Sunday, July 3, 2011

Untukmu Anak #1

Siang tadi aku habiskan masa dengan mengemas bilik bayi. Aku tak decorate sangat pun bilik tu seperti yang diangan-angankan, ongkosnya enggak ada dong. Dan masa pun tidak mengizinkan. Lagipun kemungkinan besar baby akan tidur kat bilik aku saje. Sebab lepas baca banyak buku, fakta mengatakan kalau ibu dan bayi tidur sebilik, ibu akan kurang stress berbanding tidur berasingan. Sebab kalau tidur asing, si ibu akan tidur dalam keadaan berjaga-jaga risau tak dengar baby menangis. Kerisauan itu akan menyebabkan si ibu berada dalam keadaan tertekan dan menjejaskan pengeluaran susu badan OK OK I think you know what I meant.

Tapi bilik sebelah tu memang dah dedicate untuk baby, dah tu takkan baby tidur sebilik dengan Mummy, barang-barang baby pun kena sebilik dengan barang-barang Mummy? So build-in wardrobe di bilik sebelah sudah diperuntukkan untuk segala barangan baby. Lepas siap lipat dan susun barang-barang baby dalam tu, tiba-tiba terfikir...

AMBOI-AMBOI BABY NI ALMARI BESAR NI DIA PUNYA SORANG-SORANG SAJE PADAHAL MUMMY DENGAN DADDY PUN KENA SHARE SATU ALMARI YANG SAMA SAIZ??

Lawan tauke tau! Ada banyak juga barang yang dah masuk dalam kereta. Since rancangannya lepas bersalin terus balik rumah mertua, then rumah Mama :D

Geramlah pegang baju baby ni. Kecilnya!! Memang lamalah aku mengadap baju-baju tu, sekejap aku peluk, sekejap aku cium, tinggal gigit je belum lagi (Suami selalu warning jangan gigit baby nanti, sebab aku memang ada kecenderungan menggigit pipi bayi secara rahsia apabila terlalu geram dengan kecomelan bayi tersebut :/) Lepas tu potpetpotpet cakap dengan baby lagi.

"Baju ni nanti baby pakai untuk tidur tau.."

"Sweater ni baby boleh pakai kalau nak ikut Mummy dengan Daddy tengok wayang nanti.. Mummy nak beli yang ada topi punya tapi takde saiz la. Semuanya untuk umur setahun. Kalau beli sekarang nanti baby dah besar baju tu dah outdated malu la baby nak pakai nanti kan? Kan?"

Macamlah bayi berumur 1 tahun sudah mengikuti perkembangan fesyen terkini -__-

Tengok baju-baju tu, rasa macam kecil sangat saje. Macam fragile je. Macam risau je kalau sekali masuk dalam washing machine terus rosak. Sebab kecil sangat!! Tapi Suami cakap better basuh guna tangan saje. Ermm.. Daddy jelah basuh baju baby nanti :D

Err.. Adakah baju ini akan menghalang cita-citaku mendidik baby menjadi Imam Muda???




4 comments:

Anonymous said...

bile due kak??? smoge allah permudahkan sgale urusan... bestnye da nak jadi mummy... hihi... Take care ^^,,

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

bile bby tido sekatil dgn kite..ini akan mengeratkan kasih syg..lagi pun kesian nak kasi bby tido berasing nih tunggu lah da besa sikit yer.
nanti lepas dah habis pantg kompem asik nak beli baju bby jer,;p tgk cara awk tuh dah tau..hiihih

tc ya...semoga selmat semuanya.

syahmi jofree said...

haha imam muda pun boleh kak :') alhamdulillah sejuk perut.semoga baby kakak myra (tak tau nak panggil apa sebenarnya) selamat dan sihat :)

Husna Hadzarami said...

Miss fanthagiro:
Due insyaAllah 26/7 ni.
Yes it's so exciting!
Thanks, you pls take care too :)


Elin:
Itulah, mengeratkan kasih syg insyaAllah.
Eheh sekarang ni dah x interested pun nak tgk baju sendiri, excited dgn barang2 baby saje :)
Thanks for the well wishes!


syahmi jofree:
Eheh, panggil Kak Una jelah.
Mudah-mudahan lah ye, thank you :)