Thursday, August 11, 2011

Pengalaman Bersalinku

Segalanya bermula pada pagi Rabu, 3 Ogos 2011. Pukul 4 pagi aku bangun bersiap-siap untuk memasak sahur. Masa kat toilet tiba-tiba ada nampak bleeding mengalir kat celah kaki. Tapi sikit saja pun so aku biar jelah dulu sebab semalam tu nurse ada cakap kalau ada keluar tanda darah sikit-sikit tak perlu datang hospital dulu, tunggu dah bertukar 2-3 pad baru datang.

So buat macam biasa sajalah. Lepas Subuh tu aku tidur semula, dan bangun pagi tu aku perasan ada lagi sikit-sikit blood stain kat pantyliner. I told my husband about this but convinced him not to worry too much, belum nak bersalin lagi rasanya sebab tak rasa sakit pun. Suami petang tu ada final exam kat UTM, jadi taknaklah susahkan hati dia.

At the office, pagi tu 2-3 orang (including my boss) interkom suruh turun, duduk kat office bawah je (my office is divided into two departments; administration department at the first floor and engineering department at the fourth floor) since my husband dah bagitahu kat semua orang yang aku dah keluar tanda, just in case anything happen masa dia dah keluar pergi ambil exam, at least orang sekeliling dah tahu and may prepare themselves for anything.

I said, "Nevermind, pukul 10 ni meeting kat bawah kan? Nanti saya turun time meeting jelah.."

Betul sangatlah.

Pukul 10, tengah in progress bayar PTPTN online, tiba-tiba terdengar bunyi 'pop' kat bahagian rahim (kot) dan terasa seperti ditendang dengan kuatnya. Ingatkan pergerakan baby yang biasa saja, tapi jadi cuak apabila bunyi itu diikuti dengan aliran air yang deras kat bawah ni, something like you are peeing only that you could not control it!

"Eh korang.. Saya rasa saya dah pecah ketuban la...."

Terus kelam kabut satu office, betul-betul huru hara dan cemas ria; iyalah, office yang kesemuanya lelaki tiba-tiba kena uruskan engineer perempuan yang dah pecah air ketuban haha.. Aku dibawa turun oleh Abang Zack yang menghubungi Suami di office bawah suruh bersiap segera untuk ke hospital. Even dah turun air, aku masih belum berasa sakit dan boleh berjalan laju menuruni tangga lagi hehe poyo je belum tahu lagi sakit nak bersalin yang MashaAllah tu..

Di hospital, doktor suruh aku buat prosedur semalam, dan aku diseluk lagi untuk cek bukaan. Baru 4cm. Sisa-sisa air ketuban dikeluarkan, dan didapati air ketuban agak kotor, menunjukkan baby dah berak sikit kat dalam. Terus aku dibawa ke Labor Room. Ketika itu juga aku diberitahu aku berkemungkinan akan bersalin secara Caesarean, sebab baby dah berak, takut baby lemas kot. Rasa nak menangis masa tu. Keluar sebentar untuk berjumpa Suami, masa tu nampak kedua ibubapa mertua dah sampai. Boss aku yang call mereka rupanya. My husband is considering to not sit for the final exam, but I said NO sebab sia-sia jelah dia belajar satu sem tapi tak ambil final exam ni sebab nak teman aku bersalin. Lagipun aku rasa macam sempat je dia pergi exam dan datang semula ke hospital.

At the Labor Room, aku sudah mula mengalami contraction dalam setengah jam sekali. Sebelum bersalin memang aku dah banyak membaca tentang sakit contraction ni, rata-rata mengatakan sakit macam period pain, ada yang cakap sakit sampai nak putus pinggang. For me, sakit contraction ini adalah sakit yang tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata, sakit yang teramat sangat, sakit yang buat kau menggigil-gigil memohon ampun dari Allah SWT, sakit yang membuatkan kau teringat segala dosa silam, sakit yang membuatkan kau benar-benar sedar akan pengorbanan seorang ibu. Tak tahulah bagi orang lain macam mana, but for me, it was the most painful moment I've ever experienced..

I was given an epidural injection by Kak Ita, pakar bius di situ yang merupakan sepupu Suami dan kawan Kakna. Jadi untuk 3 jam awal tu, sakit contraction itu tiba-tiba hilang. Sepatutnya kesan suntikan itu bertahan sampai saat-saat bersalin, tapi selepas 3 jam aku masih belum bersalin, bukaan baru 7cm dan sakit contraction itu telah datang semula like every 3-5 minutes. Menangis-nangis telefon Kakna, minta dia call doktor kat situ untuk increase dosage of epidural sebab aku memang sangat-sangat tak tahan. Lemah kan? Padahal sakit itulah penghapus dosa. Dos epidural dinaikkan, namun langsung tak berkesan apa-apa.

Kakna cakap, "Kau dah nak bersalin kot Una.."

Tapi nurses and doctors cakap bukaan rahim baru 8cm, belum boleh bersalin lagi. Hampir 3 jam, masih 8cm. Sesungguhnya itulah 3 jam yang paling panjang dalam hidup aku, setiap kali contraction aku takut sangat nak panggil doktor/nurse, sebab bila aku panggil diorang akan seluk jari kat bawah tu untuk cek bukaan rahim, dan sakitnya diseluk tu Tuhan sahaja yang tahu. Suami yang ketika itu baru selesai menduduki peperiksaan dah stuck in traffic jammed pula. What do you expect, keluar dari UTM pukul 4.30 masa semua orang sibuk-sibuk balik kerja di bulan puasa, nak ke Serdang. Pasrah gila suara beliau masa cakap,

"Abang rasa 7.30 karang baru sampai la.. Tak bergerak langsung jem ni.."

Menangis je aku masa tu. Hinggalah tiba seorang doktor berbadan besar yang garang gila datang periksa keadaan aku. Memang garang gila sebab lepas dia seluk aku terus dimarahnya semua doktor-doktor lain dalam tu.

"Aku dah rasa kepala baby pun kat bawah tu. Patient dah sampai macam ni kau orang nak tunggu apa lagi????!!!!" Dan berleter entah apa lagi aku dah tak dengar pun. Sakit. Itu yang aku tahu.

Terus kelam kabut semua orang menyediakan persiapan untuk bersalin. Aku disuruh teran apabila terasa contraction, jangan teran membabi buta je. Push dalam sekali nafas, dan dalam sekali nafas tu cuba curi-curi nafas juga. Itu yang diajar. Cuba sekali, putus nafas. Tak cukup tenaga. Cuba 2-3 kali. Memang tak cukup nafas, dan aku juga banyak mengeluarkan suara which is not allowable sebab suara itu akan membuatkan tenaga tak sampai ke bawah. Last-last kena guna teknik vacuum. Eventhough vacuum pun aku still kena teran, still kena berusaha keluarkan kepala baby dulu.

Bila dah bersedia, aku tarik satu nafas panjang dan PUSHHHHHHHHH!!!

Nurses and doctors sekeliling yang tak putus-putus bagi semangat berkata,
"Pandai.. pandai... Dah keluar kepala.. Sikit lagi.. sikit lagi.."

Dan aku push lagi sekuat hati sehabis nafas untuk kali kedua.

Sepantas kilat terasa sesuatu ditarik keluar dari bawah dan diletakkan di dadaku untuk dibalut. Masa tu terasa hilang segala sakit, segala penat lelah. Deras airmata mengalir, macam tak percaya. Macam tak percaya. Tak apalah Daddy tak sempat tengok baby keluar. Maybe next time. Eceh sakit bersalin yang ni pun tak hilang lagi ada hati nak fikir anak kedua :p

Aku masuk Labor Room lebih kurang jam 11 pagi, bersalin pukul 6.24 petang. Lama kan? Tak apalah, lagi teruk sakit, lagi banyak dosa-dosa dihapuskan insyaAllah. Masa Suami sampai, jelas terpancar wajah sesal beliau. Hakikatnya tak ada sekelumit pun dalam hati ini yang berkecil hati atas ketiadaan beliau di sisi ketika melahirkan. Kita hanya merancang kan, Allah SWT yang menentukan. Siapa sangka baby nak keluar masa beliau final exam kan?

Banyak lagi yang berlaku selepas itu, tapi cukuplah setakat ini aku cerita pengalaman bersalin aku. Lain orang lain yang dialami kan? Mungkin ada yang mudah sahaja melahirkan, macam ada seorang kakak yang satu wad dengan aku tu, sebelum dia bersalin tu rasa sakit sekejap, masuk kereta nak ke hospital, terbersalin dalam kereta right in front of the hospital tssk punyalah senang bersalin tak sempat rasa contraction pun agaknya T_T. Rezeki masing-masing. Betullah kata kebanyakan orang, bersalin tu tak sakit, contraction tu yang sangat sakit. Hmm..

Sebaik selepas dilahirkan dan dibersihkan.

Malam pertama bersama Mummy. Kat sini tak dibenarkan ambil gambar baby sebenarnya, boleh kena saman, kata nurse di situ. Maka terpaksa mengambil gambar secara tersembunyi di dalam gelap. Good boy ni, dah bangun pun senyap je sorang sorang :')
Muhammad Ammar Yusuf bin Muhammad Hanis. 1 day old.






29 comments:

Anonymous said...

berkerut2 aku baca macam aku yang nak bersalin. ppeh! tahniah unaaaaaaa for being a mommy! tahniah jugak hanis! :D :D :D

Liyana Mahmood said...

tahniah kak husna :)

Nur Aqilah said...

tahniah :) comel baby...

hanna said...

salam congrate kak husna :)
rasa nak ngs bce pengalaman org bersalin evendo x kawin lg.huhuw.

mcm cpt je mse belalu sbb dlu bce blog akak time akak x kawin lg.skrg da dpt baby pon.hu2

Nor atau Nad said...

alolo comelnye :')

farah_suhanissis said...

alhamdulillah..... i da jadi Auntie Waie ;)...
x sempat nak wish kat FB. congrats Una... comelssss sangat baby kau. x sabar nak jumpe kau :)

daiaziz said...

wah...trasa ksusahan branak tu... btw mummy..congratulations! smuga baby jadi anak yang soleh kelak..cute boy!;)

zella y said...

tahniah husna n hanis...
dah jd parent dah...
rs mcm br je bc korang kawen...
cptnya ms berlalu..

selamat berpantang...
semoga baby menjadi anak yg soleh..amin...

Ijah EmoTemo said...

alhamdulillah semua nya selamat :)

tahniah kak una and abg hanis :)
comel sangat ammar ni. hehe.

farihajafery said...

congrats kak una :') you're strong !

~YUN~ said...

congratz husna,hensemla ammar.. =)

btulkan,contractions lg sakit kan??tp nk teran xsakit plak,rase nk cepat2 je keluar,hehe!

Yasser Asraf said...

Mulianya, ko boleh suruh husband ko amek exam dulu baru gi tengok ko. Cayalah.

Arifah said...

betullah..rs nak nangis baca pengalaman Una. Tu la, saya tak dapat bayang orang kata sakit contraction tu mcm mn. Takut~~..tapi, takut macam mana pun, saya kena alaminya juga dalam 4 bulan lagi kan...

Apapun, congrats to both of you. Dah selamat jadi seorang ibu. Comel nya Ammar. Nama macam anak buah. Ammar Yassir. Hehhe..Moga Ammar menjadi anak yang soleh..amin....

Fatin Syahira Ramli said...

subhanallah! comelnya baby kak una =')
terbaca nama baby terus sebak T__T indahnya nama baby. semoga baby jadi anak yang baik ya! amin.

Syafiqah Takiyudin said...

Awww so cute. :') Tahniahhh. :)

laskar pelangi said...

tahniah dear:)

ZalinZalina said...

Subhanallah..Alhamdulillah...awak dah selamat bersalin...dari hari tu kak ina asyik masuk blog awak nak tau awak dah bersalin ke belum... tengok baby tu kak ina rasa teringin lak nak ada baby lagi..he he...anyway, tahniah ye...semoga menjadi ibu yang terbaik untuk Ammar dan adik2nya nanti.. insyaAllah..

HANI IZWAN said...

Tahniah husna dan suami!

FAA said...

i menangis kot baca post nih. serius takut. dah la banyak dosa, macam terfikir macam2 susah nak bersalin. *mcm aku mengandung.

apa2 pon i akan curi2 masa pegi visit baby Usop! hahaha.

Izza - Jiejah said...

Alhamdulillah . Tahniah . pengalaman yg berharga kan ;-))

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

First of all, congratulations! It's such a beautiful story, thanks for sharing husna! ;)

Biey said...

Congratz Kak Husna! Comelnya baby! :)

Farid Gani said...

congratz from mr.mcbride..btw,cute baby tu..:-)

Anonymous said...

wah.bestnya ada baby sudah.comel lah Muhammad Ammar Yusuf bin Muhammad Hanis nih.congrates una.dan suami :)

Anonymous said...

tahniah akak, comel sangat baby..=D

umi said...

Congrats on ur new born! suke bace very details moments bersalin tu.. teringat masa umi bersalin dulu.. bila kepala dah keluar terus hilang rasa sakit ann.. ^__^ Neway, take care! Selamat Berpantang!

http://phatumi.blogspot.com

Anonymous said...

bergenang2 air mata baca pengalaman bersalin akak... huu takutnyeee... alhamdulillah semua selamat :)
congratz kak una & husband .... baby sangat comeyyy ^__^

.: Si BungaKopi : . said...

aku rasa sebak+bergenang mata aku baca tmbah2 part doktor tu marah doktor lain. leh rasa seksanya tu..macam mana aku bersalin nt..rasa cam seksa je..isk. dah la byk dosa.

Husna Hadzarami said...

Terima kasih semua. Lain orang lain pengalamannya, tapi Alhamdulillah saya ada peluang untuk lalui semua ini. Even if it was really painful, it was one of the most memorable experience I ever had :)