Monday, May 16, 2011

Hal-hal selepas bersalin. Oh please help!

I feel miserable now.

I'm so lack of preparation. I'm a bad Mummy :(

"Nanti nak bersalin kat mana?"
Tak decide lagi.

"Nanti berpantang dah book tukang urut?"
Perlu eh? Tak ada lagi. Dah tanya-tanya orang, upah tukang urut semasa berpantang, or orang panggil confinement lady lebih kurang RM100 sehari. Dia akan jadi tukang urut kita, mandikan baby, uruskan pemakanan kita, etc. Tapi tak cari pun lagi. Ada orang boleh recommend tak?

"Pakai set bersalin apa nanti?"
TAK TAHU PUN KENA BELI INI. Brand apa yang elok eh?

"Dah ready ke jamu-jamu?"
Elok ke jamu-jamu ni? TAK TAHU.

"Lepas bersalin nanti anak siapa jaga?"
Sedih. Sebab tak tahu lagi. Boleh percaya ke kalau baby baru umur 2 bulan (lepas habis cuti bersalin) terus hantar pada pengasuh? Bila baca paper pasal kes pengasuh ni.. Rasa macam nak berhenti kerja je jaga anak sendiri.

Dah tak lama dah ni. I feel like crying now :'(





5 comments:

Abidin Sani said...

Salam Una
Hei, cool down drama queen.
you are not a bad mummy, but you are inexperience one.
and you should never know everything without guide too what!

cool weh.

sabaq.

ok, we go one by one.

Bersalin mana?
up to you. Aku decide dulu dekat GH jer, dan aku tak perlu book ke apa. Tapi kalau pi swasta kena tanya depa la apa segala skit.

Urut.
Berpantang nanti kena urut. Nak betulkan urat2dan buang 'angin' dalam badan. Walaupun memilih untuk bertungku/atau tidak, kena berurut. nanti badan tak sedap. Bukan sedap tu maksud cantik jer, tapi kesihatan perspective lah. banyak side badan nak kena reshape balik, so urut ni salah satu cara nak back to normal. TAPI, kalau ditakdirkan kena operation, so mengurut adalah DILARANG.
Mandikan baby tuh kita yang kena buat. Awal2 nurse yang datang rumah dan yang dekat ward tuh yang akan ajar. Bab pemakanan, tu mak kita lah yang bagi YES/NO nya. Bidan tak cakap banyak pun,. Nurse lagi lah, sumer main sesah jer (maaf kalau nurse ada yang terasa)
I have no kl-bound pengurut yang boleh direkemenkan. sorry for that.


Set bersalin.
Untuk anak sulung, aku belikan set bersalin Afiat (http://www.afiatmarketing.com.my/home/index.htm). Beli dekat kilang murah RM15 tak silap aku. Dulu kan aku kerja kuala kangsar, jadi memang tiap hari lalu la kilang dia.
Untuk 2nd baby, beli set warisan afiat cap tasbih (http://www.kohalal.com/content/jamu-bersalin-lengkap-44-hari-afiat-0)
dua-dua bagus. cumanya, yang 2nd tu lebih suit dengan wife aku.
both are afiat. bukan imitation atau apa, cuma tak silap aku ni asal dari satu kepala, kemudian bukak syarikat lain2. kualiti dua-dua bagus.

Jamu-jamu
dalam set tuh dah lengkap.
TAPI, bukan boleh sesah makan jer.
Kalau anak jaundice/kuning, elok delay dulu.
Kalau dah ok, baru ambik.
But, jamu pun ada yang suit dan ada yang tidak dengan kita.
Discuss dengan your mama first.
Dan jamu nih nak cepat kecutkan rahim, dan mengelakkan cepat lekat lagi sekali. So, elok la ambik leaps pantang kot. Wife aku dulu menyusu badan, so mak mertua tak galakkan makan jamu sangat sebab nanti sian baby panas badan sekali. Different people different opinion, tapi aku bersetuju jer kalau wife aku ambik jamu nih.

siapa jaga.
be selective.
jangan la hantar dekat tempat yang ramai sangat baby dekat sana. senang dapat penyakit berjangkit pulakkan. depa tuh imunisasi rendah lagi. masa pantang, mintak ibu/,mertua jaga dulu. tapi, belum bersalin kena riki cari orang jaga dah. nanti takut tak sempat. cari relative pun bagus. anyway, kalau terpaksa hantar nursery, cari yang ration penjaga kepada baby adalah 1:3 to the max.

dan.
mummy to be kena kuat, cause your emotion will affect your baby emotion.
nak anak kuat nangis ke nak yang sweet dan ancorwomen/ancorman?

insya'Allah semuanya bisa baik-baik saja dong.

mohd faris bin mohd aladin said...

rileks:D smile n the world is yours

Anonymous said...

rilex husna... amik napas dulu. banyak masa lagik.

yang penting pilih apa yg rasa sesuai utk diri sdirk.jgn ikut org sgt k.

cikmemy said...

hye kak husna..relax...1st time memang camni..even saya belum kawen tp selalu da tengok kakak2....

papepon kak husna jage elok2 eh...kat ofis ni ade staf strok sebab x jage makan..tak pantang..

papepon semoga sihat kandungan akak n akak pon sehat gak..=)

Unknown said...

una..i leh suggest kn u my kakak angkat..die mmg tukang urut spnuh masa skrg..utk ko brpantang, urus ko n baby skali..umh die kt tmn pelangi je..if u brminat ckp eh..ti i bg no die kt u..tihiii