Saturday, May 7, 2011

MAMA

One day on our back home, I asked my husband,

"Macam manalah mak-mak kita boleh bagi kasih sayang sama rata kat semua anak-anak kan? Macam Mama tu, 8 orang anak.."

Suami hanya menjawab,

"Dah nama pun emak.. Dia yang lahirkan.."


Tahun ini adalah tahun pertama menyambut Hari Ibu sebagai milik orang lain. Yelah, sebelum ini milik Mama, sekarang sudah menjadi milik Suami. Dan juga sebagai bakal ibu. Tssk. Bakal ibu.

Dan semenjak dua menjak ini dengar saja lagu-lagu Hari Ibu, hati mesti nak rasa sebak saja.

Ketika kecil, aku selalu merasakan Mama bukan seperti ibu-ibu lain. Yang sentiasa membelai anak-anak, yang mudah mengucapkan "I love you", yang memberi kebebasan kepada anak-anak untuk bersuara, yang memberi kebebasan kepada anak-anak untuk ke mana-mana..

Masa sekolah rendah, meminta kebenaran untuk ke kem motivasi atau kem pengawas di dalam hutan adalah sesuatu yang sangat menuntut aku untuk merajuk panjang dan menangis sendiri. Sebab Mama memang susah sangat nak lepaskan anak-anak ke tempat begitu.

Ayat biasa Mama,

"Biarlah kau menangis sekarang dari aku pulak yang menangis nanti.."

Mama sangat susah nak benarkan anak-anak tidur di rumah kawan-kawan, biarpun mak kawan tu sanggup telefon Mama bagi pihak aku.

Mama bukan jenis yang mudah untuk kita bercerita tentang pakwe, tentang lelaki yang kita minat, dan benda-benda cinta monyet segala. Sebab itulah dulu aku sangat takut nak bawa pakwe balik rumah jumpa ibubapa, kecuali kalau yang benar-benar serius sahaja, yang aku rasa macam konfiden sikit akan jadi suami aku. Ehem. Dah jadi suami aku pun sekarang :)

Mama sangat serius pasal pelajaran. Masa darjah 3, aku pernah dapat 84% untuk kertas Bahasa Inggeris, Mama marah betul. Sebab bagi Mama aku tak patut dapat bawah 90%. Padahal masa tu 84% itulah markah paling tinggi dalam kelas tu T_T

Ye, dulu Mama memang garang.

Namun, apabila usia masing-masing makin meningkat keadaan sangat-sangat berubah. Mama and I have become so close to each other, dengan Mama yang dahulunya sangat garang inilah aku bercerita segala, di bahu tembam Mama lah tempat aku menangis masa putus cinta, masa kena repeat paper Highway Engineering (bodohlah separuh dari batch aku kena repeat paper tu), masa hampir-hampir give up cari kerja walaupun baru grad sebulan, dan segalanya.

Mama adalah orang pertama yang akan kuhubungi setiap kali terjadi apa-apa. Laptop kena curi, purse tertinggal di kedai makan, gagal ujian memandu (siap berlanggar dengan kereta lain tuuu), pakwe lama nak rujuk balik, terasa hati dengan kawan baik, pointer naik mendadak, pointer turun mendadak, tiba-tiba dapat Dean's List, bos naikkan gaji, nak naik flight pergi outstation sorang-sorang, nak naik teksi pergi hotel (siap bagi nombor plat teksi in case kena culik ke apa :/) dan segala benda mak nenek, semua nak bagitahu Mama.

Orang cakap, macam mana kita layan ibu kita, seperti itulah kita akan dilayan anak kita apabila kita menjadi seorang ibu kelak. Omaigod, ANNOYINGNYA KALAU ANAK AKU PERANGAI MACAM AKU NANTI! T_T

Even dah kahwin pun, Mama masih lagi telefon kalau beliau masak lauk-lauk kegemaran (mungkin Mama patut telefon hari-hari, sebab semua masakan Mama pun adalah lauk kegemaran T_T).

"Kau datang rumah tak hari ni? Mama masak gulai telur itik yang kau suka tu.."

"Saje je telefon, kat rumah ada sambal terung dengan daging tu.." <--Ayat nak suruh datang rumah.

My superMama, my superwoman. She's the only woman I feel intimidated of. Melahirkan lapan orang anak secara normal dan membesarkan setiap satunya sebaik mungkin, Mama telah meletakkan standard yang sangat tinggi sebagai seorang ibu, membuatkan aku selalu rasa seakan tidak mampu untuk menjadi seperti beliau. And it took a great deal for me to see the reasons Mama being so protective when we were young. You just have to become a mother yourselves to really understand.

Satu post tidak mencukupi untuk aku describe betapa aku sangat menyanjungi Mama. Kena ada satu blog khas untuk aku ceritakan segalanya tentang Mama, dan blog itu akan hanya dibaca oleh aku dan Mama sahaja :/

Mama memang tak macam mak orang lain, sebab Mama tiada tandingannya. Selamat Hari Ibu!




"Cherish your Mom, never ever take her for granted. If you ever argue with her don't stay mad with her too long because you'll never know when will be the last time you see her.."

4 comments:

Arifah said...

Rasa sebak pula dengar lagu ni. :'(.
Selamat Hari Ibu..for you too Una. :)

Cik Nana Serindit said...

selamat hari ibu juga ^_^

Husna Hadzarami said...

Thank you. You too Chepah! :)

Nor atau Nad said...

coolnya ada blog kongsi dgn mama!!
happy mother's day k.una
=))