Wednesday, June 29, 2011

Dosa Wanita

Pagi tadi, tengah sedap makan nasi lemak tiba-tiba ditegur rakan sekerja, Sha.

"Hari ni patut kita puasa kan? Isra' Mikraj.."

Kenapa aku boleh tak perasan pun T__T

Isra' Mikraj. Terus teringat artikel yang aku baca semalam, dari blog loveloveislam.com. Artikel yang buat aku terdiam sampai ke rumah, memikirkan terlalu banyak perkara yang dipandang mudah oleh wanita (terutama aku sendiri) tapi sangat berat balasannya di akhirat kelak.

Oleh itu, untuk memudahkan aku membacanya semula bila-bila masa, aku copy and paste artikel itu di sini. Mungkin ada yang dah pernah baca, takpe. Aku belum pernah, dan baru dapat baca. Lambat dapat hidayah rupanya aku ni tssk. Artikel itu aku ada ubah serba sedikit, tak banyak pun perubahan cuma huruf besar kecil, penanda baca, pecahan perenggan dan sikit-sikit susunan ayat (nampak sangat budak skema ada je nak buat pembetulan). Dan, yes, entri ini adalah sangat panjang. Takpe, kau taknak baca, biar aku je yang baca sorang-sorang.


********************************


Saya teringat dalam satu surah Al-Quran yang saya ambil dari surah Al Isra' ayat 1, bagaimana baginda Muhammad S.A.W melalui perjalanan Israk Mikraj, bagaimana Rasulullah S.A.W diperlihatkan pelbagai macam peristiwa ngeri mengenai manusia, semuanya ini sebagai satu teladan dan pengajaran kepada manusia itu sendiri.

Baginda S.A.W telah menceritakan mengenai apa yang dilihatnya dan apa yang diperlihatkan oleh Allah S.W.T kepadanya. Paling banyak perkara ghaib yang diperlihatkan kepada baginda Rasulullah S.A.W adalah mengenai wanita.

Yang dimaksudkan wanita-wanita ini ialah wanita-wanita kafir dan juga wanita-wanita yang enggan mematuhi segala perintah perintah Allah dan enggan pula menjauhi segala larangan larangan Allah.. Adakah mereka tidak merasa takut? Di dalam hadis-hadis yang shahih telah menceritakan:

"..Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W menceritakan satu peristiwa ketika Ali bersama isterinya Fatimah Az-Zahrah di rumah baginda Rasulullah S.A.W bahawa Ali meriwayatkan sebagai berikut; Saya bersama dengan Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui baginda S.A.W sedang menangis. Kami pun bertanya kepada baginda, "Mengapakah tuan menangis ya Rasulullah S.A.W?"

Baginda pun menjawab, "Pada malam aku melalui Israk dan di Mikraj ke langit, aku melihat pelbagai macam manusia sedang mengalami berbagai penyeksaan maka apabila teringatkan mereka maka aku menangis". Saya pun bertanya lagi, "Wahai Rasulullah S.A.W, apakah yang tuan lihat?" Baginda S.A.W pun bersabda, "Aku melihat ada wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih, aku juga melihat wanita digantung dengan lidahnya dan juga tangannya, dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang sedang mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya.. MasyaAllah aku juga melihat ada wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedangkan air getah kayu zakum dituangkan di kerongkongnya (perlu saya sebutkan bahawa dalam kisah neraka ada disebutkan dalam hadis shahih bahawa air buah zakum kalau jatuh setitik ke atas muka bumi ini,maka semua pokok dan rumput rampai tidak akan tumbuh).. Aku juga melihat wahai Ali, ada wanita yang digantung, diikat kedua kedua belah kakinya dan juga tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan bisa ular dan kala jengking dari neraka.. Aku juga melihat wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya nampak api sedang marak menyala-nyala dengan begitu hebat sekali.. MasyaAllah.. Aku juga melihat wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, wanita-wanita yang tuli, bisu dan buta dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya yakni melalui hidung, telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit.. Ada juga wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta-juta kali jenis penyeksaannya."

Demikianlah baginda Rasulullah S.A.W menceritakan kepada Ali R.A dan anaknya Fatimah mengenai kisah apa yang dilihatnya ketika melalui Mikraj ke langit. Selepas mendengar apa yang diceritakan oleh Rasulullah S.A.W mengenai wanita dalam peristiwa itu, Fatimah langsung sahaja berdiri dan bertanya kepada baginda Rasulullah S.A.W, "Wahai ayahku, kesayangan mataku, ceritakanlah kepada aku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu sehinga mereka diseksa sedemikian?" Lalu Rasululah S.A.W pun berkata, "Wahai anakku Fatimah, adapun kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka ialah tentang wanita yang digantung dengan rambutnya itu ialah kerana ia tidak memelihara rambutnya yakni tidak mahu bertudung dengan menutup aurat dihadapan lelaki."

Rasulullah S.A.W lalu menceritakan lagi mengenai perkara kedua kepada Fatimah mengenai wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia sering menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi Muhammad S.A.W bersabda lagi yang ertinya tidak seorang wanita yang selalu menyakiti hati suaminya melalui kata-kata kecuali Allah S.W.T akan membuatkan mulutnya pada hari kiamat selebar 70 zira', kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya sendiri.. Naudzubillah..

Kadang-kadang ada sebahagian isteri yang tidak menyedari akan hakikat ini dan ada di antaranya sengaja bercakap untuk menyakiti hati suaminya dengan kata-kata yang seolah-olah tidak berterima kasih terhadap suaminya sendiri. Mengenai wanita yang digantung dengan buah dadanya, baginda Rasulullah S.A.W memberitahu anaknya Fatimah bahawa wanita itu menyusu anak orang lain tanpa keizinan suaminya, dengan nada yang sedih Nabi Muhammad saw menerangkan lagi bahawa wanita yang diikat dan tangannya itu kerana wanita-wanita tersebut keluar rumah tanpa keizinan suaminya dan tidak mahu mandi wajib dari haid dan nifas mereka.

Mengenai peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah S.A.W mengenai wanita yang memakan badannya sendiri, kata Nabi S.A.W, wanita-wanita jenis ini gemar bersolek untuk lelaki selain suami supaya lelaki-lelaki ini boleh tergoda dan juga wanita yang suka bercakap mengenai keaiban orang lain. Naudzubillah.

Adapun wanita yang memotong badannya dengan gunting neraka, kata Nabi S.A.W, wanita-wanita jenis ini gemar menonjolkan diri atau erti kata lain ingin mencari glamour di kalangan orang ramai supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang boleh tergoda atau jatuh cinta kepadanya.

Mengenai wanita yang diikat kedua-dua belah kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubun nya dan dibelit pula oleh ular dan kala jengking, kata Nabi S.A.W. kerana wanita itu mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak mahu pula bersolat serta tidak pula mandi wajib.

Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi, badannya seperti keldai, baginda menjelaskan kerana wanita itu gemar mengadu domba yakni melaga-lagakan orang serta suka mungkir janji dan suka pula cakap bohong.

Sementara itu, mengenai wanita yang baginda S.A.W melihat yang berbentuk seperti anjing, Rasulullah S.A.W memberitahu Fatimah, bahawa kerana wanita-wanita itu suka memfitnah orang dan sering marah-marah pada suaminya.. Naudzubillah..

Terlalu ngeri apabila saya membaca mengenai apa yang diceritakan oleh Nabi S.A.W mengenai kisah di akhirat dan hari kiamat, perasaan takut saya begitu menghimpit sekali, ada sesetengah dari kita terutama kaum wanita menganggap berleter dan suka membebel bila suaminya pulang dari kerja dianggapnya sebagai perkara biasa tetapi sebenarnya itu adalah di antara sikap isteri yang menderhaka pada suaminya. Bertaubatlah wahai kaum wanita. Kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.. Sesungguhnya sikap seperti inilah yang paling dicintai iblis laknatullah dan iblis laknatullah serta syaitan akan sentiasa menjolok jolok hati kaum wanita supaya boleh melakukan perbuatan yang boleh menjadi temannya di dalam neraka jahanam kelak. Kaum wanita terutama sekali para isteri hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menghadapi kehidupan seharian terutama dalam mengendalikan rumahtangga.. Kita jangan terperangkap dengan jerat iblis, dan jangan terus dibelit oleh syaitan, kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah Muhammad Rasulullah S.A.W, di dunia kita selamat, akhirat pun kita dapat.

********************************
Memang aku terdiam terus selepas membaca. Di dalam kereta aku bertanya Suami,

"Kita pernah tinggi suara kat Abang tak?"

Dengan muka pelik beliau menjawab, "Tak pernah rasanya. Kenapa ni?"

"Abang rasa kita cukup hormat Abang tak?"

"Hormat je. Kenapa ni, ceritalah."

Takut. Betul rupanya apa yang aku pernah dengar, kebanyakan ahli neraka terdiri dari kaum wanita. Dan pernah juga aku dengar, tidak sukar sebenarnya bagi seorang wanita untuk masuk syurga. Jaga solat, jaga puasa/perkara-perkara wajib lain, dan taat pada suami. Tapi itulah, wanita sering dikuasai emosi. Selalu saja aku bernekad dan berjanji untuk jadi yang terbaik untuk suami, tak kiralah apa pun yang terjadi, kalau tidak dibalas Suami pun, kita akan dapat ganjaran dari Allah S.W.T yang lebih berganda-ganda nikmatnya. Tapi, apabila sekali-sekala hati dan kesabaran diuji, cepat je lupa janji yang aku dah tanamkan pada diri sendiri. Alasan yang selalu digunakan untuk menyedapkan hati, 'I guess I'm only human..'. Macamlah boleh jawab macam tu di akhirat nanti.. *sigh*




1 comment:

zie_ira said...

huu,ira pon lupe nk puasa ,,sobs,,