Monday, July 25, 2011

Satu Hari

1 hari lagi.

Tapi hari ini aku masih lagi ke pejabat. Mama cakap kerja je selagi boleh (sebab Mama tahu kecenderungan aku untuk bermalas-malasan sahaja kalau duduk di rumah T__T). Mama cakap lagi nak bersalin lagilah kena aktif bergerak. Mama cakap jimatkan cuti, sebab lepas bersalin, lepas berpantang 2 bulan tu, kita akan lebih memerlukan cuti. Mama cakap minggu pertama bekerja selepas berpantang tu mesti akan menangis setiap hari teringatkan anak yang ditinggalkan.

Itu semua Mama cakap. Banyak lagi pesanan Mama sebenarnya, yang sedih, yang seram (pasal cara-cara bersalin), yang happy (lepas anak dah keluar), dan macam-macam lagi. Mama realistik, beliau takkan cakap ayat-ayat manis macam, "Senang je bersalin ni, jangan risau", sebab bersalin mana ada senang. Bukankah sakit bersalin ini adalah yang kedua paling sakit, selepas sakit dicabut nyawa masa nak mati?

Masa check up last week, nurse cakap if in case dah sampai due date masih belum ada tanda nak bersalin, kena tunggu lagi seminggu. Dan kalau lepas seminggu pun masih tak keluar, baru induce. Sekarang ni masih belum keluar lagi tanda-tanda nak bersalin. Aku ni sebenarnya nak sangat baby keluar awal ataupun on time, sebab minggu depan dah start puasa. Seganlah rasa macam menyusahkan orang pula nak menjaga aku, jaga makan minum aku semasa berpantang dalam bulan puasa tu. Mereka berpuasa, aku tak puasa pun. Tapi nak buat macam mana... :(

Baby, keluar on time ye? Baby good boy, kenalah dengar cakap Mummy..


4 comments:

Nor atau Nad said...

ada orang jenjalan pi shopping kak
pastu balik terus baby keluar
gudluck! :)

~YUN~ said...

husna,yun pn nk baby keluar on time,even da kua tanda,lepas tu xsakitla plak,doc bg seminggu gak,kalauxkene induce..xmola induce,orng ckp sakit..huhuhu~

yun doakan semuanya dipermudahkan k!nti da deliver update tau..take care dear! =)

Sofiah Jasni said...

eee..akk plak neves tggu baby una kuar..hehe
xpe..maybe baby nk kuar genap 40mggu..hehehehe
ape pn yg pnting sumenye slmt..
tande2 awal tu xsmstinye dtg pn..nnt tetibe je die dtg..pastu trus ready k!

all the best..

Husna Hadzarami said...

Nor atau Nad:
Tu lah yang akak cuba praktikkan sekarang.
Rasanya dah cukup aktif dah, tapi memang ramai yang cakap anak sulung biasanya overdue...


~YUN~:
At least Yun ada juga keluar tanda, kita ni macam tak ada tanda apa pun, risau juga ni :(
Taknaklah induce, memang ramai yang cakap induce ni sakit..
Yun pun nanti dah deliver kalau ada masa update tau!


Sofiah Jasni:
Hehehe..
Kita lagilah nervous!
Thanks kak..