Monday, January 17, 2011

Cerita semalam

Semalam Suami ada kelas, dah start semester baru. Maka aku memanfaatkan masa terluang dengan membuat kerja-kerja biasa surirumah seperti menyapu dan mengemop lantai, tengok CSI ulangan, masak nasi, tengok Melodi, masak lauk, SMS Suami tanya lambat lagi ke nak balik, masak satu lagi lauk dan sebagainya (sebenarnya habis kat masak lauk-pauk je tapi sengaja letak 'dan sebagainya' untuk nampak macam banyak gila kerja).

Semalam sepatutnya Kakna nak buat birthday party untuk anak-anak terunanya Ikhsan (13 tahun) dan Imran (11 tahun). Tapi ditangguhkan lantaran makcik-makcik seperti Oyah (saja letak nama Oyah hehe) kekurangan ongkos untuk membeli hadiah yelah tengah bulan kowtt~ T_T. Dah mati kutu sebenarnya, apa hadiah terbaik untuk budak lelaki remaja ye? Mula-mula rasa macam nak belikan kasut bola, tapi--err, ada tak yang harga below RM100? Sebab nak kena beli dua pasang lah! Suami cakap memang ada, tapi kasut cap ayamlah, yang dia nak pakai depan kawan-kawan pun malu *sobsob* sampai hati kau taknak pakai Antina dah beli T_T. So kawan-kawan, ada idea lain tak?

Semalam tengok drama Antara Garisan kat Astro. Superb ah! Padanlah menang banyak kategori masa Anugerah Skrin hari tu. Memang berkesan sangat, dah lama tak tengok drama Melayu berkualiti macam tu. Memang menginsafkan betul! Pengajaran: Jangan mudah menjatuhkan hukum pada orang yang nampak berdosa, kerana tidak mustahil kita akan ditukarkan tempat dengan si pendosa sebelum kita mati. Let Allah be the Judge of who goes to Heaven and Hell..

Semalam tengok Yuna dan Qi ditemuramah kat Melodi. Comel gila tengok cara mereka respond pada setiap soalan wartawan Melodi yang selagi boleh nak korek rahsia. Especially Qi, cool lah dia! Terus cari Twitter Qi and jadi follower, gilalah macam stalker remaja -__-"

Semalam best. Entah kenapa, mungkin kerana tidak banyak masa berkualiti yang dapat diluangkan bersama Suami, maka perasaan tengok TV sama-sama selepas mandi sambil makan keropok ikan cecah sos cili Terengganu sambil cerita-cerita sambil ketawa kuat gila dengan jokes yang annoying tahap lempang lembu, rasa macam best je :)


When you love a woman then tell her
that she's really wanted..
When you love a woman then tell her that she's the one..
'Cause she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever..
So tell me, have you ever really - really really ever loved a woman?




1 comment:

Anonymous said...

Roller Blade.
ERk. OK. Tu hadiah tahun lepas (yang last-last antina dan antiyah yang lenjan roller blade tu).

hmm.

hadiah yer.
Bagi novel yang gempak-gempak la. Yang ikut taste diaorang, kalau boleh. Oh. Ok. That is so me.
*senyum*

hmm.
ada je lah dekat Al-Ikhsan kasut yang RM99 atau RM109 yang 'agak' bagus (sambil membelek iklan Al Ikhsan di Metro bulan Disember 2010 bertajuk Jualan Akhir Tahun'

entah lah.
takkan nak bagi PS kot kan.
Rm100 la sangat.

eh, bagi tau Suami hang, dia ada utang aku.
hehe

anyway, i love to hear this repeatly
"Kalau aku tau macam ni, dah lama aku kawin"

cliche.
but that is fact.
Maniskan berumah tangga.

*senyum*