Aku ada satu sifat yang jelik dan dikhuatiri menjengkelkan ramai orang. Bukan dikhuatiri, tapi mungkin SUDAH pun menjengkelkan ramai orang especially yang dah terkena T_T
Situasi 1:
Buka Facebook. Tengok page adik. Ada kawan adik yang komen something tak ingat apa benda tapi berbunyi, "Hope you likes it." Kawan adik itu tak kawan pun dengan aku. Maksudnya, aku dengan dia adalah strangers lah. Hati memberontak. Nak betulkan ke tidak.
Kalau betulkan macam annoying gila lah pula, dah lah dia tak kenal pun aku.
Kalau tak betulkan sampai bila-bila dia akan buat kesalahan ini *konon rasa obliged untuk tegur pfft*.
Aku taip sikit.
Padam balik.
Tapi fikir beria-ia atas prinsip Tidak Salah Membetulkan Yang Salah (konon), aku nekad menaip,
"Dik, it should be like, not likes. Lepas you mesti tak ada 's'"
Dan budak itu balas,
"Oh. Thanks."
Walaupun dia cakap thanks, tapi aku tahu mesti dia annoyed gila dengan aku T_T.
Situasi 2:
Baca blog orang Melayu yang menulis dalam Bahasa Inggeris. Aku suka blog macam ni, to improve mine as well. Terpandang satu perkataan yang dieja secara salah berulang-ulang. Isi kandungannya bagus, tapi satu perkataan itu betul-betul menyesakkan dadaku. Terasa nak tegur, tapi yang ini memang a complete stranger.
Tanya Suami,
"Yang, baca tak blog si polan tu..?"
"Baca. Kenapa?"
"Post baru dia kan, ada banyak perkataan 'argument' dia salah eja.."
"Dia eja macam mana?"
"A R G U E M E N T. Banyak pula tu. Sakitlah dada, rasa nak sangat komen betulkan," serious perangai macam ini memang menjengkelkan, but I really can't help it.
"Ish awak ni. Biar jelah. Nanti orang annoyed dengan awak."
Tak boleh ke betulkan? T_T
Situasi 3:
Kali ini dengan Suami. Beliau memang sabar jelah dengan aku sebab perlu menanggung kejengkelan setiap masa. Suatu hari di Kinokuniya KLCC kami bercakap tentang bahasa asing when we came to something which has to do with the word 'pronounce'.
Suami, (berkata secara serius), "Perkataan ini pronounciation dia macam ni...
Pantas aku memotong, "Sayang, it's pronunciation. Not pronounciation."
Nasib baik aku tak kena tampar T_T
***************
OK aku mungkin tak hebat mana pun in English, tapi benda basic lebih kurang aku anggap semua orang patut tahu kot. Memang tak tipu, aku sakit dada kalau baca sesuatu in English yang dieja secara salah, atau dengar something in English yang disebut secara salah. Dan selalunya memang terasa bertanggungjawab gila nak memperbetulkan padahal tak payah pun takpe buat orang marah je.
Prinsip aku, kalau nak berbahasa Inggeris, tidak salah kalau broken English sekalipun dan tidak salah untuk melakukan kesalahan, asalkan kita bersedia untuk ditegur. Kalau kita nak juga berbahasa Inggeris, tapi nak cakap tunggang langgang grammar segala, dan tidak boleh terima pula apabila diperbetulkan, lebih baik kau berbahasa ibunda sahaja. Kita belajar sama-samalah. Sebab aku sendiri pun ada juga tersalah sebut/eja segala dan tidak ada masalah sekiranya ditegur kesilapan ejaan atau sebutan.
Erm. Maybe not.
Being an egocentric me, biasanya aku berdebat dulu. But at the end of the day, I really feel glad that somebody is dear enough to correct me and not letting me continuously doing the same mistakes again and again. Lebih baik ditegur di blog/Facebook daripada ditegur masa presentation dengan bos atau ketika temuduga ke apa OMG malu sial.
I learnt all these from Mama actually. Mama memang selalu tegur pasal sebutan, dan selalu uji kami dengan perkataan baru dan bila kami salah confirm kena ketawa cakap, "Kau orang ni perkataan macam tu pun tak tahu".
Biasanya aku balas,
"Mama kalau ada tahu perkataan baru mesti eksyen dengan kita orang"
Satu hari, berbual dengan Suami menerusi Yahoo Messenger:
Sayang, nanti tolong kita update software bla bla bla eh.
(It's about something/software I couldn't remember now)
He replied: Of course. It's my forte.
Tergaru-garu kepala aku apakejadah forte ni. Tak boleh jadi dia ni, manjang nak guna perkataan gempak-gempak je. Ego punya pasal, aku berusaha google cari translation. Bila dah tahu, cepat-cepat balas.
Eleh berlagak!
Konon memang dari awal aku dah tahu perkataan itu hehe ego nak mampos.
We're lucky that nowadays memang sangat banyak medium untuk improve English. It's just the matter of how willing you are to learn.
No offense please!