Thursday, January 6, 2011

Week #11

My favourite quotes of the day:

‎"10 orang yang tak sependapat dengan kita hanya menjadikan kita minoriti, bukan penentu pendapat siapakah yang betul atau salah. Lebih baik kelihatan janggal kerana menongkah arus, dari hanyut kerana mahu kelihatan serupa.."

-Azira Eiji.

Thanks, you really make my day regardless how miserable the day started this morning (stuck in traffic-jammed for almost 2 hours, throwing up two times in a car-nasib baik dah ready plastic sejak awal, my God).

Semalam pergi buat pregnancy check-up for 11-week di Klinik Kesihatan Puchong yang terletak dekat gila dengan rumah tu, macam-macam prosedur kena lalui. Mula-mula kena attend ceramah tentang breast feeding (bersama ramai ibu-ibu muda yang lain), kemudian ambil darah, Suami beria-ia cakap ambil darah tu macam masa buat HIV test hari tu je, yang cucuk sikit kat jari dan ambil darah setitik dua je. Rupanya ambil darah yang sedut guna injection kit tu OK! Sudahlah aku paling takut ambil darah tsk. Then kena uji air kencing, diikuti dengan blood pressure test dan ambil berat badan (sekarang sudah 59kg T_T), kemudian jumpa doktor untuk check itu ini. Aku sebenarnya tunggu nak scan baby, sebab entah kenapa macam excited nak tengok baby dalam perut tu macam mana, tapi sampai ke sudah tak ada pun scan baby. Tanyalah pada nurse situ, dia cakap scan akan dibuat in case ada problem ke apa.

Balik rumah, malam tu Mama call. Perlahan je suara Mama, demam rupanya. Bergenang-genang air mata cakap dengan Mama. Mama telefon hanya untuk berpesan,

"Jangan ambil tahu benda-benda yang akan buat kau tak happy. Tak penting pun semua tu. Kau kena happy je. Banyakkan mengaji. Kau mengaji tak sekarang ni? Yasin kena baca tiap-tiap malam tau. Dengar cakap Mama. Belilah wholemeal cracker, simpan dalam handbag satu, letak tepi katil satu. Supaya kau sentiasa ada benda nak makan bila perut kosong. Makan apple tak? Makan satu biji sehari tau. Kalau kau tak lalu nak minum susu, belilah yogurt buah ke atau minuman yogurt tu ke, beli yang low fat. At least ada sumber kalsium juga.."

Sedih betul rasa masa tu.

"Mama jangan la risau Dikna, Mama kena jaga diri. Asyik sakit je sekarang ni. Dikna OK. Dikna makan buah selalu, tak pernah biar perut kosong. Ikut semua yang Mama pesan. Mama jagalah kesihatan Mama. Susah hatilah macam ni.."

Kemudian aku tanya,

"Ma, klinik kerajaan memang tak buat scan eh? Dikna nak tengok baby tu bentuk macam mana sekarang.."

Sekali kena marah pula,

"Ish, janganlah scan! Semua tu ada effect pada kandungan tau. Benda-benda scan ni ada wave yang boleh bagi kesan tak elok tau kat baby! Tak payah scan-scan, biar je. Kalau boleh jantina pun jangan scan.."

Macam mana nak tahu kena beli baju baby warna pink ke biru kalau tak tahu jantina T_T



6 comments:

starsyeea said...

ermmm...rindu mak...hehe

beli dua2...bagi je pakai dua2...comel je tu :)

jaga diri k!

folo

FAA said...

hehe. comel lah u kak una. kak una, kalau boleh mase pregnant nih jgn sedih2. nanti boleh effect ur health.

Anonymous said...

hehe. ayat2 terakhir comel sgt. huk3. kalau tak dibagi buat scan. tgk bentuk perut la. mcm org dulu2 buat. huhu. sabar je la. happy2 selalu :)

Anonymous said...

err..awal2 dah speechless.. -_-"

erm, nk komen pasal pregnancy, xde pengalaman la plak.. :D tp masuk akal gk scan2 ni ada effect kat baby kan.. Special Wish utk Husna: 'Wishing you a healthy and love-filled pregnancy' ^_^

emo_aku said...

banyakkan sabar ye k.una..
ibu hana pon x kasi scan byk kali sgt.
11 mnggu bby dh agk besar..dh nmpk kaki n tgn dier..(nie refer buku pa & ma)hana dlu x slalu jgk. scan 2 kali je kot..first kt klinik kerajaan.last kt swasta.scan mase 30 mnggu.wat 3d.trs nmpk hdung ikot sape..jari tirus2..sgt teruja..:)
mlm td mimpi ibu kt kg..rindunye..

alahan biasanya mggu ke-16 dh beransur hilang..sabar eyh k.una..sikit lg.:)

Nor atau Nad said...

baju bb
akak beli warna putihh
jgn risau-risau nnti x baek untuk bb
smile always =)