Monday, May 30, 2011

Cerita Tandas

Lokasi: Tandas Suria KLCC.
Situasi: Sedang beratur panjang memandangkan ada Mothercare Carnival kat Tingkat 2.

Sabtu hari tu memang ramai sangat orang, dan semua tandas pun orang beratur sampai ke luar pintu. Hampir sahaja aku masuk Tandas Ekslusif sahaja, tapi memikirkan kena bayar RM2 aku terus membatalkan niat tersebut -__-

Tiba-tiba datang seorang kakak cleaner memanggil,

"Cik, mari ikut saya.."

Lalu dibawanya aku ke tandas berkunci di sebelah. Dibukakan kuncinya, dan aku disuruh masuk di situ sahaja. Tandas Orang Kurang Upaya T_T. Kurang upaya rupanya aku ni tssk tssk tiba-tiba rasa macam nak beli wheelchair senang sikit pergi mana-mana Suami tolakkan saje heh heh seronoknya :D Memang meleret-leret senyum lebarku, kalau tidak nak kena tunggu lagi 6 orang kat depan aku ni dalam keadaan sarat mengandung dan baby pun makin memberat ke bawah.. memang tak mampulah mak nak menahannya T_T

Bagus kan jadi ibu mengandung? Hee.. Tapi bukan semua tempat ada privileged macam ni kot. Mengandung tak mengandung, beraturlah engkau panjang berjela macam orang lain juga. Haih.

Tandasnya biasa-biasa sahaja, cuma mungkin lebih besar dan selesa berbanding tandas-tandas lain. Memang tak perlu pun ambil gambar jakun gaya stereotaip budak Form 1 ni. Tak perlu pun.

Suami cakap gambar ni nampak sangat mata aku macam Bugsy T_T

"Sayang, sementara awak mengandung ni kita beli sticker Orang Kurang Upaya nak? Pergi mana-mana senang sikit dapat parking"



Seronok betul dia ni nak ambil kesempatan -_-*




5 comments:

Fatin Syahira Ramli said...

comel je akak even tgh mengandung pun :)

take care ya!

p/s : love to read your blog!

Hana said...

comel :)

Drunbella Khoo said...

alololo comelnye perut.
hihihi.
=)
bila tu agaknya nak due tu?

Ijah EmoTemo said...

heee , rezeki baby tu dpt masuk tandas cepat hehe.

comel la kak una buat posing mcm tu ;P

Tema Hitomi said...

comel je kak una ni....
bila due?
semoga semuanya selamat..
:)