Friday, June 17, 2011

Day 2: Meaning behind your blog name.

Ehem. Dah berzaman baru nak sambung. Kan dah kata, aku takkan buat straight 30 hari. Kerja banyak oh. Boleh update blog di awal pagi atau semasa lunch hour sahaja. Kadang-kadang dah taip separuh simpan dulu sebab nak kena sambung kerja. First thing first, orang kata (macam bagus-bagus). Update dari rumah? Jangan harap. Kesian mata aku 8-9 jam menghadap komputer di pejabat, balik rumah masih lagi nak tengok komputer. Belum campur aku baca novel sampai tengah malam dan buat latihan Matematik PMR lagi.

Okay. Meaning behind Being Husna Hadzarami. Obvious kot meaningnya. Lainlah kalau aku letak Sesuci Embun Pagi atau apa. Tapi nama ini aku mula guna hujung 2009 rasanya. Sebelum itu aku pakai The Light of Kindness, English translation untuk Noorul Husna; 'Cahaya Kebaikan'. Maksud nama memang sehabis baik, entah bila aku nak bertingkah laku selaras dengan nama yang dibawa semenjak lahir T_T

Aku menulis blog tanpa sebarang spesifikasi. Aku rasa kebanyakan blogger juga begitu, kecuali yang menjadikan blog sebagai medium perniagaan atau blog politik ke apa. Rasanya, sepertimana aku di dalam blog ini, seperti itulah aku di luar. Ada kawan pernah berkata, "Baca blog kau macam dengar kau bercerita. Bila baca terbayang-bayang cara kau bercakap. Samalah!"

Tapi tipulah kalau aku kata blog ini merupakan ekspresi hati aku yang tidak di'edit' langsung. Sebab bagi aku tak perlulah nak membuktikan sangat diri tidak hipokrit sampai segala sifat buruk hendak ditunjuk kepada umum. You have to understand that there's a thick line between being true and being stupid.

Contohnya, apabila aku menulis dalam keadaan marah, bahasa aku tidaklah seteruk apa sebenarnya yang terkeluar di mulut aku. Tak perlu pun nak mencarut memaki hamun untuk menunjukkan kita tengah marah, tak cool pun.

Dan jika aku menulis mengenai sesuatu berbentuk muhasabah diri dan teguran, bukanlah nak tunjuk aku baik sangat. Ianya lebih kepada peringatan kepada diri sendiri sebenarnya. Aku manusia biasa juga, sudah tentu aku akan sentiasa mencuba untuk practice what I preached, tapi dengan iman senipis kulit bawang kadang-kadang aku pun terbuat juga benda yang aku tahu tak elok dibuat. Contoh paling jelas, bila aku post entri tentang dosa mengumpat. Tipulah kalau kata aku tidak pernah mengumpat. Tapi tak salah kalau kita jadikan blog sebagai tempat untuk saling ingat mengingati. Bila peringatan yang disampaikan itu membawa kesan dan perubahan pada orang lain, insyaAllah tempias pahala orang itu terkena pada diri sendiri. Siapa tahu kan? Mudah-mudahan.

Itulah lebih kurang. Being Husna Hadzarami. Being myself. Hmm.. Next entry will be.. err.. Day 3: Your first love. Nak kena cerita ke? (Terpaksa selongkar almari lama cari diari cinta masa Darjah 2.. T_T)







No comments: