expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, February 24, 2011

Good Things Happen When We Least Expect It

Kita teruk. Kita cari Dia bila kita susah. Kita baca Al-Quran hanya apabila hati rasa tidak tenang. Kita doa bersungguh-sungguh menangis-nangis mengadu itu ini hanya apabila dilanda masalah besar. Kita lewat/tinggal solat konon mengutamakan kerja, konon mencari rezeki, langsung kita lupa rezeki itu datang dari Dia. Kita merancang macam-macam itu ini, dan kecewa jatuh tergolek apabila apa yang dirancang tidak menjadi seperti yang kita harap-harapkan. Langsung kita lupa Dia yang berkuasa menentukan segalanya. Kita tahu Akhirat itu pasti, namun kita masih berleka-leka. Masih bergelumang tak tentu hala. Kita bersedih meratapi kehilangan seseorang, sedangkan kita tahu seseorang itu hanya pinjaman kepada kita oleh Dia. Kita kecewa kehilangan sesuatu, langsung kita lupa tiada apa pun yang akan kekal di dunia ini. Kita mempersoalkan nasib malang yang menimpa, tanpa menyedari mungkin itu adalah kifarah dosa-dosa kita yang lampau. Dan hanya Dia yang Maha Mengetahu apa yang terbaik untuk kita.
.
.
.

Tuhan, seringkali dirasakan nikmat hidup ini sangat tidak layak diterima manusia lemah penuh dosa seperti aku. Dan aku malu sendiri, betapa sesungguhnya Kau Maha Mengasihani, Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Oh ya, aku dah dapat semula telefon bimbit aku yang hilang itu, ketika dirasakan peluang itu sangat tipis dan Suami pula berkali-kali mengingatkan supaya tidak terlalu berharap. Alhamdulillah =)



2 comments: