean SELUK JARI MASUK DALAM! Walaupun doktor itu buat secara biasa sahaja tapi sakit kot... T_T

Bukaan baru 1cm. Adeh.

Kemudian aku dibawa ke tempat ujian ultrasound dilakukan. Scan segala, semuanya OK. Based on this time's scan, berat baby hanya 3.2kg sahaja, doktor cakap plus minus 500g. Boleh jadi sudah 3.7kg, ataupun 2.7kg sahaja tapi doktor yakin berat baby belum mencecah 3.0kg pun. Lega sedikit.

Long story short, aku diminta datang 2 hari lagi. Sebab menurut doktor tadi biasanya hospital kerajaan akan bagi extra 10 hari dari expected due date (EDD) asal. Hari ini baru 7 hari lewat, kiranya doktor di klinik silaplah. Lagipun, semenjak awal lagi aku tak ingat tarikh akhir menstruation period dan EDD 26 July hari itu adalah berdasarkan ujian scan semata-mata, so doktor cakap boleh jadi aku sebenarnya belum overdue pun.

Overall, Alhamdulillah tadi nurse dan doktor semua baik-baik. Nak seluk pun minta maaf dulu, dan setiap ujian yang dilalui disertai dengan penerangan serba sedikit taklah aku terkial-kial tak tahu apa-apa. Tapi Suami cakap jangan seronok sangat, mungkin hari ini aku bernasib baik, mana tahu masa hari nak bersalin nanti dapat nurse/doktor yang tak berapa baik ke.. Tak apalah, fikir positif sahaja.

Based on my experience tadi, aku betul-betul kena mempersiapkan diri dengan kesakitan yang bakal dilalui masa nak deliver nanti. Tadi pun dah rasa sakit betul, nak bersalin nanti tak boleh bayang macam mana. I'm scared, but I believe I'll be fine, insyaAllah.



8 comments:

east said...

salam husna..
sakitkan kena seluk huhu..i aritu lg la 1st time kena seluk doc laki yg buat sbb time tu my gynae tade..my hubster dah terkulat2 muka hehe
dont worry ok..standby jeh tau klu dh terbukak tu maksudnya tak lama dah tu..ntah2 esok kot bersalin.
goodluck k..bersalin tak sakit tau, time contraction jeh sakit gile tp bila dpt tgk baby syukur tak terkata hilang segala sakit..trust me :)) & make sure mintak doc bius time jahit k klu tak sakittt

~YUN~ said...

dear,gud luck k..insyaAllah xlama lagi tu kalau dah 1 cm,banyak jalan k..yun doakan yg terbaik utk husna and baby!nti pape update tau!xlama lagi rayyan dpt geng baru la..=)

Arifah said...

Malu gila kan kena seluk? saya haritu, nak cek pangkal rahim kat HUSM, pun kena dengan doktor lelaki. Dah la muda gila kot. Terketar-ketar kangkang kaki. Malu..malu..Haha! tapi, apakan daya, untuk kesihatan diri dan baby, kurelakan jua......hehhe...

Oh..belum overdue lagi rupanya..Una masih kerja lagi ke sekarang? Apepun, moga selamat semuanya ya..Mummy Una kan kuat :)

zella y said...

semoga semuanya berjalan dgn baik2 belaka....
amin...

Farid Gani said...

gud luck sis..:-)

norfaridahanum said...

seluk?? cute pulak terminology tuh.apapun,semoga selamat semuanya kak! jangan fikir pasal nak ganti puasa dulu,nanti tambah stress plak!=p

Unknown said...

mcm x percaya plak kisah pn zabedah tu

tinylittlehanna said...

as i know it is how rights untuk tidak di'seluk'. ada je kawan tak di'seluk' langsung oleh doc.