Monday, April 25, 2011

Baby's Room (in my dream)

Berpegang kepada prinsip hidup 'Anyone Can Dream', aku meluangkan sedikit masa meninjau ilham dekorasi bilik bayi sambil tersenyum gembira berangan-angan menggunakan otak kanan tanpa mempedulikan otak kiri yang berleter tentang ruangan rumah yang terhad dan bajet yang tidak seberapa diamlah kau otak kiri! Potong stim betul :(

Blue-white stripes with red furnitures. Struggle lah aku nak cat bulat-bulat jalur segala. Tapi rasanya ada template kan untuk bulat-bulat tu? Just paste the template, paint the wall, dah kering cabut template tu. Entah. Ololo comelnya baby boy tengah-tengah main dengan elephant. Or is it piggy? OK I love everything accept that blue piggy satu hal pula nak samakkan baby aku nanti T_T

Lari dari konsep 'Blue for Baby Boy', kita boleh juga hias dengan warna hijau. Cantiknya tingkap dia T_T Cantiknya perabot dia T_T. Warna putih tak pernah gagal memikat hati. Dalam sebulan pertama mungkin, sebab lepas tu mesti dah tak putih mana lagi :/ Tapi yang dinding hijau tu guna wallpaper rasanya kan? Mahal tak eh? *sambil kira duit dalam wallet Suami*

Memang cantik, cantik gila, gila pun tak cantik macam ni. Dinding warna gelap, kalau baby conteng dinding pun tak berapa nampak. Not that I encourage my kid to show his 'creativity' right on the wall, but you know, things happened -__-. Kalau bilik macam ni sampai besar pun tak perlu nak ubah-ubah bilik lagi. Sesuai untuk semua peringkat umur. Except the baby crib of course. Memang kesianlah anak aku ada Mummy kedekut sampai besar pun taknak beli katil terpaksa tidur dalam crib T_T
Bilik yang akan mendorong anak aku menjadi seorang nerdy dan geek :B Lengkap dengan rak buku yang akan kulengkapi dengan buku-buku perubatan (dengan harapan anak akan jadi doktor apabila besar kelak). Jangan ada yang cari pasal letak majalah gosip artis kat sini. Saiko gila semenjak bayi dah kena baca buku perubatan HAHAHA (gelak jahat gaya mak tiri Cinderella).

Ehem. Ni untuk anak nombor dua kot. Manalah tahu.. *shy* ..kalau perempuan ke.. *shy*. HAHA. Cantik gila la bodoh. Eh tercakap bodoh pula harap baby tak dengar. Gilalah kalau bilik macam ni entah-entah aku yang tidur sini bye bye Suamiku tidurlah sorang-sorang dalam bilik orang dewasa hehhehheh.
OMAIGAD. Is this for real? IS THIS FOR REAL??! *berdarah hidung*

Berangan memang seronok. Tapi aku memang sedar diri, setakat ini memang tak termampu lah nak memenuhi angan-angan tinggi melangit ni. Di masa depan kita tak tahu, orang kata thoughts become things, Law of Attraction right? Kalau fikiran sentiasa positif, benda yang asalnya kita rasa mustahil pun boleh benar-benar terjadi.

:)









6 comments:

east said...

agreed! tak salah bermimpi.LOL
we guys plak takde plan pun nak buat bilik baby wlupun banyak blek kosong kt umah. luckily our room cam besar gak adala space utk letak baby punya cot and hias sket2 :)
anyway, goodluck to u and hubby..buat sket2 lama2 lengkapla bilik baby yg di idamkan tue :)

Husna Hadzarami said...

Heee.. Berangan je ni. Entah-entah baby tidur sekatil dengan kita je. And husband yang kena tidur bilik lain. Hehe.

.: Si BungaKopi : . said...

baby tido tengah2. papa kanan, mama kiri. hehehe

Nor atau Nad said...

yg ada warna merah tu cun kak!!

Wanie-san said...

perghhhh!!!nak yg last!gila punya chantek!
mata tengok xberkelip!
silap2..baby tido luar...ibunya tido dlm..:p

Husna Hadzarami said...

Bungakopi:
Penuh sangat takut terhempap baby pulak, tau jelah badan aku ni macam mana T_T


Nor atau Nad:
Kan? Elegant :)


Wanie-san:
Tu la pasal, hahaha :))