Friday, April 8, 2011

Sikap dan Akhlak Ibu Mengandung

Ibu mengandung, terutamanya bila kandungan dah melebihi tujuh bulan memang akan mengalami ketidakselesaan ketika berjalan, bergerak, duduk, berdiri and even ketika tidur. Actually aku sekarang yang baru nak masuk bulan ke enam pun mudah rasa tak selesa kalau berjalan terlalu lama, tiba-tiba rasa macam sengal pinggul ke apa entah. Waktu tidur masih OK, kecuali kalau panas sangat memang rasa tak selesa lah. Cuma seperti biasa memang akan bangun buang air kecil dengan agak kerap, sebab kandungan dah memberat ke bawah dan menekan pundi kencing membuatkan kita rasa macam OMG rasanya baru 5 minit tadi aku pergi buang air ni dah rasa nak pergi lagi! Macam itulah lebih kurang. Lagi satu, ramai yang perasan bunyi nafas aku agak kuat, macam mengah sikit especially bila bercerita tanpa henti. Maknanya bila bercakap tanpa henti. Macam takde kerja lain nak bercakap tanpa henti -___-. Aku baca somewhere itu disebabkan baby dah makin membesar dan sedikit sebanyak menghimpit paru-paru kita. Macam tu kot. Or ada doktor ke sesiapa nak betulkan aku tak??

Itulah lebih kurang yang aku alami. Eh ada lagi satu. Ehem. Bila mengandung, tak tahulah orang lain macam mana, tapi aku tiba-tiba rasa macam insecure dengan penampilan. Rasa macam tak menarik lagi lebih kurang begitulah. Entah apa-apa. Hakikatnya menurut Suami, "Bagi pandangan orang lelaki, ibu mengandung ni nampak lagi seksi tau!". Tssk. Tak rasa seksi pun :( Di saat-saat begini, mempunyai suami yang supportive adalah sangat crucial. Sebab itu aku sangat bersimpati dengan ibu mengandung yang mempunyai alahan pada bau suami, yang tak boleh didekati suami dan segala alahan yang melibatkan suami. Sebab masa mengandung inilah saat di mana kita sangat-sangat memerlukan suami. Kalau dah suami sendiri tak boleh nak dekat, siapa lagi yang kita nak harapkan? Kesian kan? :(

Untuk bakal-bakal ibu di luar sana (termasuk diri sendiri), harap kita boleh sama-sama kuat dan menjadikan tempoh 9 bulan 10 hari ini sebagai sesuatu yang indah dan pengalaman paling berharga untuk kita. Segala susah payah dan kesulitan itu adalah ujian dan cubaan dari Allah S.W.T , dan Allah tidak pernah menjadikan sesuatu secara sia-sia. Cakap pandai aku ni, balik-balik aku jugalah yang emosi sendiri -___-"

Sempena Jumaat yang mulia ni, meh sini aku share sikit dengan para ibu di luar sana input yang aku dapat dari buku Pilihan Nama-Nama Dalam Islam yang CTO aku bagi masa baru tahu aku mengandung dulu :)

Sikap dan akhlak ibu mengandung;

  1. Jauhilah sifat pemarah, suka merajuk dan cerewet. [Pemarah tu takde kot, tapi memang aku sensitif semacam lately. Nak kena berubah ni..]

  2. Jangan melawan cakap suami, merengek dan bermanja secara berlebihan. [Err.. Kalau berebut air Ribena kira melawan tak??]

  3. Jangan makan sambil berjalan, di tengah khalayak ramai tanpa mengira waktu dan tempat. [Dah kurang makan dah pun sekarang ni T_T]

  4. Jangan mendesak suami untuk memenuhi keinginan sehingga menjadi beban yang sukar untuk suami. [Takdelah mendesak sangat, cuma selalu nak makan bihun sup kat kedai bawah rumah taknak kat kedai lain, minta suami beli durian walaupun dia tak makan durian dan tak pandai kopek tapi Suami guna inisiatif lain pergi beli durian yang dah siap kopek kat Carrefour, dan sebagainya. Taklah mendesak sangat rasanya kan Sayang kan? Kan?]

  5. Jauhilah diri dari mendedahkan aurat, kerana perbuatan dan kebiasaan ibu ketika mengandung akan mempengaruhi anak di dalam kandungannya. [Tapi Suami kata aku dah memang seksi walaupun berbaju kurung, sebab baju kurung semua dah ketat waaaaaaa :(( ]

Yes, things are always easier said than done. Aku sendiri keraplah nasihat diri sendiri supaya tidak terlalu mengikut perasaan dan cuba memberi perhatian hanya pada perkara penting dan bermakna untuk diri sendiri dan orang-orang yang aku sayangi. First thing first. Benda remeh temeh tak payah nak ambil berat sangat. Life is too precious to be wasted that way.
Surah-surah yang sangat digalakkan untuk dibaca secara berterusan ketika hamil;
Surah Maryam - Supaya anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh/solehah.
Surah Luqman - Untuk melahirkan anak yang bijaksana.
Surah Yusuf - Untuk menperoleh anak yang cantik/kacak :D
Surah Yaasin - Supaya mudah bersalin.
Kita berusaha OK beautiful mommies out there? That's all. As-Salam.





6 comments:

Sha Syalizz said...

dah la Sha manja. harap manja kurang nanti :(

btw, thanks Hus.

(tak sabar nak dukung anak sendiri! eh anak bro :p)

Husna Hadzarami said...

Sha Syalizz:
Nanti masa pregnant mesti jadi lagi manja, kalau suami tak kisah layan OK je :D
(Baby mesti dah cam suara Sha, lepas dengar Sha jerit semalam, hehehe)

Muis Ismail said...

i bru tgk tanyaalah ustazah tadi

tips dr ustazah nurbahyah

ada 4 surah lagi yg kena tambah selain dr yg u mention kat atas

1. surah fatihah
2. surah al hujurat
3. surat at taubah
4. surah ...

adui, last 1 ni x ingt plak..hehe

Husna Hadzarami said...

Great info Muis. Thanks! =)

Wanie-san said...

jaga diri kak husna!!
perot dah makin membesor..
xsabar mau tunggu baby!!hehe

Muis Ismail said...

hai husna..
i dah ingat lagi satu surah:an-nahl
utk baby yang lahir fizikal sempurna..
btw i bru notice rupanya u knl my sis, isroha..
correct me if im wrong :)