Friday, June 24, 2011

Malam Jumaat

As-Salam. Salam Jumaat. Malam tadi malam Jumaat, MJ bak kata rakan-rakan sepejabat :/ Tapi ini bukan nak cakap pasal MJ itulah haipp haippp!

Malam Jumaat semalam best, sebab ada majlis doa selamat anjuran ibu bapa mertua di surau Subang. Bak kata Imam surau malam itu, "Doa selamat sempena menanti bulan purnama, nak menimang cucu pertama.." Tersipu-sipu mak buyung ketika itu hehe :">

Asalnya aku dan Suami betul-betul ingat majlis tu malam ini. Dalam 6.30 petang Umi call Suami tanya kenapa tak sampai lagi. Letak je telefon kelam kabut kami yang pulang dari pregnancy check-up bersiap.

"Abang la ni cakap Jumaat malam. Orang dah agak dah malam Jumaat.."

"Abang betul-betul dengar Umi cakap hari Jumaat malam. Betuuuullll"

"Yelah-yelah kita nak iron baju.."

"Awak mandi dulu lah.. Awak mandi lama.."

"Kita nak iron baju la, Abang la mandi dulu tapi keluarkan dulu baju Melayu kita nak iron sekali.."

Pungpangpungpang, sampai Subang tepat-tepat masa azan Maghrib. Ambil wudhu' siap-siap, pakai telekung dari rumah dan jalan kaki berdua dengan Suami ke surau HEHE terasa macam pasangan veteran saje pakai telekung dari rumah lepas tu pergi surau sama-sama suami isteri.

"Jangan sentuh Abang tau, ada air sembahyang ni.."

Ingat dia seorang je ada air sembahyang -___-"

Di surau ramai yang cakap perut nampak tak besar sangat, tak macam 8 bulan. Tipulah tu tipulah tu aku tahu T___T Aku rasa punyalah besar perut aku ni. Risau pula kalau baby besar sangat susah nak keluar nanti. Kena perbanyakkan baca Yasin ni.

I feel so blessed with my life, having that kind of family-in-laws. Call me a Drama Queen, but I really am a lucky girl Alhamdulillah =)


35 minggu 3 hari. Sarat kan? Flash kamera membuatkan muka aku seperti dipenuh kilauan cahaya bulan purnama HEHEHE thanks to kamera handphone cap ayam :')



P/S: I gained another 0.5kg from previous check up last two weeks, menjadikan total kenaikan berat badan sepanjang mengandung mencecah 14kg. Boleh turun balik ke berat badan ni nanti T__T



3 comments:

FAA said...

insyaAllah everything will be okay kak una. :)

Farah Suhanissis said...

siyesla na.. x nampak besar sangat pun. kau je psiko rase besar

Husna Hadzarami said...

f.a.r.a.h:
InsyaAllah, thanks sayang :)


Farah Suhanissis:
Besar laaaaa.. Family aku semua cakap besar, sebab anak sulung patut kecil je. Takpe, harap2 baby saiz normal saje :')